keselamatan bilik sains.doc

29
KESELAMATAN BILIK SAINS LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Keselamatan bilik sains 1. Memastikan keadaan Bilik sins selamat digunakan 2. Mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid Pelan laluan kecemasan 1. Menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami 2. Mempamerkan pelan laluan kecemasn di bilik sains 3. Mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan Alat pemadam api/pondok pemadam api 1. Memastikan alat pemadam api tersebut ada ditempat-tempat tertentu 2. Memastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan 3. Mengadakn latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi berisi pasir) Jika ada kebakaran 1. Hebahkan kebakaran kepada umum 2. Arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan. 3. Usaha memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan bomba. PERTOLONGAN CEMAS Semasa menghadapi kecemasan 1. Setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera. 2. Guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaan. 3. Memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu 4. Melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Upload: azhar

Post on 24-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

KESELAMATAN BILIK SAINS

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan bilik sains1. Memastikan keadaan Bilik sins selamat digunakan2. Mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid

Pelan laluan kecemasan1. Menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami2. Mempamerkan pelan laluan kecemasn di bilik sains3. Mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan

Alat pemadam api/pondok pemadam api1. Memastikan alat pemadam api tersebut ada ditempat-tempat tertentu2. Memastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan3. Mengadakn latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi berisi pasir)

Jika ada kebakaran1. Hebahkan kebakaran kepada umum2. Arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan.3. Usaha memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan bomba.

PERTOLONGAN CEMAS

Semasa menghadapi kecemasan1. Setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera.2. Guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaan.3. Memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu4. Melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Mata dimasuki benda asing1. Tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing2. Arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing.3. Sekiranya gagal, bawa murid ke hospital

Renungan :

“Seseorang guru itu menerusi pemikiran, menjadi seseorang yang lebih terdidik, orientasinya bertukar dan kelakuannya (mengajar) menggambarkan dirinya.”

Reid,L. A. 1962

Page 2: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

TAJUK : BULAN SAINS

TEMA: TO KNOW SCIENCE IS TO LOVE SCIENCE

1.0 PENGENALAN

Bulan Sains ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah

Kebangsaan Sayong dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah

dan juga Panitia Sains. Memandangkan peratus keputusan

peperiksaan PKSR1 tahun 2009 bagi mata pelajaran Sains kurang

memuaskan, Panatia Sains telah merancang beberapa program

untuk meningkatakan peratus kelulusan mata pelajaran tersebut,

salah satunya ialah dengan menganjurkan Bulan Sains yang

dikelolakan oeh Persatuan Sains.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menarik minat murid kepada matapelajaran Sains.

2.2 Mamantapkan penguasaan Bahasa Ingerís dalam

penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris

2.3 Membina keyakinan dan ketrampilan diri dalam sebarang

aktiviti Sains.

2.4 Mengembangkan minda murid dengan aktiviti pertandingan

yang diadakan.

3.0 MATLAMAT

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan

pelajar yang kreatif, kritis dan Inovatif dalam pelbagai bidang,

disamping memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan

Sains dalam kehidupan seharian mereka.

Page 3: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

4.0 SASARAN

4.1 Murid prasekolah SK Sayong

4.2 Murid tahap 1 SK Sayong

4.3 Murid tahap 2 SK Sayong

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

2 Julai sehingga 2 Ogos 2009

6.0 ANJURAN BERSAMA

6.1 Persatuan Sains SK Sayong.

6.2 Panitia Sains SK Sayong.

6.3 Pusat Sumber SK Sayong.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Abd. Rahaman b. Mohamed Shah

Pengerusi : Tn. Hj. Mat Amin b. Ahmed Halim

Penyelaras : En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin

Setiausaha : En Mohd Khairul Naim b Shariff

Bendahari : Cik Norasmidar bt. Mohamed Nasaruddin

AJK : Pn. Rosita bt. Ismail

: Pn. Norhayati bt. Murad

: Cik Salasiah bt. Zainudin

Page 4: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

: Pn. Noraini bt. Ibrahim

8.0 JADUAL AKTIVITI

Aktiviti Tarikh Huraian aktiviti Guru yang terlibat

Colour me

(kindergarden)

6-10 Julai

2009

Pertandingan

mewarna khas

untuk

prasekolah.

Pn Azian bt Abd

Rahim

En Mohd Khiri b

Masbol

Hide and seek

(Yr 1)

6-10 Julai

2009

Pertandingan

mencari haiwan

tersembunyi.

Pn Rosita bt

Ismail

Quiz

(Yr 2, Yr 3, Yr 4,

Yr 5 & Yr 6)

13-17 Julai

2009

Kuiz mengenal

sains sebagai

pendedahan

kepada murid

untuk meminati

sains.

Cik Norasmidar

bt Mohd

Nasaruddin

Pn Noraini bt

Ibrahim

Pn Norhayati bt

Murad

Istilah Sains

(yr 3, yr 4, yr 5

& yr 6)

13-17 Julai

2009

Guru bertugas

akan membaca

atau menulis

istilah sains di

perhimpunan

pagi. Murid-

murid akan salin

di dalam buku.

Guru bertugas

En Mohd Khairul

Naim b Sharif

Scrap book

(Yr 4, 5 and 6)

6-31 Julai

2009

Penghasilan

buku Skrap

secara

1- En Mohd

Tajuddin b Puteh

Ariffin.

Page 5: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

berkumpulan (5

orang dalam

satu kumpulan)

berdasarkan

kepada tajuk:

solar system

Food chain

and Food

Web

Life

processes

Materials

2- Cik

Norasmidar bt

Mohd

Nasaruddin

3- Pn Norhayati

bt Murad

4- Cik Salasiah bt

Zainuddin

5- Pn Rosita bt

Ismail

6- En Mohd

Khairul Naim b

Sharif

Science’s

exhibition

28-30 Julai

2009

Tema pameran:

To know science is

to love science.

Diadakan di

makmal sains.

Antara

eksperimen yang

akan

dipersembahkan:

acid and alkali

circuit

magnet

measurement

video - planet

slide

presentation

1- En Mohd

Tajuddin b Puteh

Ariffin.

2- Cik

Norasmidar bt

Mohd

Nasaruddin

3- Pn Norhayati

bt Murad

4- Cik Salasiah bt

Zainuddin

5- Pn Rosita bt

Ismail

6- En Mohd

Khairul Naim b

Sharif

Paracut 22 Julai 2009 Pertandingan ini

diadakan pada

1- En Mohd

Tajuddin b Puteh

Page 6: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

Competetion

- Terbuka utk

ahli Persatuan

Sains

hari Rabu

semasa

kegiatan

kokurikulum.

Ariffin.

2- Cik

Norasmidar bt

Mohd

Nasaruddin

3- Pn Norhayati

bt Murad

4- Cik Salasiah bt

Zainuddin

5- Pn Rosita bt

Ismail

6- En Mohd

Khairul Naim b

Sharif

Penyampaian

hadiah

3 Ogos 2009 Diadakan pada

hari

perhimpunan

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya Bulan Sains ini dapat

meningkatkan kesedaran murid–murid kepentingan Sains dalam

kehidupan seharian mereka dan seterusnya akan meningkatkan

peratus kelulusan Sains di kalangan murid-murid Sekolah

Kebangsaan Sayong.

Disediakan oleh,

(En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin)

Page 7: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

Penyelaras Program Bulan Sains 2009,

Persatuan Sains

PENYELENGGARAAN MIKROSKOP

 Langkah-Langkah Memelihara Mikroskop: 

1. Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop. 

2. Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta. 

3. Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita ) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan mengurangkan kualiti imej. 

4. Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan. Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain  dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku. 

5. Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene. 

6. Pastiakn pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan bahan- bahan ini.  

7. Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan trebuka. Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop. Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama dengan mikroskop. 

8. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup plastik dengan kemas. 

Penbersihan Kanta-Kanta  

Bahan yang di perlukan:

Page 8: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

a) Kertas tisu kanta

b) Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )

c) Berus lukisan yang lembut dan bersih.

d) Pelarut:

            i) Xylene

            ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau

            iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan alkohol muklat sebanyak 3 kali.

            iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah ) 

* Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan kanta .

* Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang lembut tadi.

* Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.

* Kemudian lapkan  kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)

* Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta. 

NOTA:

Dalam banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi langkah-langkah 6-8 harus dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan. 

            * Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan untuk langkah

            * Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa pengelapan                    dilakukan, pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali.

            * Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali.

            * Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada, lakukan pembersihan sekali lagi. 

Peringatan: 

Page 9: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

1. Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi. 

2. Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu). Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen), tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu lebih dari sekali. 

3. Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang balik kanta-kanta itu satu demi satu. 

Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop: 

Masalah 1:                    Pemutar fokus kasar: sangat ketat 

Punca:                          Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak  dipasang denga baik. 

Penyelesaian :               a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah  yang bertentangan.

                                    b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru. 

Masalah 2:                    Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan  menyebabkan fokus spesimen berubah) 

Punca    :                      a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang dengan                                                baik.

                                    b) Pelinciran denga minyak yang nipis.

 Penyelesaian     :           Seperti dalam masalah 1

 Masalah 3 :                   Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat diputarkan. 

Punca :                         Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya. 

Penyelesaian :               a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya

                                    b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah  pusingan yang boleh dilakukan ialah 10 letakkannya pada  pusingan yang kelima.

                                    c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar.

Page 10: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

                                    d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan  mengfokus dengan pemutar fokus. 

Masalah 4 :                   Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak)

Punca :                         a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya.

                                    B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana minyak) 

Penyelesaian :               a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat.

                                    B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat.

                                    C) Jangan menggunakan minyak  rendaman yang kental. 

Masalah 5 :                   Terdapat imej berbintik atau berkabus 

Punca :                         a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika  bintik-bintik itu turun berpusing sewaktu kanta mata   dipusingkan.

                                    B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif      

                                    c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid spesimen digerakkan)

                                    d) Kekotoran diatas iluminasi  

Penyelesaian :               Bersihkan mana-mana yang perlu. 

Masalah 6 :                   Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang jika kondenser di turunkan atau di naikkan.  

Punca :                         a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika illuminasi kritik digunakan.

                                    B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi  kholer digunakan ). 

Penyelesaian :               Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan segera, ubah kondeser sedikit.  

Masah 7 :                     Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan jelas. 

Punca :                         a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus dugunakan atau sebaliknya.

                                    b) Buih dalam minyak rendaman.

                                    c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan.

Page 11: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

                                    d) Sisip kaca terlalu tebal

                                    e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal.

                                    f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.

                                    g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan lebih                                                            ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x ) 

Penyelesaian :               Untuk masalah 7(a) - 7(c) :

                                    Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika   perlu.

 

                                    Untuk masalah 7(d) - 7 (e)

                                    Gunakan objektif dengan ‘collar’ pembetulan atau  gunakanobjektrif rendaman yang lebih sesuai .

                                    Untuk masalah 7(g)

                                    Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul. 

Masalah 8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja. 

Punca :                         a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada laluan cahaya.

                                    b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul.

                                    c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi optik.

 

Penyelesaian :               Betulkan kedudukan yang perlu. 

Masalah 9 :                   Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu ) kawasan lebih terang dari kawasan yang lain. 

Punca :                         a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.

                                    B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan illuminasi genting ).

                                    C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi genting).        

Penyelesaian: Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :

Page 12: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

                        Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan.  Untuk masalah 9 (c):

                        Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser.  Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.      

Masalah 10  :   Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan   seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus. 

Punca:  a) Buih dalam minyak rendaman.

            B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan itu bukan objektif rendaman.

Penyelesaian:  Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif.  Sediakan  semula slid untuk dilihat di bawah mikroskop. 

Masalah 11 :   Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej. 

Punca:  Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan). 

Penyelesaian :  Cuba kantamata yang lain  serta illuminasi kohier

                        Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta

                        objektif-kantamata. 

Masalah  12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di

                   atas imej. 

Punca:  a)   Pencemaran di atas permukaan kanta,

            b)  Pencemaran di sebelah atas bawah slid,

            c)  Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor            

Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka  diafragma apertur kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut. 

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR 

A)         Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

B.          Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

Page 13: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

C.          Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. 

D.        Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

E.         Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F.          Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G.        Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

H.         Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

I.          Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.

J.          Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K.        Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L.         Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti  dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

M.        Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

N.         Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

O.        Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

P.         Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q.        Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

R.         Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

Page 14: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

 

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

 

A.        Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk  mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.

B.        Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian  kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas.  Jangan membazirkan bahan kimia.

C.         Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.

D.        Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.

E.         Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.  Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

 

AMARAN 

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

PANDUAN PENGURUSAN STOK 

BORANG-BORANG 

(a)        Daftar Harta Modal ( Kew 312, 312A)

b)         Daftar Inventori (Kew 313)

(c)        Daftar Stok Bekalan pejabat (Kew 314)

(d)        Daftar pergerakan harta Modal dan Iventori (Kew 315) 

DEFINASI HARTA MODAL 

Page 15: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

-            BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI RM 500 ATAU LEBIH SETIAP UNIT.

(TIDAK TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA)

 kategori harta Modal 

- kenderaan (kereta, van, motorsikal dsbnya)

- Logi (logi pusat hawa dingin, logi pembersihan air dsbnya)

- Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat dsb.

 (Kamera, komputer, mesin taip dan sebagainya.) 

DEFINASI INVENTORI 

- BARANG-BARANG TAKLUAK YANG BERNILAI KURANG DARI RM500 SETIAP UNIT.

(TERMASUK PERABOT, PERMAIDANI DAN LANGSIR DSBNYA TANPA MENGAMBILKIRA KOS) 

Kategori Inventori 

- peralataan kelangkapan pejabat

(alat pengira, kipas angin dsbnya) 

- Perabot, permaidani dan langsir dsbnya.

(Kerusi, meja, kangsir dsbnya) 

DEFINASI BEKALAN PEJABATTERMASUK

- Semua barang luak (consumables)

(ball pen, kertas am dsbnya) 

- Alatulis serta kelengkapan pejabat takluak  (non- consumables) yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.

(gunting, stapler dsbnya) 

Pelaksanaan Penggunaan Borang-borang Baru 

Page 16: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

*  Bagi perolehan harta modal, inventori dan bekalan pejabat yang baru, tarikh penguatkuasaan ialah 1 hb mei 1991. 

*  Bagi harta modal, iventori dan bekalan pejabat yang sedia ada, maklumat mengenainya hendaklah dipindahkan daripada borang lama kepada borang  baru dengan  secepat mungkin tetapi tidak melebihi satu tahun dari 1 hb mei 1991. 

*  Borang lama hendaklah disimpan untuk tujuan audit. 

PESANAN BORANG  

- Kew 312, 312A & 313

(dalam bentuk kad)   

- kew, 314 & 315

dalam bentuk buku)    -    Jabatan Percetakan Negara. 

-  fail kulit keras

( 2 ring hard cover file)      Kontrak Pusat Pek. Kontrak 7/90

 NOTA KEGUNAAN BORANG-BORANG KEW 312, 312 A, 313, 314, 315

 PENJELASAN TERPERINCI BORANG-BORANG  

1.         DAFTAR HARTA MODAL ( KEW  312, 312 A)

1.1       Harta modal ialah barang-barang tak luak yang bernilai RM 500 atau lebih setiap satu pada masa perolehan tidak termasuk:

a.         Perabot,        b.  Permaidani      c.            Langsir 

1.2       Daftar harta modal mengandungi 2 bahagian : 

i.          Bahagian A

            - Merekodkan semua maklumat berhubung dengan pembelian, penempatan, pemeriksaan dan pelupusan.

ii.         Bahagian B.

            - Merekod semua penyelenggaran seperti pembaikian dan pembelian segala alat ganti. 

Page 17: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

1.3       Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini. 

1.4.      Butiran maklumat di dalam daftar harta modal  dibahagi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: 

KEW 312 (BAHAGIAN A) 

a.         Kategori

            Harta modal dibahagikan kepada tiga kategori

            i. Kenderaan                   ii. Logi

            iii. Mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat 

b.         Jenis

            Jenis harta modal didalam kategori ‘mesin’ peralatan dan kelengkapan pejabat             contohnya:

            i.  Kamera                        ii. Komputer

            iii. Mesin penyalin            iv. TV dan sebagainya 

c.         Jenama dan model

            contohnya “ Proton Saga 1.5I otomatik” 

d.         Jenis dan nombor enjin

            ( Jika ia ada kenderaan ) 

e.         No. Casis / siri pembuat

            Nombor casis bagi kenderaan atau nombor siri pembuat bagi peralatan pejabat. 

F.         No. Siri pendaftaran

            Contohnya seperti nombor siri pendaftaran kenderaan atau nombor siri rekod   pejabat ( SMBAS/TR/ ERT-0001/93 ) 

g.         Kos dan tarikh dibeli / terima

Page 18: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

            Harga termasuk kos pengakutan / insuran ( jika ada ) dan lain-lain perbelanjaan berkaitan dengan pembelian tersebut. 

H.        No. Pesanan kerajaan

            Rujuk kepada pesanan kerajaan yang dikeluarkan untuk pembelian harta modal berkenaan , contoh ( g181570 ). Jika ia di perolehi melalui cara-cara lain, sila nyatakan contoh “ hadiah” ( Sumbangan wakil rakyat ), dsbnya. 

I.          Pembekal

            Nama pembekal ( Contoh: Guthrie Malaysia Trading Corporion Sdn. Bhd. ) 

j.          No. Rujukan fail

            Nombor rujukan fail yang mengandungi rekod-rekod pembelian harta modal ini. 

K.          Aksesori

            Senaraikan aksesori-aksoseri yang dilengkapkan bersama harta modal ini. 

L.           Tandatangan

            Tandatangan pegawai yang bertanggunjawab mengesahkan butiran diatas serta tarikh. 

M.         Penempatan

            Penampatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pindahan  penempatan perlu direkodkan dan ditandatangani oleh pegawai bahagian pengguna.Sekiranya borang tersebut telah aktif maka penempatan hendakalah di rekod             diborang kew 315 ( dalam bentuk buku ). 

            Pindahan

            Sekiranya ia dipindahkan secara tetap dari pejabat ayng mengawalnya, kad dafta harta modal asal hendakalah didaftakan bersama-sama dengan harta modal berkenaan kepada pejabat yang menerimanya. Satu salinan kad dafta harta modal tersebut hendaklah disimpan dengan menulis perkataan “ Dipindahkan ....................( Ruj. : ........................) didalam fail yang berasingan dengan rekod harta

Page 19: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

modal yang dipindah. Selepas butiran itu diisi, pegawai yang bertanggunjawab perlu ditandatangani diruang yang disediakan serta tarikhnya. 

N.         Pemeriksaan harta modal

            Ketua jabatan hendaklah mengatur pemeriksaan keatas harta modal sebagaimana yang dikehendaki dalam TPS para 238, 239, dan 240 ( pegawai pemverifikasi stok dalaman ). 

O.          Pelupusan

            Pegawai berkenaan hendaklah mencatatkan tarikh, no. Fail dan tandatangan, bila sesuatu harta modal itu diluluskan untuk pelupusan oleh pembedaharaan atau pegawai dimana berkenaan. ( adalah menjadi tanggunjawad pegawai yang menjaga stok tersebut untuk melaporkan kepada pegawai atasanyan bagi tujuan hapuskira barang-barang yang telah rosak, usang dan sebagainya ( Format kew 300-v- diisi 5 salinan ) 

KEW 312 ( BAHAGIAN B ) 

a.         Tarikh servis/pembaikan 

b.         Butiran servis/pembaikan

            Keterangan lanjut mengenai apa yang dibaiki termasuk pembelian alat ganti. 

c.         No. Pesanan kerajaan / nombor inden 

d.         Tempatan pembelian / servis / pembaikian

            Nama syarikat dimana alat-alat ganti dibeli atau pembaikian dibuat. 

E.         Kos

            Kos alat ganti atau kos pembaikian atau kedua-duanya sekali

 f.         Tandatangan

            Pegawai yang bertanggunjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaran harta modal itu. 

KEW 312 A 

Page 20: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

Borang ini merupakan sambungan kepada borang KEW 312 ( bahagian B )  

2.         DAFTAR INVENTORI ( KEW 313 ) 

            2.1 Inventori ialah barang-barang tak luak yang bernilai tak kurang daripada RM 500 setiap satu pada masa perolehan 

            2.2 Walau bagaimanapun barang-barang seperti :

            i.   Perabut              ii. Permaidani

            iii. Langsir              iv. Pinggan mangkuk

            termasuk dalam inventeri tanpa mengira kos 

            2.3 Kad ini disusun mengikut jenis inventori dan abjad.           

            2.4 Butiran didalam kad adalah seperti berikut:

            a. Kategeri

                Inventori dibahagikan kepada ketegori berikut:

             i.  Peralatan dan kelengkapan pejabat

            ii.  Perabot , permaidani dan langsirdan sebagainya 

            b. Jenis

                Jenis inventoridi dalam ketegori ‘ peralatan dan kelengkapan pejabat “ misalnya;

            i. Kerusi  ii. Meja            iii. Langsir    dan lain-lainnya 

            c. Bilangan

                Bilangan mengikut urutan biasa 

            d. Butiran

                Perihal inventori yang di perolehi misalnya :

            i.  Kerusi pengetua

            ii.  Meja kerani.

Page 21: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

            Iii. Rak bertutup dan sebagainya.           

            E.  Kuantiti

                 Jumlah unit yang diperolehi.

            F.  No. Pesanan  kerajaan.

            G.  Tarikh dibeli

                  Tarikh iventori dibeli mengikut pesanan kerajaan.

            H.  Kos seunit - termasuk kos pengangkutan dan insuran.

            I.    No. Siri pendaftaran.

                  No. Siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

            J.    Lokasi

                  penempatan inventori tersebut.

            K.   Pelupusan

                  Nombor rujukan fail ada pelupusan itu diluluskan.

            L.         Catatan

                        Apa-apa perkara yang berkaitan.

            M.        Tandatangan

                        Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butiran yang dicatatkan itu.

 

3.            DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT (kew 314)

3.1  Bekalan pejabat ialah semua barang luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan  pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. 

3.2       Daftar ini  adalah dalam bentuk buku. 

3.3  a.  Jenis

Page 22: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

jenis bekalan pejabat seperti  barangan  luak misalnya.

            I.   Ball pen  ii.  Kertas am  iii,  gam

jenis bekalan pejabat seperti barangan tak luak . 

i.  Gunting  ii.  Stapler     iii.  Bulu tangkis (contoh di sekolah) 

b.  Unit pengukuran

Dikira dalam bentuk batang, kotak rim dan sebagainya. 

C.  Bil.

Bilangan mengikut urutan biasa. 

D.  No. Pesanan

e.   Diterima daripada/dikeluarkan kepada nama pembekal atau pegawai yang menerima. 

F.  Tarikh

        Tarikh bekalan diterima atau dikeluarkan.

G.     Kuantiti terimaan.

h..     Kuantiti keluaran

i.       Baki bil, unit yang ada

j.       Penerima, nama dan tanadatangan pegawai menerima bekalan. 

3.4      Bagi merekod baki stok dari buku lama hendaklah dicatat seperti berikut: 

jenis:   pen - Ball pen   unit:  batang 

1.  Baki dari Buku Daftar/Stok          Tarikh      Baki

(Alat Tulis (Am 84 pin. 10/66)          1.5.91      170 

4.            DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL INVENTORI (kew 315) 

Page 23: KESELAMATAN BILIK SAINS.doc

4.1  Daftar pergerakan harta modal dan iventori bertujuan untuk merekodkan pergerakan sebarang harta modal atau invontori seperti:

i.         Pindahan    ii,  pinjaman  iii.  Penempatan sementara. 

4.2.      Ia adalah dalam bentuk buku.

 

4.3.      a.       Jenis

jenis harta model atau inventori misalnya “TV” 

b.         Jenama dan model

            model harta modal/inventori misalnya “canon TY 700”

c.         No. Siri Pembuat

            no. Siri pembuat harta  modal/inventori berkenaan.

D.        No. Siri pendaftaran

            Nombor siri pendaftaran seperti nombor siri rekod pejabat.

E.         Bil

            Bilangan mengikut urutan biasa.

F.         Nama peminjam

g.         Tarikh dikeluarkan

            Tarikh sebenar harta modal/inventori dikeluarkan atau dipindahkan dari penempatan.

H.        Tarikh jangka dipulangkan

tarikh harta modal/inventori berkenaan dijangka dipulangkan.

I.          Tandatangan peminjam.

J.          Pegawai mengeluar