kesesatan kitab barzanji

18
Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan www.darulkautsar .net Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan Maulid Syarafil Anam Halaman Utama m/s. 1

Upload: abu-muhammad

Post on 23-Jul-2015

215 views

Category:

Spiritual


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan

Maulid Syarafil Anam

Halaman Utama m/s. 1

Page 2: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Halaman Utama

1. PENGENALAN UMUM 1

2. Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah Dan Maulid 3

Syarafil Anam

3. Muqaddimah 3

4. Maulid Barzanji Dan Kesesatan-Kesesatannya 3

5. Membawa Hikayat-Hikayat Dusta Tentang Kelahiran Nabi 4

6. Bertawassul Dengan Zat Nabi 5

7. Menyatakan Bahawa Kedua Orang Tua Nabi Dihidupkan Lagi 6

Dan Masuk Islam

8. Berdoa Dan Beristighotsan Kepada Nabi 6

9. Qashidah Burdah Dan Kesesatan-Kesesatannya 8

10. Maulid Syafarofil-Anam Dan Kesesatan-Kesesatannya 8

11. Fatwa Maulid Al-Barzanji Bida’ah 9

12. Teks Fatwa Maulid Al-Barzanji Bid’ah 10

13. CADANGAN BACAAN LANJUT 12

Halaman Utama m/s. 2

Page 3: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan Maulid

Syarafil Anam

 

Muqaddimah

 

Kitab Barzanji adalah kitab yang sangat popular di kalangan kaum Muslimin di Indonesia .

Kitab ini merupakan bacaan wajib pada acara-acara Barzanji atau diba’ yang merupakan

acara rutin bagi sebahagian kaum muslimin di Indonesia.

 

Kitab Barzanji ini terkandung di dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa-Ad’iyyah yang

merupakan kumpulan dari beberapa tulisan seperti: Qoshidah Burdah, Maulid Syarafil Anam,

Maulid Barzanji, Aqidatul Awwam, Rotib al-Haddad, Maulid Diba’i, dan yang lainnya.

 

Kitab yang popular ini di dalamnya banyak sekali penyelewengan-penyelewengan dari

syari’at Islam bahkan berisi kesyirikan dan kekufuran yang wajib dijauhi oleh setiap Muslim.

Insya Allah akan kami jelaskan kesesatan-kesesatan kitab ini dan kitab-kitab yang

menyertainya dalam kitab tersebut, sebagai nasihat keagamaan bagi saudara-saudara

kaum muslimin. Dan sebagai catatan bahawa cetakan kitab yang kami jadikan rujukan

dalam pembahasan ini adalah cetakan PT. Al-Ma’arif Bandung.

 

Maulid Barzanji dan Kesesatan-Kesesatannya

 

Maulid Barazanji yang terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini dalam

halaman 72-147, di dalamnya terdapat banyak sekali kesalahan-kesalahan dalam aqidah,

seperti kalimat-kalimat yang ghuluw (melampaui batas syar’i) terhadap Nabi, kalimat-

kalimat kekufuran, kesyirikan, serta hikayat-hikayat lemah dan dusta.

 

Di antara kesesatan-kesesatan kitab ini adalah:

 

1. Mempercayai Adanya “Nur Muhammad”

 

Halaman Utama m/s. 3

Page 4: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Penulis berkata dalam halaman 72-73:

 

األولية و بالتقدم الموصوف النور على أسلم و وأصلى

 

Dan aku ucapkan selawat dan salam atas cahaya yang disifati dengan yang dahulu dan

yang awal

 

Jawapan Kami: ini adalah aqidah tasauf yang batil, orang-orang tasauf beranggapan

bahwa semua yang ada di alam semesta ini diciptakan dari nur (cahaya) Muhammad

kemudian bertebaran di alam semesta. Keyakinan ini merupakan ciri khas dari kelompok

Shufiyyah, keyakinan mereka ini hampir-hampir selalu tercantum dalam kitab-kitab mereka.

 

Ibnu Atho as-Sakandari berkata: “Seluruh nabi diciptakan dari Ar-Rohmah dan Nabi kita

Muhammad adalah ‘Ainur Rahmah.” (Lathaiful Minan hal. 55)

 

Merupakan hal yang diketahui setiap muslim bahwasanya Rasulullah s.a.w. adalah manusia

biasa yang dimuliakan oleh Allah dengan risalah-Nya sebagaimana para rasul yang lainnya,

Allah berfirman:

 

aادaة_ _ع_ب ب eر_ك eشi ي aالaو _حlا صaال lمالaع eلaمeعa eي فaل rه_ ب aر aاءaق_ ل جiوا eرa ي aانa ك eنaمaف xاح_دaو xهa _ل إ eمi aهiك _ل إ {مaا نa أ _لaي{ إ iوحaى ي eمi iك eل م_ث xر aشa ب aا aن أ {مaا _ن إ eلiق

( aحaدlا أ rه_ ب a1110ر)

 

“Katakanlah:”Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kalian, yang

diwahyukan kepadaku:”Bahwa sesungguhnya Ilah kalian itu adalah Ilah Yang Esa”.” (QS. Al-

Kahfi : 110)

 

2. Membawakan Hikayat-Hikayat Dusta Tentang Kelahiran Nabi

 

Penulis berkata dalam halaman 77-79 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini:

 

العربية األلسن بفصاح لقريش دابة كل بحمله نطقت و

األفواه و الوجوه على األصنام و األسرة خرت و

البحرية دوابها و المغارب و المشارق وحوش تباشرت و

القدسية الحظيرة من نسوة في مريم و اسية مولده ليلة أمه حضر

Halaman Utama m/s. 4

Page 5: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

 

Dan memberitahukan tentang dikandungnya beliau setiap binatang ternak Quraisy dengan

Bahasa Arab yang fasih!

Dan tersungkurlah takhta-takhta dan berhala-berhala atas wajah-wajah dan mulut-mulut

mereka!

Dan saling memberi berita gembira binatang-binatang liar di timur dan di barat beserta

binatang-binatang lautan!

Saat malam kelahirannya datang kepada ibunya Asiyah dan Maryam beserta para wanita

dari syurga!

 

Kami katakan: Riwayat ini adalah riwayat yang lemah dan dusta sebagaimana yang

dijelaskan oleh para ulama hadits. (Lihat Sirah Nabawiyyah Shahiihah, 1/97-100)

 

3. Bertawassul denga zat Nabi

 

Penulis berkata pada halaman 106 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini:

 

المحمدية الذات بشرف إليك نتوسل و

بمعناه أولهم و بصورته األنبياء آخر هو من و

البرية أمن كواكب وبآله

Dan kami bertawassul kepadaMu dengan kemuliaan dzat Muhammad

Dan yang dia adalah akhir para nabi secara gambaran dan yang paling awal secara makna

Dan dengan para keluarganya bintang-bintang keamanan manusia

 

Jawapan Kami: Tawassul dengan zat Nabi dan keluarganya serta orang-orang yang

sudah mati adalah tawassul yang bid’ah dan dilarang. Tidak ada satupun doa-doa dari kitab

dan sunnah yang terdapat di dalamnya tawassul dengan jah atau kehormatan atau hak atau

kedudukan dari para makhluk. Banyak para imam yang mengingkari tawasssul-tawassul

bid’ah ini. al-Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak selayaknya bagi seorang pun berdoa kepada

Allah kecuali denganNya, aku membenci jika dikatakan: “Dengan ikatan-ikatan kemuliaan

dari arsyMu, atau dengan hak makhlukMu.” Dan ini juga perkataan al-Imam Abu Yusuf.

(Fatawa Hindiyyah 5/280)

 

Halaman Utama m/s. 5

Page 6: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Syeikh al-Albani berkata: “Yang kami yakin dan kami beragama kepada Allah dengannya

bahwa tawassul-tawassul ini tidaklah diperbolehkan dan tidak disyari’atkan, kerana tidak

ada dalil yang dapat dijadikan hujjah padanya, tawassul-tawassul ini telah diingkari oleh

para ulama ahli tahqiq dari masa ke masa.” (at-Tawassul anwa’uhu wa Ahkamuhu hal. 46-

47)

 

4. Menyatakan Bahawa Kedua Orang Tua Nabi Dihidupkan Lagi dan Masuk

Islam

 

Penulis berkata dalam halaman 114:

 

اإليمان أهل من والله أصبحا وقد

شواهد الحديث في لهذا جاء و

جالله جل الله فإن فسلم

أحيان كل فى اإلحياء على قدير

Dan sesungguhnya keduanya (Abdullah dan Aminah) telah menjadi ahli iman

Dan telah datang hadits tentang ini dengan syawahidnya (penguat-penguatnya)

Maka terimalah kerana sesungguhnya Allah mampu menghidupkan di setiap waktu

 

Jawapan Kami: Hadits tentang dihidupkannya kedua orang tua Nabi dan berimannya

keduanya kepada Nabi adalah hadits yang dusta. Syaikh Ibnu Taimiyyah berkata: “Hadits ini

tidak sahih menurut ahli hadits, bahkan mereka sepakat bahawa hadits itu adalah dusta dan

diada-adakan…Hadits ini di samping palsu juga bertentangan dengan al-Qur’an, hadits sahih

dan ijma’. (Majmu’ Fatawa, 4/324)

 

5. Berdoa dan Beristighatsah kepada Nabi

 

Penulis berkata dalam halaman 1114:

 

نذير يا بشير يا

السعير من مجير يا أجرني و فأغثني

الدرجات رفيع يا الحسنات ولي يا

Halaman Utama m/s. 6

Page 7: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

السيأت عني اغفر و الذنوب عني كفر

Wahai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan

Tolonglah aku dan selamatkan aku, wahai penyelamat dari neraka Sa’ir

Wahai pemilik kebaikan-kebaikan dan pemilik derajat-derajat

Hapuskanlah dosa-dosa dariku dan ampunilah kesalahan-kesalahanku

 

Jawapan Kami: Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang nyata kerana penulis berdoa

kepada Nabi dan menjadikan Nabi sebagai penghapus dosa, dan penyelamat dari azab

neraka, padahal Allah berfirman:

 

( aحaدlا أ _ه_ ب iر_ك eشi أ aالaو rي ب aر aدeعiو أ {مaا _ن إ eلi20ق( دlا( aش aر aالaو ا ضaر¤ eمi aك ل iل_كeمa أ aال rي _ن إ eلi21ق )eنa وaل xدaحa أ {ه_ الل aم_ن _ي ن aج_يرi ي eنa ل rي _ن إ eلiق

( aحaدlا eت مiل _ه_ دiون eم_ن aج_دa (22أ

“Katakanlah: “Sesungguhnya Aku hanya menyembah Rabbku dan aku tidak

mempersekutukan sesuatupun denganNya.” Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak kuasa

mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu kemanafaatan.”

Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari

(azab) Allah dan sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-

Nya.” (QS. Al-Jin: 20-22)

 

Syaikh Abdur Rahman bin Nashir as-Sa’di berkata: “Katakanlah kepada mereka wahai rasul

sebagai penjelasan dari hakikat dakwahmu: “Sesungguhnya Aku hanya menyembah Rabbku

dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun denganNya.” iaitu aku mentauhidkan-Nya,

Dialah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku lepaskan semua yang selain Allah dari

berhala dan tandingan-tandingan, dan semua sesembahan yang disembah oleh orang-orang

musyrik selain-Nya. Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan suatu

kemudharatan pun kepadamu dan tidak pula suatu kemanafaatan. Kerana aku adalah

seorang hamba yang tidak memiliki sama sekali perintah dan urusan”. Katakanlah:

“Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun dapat melindungiku dari (azab) Allah dan

sekali-kali aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya.” Iaitu tidak

ada seorang pun yang dapat aku mohon perlindungan agar menyelamatkanku dari azab

Allah. Jika Rasulullah pun yang merupakan makhluk yang paling sempurna, tidak dapat

memberi kemudharatan dan kemanafaaatan, dan tidak dapat menahan dirinya dari Allah

sedikitpun, jika Dia menghendaki kejelekan padanya, maka yang selainnya dari makhluk

lebih-lebih lagi tidak dapat melakukan itu semua.” (Tafsir al-Karimir Rahman hal. 1522 cet.

Dar Dzakhoir)

Halaman Utama m/s. 7

Page 8: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

 

Ayat-ayat di atas dengan jelas menunjukkan atas larangan berdo’a kepada Rasulullah dan

bahawa Rasulullah tidak mampu menyelamatkan dirinya dari azab Allah apalagi

menyelamatkan orang lain!

 

Qashidah Burdah Dan Kesesatan-Kesesatannya

 

Qashidah Burdah terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah di dalam

halaman 148-173. Qashidah ini ditulis oleh Muhammad al-Bushiri seorang tokoh tariqat

Syadziliyyah.

 

Qashidah Burdah adalah kumpulan bait-bait sya’ir yang di dalamnya terdapat banyak

sekali kalimat-kalimat kesyirikan dan kekufuran yang nyata, di antara bait dari qashidah

tersebut adalah:

ضرتها و الدنيا جودك من فإن

والقلم اللوح علم علومك ومن

Maka sesungguhnya dunia dan akhirat adalah dari kemurahanmu wahai Nabi

Dan dari ilmumu ilmu lauh dan qolam (hal 172 dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah)

 

Sheikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin mengulas perkataan Bushiri di atas dengan

berkata: “Ini termasuk kesyirikan yang terbesar, kerana menjadikan dunia dan akhirat

berasal dari Nabi yang natihajhnya bahawasanya Allah sama sekali tidak mempunyai

peranan…” (Qaulul Mufid, 1/218)

Maulid Syarofil-Anam dan Kesesatan-Kesesatannya

 

Maulid Syarofil Anam terkandung dalam kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah ini dalam

halaman 217, dia juga merupakan kumpulan bait-bait sya’ir yang di dalamnya terdapat

banyak sekali kalimat-kalimat yang ghuluw terhadap Nabi, di antara contoh-contoh kalimat

tersebut adalah:

الذنوب ماحي يا عليك السالم

الكروب جالي يا عليك السالم

Halaman Utama m/s. 8

Page 9: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Keselamatan semoga terlimpah atas mu wahai penghapus dosa

Keselamatan semoga terlimpah atasmu wahai penghilang duka-duka (kitab Majmu’atu

Mawalid wa Ad’iyyah, hal. 3 dan 4)

 

األنبياء كل خير يا الله رسول يا

المنصب زكي يا هاوية من نجنا

Wahai Rasulullah wahai yang terbaik dari semua Nabi

Selamatkanlah kami dari neraka Hawiyah wahai pemilik jabatan yang suci (hal. 8 dari kitab

Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah)

Jawapan Kami: Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang nyata kerana penulis berdoa

kepada Nabi dan menjadikan Nabi sebagai penghapus dosa, penghilang kedukaan, dan

penyelamat dari azab neraka, padahal Nabi tidak berkuasa mendatangkan suatu

kemudharatan pun dan tidak juga memberi kemanafaatan kepada siapa pun, tiada seorang

pun dapat melindunginya dari azab Allah dan tidak akan memperoleh tempat berlindung

selain daripada-Nya, sebagaimana dalam ayat 20-22 dari Surat al-Jin di atas.

 

Kemudian di dalam kitab Maulid Syarofil Anam juga terkandung banyak kisah-kisah yang

lemah dan dusta sebagaimana dalam kitab Barzanji di atas, seperti kisah bahawasanya

ibunda Rasulullah ketika mengandungkan baginda tidak merasa berat sama sekali,

Rasulullah dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, bercelak, berhala-berhala jatuh

tersungkur, bergoncanglah singgahsana Kisra, dan matilah api orang-orang Majusi (kitab

Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah, hal. 10-12). Kisah-kisah ini adalah kisah-kisah yang lemah

dan dusta sebagaimana dijelaskan oleh para ulama hadits (Lihat Siroh Nabawiyah Sohihah

1/97-100).

 

(Dipetik dari tulisan Abu Ahmad As-Salafi, Majalah Al-Fuqon, Gresik, edisi 09 tahun VI/

Robi’uts Tsani 1428 /Mei 2007, halaman 41-44 dan dialihbahasa dan disaring oleh

www.darulkautsar.net).

 

Fatwa: Maulid Al-Barzanji Bid’ah

 

Pertanyaan:

 

Halaman Utama m/s. 9

Page 10: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Di tempat kami ada yang dikenali sebagai majlis Al-Barzanji, iaitu berkumpul sekumpulan

manusia yang mengulang-ulang bacaan sirah Rasul dan mereka berselawat atasnya dengan

lagu dan rentak tertentu dan mereka melakukannnya di tempat kami dalam acara-acara

tertentu atau majlis-majlis perkahwinan.

 

Fatwa:

 

Alhamdulillah, selawat dan salam atas Rasulillah dan atas keluarganya dan sahabatnya.

Adapun setelah itu: Maka ini adalah perkara “muhdats” (perkara baru yang diada-adakan

atau dengan kata lain, bid’ah- penterjemah), tidak pernah dikerjakan oleh (para sahabat)

orang sebaik-baik ummat ini sesudah nabinya, iaitu mereka para sahabat Rasulullah s.a.w.

beserta agungnya kecintaan mereka terhadap beliau. Seandainya itu baik maka pasti

mereka telah mendahului kita mengerjakannya.

 

Kita wajib mengagungkan Nabi s.a.w. dan kita saling mengkaji sirah baginda agar kita

mendapat petunjuk dengan pentunjuk baginda dan mengikuti jejak baginda, beserta ikut

kepada baginda s.a.w. dalam hal yang disyari’atkannya, dan tidak membuat-buat ibadah-

ibadah baru yang beliau tidak membawakannya, atau tambahan atas ibadah-ibadah yang

telah disyari’atkannya. Kerana hal itu termasuk sebab-sebab ditolaknya amal atas

pelakunya. Maka benar telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

 

“ ومسلم ” البخاري رواه د» aر aوiهaف نا iأمر aيه_ عaل aسe aي ل l عaمaال aم_لaع eنaم

 

Barangsiapa beramal suatu amalan bukan berdasarkan atas perintah kami maka dia

tertolak. (Diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)

 

Wallahu a’lam

 

(Mufti Markaz fatwa dengan bimbingan Dr Abdullah Al-Faqih, Fatawa Ash-Shabakah Al-

Islamiyyah juz 8 halaman 147, fatwa no. 15215, judul: Maulid Al-Barzanji bid’ah, tanggal

fatwa 28 Muharram 1423H/ islamweb).

 

 

Teks Fatwa: Maulid al-Barzanji Bid’ah:

 

Halaman Utama m/s. 10

Page 11: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

ج – ) اإلسالمية الشبكة (147ص / 8فتاوى

الفتوى : 15215رقم

بدعة : البرزنجي مولد الفتوى عنوان

الفتوى : 1423محرم 28تاريخ

 

السؤال

ويفعلونه معين بنغم عليه ويصلون الرسول سيرة فيرددون الناس يجتمع أن عبارة وهو بالبرزنجي يسمى شيء عندنا

االعراس؟ في أو المناسبات في عندنا

 

الفتوى

بعد أما وصحبه آله وعلى الله رسول على والسالم والصالة لله :الحمد

له، حبهم عظيم مع وسلم عليه الله صلى الله رسول أصحاب وهم نبيها، بعد األمة هذه خير يفعله لم محدث أمر فهذا

إليه لسبقونا l خيرا كان .ولو

الله صلى له االتباع مع ولكن أثره، ونقتفي بهديه لنهتدي سيرته ونتدارس وسلم عليه الله صلى النبي نعظم أن وعلينا

أسباب من ذلك فإن شرعها، التي العبادات على الزيادة أو بها، يأت لم عبادات إحداث وعدم شرعه، فيما وسلم عليه

” “ : ومسلم البخاري رواه رد فهو أمرنا عليه ليس l عمال عمل من وسلم عليه الله صلى قال فقد صاحبه، على العمل رد

: برقم جواب في وضوابطها البدعة تعريف بيان سبق وقد فليراجع 631وغيرهما، .

 

أعلم .والله

. الفقيه: عبدالله د بإشراف الفتوى مركز المفتي

Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4711

CADANGAN BACAAN LANJUT PEMURNIAN SYARIAT

FORMAT E-BOOK

SEMBAHYANG

1. Kesahihan Wirid Selepas Solat

2. Panduan Saf Kanak-Kanak Berdasarkan Kepada Hadis-Hadis

3. Berzikir Dan Berdoalah Secara Perlahan

Halaman Utama m/s. 11

Page 12: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

4. Doa Setelah Solat Jenazah: Dari manakah asal-usulnya

5. Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat

6. Beberapa Amalan Bid’ah Semasa Solat Jumaat

RAMADHAN, PUASA DAN HARIRAYA

1. Mengapa Terjerit-jerit Berselawat Dan Zikir Di Celah-celah Sembahyang Tarawih

2. Ketetapan Imsak Sebelum Subuh

3. Rakaat Tarawih : Antara Afdhal (Lebih Utama) Dan Mafdhul (Kurang Tepat)

4. Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

5. Berpuasa Tapi Bersugilah

6. Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

7. Zakat Fitrah dan Hikmat Pensyariatannya

8. Tidak Boleh Keterlaluan Dalam Beramal : Hikmah Larangan Puasa Sebelum

Datangnya Ramadhan

9. Eid: Hukum Dan Adabnya

HAJI DAN UMRAH

1. Berulangkali Melakukan Haji Dan Umrah

2. Umrah : Sudah Berapa Kali Anda Lakukannya?

BID’AH

1. Bid’ah oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi (video iringan Maulana Asri Yusuf)

2. Usul Untuk Memulakan Perbahasan Bid’ah

EKONOMI DAN KEWANGAN

1. The Text of the Historic Judgment on Interest Given by the Supreme Court of

Pakistan

AMALAN MASYARAKAT SEMASA

1 Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil ?

2 Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah

3. Fatwa Bid’ahnya Tentang Merayakan Nisfu Syaaban

Halaman Utama m/s. 12

Page 13: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

4. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan

Sanggahan Terhadapnya

5. Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini

9 Dhaifnya Hadis-Hadis Tentang Allah Memerhatikan Hamba-Hamba-Nya

Pada Malam Nisfu Sya’ban

10 Sejauh Mana Bid’ahnya Membuat Bubur Asyura

11 Hajat Dan Solat Hajat: Dimanakah Tahap Iman Kita?

12 Hakikat Puasa Bulan Sya’ban

13 Penyelewengan Fakta Kelebihan Bulan Rejab

14 Peringatan Maulid Nabi s.a.w. - Tinjauan Sejarah dan Hukumnya Menurut Islam

PENCERAHAN HUKUM SYARA’ DAN FALSAFAH PENSYARIATAN

1. Imam Bukhari : Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid

2. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran

3. Penjelasan Maksud Sebenar Hadiths Larangan Pemakaian Labuh Atau Melebihi Paras

Buku Lali

UMUM

1. Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Menghadiahkan Pahala

Kepada Si Mati

2. Fiqh Keutamaan – Dr Yusuf Al-Qardhawy

PELBAGAI

Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini

- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`

Aqidah - Menyingkap Rahsia Disebalik Kejadian Nur Muhammad

- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara

- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal

Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama

- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat

Halaman Utama m/s. 13

Page 14: Kesesatan Kitab Barzanji

Kesesatan Kitab Barzanji,Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam www.darulkautsar.net

Sejarah dan Sirah – Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya

- Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala

- Kisah Isra’ Miraj Dari Rumah Ummu Hani’

Keindahan Islam - The Amazing Qur'an by Gary Miller

- Aminah As-Silmi : A Girl On A Mission

- Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah

FORMAT BUKU (HARD-COPY)

1. Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah - K.H. Munawar Khalil

Penerbitan Bulan Bintang, Jakarta

Halaman Utama m/s. 14