kesalahan lazim dalam kajian tindakan

Upload: fadzli-najmi

Post on 03-Jun-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kesalahan Lazim Dalam Kajian Tindakan

    1/2

    1

    Kesalahan lazim semasa melakukan Kajian Tindakan oleh pelatih guru di IPG

    1. Tidak dapat membezakan antara Kajian Tindakan dengan Kajian Konvensional.Lazimnya guru tersalah kerana telah memilih kajian konvensional dengan tujuan untukmelihat sebab dan akibat(keberkesanan). Contohnya, korelasi antara dua pembolehubah

    atau kajian perbandingan antara kumpulan yang menerima rawatan dengan kumpulan

    yang tidak menerima rawatan (sebab-akibat).

    2. Tidakmematuhi format serta rubrik penilaian yang dikemukakan oleh IPG, sebaliknyamelakukan ikut suka hati sahaja berdasarkan contoh yang lazimnya diperolehi daripada

    rakan atau Internet tanpa pengesahan sumber yang diperakui sah dan dipercayai.

    3. Kitaran tindakan hanya berlaku sekali sahaja yang menunjukkan TIDAK ada isu baruyang berkaitan timbul atau kerana menganggap masalah telah dapat diselesaikan.Jelasnya, proses refleksi ke atas amalan dan tindakan telah TIDAK berlaku secara

    sempurna. Ini bertentangan dengan semua model Kajian Tindakan yang dikemukakanoleh pakar-pakar Kajian Tindakan iaitu adanya kitaran lanjutan atau kitaran baru

    diperlukan. Kajian Tindakan BUKAN satu kajian penyelesaian masalah tetapi merupakan

    kajian penambahbaikan amalan bekerja. Sebagai kajian penambahbaikan, sifatnya

    berterusan dan tidak terhenti pada satu penyelesaian (yang masih bolehdiragui keupayaan penyelesaian tersebut untuk diaplikasikan pada situasi, masa,

    tempat dan kumpulan yang lain) walaupun kajian lanjutan itu mungkin tidak dilakukanatas pelbagai sebab.

    4. Sangat kurangmendapatkan sokongan literature untuk menyokong pernyataan yangdikemukakan. Kebanyakan pernyataan yang dikemukakan lebih bersifat opinionated

    statements (andaian dan pandangan yang bersifat syok sendiri) tanpa bukti yang sah.

    5. TIDAKmelakukan tinjauan awaluntuk mendapatkan maklumat dan data awal secarateratur dan kemas. Kebanyakannya melakukan tanpa struktur soalan / item yang dapat

    menjurus kepada isu yang dikaji sebaliknya bertanyakan soalan yang terlintas di kepalasahaja pada waktu melakukan temubual atau pemerhatian.Pemerhatian yang dilakukan

    tidakberfokus kepada isu yang dikaji di samping sangat kurang menggunakan jurnal

    refleksi guru sebagai salah satu alat utama. Pelajar lebih cenderung menggunakan soalselidik yang kurang relevan dengan bilangan responden yang sedikit dan boleh ditemui

    setiap hari dalam bilik darjah.

  • 8/12/2019 Kesalahan Lazim Dalam Kajian Tindakan

    2/2

    2

    6. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus untuk menyalahkan ataumelemahkan pihak lain (murid, kaedah pengajaran atau institusi) danbukanuntuk

    melihat kekuatan dan khususnya kelemahan diri sendiri (dari sudut penguasaan ilmu dankemahiran pengajaran dan pembelajaran).

    7. Di bawah tajuk Fokus Kajian,jarang sekali dikemukakan data lengkap yang telah dibuatanalisis ekoran daripada tinjauan awal. Pandangan peribadi ke atas sesuatu data /maklumat tidak disokong dengan sorotan literatur. Komponen kecil Fokus Kajian tidak

    disentuh (kerelevanan, kebolehan mengurus, keserasian, kepentingan, kawalan dan

    kolaborasi).

    8. Tidak dapat mengaitkan data-data yang diperolehi melalui instrumen mengumpul datayang berlainan (gagal membuat triangulasi data) dan jarang sekali melibatkan triangulasisumber data, triangulasi penyelidik, triangulasi methodologi pengumpulan data,triangulasi teori atau triangulasi analisis data. Pemerhatian dan temubual dengan murid

    tidak difokuskan kepada respons murid terhadap pengajaran. Sebaliknya difokuskan

    kepada salahlaku murid di dalam kelas (seperti mengantuk, berbual, bermain, berjalan-jalan, mengganggu rakan dan sebagainya) tanpa mengaitkannya (relate) dengan amalanbekerja harian yang ingin dibuat penambahbaikan (aplikasi kaedah dan teknik

    pengajaran).

    9.

    Tidak mengambil kira sudut pandangan / perspektif murid tentang sesuatu kaedah atauteknik pengajaran yang diamalkan. Matlamat melakukan Kajian Tindakan adalah untuk

    penyelidik menambahbaik amalan bekerja. Ini juga bermakna peningkatan pembelajaranmurid. Oleh itu pandangan murid dalam menentukan kaedah serta teknik pengajaran

    perlu diambil kira. Contohnya, tidak semua permainan sesuai untuk semua tahap murid

    agar mereka bermotivasi untuk belajar. Hanya murid sendiri yang tahu bentuk permainan

    yang boleh memotivasikan mereka secara khusus.

    10.Tidak menulis sumber rujukan mengikut format yang diminta (format APA) dan bilanganbahan rujukan yang terlalu sedikit (menunjukkan kurang membuat tinjauan literatur).