kesan baik dan buruk nuklear yang pelbagai membuatkan kita berfikir yang nuklear ini mampu memberi...

Upload: sire-ariff

Post on 03-Apr-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kesan Baik Dan Buruk Nuklear Yang Pelbagai Membuatkan Kita Berfikir Yang Nuklear Ini Mampu Memberi Impak S

    1/2

    Kesan baik dan buruk nuklear yang pelbagai membuatkan kita berfikir yang nuklear ini

    mampu memberi impak samaada sebagai Tenaga Penjana atau Tenaga Pemusnah kepada

    dunia.Malaysia perlu merancang pembangunan tenaga nuklearnya lebih berhati-hati setelah apa

    yang terjadi kepada reaktor janakuasanuklear di Fukushima, Jepun. Perancangan perlu

    mengambil kira beberapa analisis dan faktor kegagalan reaktor Fukushima yang bermulapada 11 March 2011.Tahap keselamatan untuk menempatkan pusat Janakuasa Nuklear adalah penting. Reaktor

    nuklear dilihat memerlukan sumber air yang banyak sebagai agen penyejukan. Maka

    kedudukan yang paling padan untuk janakuasa nuklear ini adalah berhampiran laut.Namun pengajaran yang diperolehi dari Fukushima, memerlukan kita betul-betul pasti yang

    reaktor tersebut dapat meminimumkan kesan bencana gempa dan tsunami jika mahu

    bertapak di kawasan pantai.Walaupun Malaysia tidak mengalami bencana gempa dan tsunami yang besar. Namun

    kesannya telah pun kita rasai pada 26 Disember 2004, gempa 9.2 skala Richter yang

    bermula di perairan berhampiran Banda Acheh,Indonesia telah menghasilkan gelombang

    tsunami sehingga ke pantai Malaysia.Akibatnya, 68 kematian direkodkan dan banyak harta benda yang musnah. Tidak lupa juga

    angin ribut yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya pada musim tengkujuh. Insiden 26

    Disember 1996, angin Ribut Greg dengan kelajuan 85 km/j yang melanda Sabah telah

    mengorbankan 238 nyawa.Bencana alam serta kehilangan nyawa seperti ini sudah cukup mendatangkan implikasi

    besar kepada rakyat. Rakyat tidak mahu satu lagi bahana kehilangan nyawa akibat daripada

    pencemaran bahan radioaktif pula. Dengan ini ketahanan terhadap bencana adalah amat

    penting bagi pembinaan reaktor nuklear.Selain itu sistem sokongan hendaklah sentiasa berkeadaan stabil dan direkabentuk untuk

    bertahan menghadapi bencana. Sistem simpanan bekalan tenaga elektrik dan sistem

    generator hendaklah ditempatkan pada kedudukan selamat serta bahan bakar untuk

    menggerakkan generator perlulah mencukupi untuk menjana selama lebih seminggu. Inibermakna keselamatan bagi ruang simpanan bahan bakar seperti diesel juga perlu

    dititikberatkan.Tahap keselamatan persekitaran hendaklah diambil kira dimana reaktor tersebut hendaklah

    selamat dari ancaman atau serangan. Serta operasi nuklear tersebut diharap tidak

    mengancam persekitaran sekelilingnya. Dengan ini latihan keselamatan perlu dilaksanakan

    sekerap mungkin, ini bukan hanya petugas reaktor tapi juga untuk seluruh rakyat.Seperti sedia Maklum, rakyat sudah hanya tahu tentang bahaya nuklear dan kesan

    radioaktifnya, maka kerajaan perlu menghebahkan tentang kebaikan dan cara mengelak

    kesan buruknya.Dari sudut perbelanjaan pula, anggaran kos pembinaan janakuasa nuklear pula adalah

    sebanyak RM9.75 billion dan mempunyai jangka hayat 50 hingga 70 tahun. Jangka hayat inimerupakan anggaran, kerana ada juga menganggarkan jangka hayatnya 100 tahun. Tapi

    perlu diingatkan bahawa RM9.75 billion merupakan kos pembinaan.

    Kerajaan harus telus mendedahkan beberapa kos-kos lain yang perlu diambilkira. Seperti

    kos selenggaraan pusat janakuasa nuklear secara bulanan selama jangka hayat minimum

    50 tahun, kos pelupusan sisa buangan bahan radioaktif setiap suku tahunan dan kos

    pelupusan pusat janakuasa yang telah tamat tempoh operasinya.

    http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/topik/7-nuklear-tenaga-penjana-atau-pemusnahhttp://www.jurnalmalaysia.com/index.php/topik/7-nuklear-tenaga-penjana-atau-pemusnahhttp://www.jurnalmalaysia.com/index.php/topik/7-nuklear-tenaga-penjana-atau-pemusnahhttp://www.jurnalmalaysia.com/index.php/topik/7-nuklear-tenaga-penjana-atau-pemusnah
  • 7/28/2019 Kesan Baik Dan Buruk Nuklear Yang Pelbagai Membuatkan Kita Berfikir Yang Nuklear Ini Mampu Memberi Impak S

    2/2

    Tapak nuklear bukan mudah untuk dilupuskan. Sehingga kini kesan radioaktif masih wujud

    di Chernobyl walaupun selepas 24 tahun. Disini bagaimana kerajaan ingin menanganinya.Rakyat perlu ingat bahawa krisis tenaga elektrik akan berlaku lebih awal jika negara terus

    menerus begantung kepada bahan bakar fosil. Pertimbangan antara rakyat dan kerajaan

    adalah amat perlu dalam hal yang sebegini. Jika bukan nuklear apakah kita mempunyai

    kapasiti menjana elektrik dengan menggunakan tenaga angin atau tenaga solar.

    Adakah Malaysia ini panas sepanjang tahun? Adakah angin bertiup sepanjang tahun?

    Tenaga Alternatif patut menjadi topik penting negara, ianya patut termaktub dalam

    belanjawan negara setiap tahun bagi mencari resolusi kepada sumber bahan bakar gantian.