kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat...

6
Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.

Upload: rohana-jukarna

Post on 27-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assgnmt

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Positif Apabila Guru Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ialah Dapat Menigkatkan Kualiti Profesioanal Dalam Diri Seorang Guru

Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.

Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.

Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu – ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya ialah akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Pengurusan masa merupakan aspek penting di dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran megalami masalah untuk membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran serta

Page 2: Kesan Positif Apabila Guru Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ialah Dapat Menigkatkan Kualiti Profesioanal Dalam Diri Seorang Guru

keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri mereka terjejas. Disini, kemahiran dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya guru tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan guru tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti berniaga kerana tekanan kehidupan. Sambung belajar memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi sekarang dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini akan memaksa guru bertindak untuk mencari kerja sampingan yang lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan in sudah pasti memerlukantenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima padahnya. Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran terjejas dan di buat ala kadar sahaja.

4.0 Cadangan

Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan ketika guru sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran percuma kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan sebahagian daripada galakan kerajaan untuk menggalakkan guru – guru untuk meningkatkan kualiti diri mereka agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya ada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad. Jadi, ini menutup peluang guru – guru yang berminat untuk menyambung pelajaran. Dengan adanya yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan semangat untuk guru – guru untuk memajukan diri.

Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi guru yang sedang belajar. Mereka tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu melihat webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan seperti tugasan juga dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke kelas. Pembelajaran seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai banyak komitmen lain.

5.0 Rumusan

Page 3: Kesan Positif Apabila Guru Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ialah Dapat Menigkatkan Kualiti Profesioanal Dalam Diri Seorang Guru

Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada guru adalah penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.

.

Posted by edu3108ipgktb at 02:07

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Labels: Isu Keguruan 1: Guru Sambung Belajar oleh Nadhirah bt Abdul Jalil

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My Photo

Page 4: Kesan Positif Apabila Guru Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ialah Dapat Menigkatkan Kualiti Profesioanal Dalam Diri Seorang Guru

edu3108ipgktb

Blog ini merupakan cetusan idea empat orang guru pelatih 8 PISMP Prasekolah IPGKTB. Blog ini diwujudkan untuk memenuhi tugasan subjek EDU 3108: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selain itu, ia juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan pengunjung blog ini. Terima kasih.

View my complete profile

Feedjit

Blog Archive

▼ 2012 (5)

▼ September (5)

Artikel 4: Guru Wanita Trauma Dicabul

Artikel 3: Isu Kerjaya Guru Bukan Pilihan Terakhir...

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan

Artikel 1 : Guru Sambung Belajar

Selamat Datang ke blog kami

Followers

Page 5: Kesan Positif Apabila Guru Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Ialah Dapat Menigkatkan Kualiti Profesioanal Dalam Diri Seorang Guru

Watermark template. Powered by Blogger.