kesimpulan.docx

1
KESIMPULAN Setiap murid adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Kaedah pengajaran haruslah diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat murid. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran memberi pengalaman yang sebenar kepada murid- murid tentang maklumat yang ingin disampaikan. Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan maujud boleh memberikan pengalaman langsung. Pengalaman yang sebenar ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba dan meneliti sumber pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara penggunaan. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

Upload: tieng-huang

Post on 16-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KESIMPULANSetiap murid adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Kaedah pengajaran haruslah diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat murid. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran.Sumber pengajaran dan pembelajaran membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran memberi pengalaman yang sebenar kepada murid-murid tentang maklumat yang ingin disampaikan.Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. Murid akan lebih memahami isi pelajaran secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan menyentuh objek tersebut. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan maujud boleh memberikan pengalaman langsung. engalaman yang sebenar ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba dan meneliti sumber pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. !ni memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. "engan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. enggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara penggunaan. !ni melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari a#al hingga akhir. "engan ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.