keselamatan dan etika penggunaan komputer

11
KESELAMATAN KOMPUTER

Upload: ainhunny

Post on 06-Nov-2015

305 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ictl

TRANSCRIPT

  • KESELAMATAN KOMPUTER

  • Definisi Keselamatan KomputerKeselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan.Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudutSeperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.

  • Asas Keselamatan KomputerKerahsiaanmencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.Integritimencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau cipta.

  • KesediaanOrang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.Penggunaan yang betulOrang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia.

  • Cara-Cara Menjaga Keselamatan KomputerPencegahan Dari Jangkitan VirusUntuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

  • Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pangkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti.

    Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.

  • MenghalangpasswordCracker- Gunakanrandom passwordhasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.Gunakan semaksimum mungkinpasswordyang dibenarkan. Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet. Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

  • Gunakan Internet FirewallMerupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.

  • ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTERTanggungjawabKeselamatan fizikalKeselamatan sistemKeselamatan data

  • Antara aspek yang lain iaitu: 1Suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 C. 2Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. 3Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak. 4Komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh. 5Komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.

  • RUMUSANKeselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna untuk kita sebagai pengguna komputer.Dengan menjaga keselamatan komputer, segala perkakasan, perisian, sistem mahupun data-data kita akan berada dalam keadaan selamat.