kesihatan diri dan keluarga

9

Click here to load reader

Upload: felix-joseph-liwasa

Post on 25-Jan-2017

243 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesihatan diri dan keluarga

TUGASAN______________________________________________________________________________

HBHE2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEMESTER SEPTEMBER 2015______________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 6hb - 8hb November 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 8hb November 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

Page 2: Kesihatan diri dan keluarga

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah1. 0 – 30 02. 30.01 – 50 53. 50.01 – 70 104. 70.01 - 100 100

Page 3: Kesihatan diri dan keluarga

SOALAN TUGASAN

Isu salah laku dan masalah melanggar undang-undang dalam kalangan remaja bawah umur ini

sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Malah masalah

yang menjadi isu dalam kalangan remaja ini telah meninggalkan kesan buruk dalam

pertumbuhan serta perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial mereka.

Sehubungan itu, pelbagai program berkaitan dengan penjagaan kesihatan, kehormatan dan

keselamatan diri serta pencegahan tingkah laku sosial yang negatif perlu dilaksanakan bagi

membendung masalah ini daripada berleluasa.

Sebagai ahli jawatankuasa Program Kesihatan di sekolah, anda ditugaskan memberi ceramah

berkaitan isu kekeluargaan sempena ‘Program Sayangi Diri’. Bagi melancarkan penyampaian

ceramah kepada pelajar sekolah, anda dikehendaki menyediakan:

a) Teks ceramah berkaitan kepentingan memelihara kehormatan diri dan implikasi

pengabaian menjaga kehormatan diri dalam kalangan remaja. Penyampaian ceramah anda

perlu disertakan dengan persembahan multimedia (PowerPoint).

(20 markah)

b) Menyediakan risalah yang merangkumi informasi berkaitan tingkah laku sosial dalam

kalangan remaja. Penerbitan risalah ini bertujuan untuk membina kesedaran dan

kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan, memelihara

kehormatan diri, penjagaan keselamatan diri dan cara meminta bantuan keselamatan.

(20 markah)

[Jumlah : 40 markah]

Page 4: Kesihatan diri dan keluarga

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Mendapatkan maklumat dengan merujuk Modul HBHE2203, bahan bacaan, internet dan

sebagainya berkaitan kandungan tugasan.

2. Teks ceramah perlulah dalam bahasa Melayu, berinfomasi, tepat dan pelbagai sumber serta

sesuai menepati tempoh masa 20 minit penyampaian.

Teks risalah harus mengandungi:

Isu dan masalah yang berkaitan dengan tingkah laku sosial dalam kalangan remaja

Perlakuan-perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai salah perlakuan yang

bertentangan dengan peraturan dan undang-undang di Malaysia

Undang-undang/ akta yang berkaitan dengan kes salah laku dalam kalangan kanak-

kanak dan remaja

Faktor-faktor yang mengundang kepada salah perlakuan ini

Kesan salah perlakuan terhadap pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental,

emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja

Langkah-langkah pencegahan salah pelakuan

Cara-cara mendapatkan bantuan keselamatan

3. Persembahan Multimedia mestilah sekurang-kurangnya 8 slaid menggunakan perisian

Microsoft PowerPoint. Kandungan dalam persembahan Multimedia perlu berhubungkait

dengan teks ceramah, variasi, ringkas, kreatif serta sesuai sebagai bahan dalam membantu

meningkatkan kefahaman murid.

4. Menyediakan risalah berukuran kertas A4 dengan 2 halaman dan pamerkan bahagian

mukasurat hadapan berasingan dengan mukasurat belakang dalam bentuk landscape.

Risalah perlulah mengandungi informasi bergambar dan kreatif mengikut kandungan

ceramah. Persembahan risalah mengikut kreativiti sendiri.

Page 5: Kesihatan diri dan keluarga

RUBRIK TUGASAN

Kriteria WajaranTidak lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4

Penyediaan teks ceramah

PengenalanIsi kandunganPenutup

3

Tidak menyediakan teks ceramah.

Teks ceramah diolah kurang terperinci.

Kandungan penulisan tidak jelas dan tidak tepat dengan tajuk ceramah.

Kesinambungan isi kandungan tidak sistematik.

Tidak kreatif dalam persembahan hasil penulisan dan isi kandungan yang tidak bernas.

Sebahagian besar daripada cadangan tidak bernas dan tidak memperlihatkan percambahan pemikiran penulis.

Sebahagian daripada teks ceramah agak terperinci.

Kandungan penulisan agak jelas dan agak tepat dengan tajuk ceramah.

Kesinambungan isi kandungan agak sistematik.

Agak kreatif dalam persembahan hasil penulisan dan isi kandungan agak bernas.

Sebahagian daripada cadangan agak bernas dan agak memperlihatkan percambahan pemikiran penulis yang agak meluas.

Sebahagian besar teks ceramah diolah dengan terperinci.dan kandungan penulisan sangat jelas serta bertepatan dengan tajuk ceramah.

Kesinambungan isi kandungan sebahagian besarnya baik dan sistematik.

Sangat kreatif dalam mempersembahkan hasil penulisan dengan isi kandungan yang bernas.

Sebahagian cadangan bernas dan memperlihatkan percambahan pemikiran penulis yang meluas.

Kesemua teks ceramah diolah dengan terperinci.dan kandungan penulisan sangat jelas serta bertepatan dengan tajuk ceramah.

Kesinambungan isi kandungan kesemuanya sangat baik dan sistematik.

Amat kreatif dalam mempersembahkan hasil penulisan dengan isi kandungan yang bernas.

Kesemua cadangan sangat bernas dan memperlihatkan percambahan pemikiran penulis yang sangat meluas.

12

Persembahan 2 Tidak Sebahagian besar Sebahagian Sebahagian besar Semua penghasilan

Page 6: Kesihatan diri dan keluarga

Kriteria WajaranTidak lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4PowerPoint

(sekurang-kurangnya 8 slaid atau lebih)

menghasilkan persembahan multimedia.

penghasilan multimedia tidak memuaskan.

Persembahan tidak mengikut tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek dan keletakkan objek dalam skrin tidak menarik dan tidak sistematik.

Persembahan slaid tidak selari dengan kandungan teks ceramah.

penghasilan multimedia agak, memuaskan.

Persembahan agak mengikut tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek dan keletakkan objek dalam skrin agak menarik, kreatif dan agak sistematik.

Sebahagian persembahan slaid agak selari dengan kandungan teks ceramah.

penghasilan multimedia memuaskan.

Sebahagian besar persembahan mengikut tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek dan keletakkan objek dalam skrin sebahagian besar menarik dan sistematik.

Sebahagian besar persembahan slaid selari dengan kandungan teks ceramah.

multimedia amat memuaskan.

Semua persembahan mengikut tahap murid

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek dan keletakkan objek dalam skrin sangat menarik, amat kreatif serta sistematik.

Persembahan slaid sangat selari dengan kandungan teks ceramah.

8

Penerbitan risalah

(2 halaman berukuran kertas A4)

5 Tiada risalah. Risalah yang dihasilkan tidak mengikut panduan dan tidak menepati isi kandungan tajuk ceramah.

Kandungan risalah tidak

Risalah yang dihasilkan agak mengikut panduan dan sebahagian isi kandungan agak menepati tajuk ceramah.

Kandungan

Risalah yang dihasilkan mengikut panduan dan besar isi kandungan menepati tajuk ceramah.

Sebahagian besar kandungan risalah

Risalah yang dihasilkan menepati semua panduan dan semua isi kandungan menepati tajuk ceramah.

Semua kandungan

20

Page 7: Kesihatan diri dan keluarga

Kriteria WajaranTidak lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4berinfomasi.

Gambar disertakan tidak menarik.

Persembahan risalah tidak sesuai dengan tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik dan objek tidak sistematik.

risalah agak berinfomasi.

Gambar disertakan agak menarik.

Persembahan risalah agak sesuai dengan tahap murid

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik dan objek agak sistematik.

berinfomasi. Persembahan

risalah sesuai dengan tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik dan objek sistematik.

risalah sangat berinfomasi.Persembahan risalah sangat sesuai dengan tahap murid.

Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik dan objek amat kreatif dan sistematik.

JUMLAH MARKAH 40