kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar-tugasan geografi

6
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar 1. Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global merupakan fenomena bumi secara makro akibat pelbagai factor terutamanya pencemaran udara sehingga suhu dunia meningkat dan menyebabkan benua artik mengalami kesusutan ketebalan ais. Cahaya matahari membawa sinaran ultraungu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya, suhu semakin panas. Proses Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksid,karbon monoksid, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Amnya, di dalam ruang atmosfera yang tertutup, komposisi gas initidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan memerangkap lalu melambatkan proses pembebasan haba. Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau a) Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas, antaranya- sulfur dan oksida b)Faktor manusia yang melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida, karbon monoksid, nitrogen dioksid, CFC, halon dan sebagainya. Gas-gas ini membentuk satu lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraungu matahari secara semulajadi. Lapisan ini akan turut mengumpul gas yang lain berkumpul di situ.

Upload: kalaimani25

Post on 12-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar-tugasan Geografi

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

1. Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global merupakan fenomena bumi secara makro akibat pelbagai factor terutamanya pencemaran udara sehingga suhu dunia meningkat dan menyebabkan benua artik mengalami kesusutan ketebalan ais. Cahaya matahari membawa sinaran ultraungu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya, suhu semakin panas.

Proses Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksid,karbon monoksid, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Amnya, di dalam ruang atmosfera yang tertutup, komposisi gas initidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan memerangkap lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau

a) Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas, antaranya- sulfur dan oksida

b)Faktor manusia yang melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida, karbon monoksid, nitrogen dioksid, CFC, halon dan sebagainya.

Gas-gas ini membentuk satu lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraungu matahari secara semulajadi. Lapisan ini akan turut mengumpul gas yanglain berkumpul di situ.

- membebaskan gas merbahaya daripada kilang, kereta dsbnya (pencemaran udara)

- menggunakan peralatan yang membebaskan CFC

- penggunaan racun serangga dan bahan kimia

- penternakan berskala besar yang membebaskan gas ammonia.

Page 2: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar-tugasan Geografi

2. Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan sinaran

ultraungu sampai kepermukaan bumi dan meningkatkan suhu bumi.

Punca Penipisan Lapisan Ozon

o Penggunaan CFC dalam pembuatan pendingin hawa dan penyembur aerosol

o Penggunaan baja organik berterusan dlm pertanian akan menghasilkan nitrogen oksid

o Pembakaran bahan api fosil (menghasilkan nitrogen oksid)

o Ujian senjata nuklear

o Peperangan yang menggunakan bahan letupan

o Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera

o Pembalakan berterusan yang meninggikan kandungan karbon dioksid dalam udara

Page 3: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar-tugasan Geografi

3. Pulau Haba

Pulau haba adalah keadaan dimana atmosfera bandar mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Punca Kejadian Pulau Haba

o Bangunan konkrit dan jalanraya berturap menyerap dan memerangkap banyak haba daripada sinaran matahari.

o Asap dan haba dikeluarkan dengan banyaknya daripada kenderaan

o Bangunan-bangunan tinggi di bandar menghalang pergerakan udara dan menghadkan pengaliran keluar haba

o Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan akan menyerap bahang matahari

o Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan permukaan buminya dipanaskan secara lansung oleh pancaran matahari

o Kekurangan pokok di di bandar menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku untuk merendahkan suhu sekitarnya.

Kesan-kesan Pulau Haba

o Keselesaan penduduk terjejas akibat dpd suhu yang panas.

o Penduduk di bandar mengalami masalah sakit kepala

Page 4: Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar-tugasan Geografi

o Pembebasan gas rumah hijau seperti CFC semakin meningkat kerana pertambahan penggunaan pendingin hawa di bandar

4. Hujan Asid

Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid.

Punca Kejadian Hujan Asid

o Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang

o Pembakaran bahan api fosil seperti nitrogen dioksida daripada asap kilang

o Penggunaan baja pertanian yang juga menghasilkan nitrogen oksida

Kesan dari Hujan Asid

o Penyakit kepada manusia - sakit dada dan batuk, tulang, buah pinggang

o Hidupan akuatik akan mati kesan dari air sungai/ laut yang berasid

o Ikan menjadi bahaya kepada manusia dan haiwan yang bergantung kepadanya kerana kandungan raksa yang tinggi di dalamnya

o Kemusnahan hutan

o Tumbuhan yang mati kerana asid akan bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah

o Mempercepatkan hakisan bangunan seperti cat serta mengaratkan barangan besi.