kesan kemasukan warga asing ke negara kita

Upload: michelle

Post on 10-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Kesan Kemasukan Warga Asing Ke Negara Kita

    1/2

    SoalanHuraikan kesan-kesan kemasukan warga asing ke negara kita.

    Mutakhir ini, masalah kebanjiran warga asing di negara kita semakin hangat diperkatakan. Hal

    ini demikian kerana mereka telah menganggap negara kita sebagai syurga untuk mereka mencari

    lubang rezeki ekoran daripada kestabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi. Umumnya,kemasukan pendatang asing ke negara kita memberi kesan yang positif dan juga negatif.

    Dari sudut kebaikan, negara kita amat mengalu-alukan kedatangan warga asing ini,bak kata

    pepatah,kecil tapak tangan,nyiru ditadahkan. Hal ini demikian kerana negara kita amat

    memerlukan banyak tenaga kerja khususnya dalam sektor pembinaan, perkilangan, perladangan

    dan pembantu rumah. Boleh dikatakan hampir kesemua sektor tersebut telah dimonopoli oleh

    para pekerja asing. Walaupun mereka tergolong dalam kategori pekerja yang tidak mahir,

    sumbangan yang telah mereka berikan banyak membantu dalam pembangunan dan kemajuan

    negara. Sesungguhnya, tanpa para pekerja asing pastinya kita akan menghadapi masalah

    kekurangan pekerja.

    Di samping itu, majikan di negara kita lebih gemar mengupah pekerja asing berbanding

    pekerja tempatan. Kadar upah yang diberikan kepada pekerja asing tidak begitu tinggi sekali gus

    memberikan keuntungan kepada para majikan. Lazimnya, warga asing tidak terlalu memilih

    pekerjaan dan lebih mudah diurus. Hal sebegini berbeza dengan mentaliti warga tempatan yang

    mencari pekerjaan dengan gaji yang tinggi tanpa perlu mengerah keringat. Oleh hal yang

    demikian, sikap pekerja asing yang sanggup membanting tulang empat kerat di bawah matahari

    terik dengan bayaran gaji yang sedikit wajar kita contohi dan hargai. Oleh itu,jelaslah bahawa

    kadatangan warga asing ke negara kita menyebabkan para majikan di negara kita mendapat

    durian runtuh.

    Namun begitu, kebanjiran pendatang asing ke negara kita telah menyebabkan peningkatan

    kadar jenayah. Hal ini terbukti apabila kebanyakan kes-kes jenayah yang dipaparkan di media

    massa berakar umbi daripada warganegara luar. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang memasuki

    negara ini secara haram. Sudah pasti agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang

    halal tanpa permit yang sah. Sehubungan dengan itu, mereka mengambil jalan pintas dengan

    memecah rumah, menculik, meragut mencuri dan yang paling mengerikan ialah mereka sanggup

    membunuh. Biasanya, warga asing yang terdesak sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk

    mendapatkan wang. Justeru, perkara seperti ini telah mengancam keselamatan dan ketenteraman

    masyarakat negara kita.

    Selain itu, lambakan pekerja asing di negara kita turut membawa kepada masalah penempatan.

    Oleh sebab bayaran upah yang diberikan adalah sedikit, para pekerja asing tadak mampu untuk

    membeli mahupun menyewa tempat kediaman yang lebih selesa. Hidup mereka tidak ubah

    seperti ayam,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Oleh itu, mereka telah

    mendirikan rumah kongsi dan rumah bangsal di atas tanah kerajaan untuk berteduh. Sebagai

  • 8/8/2019 Kesan Kemasukan Warga Asing Ke Negara Kita

    2/2

    akibatnya, wujudlah rumah setinggan. Hal seumpama ini bukan sahaja mencacatkan

    pemandangan indah negara malah sedikit sebanyak telah menjejaskan imej negara kita di mata

    dunia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Terbuktilah sudah bahawa kemasukan

    warga asing ke negara kita turut memberi kesan yang kurang baik terhadap negara.

    Kesimpulannya, pihak kerajaan harus bijak menangani kemasukan warga asing ke negara kitaagar tidak mencemarkan arus pembangunan dan modenisasi yang sedang berkembang dengan

    pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jika masalah ini tidak ditangani dengan bijak dan

    wajar, dikhuatiri perkara ini akan menjejaskan nama negara di persada antarabangsa. Kita tidak

    mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Dengan cara ini barulah negara kita dapat

    berdiri gah di persada antarabangsa setaraf dengan negara-negara maju yang lain.