kesan-kesan pemansuhan ppsmi dari segi individu

Upload: shalini-arivalagan

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kesan-Kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu.

    1/3

    Kesan-kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu.

    Bahasa mendefinisasikan seseorang dalam pelbagai cara. Oleh itu, Bahasa Dunia iaitu

    Bahasa Inggeris boleh membantu dalam akademik, pembangunan sains pasaran kerja, hubungan

    antarabangsa, sains dan perjalanan. Dalam aspek akademik, terutamanya di universiti, Bahasa

    Inggeris adalah teramat penting. Sebahagian besar buku rujukan ataupun sumber informasi di

    internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti berinovasi dan penerbitan dalam jurnal

    antarabangsa juga dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Termasuk juga pembentangan dalam

    persidangan antarabangsa, permohonan geran penyelidikan, laporan penyelidikan dan penulisan

    secara akademik di internet. Penulisan tugasan dan penerbitan di Universiti juga harus dilakukan

    dalam Bahasa Inggeris bagi pengiktirafan antarabangsa. Oleh itu, penguasan matematik dan sains

    dalam bahasa inggeris adalah penting. Ia dapat membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran

    di universiti. Ia akan menjejaskan prestasi pelajar jika mereka tidak mampu untuk mengenali

    terminologi-terminologi yang diperkenalkan di universiti. Sememangnya keputusan

    mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan

    juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan

    kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam system pendidikan negara, tetapi

    dalam jangka masa yang panjang, akan berlaku kekeliruan bagi pelajar apabila mereka

    melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara. Mungkin berlaku kekeliruan apabila

    mereka hendak menyebut dua perkataan yang hampir sama dalam Bahasa Inngeris. Contohnya,

    product dan produk akan mencetus kekeliruan untuk pelajar. pelajar juga akan menghadapi

    kesuakran menterjemah perkataan seperti inertia dan gravitional potential. Oleh itu, faktor

    yang mendorong pelajar mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk keperluan peribadi dan

    akademik mereka sendiri sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

  • 7/31/2019 Kesan-Kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu.

    2/3

    Dalam pasaran kerja, jika seseorang itu boleh bertutur secara fasih dalam Bahasa Inggeris,

    kemungkinan besar dia akan dipilih untuk berkerja. Jika kita meneliti iklan-iklan kerja yang

    disiarkan, kebanyankannya mermerlukan perkerja itu fasih dalam bahasa Inggeris dan sebahagian

    kerjaya memerlukan pergunaan mutlak dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dalam industri

    penerbangan, juruterbang latih akan diajar seratus peratus dalam bahasa Ingerris dan pelajar yang

    tidak fasih dalam bahasa itu akan mengalami banyak masalah untuk memahami konsep-konsep

    yang diterangkan, termasuk juga dalam bidang perubatan dan undang-undang. Oleh itu, keupayaan

    untuk berkomunikasi adalah kunci bagi seseorang untuk memajukan kerjayanya. Seorang pekerja

    yang tidak mampu menyatakan dirinya hanya akan mewujudkan salah faham dan kekeliruan. Dan

    kemungkinan dia tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan cekap. Juga, kajian telah

    menunkukan bahawa apabila seorang pekerja tidak mahir dalam bahasa Inggeris, dia akan kurang

    yakin dirinya. Majikan memerlukan seorang yang bukan sahaja tahu kerja mereka, tetapi boleh

    berkomunikasi dengan berkesan di semua peringkat kepada rakan-rakan dan pelanggan. Walaupun

    seseorang itu mempunyai tahap pencapaian yang tinggi, jika tahap keyakinannya rendah kerana

    tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, akan menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja.

    Kehilangan produktiviti syarikat bermakna pekerja yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris adalah

    yang kurang bernasib baik. Oleh itu, jika pencari kerja tidak mahu kehilangan peluang, mereka

    perlu meningkatkan taraf bahasa Inggeris mereka.

    Dalam aspek hubungan antarabangsa, kebanyakannya dilakukan dalam bahasa Inggeris.

    Untuk memohon pekerjaan, kita perlu menulis surat dan memaparkan resume dalam bahasa

    Inggeris. Apabila membuat perjalanan, sebagai contoh ke Mekah untuk menunaikan umrah atau

    haji, tanda-tanda tidak terhad kepada Bahasa Arab sahaja, mereka juga ada dalam bahasa Inggeris

    dan Perancis, tetapi tidak dalam bahasa Malaysia. Oleh itu, untuk mencapai medan peringkat

  • 7/31/2019 Kesan-Kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu.

    3/3

    antarabangsa, kita tidak perlu melucutkan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan pemansuhan

    PPSMI, peluang kita untuk diterima di peringkat global akan berkurang. Contohnya, mencari

    pekerjaan di luar Malaysia akan menjadi sukar dan mungkin tidak diterima. Kekurangan otak

    pemikiran intelektual dalam bahasa Inggeris akan melambatkan keupayaan kita untuk berkembang

    dan bersaing dengan intelektual antarabangsa.