kesihatan pergigian meningkatkan ekonomi mampan negara

2
ASMAWATI BINTI MOHD RAPA 861016-46-5238 PDPLI PERMATA UNIT 1 KESIHATAN PERGIGIAN MENYUMBANG KE ARAH EKONOMI MAMPAN MALAYSIA Industri penjagaan kesihatan global adalah antara industri yang paling dinamik dan pesat berkembang dalam ekonomi dunia. Pada masa yang sama, industri penjagaan kesihatan telah menjadi sebuah enjin pertumbuhan ekonomi yang amat berdaya maju terutamanya dalam kesihatan pergigian. Oleh yang demikian, Rancangan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 (NOHP 2011-2020) telah dibangunkan melalui perundingan dengan ahli-ahli pengamal pergigian dan lain-lain pihak berkepentingan yang berkaitan daripada Kementerian, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, industri dan kumpulan pengguna. Dokumen ini bermatlamat meningkatkan kesihatan oral Rakyat Malaysia dan menangani masalah pergigian di Malaysia. Kesihatan mulut adalah satu aspek kesihatan yang perlu dipertimbangkan secara holistik. Pelan ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan oral melalui pendidikan dan pencegahan penyakit. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk kesihatan mereka sendiri dan kesejahteraan dan ia dilaksanakan ini melalui aktiviti pendidikan di seluruh negara. Pada tahun 2012, kementerian mencatatkan iaitu 1 orang doktor pergigian nisbah 4165 penduduk di negara Malaysia dan berkurangan dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan melalui penjagaan kesihatan gigi yang baik ia akan mampu meningkatkan kualiti hidup individu terutama daripada fungsi kehidupan seperti makan, bertutur, tidur, tumbesaran dan emosi serta sosial mereka. Industri penjagaan kesihatan mampu menjadi sebuah enjin ekonomi yang kukuh dan secara tidak langsung mewujudkan impak sosial yang ketara. Pekerjaan yang bernilai tinggi boleh diwujudkan, infrastruktur boleh dinaik taraf dan kedua- dua himpunan kemahiran pakar dan teknologi boleh dimanfaatkan untuk memperbaiki kualiti penjagaan pesakit. Apabila diamati dari sudut keuntungan dan pertumbuhan, industri kesihatan Malaysia mempunyai peluang yang amat menarik, meskipun perkembangan awalnya bersifat sederhana. Pada masa ini, pengilang farmaseutikal tempatan lebih banyak memberi fokus kepada pasaran domestik. Apabila tempoh paten ubat-ubatan blockbuster utama ubat-ubatan yang menjana keuntungan lebih RM3.2 billion untuk setiap pemiliknya pada setiap tahun luput dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, pasaran global yang dianggarkan bernilai RM435 bilion akan terbuka kepada pengeksport generik Malaysia. Malaysia adalah satu-satunya negara Persatuan

Upload: meamr27

Post on 21-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kesihatan pergigian

TRANSCRIPT

Page 1: Kesihatan Pergigian meningkatkan ekonomi mampan negara

ASMAWATI BINTI MOHD RAPA

861016-46-5238

PDPLI PERMATA UNIT 1

KESIHATAN PERGIGIAN MENYUMBANG KE ARAH EKONOMI MAMPAN MALAYSIA

Industri penjagaan kesihatan global adalah antara industri yang paling dinamik dan pesat berkembang

dalam ekonomi dunia. Pada masa yang sama, industri penjagaan kesihatan telah menjadi sebuah enjin

pertumbuhan ekonomi yang amat berdaya maju terutamanya dalam kesihatan pergigian. Oleh yang

demikian, Rancangan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 (NOHP 2011-2020) telah dibangunkan

melalui perundingan dengan ahli-ahli pengamal pergigian dan lain-lain pihak berkepentingan yang

berkaitan daripada Kementerian, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, industri dan kumpulan

pengguna. Dokumen ini bermatlamat meningkatkan kesihatan oral Rakyat Malaysia dan menangani

masalah pergigian di Malaysia.

Kesihatan mulut adalah satu aspek kesihatan yang perlu dipertimbangkan secara holistik. Pelan

ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan oral melalui pendidikan dan pencegahan penyakit. Setiap

individu perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk kesihatan mereka sendiri dan

kesejahteraan dan ia dilaksanakan ini melalui aktiviti pendidikan di seluruh negara. Pada tahun 2012,

kementerian mencatatkan iaitu 1 orang doktor pergigian nisbah 4165 penduduk di negara Malaysia dan

berkurangan dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan melalui penjagaan kesihatan gigi yang baik ia akan

mampu meningkatkan kualiti hidup individu terutama daripada fungsi kehidupan seperti makan,

bertutur, tidur, tumbesaran dan emosi serta sosial mereka.

Industri penjagaan kesihatan mampu menjadi sebuah enjin ekonomi yang kukuh dan secara

tidak langsung mewujudkan impak sosial yang ketara. Pekerjaan yang bernilai tinggi boleh diwujudkan,

infrastruktur boleh dinaik taraf dan kedua-dua himpunan kemahiran pakar dan teknologi boleh

dimanfaatkan untuk memperbaiki kualiti penjagaan pesakit. Apabila diamati dari sudut keuntungan dan

pertumbuhan, industri kesihatan Malaysia mempunyai peluang yang amat menarik, meskipun

perkembangan awalnya bersifat sederhana.

Pada masa ini, pengilang farmaseutikal tempatan lebih banyak memberi fokus kepada pasaran

domestik. Apabila tempoh paten ubat-ubatan blockbuster utama ubat-ubatan yang menjana

keuntungan lebih RM3.2 billion untuk setiap pemiliknya pada setiap tahun luput dalam tempoh 10

tahun yang akan datang, pasaran global yang dianggarkan bernilai RM435 bilion akan terbuka kepada

pengeksport generik Malaysia. Malaysia adalah satu-satunya negara Persatuan Persidangan Islam (OIC)

Page 2: Kesihatan Pergigian meningkatkan ekonomi mampan negara

ASMAWATI BINTI MOHD RAPA

861016-46-5238

PDPLI PERMATA UNIT 1

KESIHATAN PERGIGIAN MENYUMBANG KE ARAH EKONOMI MAMPAN MALAYSIA

yang mempunyai keahlian dalam The Pharmaceutical Inspection Convention and Pharmaceutical

Inspection Co-operation Scheme (PIC/S). Berikutan dari itu, strategi berasaskan eksport ke negara-negara

OIC mampu membantu pertumbuhan industri farmaseutikal negara. Contohnya seperti ubat gigi

Mu’min keluaran Al-Meswak Mu’min pernah menerima anugerah perak menerusi ‘Brand Equity Awards’

pada 2008 sebagai antara jenama Malaysia terkenal yang berjaya menewaskan beberapa jenama

antarabangsa lain. Selain itu, rangkaian produk ubat gigi Mu’min dijual di 420 pasar raya dan pasar besar

di seluruh Malaysia dan telah memasuki pasaran Oman. Al Meswak juga merancang melakukan eksport

secara agresif di China, Beijing, Oman dan Indonesia dan berhasrat meneroka pasaran baharu di negara

Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Berdasarkan contoh diatas, ini menunjukkan salah satu usahawan tempatan yang berjaya dalam

sektor bahan dan peralatan klinikal. Peralatan klinikal merujuk kepada segmen peralatan perubatan

yang digunakan dalam pembedahan, prosedur pergigian dan juga alat bantuan pendengaran serta

penglihatan. Pada masa ini, Malaysia mengimport lebih daripada 75% peralatan perubatan yang

digunakan, terutamanya peralatan perubatan bernilai tinggi.

Di samping, pelancongan kesihatan juga dapat menjana ekonomi negara kita. Pelancongan

kesihatan merupakan satu sektor yang secara relatifnya masih baru yang sedang dibangun dan

dipromosikan terutamanya bagi membantu meningkatkan pendapatan negara. Pelancongan kesihatan,

yang amat sinonim dengan pelancongan perubatan, juga merupakan pergerakan pelancong-pelancong

sama ada domestik ataupun antarabangsa ke destinasi tertentu bagi mendapatkan khidmat penjagaan

kesihatan daripada prosedur pilihan biasa hinggalah kepada pembedahan kompleks oleh pakar seperti

pintasan jantung, pembedahan penggantian organ, pembedahan pergigian dan pembedahan kosmetik.