kesihatan1

14
8/8/2019 kesihatan1 http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 1/14 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad  730730035446/2010 Soalan (1) Aktiviti dan Medium yang Boleh Digunakan untuk Menyampaikan Maklumat Pendidikan Kesihatan Kepada Masyarakat. Definisi kesihatan yang diutarakan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah: Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata  bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Takrifan ini sebenarnya melibatkan dua aspek  penting dalam kesihatan iaitu aspek negatif (berpenyakit, tidak sihat, cedera, cacat atau tidak berdaya/lemah) dan aspek positif (kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan sosial). Dalam kehidupan sehari-hari, individu, masyarakat atau ahli profesional sering menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek  pendidikan kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan hidup. Perbezaan di antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat memastikan aktiviti pendidikan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Aktiviti pendidikan kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif  pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan pendidikan kesihatan ialah mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Bagi menentukan pendidikan kesihatan tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorong kesihatan (health promotion) harus memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh, dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang 1

Upload: qadirjailani-muhammad

Post on 10-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 1/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Soalan (1)

Aktiviti dan Medium yang Boleh Digunakan untuk Menyampaikan Maklumat

Pendidikan Kesihatan Kepada Masyarakat.

Definisi kesihatan yang diutarakan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah:

Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai

kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata

 bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Takrifan ini sebenarnya melibatkan dua aspek 

 penting dalam kesihatan iaitu aspek negatif (berpenyakit, tidak sihat, cedera, cacat atau

tidak berdaya/lemah) dan aspek positif (kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan

sosial). Dalam kehidupan sehari-hari, individu, masyarakat atau ahli profesional sering

menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek 

 pendidikan kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang

mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan

hidup. Perbezaan di antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat

memastikan aktiviti pendidikan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya.

Aktiviti pendidikan kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak 

sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif 

  pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan pendidikan kesihatan ialah

mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan

tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.

Bagi menentukan pendidikan kesihatan tersebut berjaya dan mencapai

matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorongkesihatan (health promotion) harus memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan

kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah

keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh,

dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa

dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang

1

Page 2: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 2/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

menumpukan kepada aktiviti-aktiviti di peringkat kumpulan atau masyarakat adalah

sangat penting.

Bagi menjamin kesihatan yang sempurna, aktiviti dan medium penyampaian

maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat amat ditekankan supaya amalan

kesihatan dapat dipraktikkan secara berkesan. Kurikulum di sekolah merupakan medium

 pendidikan kesihatan yang paling asas. Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas

di kepala kita adalah perkataan pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah

merupakan institusi utama dalam menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah,

murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut

spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid-

murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, statistik negara juga menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang

 berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, penekanan promosi

 pendidikan kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat.

Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca

utama (penyebab) kematian (15.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. Selain itu,

sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetis

(kencing manis). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada

orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti manakala 1/3 hingga 1/4 daripada

masyarakat di negara ini pula mengalami masalah berat badan berlebihan. Sehubungan

dengan aspek pemakanan yang sihat, kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan

yang Sihat" pada tahun 1997. Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar serta berkesan. Di antaranya ialah kerjasama

di antara agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta badan profesional, menggunakan

media massa untuk mendidik masyarakat, pengiklanan di peringkat kebangsaan, negeri

dan daerah dan mempertingkatkan komunikasi interpersonal sama ada di klinik atau di

 peringkat komuniti.

2

Page 3: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 3/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Kerajaan teutamanya Kementerian Kesihatan perlu peka dalam mempromosikan

cara hidup sihat di kalangan masyarakat. Jadi, pertama sekali, kempen dan amalan

 penjagaan dan pendidikan kesihatan perlu dipergiatkan di kalangan masyarakat. Sistem

kesihatan di kawasan luar bandar akan dipermajukan. Sistem bekalan air dan sanitasi,

 program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu dijangka akan

mendapat kemudahan tersebut. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan

dibina. Kerajaan juga perlu berganding bahu dengan hospital swasta untuk mencapai

matlamat amalan pendidikan kesihatan yang sempurna. Usaha akan terus ditumpukan

kepada golongan berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan

dengan memperbanyakkan perkhidmatan sokongan. Aktiviti promosi kesihatan di

kalangan masyarakat negara membangun seperti Malaysia perlu dipergiatkan

terutamanya apabila kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan negara sedang

mengalami masalah kegawatan ekonomi. Kerajaan dalam usahanya mempromosi

kesihatan perlu banyak menekankan kepada amalan cara hidup sihat di kalangan

masyarakat melalui kempen anti merokok, anti alkohol dan anti dadah. Di samping itu,

kerajaan juga perlu mengenakan penalti yang berat terhadap individu yang terlibat di

dalam pergaulan atau aktiviti seks rambang.

Masyarakat juga digalakkan hidup di dalam suasana aman dan harmoni dan

menghindari daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan ketegangan mental.

Sememangnya masalah-masalah yang telah diterangkan itu boleh menyebabkan kanser,

AIDS dan tekanan jiwa. Menyertai sesuatu kempen untuk menjaga kesihatan adalah

sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen pendidikan kesihatan

ialah seperti kempen hidup sihat, diet seimbang dan sebagainya. Kempen-kempen inidapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-

kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan cara-

cara menguruskan kesihatan diri. Selain itu, kempen kesihatan dapat menggalakkan

masyarakat menghargai nilai kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui kempen

kesihatan juga, banyak aktiviti untuk pendidikan kesihatan dapat dijalankan dan secara

3

Page 4: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 4/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

tidak langsung ia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan

amalan penjagaan kesihatan yang sempurna.

Selain itu, pameran dan pertandingan kuiz dan sebagainya perlu dijalankan di

kalangan masyarakat. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan

yang berkaitan dengan isu pendidikan kesihatan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-

sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah

merangkumi isu-isu amalan dan pencegahan kesihatan, sebab-sebab, kesan-kesannya dan

apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar permasalahn kesihatan.Bahan-bahan

menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita

video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pendidikan kesihatan juga boleh

ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat

untuk menjaga kesihatan diri. Pertandingan seperti kuiz tentang pendidikan kesihatan

 boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya tahap kesihatan diri

yang sempurna. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu

  penyakit dan cara-cara pencegahannya. Dalam proses ini, mereka akan mendapat

 pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah

tentang sesuatu isu pendidikan kesihatan. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan

kepada peserta tersebut dan kesihatan diri sendiri. Pertandingan melukis poster yang

 berkaitan kesihatan juga bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi

mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah

disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran

kepada orang ramai.

Tambahan lagi, bagi menjamin bahawa setiap ilmu tentang pendidikan kesihatandapat disampaikan dan dikongsikan kepada masyarakat umum, pendedahan media massa

  juga memainkan peranan yang penting bagi mencapai keberkesanannya. Pada hari ini

media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua

  pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pendidikan

kesihatan, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani dan mencegah hal-hal

4

Page 5: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 5/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

  permasalahan kesihatan. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat

 pendedahan tentang isu kesihatan ialah majalah dan surat khabar. Ini kerana medium ini

mudah dan murah untuk didapatkan. Antara contoh pendidikan kesihatan yang

dipaparkan di akhbar tempatan adalah ruangan kesihatan yang diterbitkan oleh Mingguan

Malaysia pada setiap minggu. Tambahan lagi, siaran-siaran televisyen dan radio juga

  perlu memperbanyakkan iklan-iklan berunsur kesihatan untuk paparan umum supaya

setiap amalan kesihatan itu dapat dipraktikkan demi kepentingan bersama. Ini adalah

kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio dan televisyen di

rumah mereka. Antara contoh yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai

virus A H1N1 yang telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang.

Dengan bantuan radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita terkini mengenai

virus tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan

lebih mudah difahami.

Selain daripada itu juga, medium penyampaian maklumat yang paling pantas

tentang ilmu pendidikan kesihatan pada masa kini adalah melalui internet. Setiap ilmu

 pendidikan kesihatan dapat disalurkan melalui laman-laman web individu dan jabatan

serta laman web dan blog kesihatan itu sendiri, sebagai contohnya adalah melalui laman

 Facebook yang popular pada masa kini. Negara kita juga sedang menuju ke arah sistem

 penjagaan kesihatan yang bersepadu dan berintegrasi yang memberi tumpuan kepada

 promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan primer. Justeru itu, teleperubatan

adalah merupakan medium yang berketepatan dalam menyalurkan maklumat pendidikan

kesihatan kepada umum. Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan

 penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisi untuk perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk 

menggalakkan serta tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri.

Secara umumnya, tanggungjawab untuk menjamin kesihatan bukan sahaja dipikul

oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak, terutamanya individu itu sendiri.

5

Page 6: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 6/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Bagi membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada kesihatan diri dan masyarakat,

mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan

masyarakat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Antara sebab-sebab pendidikan

kesihatan ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap amalan

kesihatan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang

 betapa pentingnya kualiti kesihatan yang tinggi yang perlu dikekalkan. Ini kerana mereka

sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak 

 bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan diri.

6

Page 7: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 7/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Soalan (2)

Punca-punca Pencemaran yang Memberikan Kesan Serta Memudaratkan

Persekitaran.

Keselamatan kesihatan persekitaran amat penting untuk menjamin kesihatan

orang ramai. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di negara kita kini

kian meruncing dan terbukti daripada senario yang kita saksikan setiap hari. Bagi

individu yang tinggal di bandar-bandar besar, setiap kali mereka keluar rumah, mereka

dapat menyaksikan cuaca yang berjerebu dengan sisa pembuangan sampah di merata-rata

tempat sehingga boleh menyakitkan penglihatan. Hal ini mewujudkan keadaan yang

 bukan sahaja tidak selesa, malah boleh menjejaskan kesihatan, khususnya bagi mereka

yang menghidap penyakit tertentu.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-

  bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya

keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat

adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran

adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-

sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling

dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan

keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau

mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-

organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan

kepada pelbagai bentuk pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, pencemaran

sungai dan kolam. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh banyak faktor 

atau punca-punca yang memberikan kesan serta memudaratkan kesihatan yang perlu

dikenal pasti dan diatasi segera.

7

Page 8: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 8/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.

Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon

Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun

apa-apa campuran bahan-bahan ini. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam

Sekitar, melalui akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan

  pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.

Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran tersebut (58.1%), diikuti

oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan

industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%). Pembangunan tanpa pengurusan yang

dirancang juga boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.

Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan

ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh

kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Jadi,

dapatlah dijelaskan di sini bahawa punca-punca utama pencemaran udara ini adalah

akibat daripada stesen jana kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang,

asap kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka. Penderaan alam

sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.

Setiap perlakuan zalim manusia terhadap persekitaran menyumbang kepada kemusnahan

alam sekitar. Perokok yang menghembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di

kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran

udara.

Selain itu, pencemaran air pula bermaksud perubahan yang berlaku dari segikandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap

manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan

fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan

  pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu,

8

Page 9: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 9/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

 pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh

dunia. Antara punca-punca pencemaran air ialah:

i. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh

  pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana

tidak memerlukan kos pelupusan.

ii. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh

sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

iii. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah

kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah

 berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi

mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya

 banjir akan berlaku.

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak 

dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini

  boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun

 perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai

dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah

membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang

umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan

membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap

 persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak 

mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Pembangunan tidak boleh

dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Pembangunan adalah rekaan

manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang

 paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru

menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula

9

Page 10: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 10/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

 jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh

negara turut tercemar.

Selain itu, pencemaran laut juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan. Antara

 punca-punca berlakunya pencemaran laut ialah:

i. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-

samanya.

ii. Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke

dalam laut.

iii. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di

lautan lalu membunuh hidupan laut yang lain.

iv. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses

serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan

kimia, asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin

 berleluasa mencemari laut.

Selain daripada itu, pencemaran tanah juga boleh memudaratkan kesihatan oleh

 beberapa faktor penyebab berlakunya pencemaran tersebut. Pencemaran tanah bermaksud

 perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,

kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada

 berbentuk air ataupun pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,

kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

i. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik 

dan sisa-sisa kilang.ii. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah

 pencemaran ini.

iii. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu

 punca pencemaran tanah.

10

Page 11: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 11/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

iv. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di

kawasan menarik dan indah. Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan

di kawasan tersebut, bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran

 bagi membangunkan ekonomi negara. Kesan penebangan telah mengubah sama

sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

 

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir 

kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat

keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan

 pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah

dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara

meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan

hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,

  pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang

 berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air 

dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah

dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan yang tidak 

dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara

 berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah

hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Pencemaran bunyi pula ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB dan pencemaran ini mengikut situasi

dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi

lantunan. Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

i. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

ii. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi-

 bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.

11

Page 12: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 12/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

iii. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin

gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

iv. Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam

  pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak 

menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-

kegiatan perusahan atau perkilangan dan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan

  pembuangan toksik yang menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan

  pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan

mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan

 pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,

kegiatan perladangan dan sebagainya. Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam

sekitar adalah rekaan manusia itu sendiri yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-

isu sosial dalam masyarakat. Oleh itu, sayangilah pada alam sekitar, patuh kepada

undang-undang, bertanggungjawab dan boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya

merupakan langkah bijak bagi menangani permasalahan ini. Maka, manusialah yang

  perlu rasional menangani keadaan ini bagi menjamin keselamatan dan kesihatan

 persekitaran.

12

Page 13: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 13/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Rujukan

“Program Doktor Muda”. http:// www.drmuda.gov.my/drmuda

http://agroloink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan

http://members.fortunecity.com/prias98

http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2

http://cloud.prohosting.com/zaim87

http://blogmoh.moh.gov.my/?p=292

http://jknkelantan.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php

Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat . Akademik 

Khas, 1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor 

Terhadap Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan

dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air . Dewan Kosmik, Mei

1994.

Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar . Dewan Ekonomi, Jun 1997.

13

Page 14: kesihatan1

8/8/2019 kesihatan1

http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 14/14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad 

 

730730035446/2010 

Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-

masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

 

14