kesalahan-kesalahan jenayah syariah dibawah enakmen pentadbiran ugama islam & adat resam...

55
Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) Pembahagian Peruntukan Kanun Jenayah Syariah Bagi Tujuan Kajian Kebanyakan kesalahan di dalam Kanun Jenayah Syariah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori yang secara umumnya berkenaan perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh seseorang Muslim tersebut. Kedua-dua bentuk kesalahan ini banyak dilakukan oleh umat Islam di Malaysia terutamanya yang melibatkan kesalahan dari segi perbuat yang mana kesalahan-kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) (Bahagian IX Kesalahan) berdasarkan bidang kuasa di negeri Pahang sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan Analisa ini, penulis akan hanya mengambil beberapa seksyen tertentu daripada kedua-dua statut ini sebagai subjek kajian dan perbandingan. Kesalahan-kesalahan jenayah Syariah banyak berkait rapat di dalam peruntukan bahagian IX dan Penulis tidak akan membincangkan tentang perlakuan permasalahan yang lain dan hanya memberi penumpuan di dalam kanun jenayah syariah di negeri Pahang sahaja.

Upload: abdul-hadi-mat-yusoff

Post on 01-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

TRANSCRIPT

Page 1: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam 

& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Pembahagian Peruntukan Kanun Jenayah Syariah Bagi Tujuan Kajian

Kebanyakan kesalahan di dalam Kanun Jenayah Syariah ini boleh dibahagikan kepada dua

kategori yang secara umumnya berkenaan perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh

seseorang Muslim tersebut. Kedua-dua bentuk kesalahan ini banyak dilakukan oleh umat

Islam di Malaysia terutamanya yang melibatkan kesalahan dari segi perbuat yang mana

kesalahan-kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam 

& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) (Bahagian IX – Kesalahan) berdasarkan

bidang kuasa di negeri Pahang sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan

Persekutuan.

Bagi tujuan Analisa ini, penulis akan hanya mengambil beberapa seksyen tertentu daripada

kedua-dua statut ini sebagai subjek kajian dan perbandingan. Kesalahan-kesalahan jenayah

Syariah banyak berkait rapat di dalam peruntukan bahagian IX dan Penulis tidak akan

membincangkan tentang perlakuan permasalahan yang lain dan hanya memberi penumpuan

di dalam kanun jenayah syariah di negeri Pahang sahaja.

Page 2: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama

Islam 

& Adat Resam Melayu Pahang 1982

Seksyen 135. Sembahyang Jumaat.

Mana-mana lelaki yang berumur lima belas tahun atau lebih tidak menunaikan fardhu

Jumaat di Masjid Mukimnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh

dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada

tujuh hari:

Dengan syarat bahawa tidak menjadi kesalahan jika ketidak hadirannya itu boleh dimaafkan

mengikut Hukum Syara'.

Seksyen 135, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam

Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana lelaki yang berumur lima belas

tahun atau lebih tidak menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Mukimnya adalah melakukan

suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh

ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Tetapi dengan syarat kesalahan yang

dilakukan itu bukan disebabkan berlakunya kesulitan untuk menhadirkan dirinya.

Minuman Yang Memabukkan

Seksyen 136. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau

meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum

denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas

hari.

Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam 

& Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang di kedai

atau di tempat awam yang meminum minuman yang memabukkan adalah melakukan satu

Page 3: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-dua hukuman itu.

Analisa

Apa yang penting untuk diketahui di sini ialah kesalahan meminum minuman yang

memabukkan hanya akan dianggap sebagai satu kesalahan jika ia diminum di tempat awam

atau di kedai sahaja. Persoalannya, bagaimana pula jika seseorang Muslim meminum arak di

tempat persendirian? Adakah ianya boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah undang-

undang ini? Penulis juga mendapati bahawa hukuman yang diperuntukkan kepada pihak yang

meminum arak sebenarnya agak ringan jika. berbanding dengan kesalahan lain yang

disebutkan di atas sedangkan kesalahan meminum itu adalah tetakluk kepada hukuman hudud

dan hukumannya adalah sebatan sebanyak empat puluh kali atau lapan puluh kali rotan iaitu

satu hukuman yang agak Berat.

Di dalam kes Timbalan Pendakwa Syarie Lawan Kartika Seri Dewi Binti Shukarno.2008.

pihak yang kena tuduh telah disabitkan kesalahan meminum minuman yang memabukkan

jenis Tiger Beer. Pada 1 Disember 2008, pertuduhan telah dibacakan dan difahamkan kepada

Tertuduh. Tertuduh tahu dan faham berkenaan pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan

Pendakwa Syarie dan mengakui fakta yang telah dikemukakan kepadanya serta mengaku

bersalah (al-Iqrar). Tertuduh juga faham dan tahu kesan dan akibat daripada pengakuan

bersalahnya itu. Tertuduh dihukum dengan di denda sebanyak RM 5000.00 dan penjara 3

tahun jika gagal membayar denda dan Tertuduh disebat sebanyak enam kali sebatan. Tetapi

hukuman ini telah ditukar dengan hukuman melakukan kerja amal di sebuah rumah anak

yatim selama tiga minggu. Hukuman yang diterima itu hanyalah berbentuk takzir sahaja

sedangkan hukuman yang diperuntukkan di dalam undang-undang Jenayah Syariah adalah

lebih berat lagi.

Hukuman di dalam undang-undang kesalahan jenayah syariah ini juga nampaknya tidak

memperuntukkan hukuman sebat kepada pesalah sepertimana yang diperuntukkan di dalam

kesalahan yang melibatkan kesusilaan seperti zina, sumbang mahram, pelacuran dan

sebagainya. Ini juga tidak bertepatan dengan peruntukan yang diberikan oleh Parlimen

kepada Mahkamah Syariah melaksanakan hukuman sebat seperti mana yang diberikan

Page 4: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 iaitu hukuman sebat

sebanyak enam kali diperuntukkan.

Seksyen 137. Makanan dalam bulan Ramadan.

(1) Sesiapa jua orang Islam pada waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa

barang untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta atau menjualnya kepada

seorang yang berugama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih

daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari dan bagi kesalahan

yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu

ratus ringgit atau dipenjara tidak lebih daripada lima belas hari.

(2) Sesiapa jua orang Islam yang tidak harus pada Hukum Syara' berbuka puasa memakan

atau meminum sebarang makanan atau minuman atau menghisap apa-apa benda sahaja

pada siang hari dalam Bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit

boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih

daripada tujuh hari dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang

berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada

lima belas hari atau kedua-duanya.

Seksyen 137 (1) dan (2), Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &

Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan Sesiapa jua orang Islam pada

waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa barang untuk dimakan, diminum

atau menjualnya kepada seorang yang berugama Islam untuk dimakan, dan membuka puasa

tidak berdasarkan apa yang disyaratkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit

boleh dihukum denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada

satu tahun.

Seksyen 144. Menghasut.

Sesiapa menghasut isteri atau suami orang dan menjadikan mereka tidak taat terhadap satu

Page 5: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

dengan lain sama ada disebabkan oleh hasutan itu atau tidak, adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit boleh didenda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada lima belas hari.

Bercumbuan atau Khalwat

Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982

(Pindaan 1987) memperuntukkan tentang khalwat iaitu : -

Seksyen 145. Bercumbuan atau berkhalwat.

(1) Mana-mana lelaki Islam didapati bersama dengan seorang perempuan atau beberapa

orang perempuan sama ada mereka itu perempuan-perempuan Islam atau tidak dan mereka

itu bukan isterinya atau bukan mahramnya mengikut Hukum Syara' di tempat sunyi, atau di

dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang boleh mendatangkan

syak bahawa mereka bercumbu-cumbuan atau mereka ada bertujuan melakukan zina atau

sudah berzina adalah menjadi satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih

daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya. Jika

didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya maka ia bolehlah dihukum

pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada satu ribu

ringgit atau tidak lebih daripada enam bulan penjara atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersama dengan seorang lelaki atau

beberapa orang lelaki sama ada lelaki itu berugama Islam atau tidak dan lelaki itu bukan

suaminya atau bukan mahramnya dalam keadaan sama seperti di bawah seksyen-kecil (1)

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah didenda tidak lebih daripada

lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. Jika

didapati salah pada kali yang keduanya dan yang berikutnya, maka ia bolehlah dihukum

pada tiap-tiap kali ia didapati bersalah itu dengan didenda tidak lebih daripada seribu

ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Page 6: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

(3) Mana-mana lelaki Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang perempuan sama

ada ianya berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin atau jika

berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang

diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).

(4) Mana-mana perempuan Islam yang didapati bersekedudukan dengan seorang lelaki sama

ada ia berugama Islam atau tidak sebagai suami isteri dengan tidak berkahwin dan jika

berkahwin perkahwinan itu tidak diakui oleh Hukum Syara' adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang

diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (2)

(5) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen

ini jika lelaki bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di

bawah seksyen-kecil (1) dan jika perempuan di bawah seksyen-kecil (2).

Analisa

Jika diteliti di dalam Kanun Jenayah Syariah di Semenanjung hampir keseluruhan

negeri mempunyai peruntukan yang serupa dengan Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran

Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) berkenaan dengan

kesalahan khalwat ini.

Bagi kesalahan khalwat ini, terdapat beberapa unsur penting untuk menyabitkan

kesalahan ini iaitu:

(a) lelaki atau perempuan yang bukan pasangan suami isteri atau mahramnya

(b) lelaki atau perempuan yang bersama dengan seorang atau lebih yang bukan suami

isteri atau mahramnya

(c) berada di tempat yang terselindung dalam rumah atau bilik

(d) dalam keadaan yang menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan

tidak bermoral

Page 7: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Jika didapati keempat-empat unsur ini lengkap mereka boleh dikenakan hukuman

sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang kanun jenayah syariah ini. Jelas

kepada kita, bahawa peruntukan di bawah kesalahan khalwat ini jika digunakan secara

meluas akan dapat mencegah perlakuan tidak bermoral terutamanya kesalahan khalwat

daripada berleluasa ketika ini.

Persetubuhan Luar Nikah

Seksyen 146. Zina.

(1) Mana-mana lelaki Islam yang bersetubuh dengan seseorang perempuan yang telah

diketahuinya atau ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa perempuan itu adalah

isteri orang lain dan tidak ada tuduhan dibuat terhadapnya dalam Mahkamah Awam di atas

kesalahan rogol di bawah kanun kesiksaan atau persetubuhan itu tidak menjadi kesalahan

rogol di bawah kanun kesiksaan, adalah melakukan suatu kesalahan zina dan apabila sabit

bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak

lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan di bawah

seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum

dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).

(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen

ini bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-

kecil (1) pada seksyen ini.

Analisa

Seksyen 146, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat

Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) mendefinisikan zina sebagai persetubuhan

antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah. Seksyen 146 (1) dan (2), Enakmen ini

menyatakan mana-mana orang lelaki atau perempuan yang melakukan persetubuhan dengan

orang yang bukan isteri atau suaminya adalah melakukan kesalahan yang apabila disabitkan

Page 8: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga

tahun atau sebat enam kali sebatan.

Enakmen ini juga memperuntukkan seorang yang tidak dituduh atas kesalahan rogol

dibawah kanun kesiksaan atau persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah

diaggap telah melakukan zina.

Sebenarnya Islam amat memandang berat kesalahan zina kerana ia boleh merosakkan

keturunan seseorang manusia itu dan mengkategorikannya sebagai salah satu daripada tujuh

kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hudud. Zina diertikan oleh ulama mazhab Syafie

sebagai persetubuhan yang berlaku apabila lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj wanita

sedangkan mereka belum bernikah dan bukan syubhah milik. Para pesalahnya boleh

dikenakan hukuman rotan sebanyak seratus kali atau direjam sehingga mati bergantung sama

ada ia penzina mulisan atau ghairu muhsan.

Jika dilihat daripada peruntukan undang-undang jenayah Islam, hukuman yang dikenakan

bagi pesalah yang melakukan zina ini adalah amat berat dan dapat mencegah daripada

berlakunya kesalahan zina daripada berleluasa. Apa yang boleh kita perhatikan di sini, kuasa

yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia terutamanya di negeri

Pahang adalah amat terhad. Walau bagaimanapun, peruntukan yang sedia ada perlu juga

digunakan untuk mengawal jenayah perzinaan ini dari terus berlaku. Sekurang-kurangnya ia

merupakan satu lernatif untuk menyelamatkan maruah agaraa, bangsa dan negara dari

terjerumus ke arah kehancuran.

Pada pandangan penulis kesemua peruntukan yang disebutkan di dalam Enakmen

Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) hanya

membawa hukuman takzir sahaja jika sabit kesalahan. Oleh itu, berdasarkan kepada kes

di mana ramai wanita hamil tanpa suami sekarang maka perlulah mereka sendiri

membuktikan bahawa mereka telah dirogol atau telah dipaksa. Bagi mengatasi

keruntuhan moral dan akhlak remaja Islam sekarang dengan kes pembuangan bayi yang

semakin bcrleluasa, maka peruntukan undang-undang ini wajar ditukar supaya lebih tegas

dan berat.

Page 9: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Perbuatan Sumbang Mahram

Seksyen 147. Sumbang.

(1) Mana-mana orang yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya ditegah atau ada

sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa ia ditegah berkahwin dengan orang itu oleh

Hukum Syara' kerana keturunan, sesusuan atau perkahwinan adalah melakukan satu

kesalahan sumbang.

(2) Mana-mana lelaki Islam melakukan kesalahan sumbang apabila sabit kesalahannya

bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak

lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan sumbang

bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak

lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Analisa

Seksyen 147, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat

Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), sumbang mahram ditafsirkan sebagai

persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang berkahwin di antara satu sama lain

menurut hukum syarak. Seksyen 147 (1) ini memperuntukkan :

".. Mana-mana orang yang bersetubuh dengan seorang yang diketahuinya ditegah atau

ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa ia ditegah berkahwin dengan orang

itu oleh Hukum Syara' kerana keturunan, sesusuan atau perkahwinan adalah

melakukan satu kesalahan."

Peruntukan hukuman ini nampaknya adalah satu kesalahan yang dikenakan hukuman

maksimum kepada pesalah yang melakukan perbuatan sumbang mahram yang diperuntukkan

oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 kepada Mahkamah Syariah

negeri negeri. Kcsalahan ini juga tunit diperuntukkan di bawah seksyen 147, Enakmen

Page 10: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) di mana

hukuman yang maksimum juga dikenakan oleh negeri Pahang

.

Menurut hukum syarak, seseorang lelaki dan perempuan tidak boleh dikahwini dalam

Islam dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang haram dikahwini untuk selama-lamanya

(haram mu'abbad) dan haram dikahwini buat sementara waktu (haram mu 'aqqat). Bagi

kumpulan yang haram dikahwini buat selama-lamanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu

mereka yang mempunyai hubungan nasab atau keturunan dengannya, mempunyai hubungan

rada' (susuan) dan mempunyai hubungan persepmendaan (mitsaharah). Kesemua kategori ini

telah dijelaskan oleh Allah tentang pengharamannya di dalam al-Quran surah al-Nisa: 23.

23. Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan

saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapakmu yang perempuan;

Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu

yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu

yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-

anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang Telah kamu campuri, tetapi jika

kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), Maka tidak berdosa

kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan

menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah

terjadi pada masa lampau; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Undang-Undang Keluarga Islam Di Wilayah Persekutuan juga telah memperuntukkan

di bawah seksyen 9, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Pcrsekutuan)

1984 (Akta 3(3)) tentang pertalian yang melarang pcrkahwinan sama seperti yang

diperuntukkan oleh Hukum Syarak.

Perbuatan sumbang mahram sama ada rela atau tidak boleh dikenakan hukuman di

bawah Kanun Jenayah Syariah ini jika pasangan tersebut adalah Muslim. Bagi

Page 11: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

pasangan yang bukan Muslim sebenarnya tidak ada peruntukan undang-undang boleh

dikenakan jika kedua-dua pasangan itu rela untuk disetubuhi. Jika berlaku kekerasan,

pesalah boleh dihukum di Malaysia melalui peruntukan rogol di bawah seksyen 375 (f)

Kanun Keseksaan yang terpakai kepada semua rakyat Malaysia dan dalam hal ini, hanya

pesalah lelaki sahaja yang boleh dihukum. Namun begitu, tafsiran sumbang mahram di

dalam Kanun Jenayah Syariah lebih bersifat umum kerana tidak menentukan sama

ada pasangan itu reda atau tidak, tetap akan dikenakan hukuman di bawah undang-undang

ini tetapi dengan syarat pasangan itu Muslim.

Menurut satu kajian yang dibuat, kesalahan sumbang mahram semakin banyak berlaku

yang melibatkan orang Melayu dan Indonesia. Kebanyakan pelakunya melibatkan bapa dan

anak (haruan makan anak). Walau bagaimanapun, kesalahan sumbang mahram yang

melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun akan dikenakan tindakan menurut kesalahan

merogol di bawah Kanun Keseksaan FMS bab 45.

Seksyen 149. Zina dengan orang bukan Islam.

(1) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersetubuh dengan seorang

perempuan atau seorang lelaki bukan Islam adalah melakukan kesalahan zina dan apabila

sabit kesalahannya bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit

atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana lelaki atau perempuan Islam didapati bersekedudukan dengan seorang

perempuan atau seorang lelaki bukan Islam hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan

zina di bawah seksyen-kecil (1).

(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam kesalahan di bawah seksyen ini

bolehlah dihukum di bawah seksyen-seksyen kecil (1).

Musahaqah

Seksyen 150. Hubungan jenis antara perempuan.

Page 12: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Mana-mana perempuan Islam membuat sebarang hubungan jenis dengan seorang

perempuan Islam atau bukan Islam yang lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 150, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat

Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), Musahaqah diertikan sebagai hubungan seks

sesama perempuan. Hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak melebihi RM2.000 atau

penjara tidak melebihi 1 tahun. Seksyen 147 ini menyebutkan tentang hubungan jenis antara

perempuan secara khusus iaitu :

\ "Mana-mana perempuan Islam membuat sebarang hubungan jenis dengan seorang

perempuan Islam atau bukan Islam yang lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit

atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya."

Negeri Pahang tidak memperuntukkan hukuman maksimum dikenakan kepada pesalah-

pesalah yang beragama Islam kepada kesalahan tersebut.

Islam memandang berat terhadap kesalahan musahaqah ini. Pelbagai pandangan telah

ditimbulkan oleh ulama fiqh tentang musahaqah kerana ketiadaan nas al-Quran yang

menyebutkan tentang hukuman musahaqah ini. Majoriti ulama Islam bersetuju bahawa

musahaqah juga boleh dikategorikan sama dengan zina dan dikenakan had zina. Namun

begitu, ada ulama Islam yang menganggap musahaqah bukannya zina tetapi sebagai

kesalahan luar tabii yang tidak membawa hukuman had zina tetapi sekadar hukuman takzir

sahaja.

Walau bagaimanapun, peruntukan yang jelas dan khusus yang terdapat di dalam Kanun

Jenayah Syariah ini harus diguna pakai untuk membendung gejala ini dari terus berleluasa.

Ini kerana ramai golongan remaja dan umat Islam terjebak ke dalam kedua-dua maksiat ini.

Penyelidikan yang pernah dilakukan mendapati, wujudnya kelab-kelab khusus untuk gay dan

Page 13: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

lesbian di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Malah golongan ini sedang berusaha untuk

mendapatkan hak sama rata sebagai rakyat Malaysia untuk mengamalkannya.

Seksyen 155. Tidak memberi kuasa kepada Hakam.

Sesiapa tidak memberi kuasa kepada Hakamnya sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen

79 (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan

didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.

Seksyen 156. Tidak melaporkan keluar Islam oleh Muallaf.

Sesiapa yang dikehendaki melaporkan keluarnya daripada memeluk Ugama Islam di bawah

seksyen 103 (2) dengan sengajanya lalai atau tidak melaporkannya adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus

ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 157. Memungut wang dengan melanggar seksyen 124.

Sesiapa yang dikehendaki melaporkan keluarnya daripada memeluk Ugama Islam di bawah

seksyen 103 (2) dengan sengajanya lalai atau tidak melaporkannya adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus

ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 158. Tidak menjalankan tugas-tugas di bawah Enakmen ini.

Sesiapa yang telah dilantik menjadi Amil atau sesiapa yang ditanggungkan mengikut

Enakmen ini dengan tugas-tugas untuk mendaftarkan apa-apa perkara kes-kes pembicaraan

atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga daftar menunjukkan bayaran, buku kira-

kira, anggaran perbelanjaan, keratan resit, buku, minit mesyuarat, senarai pungutan Khairat

atau mengeluarkan suratan keterangan, resit atau salinan yang sah tiada mahu atau sengaja

atau tiada membuat tugas-tugasnya itu atau menjalankan dengan secara salah atau tiada

betul adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda

tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau

kedua-duanya.

Page 14: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Seksyen 159. Memecahkan rahsia.

Sesiapa yang melanggar peruntukan dalam seksyen 33 dengan memberitahu atau membuka

rahsia akan apa-apa perkara yang mana telah menjadi tugasnya merahsiakan kepada

seseorang yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahukan adalah menjadi satu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima

ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 160. Mendirikan masjid dan jumaat tidak mengikut Enakmen ini.

(1) Mana-mana orang melanggar seksyen 126 adalah melakukan satu kesalahan.

(2) Fardhu Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana dalam Negeri dengan tidak terlebih

dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.

(3) Sesiapa yang melanggar seksyen-kecil (1) dan (2) bolehlah dihukum dengan didenda

tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau

kedua-duanya.

Seksyen 161. Mengajar Ugama yang salah.

Sesiapa kecuali di tempat kediamannya sendiri dan di hadapan ahli-ahli rumahnya sahaja,

mengajar apa-apa hukum atau ajaran Ugama Islam dengan tiada mempunyai Tauliah

daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah melakukan satu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga bulan.

Seksyen 162. Ajaran yang salah.

(1) Sesiapa mengajar atau menghuraikan kepada orang ramai apa-apa ajaran atau

menjalankan apa-apa perbuatan berkaitan dengan Ugama Islam yang berlawanan dengan

Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum

dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada

Page 15: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Jika, semasa dalam pembicaraan di atas sesuatu tuduhan di bawah seksyen ini ada

berbangkit soal-soalan yang berkehendakkan penyelesaiannya dengan berpandukan sesuatu

fatwa yang belum diakui atau dibuat dalam Negeri ini maka Mahkamah itu hendaklah

merujukkan soalan itu dengan secara bertulis kepada Majlis dan Mahkamah itu hendaklah

patuh kepada apa-apa penetapan yang dibuat oleh Majlis di atas soalan yang dirujukkan itu.

(3) Apabila rujukan dibuat di bawah seksyen-kecil (2), maka Mahkamah itu bolehlah

menangguhkan pembicaraan kes itu hingga diterima penetapan dari Majlis.

(4) Semua ajaran yang salah bagi maksud seksyen-kecil (1), jika bertulis, maka Mahkamah

hendaklah memerintahkan bagi barang-barang bertulis itu dirampas dengan arahan supaya

dimusnahkan atau dengan apa-apa arahan yang sesuai sama ada pendakwaan dibuat atau

tidak ke atas sesiapa pun.

Seksyen 163. Fatwa.

Sesiapa mengeluarkan, menyiarkan atau menyebarkan dengan apa cara jua pun apa-apa

fatwa atau penetapan berkenaan dengan ajaran Ugama Islam atau Adat Resam Melayu

selain daripada fatwa atau penetapan yang dikeluarkan oleh Majlis, Mufti atau sesiapa yang

diberi kuasa, adalah menjadi satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan

didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan

atau kedua-duanya.

Seksyen 164. Buku Ugama yang salah.

(1) Sesiapa yang mencetak, menerbit, menjual, mempamirkan sama ada untuk dijual atau

dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, menyebar atau membahagi-bahagikan

apa-apa buku, majalah-majalah, dokumen-dokumen atau surat-surat yang mengandungi

ajaran, fatwa atau penetapan yang bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat atau

dengan mana-mana fatwa yang telah sah dikeluarkan dalam Negeri ini adalah menjadi satu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima

ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Page 16: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

(2) Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku-buku, majalah-

majalah, dokumen-dokumen atau surat-surat yang disebut dalam seksyen-kecil (1), jika

didapati dalam keadaan yang boleh memberi sebab untuk mengesyaki bahawa buku-buku,

majalah-majalah, dokumen-dokumen dan surat-surat itu adalah untuk disebarkan, dibahagi-

bahagikan atau untuk dijual, maka barang-barang itu hendaklah dianggap sebagai di dalam

kawalannya, simpanan atau padanya untuk disebarkan, dibahagi-bahagikan atau dijual.

(3) Dalam ketiadaan keterangan-keterangan yang lain yang bertentangan, jika terdapat lima

buah atau lebih buku-buku atau majalah-majalah itu atau lima helai dengan kandungan yang

serupa atau lebih dokumen-dokumen atau surat-surat itu, maka ini adalah mencukupi untuk

memberi syak yang dikehendaki di bawah seksyen-kecil (2).

(4) Mahkamah hendaklah memerintahkan bagi semua buku-buku, majalah-majalah,

dokumen-dokumen dan surat-surat bagi maksud seksyen-kecil (1) dan (2) dirampas dengan

arahan supaya dimusnahkan atau dengan apa-apa arahan yang sesuai sama ada

pendakwaan dibuat atau tidak ke atas sesiapa pun.

Seksyen 165. Buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain dalam kawalan dan simpanan.

Sesiapa ada dalam kawalannya, simpanannya atau padanya buku-buku, majalah-majalah,

dokumen-dokumen atau surat-surat yang mengandungi ajaran fatwa atau penetapan yang

bertentangan dengan mazhab-mazhab yang empat atau dengan mana-mana fatwa yang telah

sah dikeluarkan dalam Negeri ini adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit

bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit.

Seksyen 166. Mendakyah atau mengajar ugama lain kepada Orang Islam.

Sesiapa yang mendakyah atau mengajar ajaran atau kepercayaan Ugama lain daripada

Ugama Islam di kalangan orang-orang yang berugama Islam adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima

ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya

Seksyen 167. Menyalahgunakan ayat-ayat Quran dan Hadis.

Page 17: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Sesiapa menggunakan sesuatu ayat Quran atau Hadis atau perkataan-perkataan yang

dipandang suci oleh orang-orang Islam di tempat-tempat hiburan awam atau di tempat-

tempat dan dalam keadaan-keadaan yang tidak sepatutnya adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua

ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Menghina Atau Mengingkari Pihak Berkuasa Agama

Seksyen 168. Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkait dengan Ugama Islam.

Sesiapa mengejek atau mempersendakan atau meniru atau mengajukkan dengan secara

mengejek apa-apa perbuatan atau upacara yang berkaitan dengan Ugama Islam adalah

melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih

daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau

kedua-duanya.

Seksyen 169. Penghinaan terhadap pihak berkuasa Ugama.

Sesiapa yang patuh kepada titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku

Ketua Ugama Negeri atau terhadap apa-apa arahan yang sah dari Majlis, mana-mana

Jawatankuasanya atau pegawainya atau terhadap hukuman, perintah atau arahan mana-

mana Mahkamah termasuk Mahkamah Ulangbicara atau pegawai pengetua Mahkamah atau

pegawai-pegawai Masjid adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah

dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau penjara

tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 170. Mencerca ugama.

Sesiapa dengan secara lisan atau bertulis atau dengan kelakuan yang nyata mencerca atau

membawa kepada penghinaan atau cuba mencerca atau menghina Ugama Islam atau ajaran

mana-mana mazhab yang empat itu atau pengajaran mana-mana guru ugama yang

Page 18: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

bertauliah atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan mengikut Enakmen ini adalah

melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih

daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Analisa

Seksyen 169, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat

Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang yang bertindak

dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau

mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam,

Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda atau tidak melebihi dua ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan di atas nampaknya agak kabur untuk didefinisikan terutamanya berkenaan

apa-apa tindakan yang dianggap menghina agama Islam. Jika diteliti, peruntukan ini

nampaknya terlalu umum dan luas dan apa-apa tindakan yang dilakukan bertentangan dengan

hukum syarak dianggap menghina agama Islam.

Kesalahan di bawah menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama ini tcrutamanya

melanggar fatwa yang telah diwartakan oleh pihak mufti amat wajar dikenakan tindakan.

Tetapi persoalannya, mcngapakah fatwa-fatwa yang telah diwartakan itu tidak dihebahkan

kepada masyarakat setempat supaya tidak wujud ruang bagi mereka yang mahu mengambil

kesempatan dengan menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan fatwa itu.

Contohnya ialah fatwa mengenai larangan kepada orang Islam daripada memasuki

pertandingan ratu cantik di Selangor. Alasan mereka yang terlibat ialah mereka tidak

mengetahui wujudnya fatwa tersebut disebabkan tiada hebahan.

Seksyen 171. Tidak membayar zakat dan fitrah.

(1) Sesiapa yang wajib mambayar zakat dan fitrah mengikut penetapan yang sah akan

banyaknya dan tidak berjaya mendapatkan pengecualian daripada pembayarannya atau

apa-apa keputusan yang lain tidak mahu atau dengan sengaja tidak membayarnya adalah

Page 19: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih

daripada seratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.

(2) Apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan di bawah seksyen ini tidak akan

meluputkan tanggungan seseorang yang dihukum itu daripada membayar zakat dan fitrah

itu.

(3) Zakat atau Fitrah yang wajib dibayar oleh seseorang itu bolehlah dituntut seolah-olah

ianya telah diperintahkan dengan sah oleh Mahkamah supaya diserahkan kepada Majlis

atau ianya boleh dituntut seolah-olah sebagai denda di bawah Enakmen ini.

Seksyen 172. Enggan memberi tafsiran pendapatan.

Sesiapa yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan

Zakat dan Fitrah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja telah enggan atau cuba

mengelakkan diri daripada berbuat demikian itu dengan tiada sebab-sebab yang manasabah

ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 173. Membayar atau menerima zakat atau fitrah kepada atau oleh orang yang

tidak berkuasa.

Sesiapa yang wajib membayar Zakat atau Fitrah membayar kepada seorang bukan Amil, dan

sesiapa yang bukan Amil menerima atau mengutipnya adalah melakukan suatu kesalahan

dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 174. Amil tidak menyerahkan kutipannya.

(1) Mana-mana Amil, setelah menerima atau mengutip zakat dan Fitrah tidak menyerahkan

kutipannya atau kira-kira kutipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

Page 20: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana Mahkamah apabila tamatnya membicarakan kes di bawah seksyen ini jika

kutipan atau kira-kira atas kutipan itu atau kedua-duanya belum diserahkan lagi hendaklah

memerintahkan supaya ianya diserahkan kepada Yang di-Pertua atau wakilnya.

Seksyen 175. Menghasut jangan membuat Ibadat.

(1) Sesiapa menghasut, menghalang atau memujuk mana-mana orang Islam supaya tidak

menghadiri Masjid atau menghadiri kelas ugama Islam adalah melakukan satu kesalahan

dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit

atau penjara tidak lebih daripada satu bulan.

(2) Sesiapa dengan apa cara jua pun meghasut, menghalang atau memujuk mana-mana

orang Islam daripada membayar Zakat dan Fitrah adalah melakukan satu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau

penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Pelacuran

Seksyen 176. Melacurkan diri.

Mana-mana perempuan Islam melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan dan

apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 177. Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri.

Seksyen 178. Isteri melacurkan dirinya.

Seorang isteri yang melacurkan dirinya dengan kemahuannya sendiri adalah melakukan satu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima

Page 21: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Analisa

Seksyen 176, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat

Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) memperuntukkan kesalahan mengenai

pelacuran dengan menyatakan bahawa:

Mana-mana perempuan Islam melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan

dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus

ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Manakala seksyen 177 dan seksyen 178 pula memperuntukan bagi kesalahan memaksa,

menyokong atau membiarkan isteri melacur dan isteri melacurkan dirinya :

“Seorang suami yang memaksa, menyokong atau membiarkan isterinya

melacurkan dirinya dengan tujuan untuk mendapat hasil dari pelacuran itu

adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan

didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada

enam bulan atau kedua-duanya.”

”Seorang isteri yang melacurkan dirinya dengan kemahuannya sendiri adalah

melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda

tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga

bulan atau kedua-duanya.”

Jika diteliti, peruntukan undang-undang ini hanya mcnyebut wanita yang melacur akan

dikenakan tindakan undang-undang. Sedangkan apa yang berlaku dalam masyarakat pada

hari ini lelaki juga melacurkan dirinya untuk memperolehi kesenangan. Golongan pelacur

lelaki ini dipanggil "gigolo" dan menawarkan khidmat seks hanya kepada golongan tertentu

sahaja. Adalah dicadangkan supaya lelaki yang melacurkan dirinya juga dikenakan tindakan

menurut Kanun Jenayah Syariah.

Page 22: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Peruntukan undang-undang ini boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menangani

masalah pelacuran di kalangan masyarakat Islam terutamanya bagi golongan remaja yang

kebanyakan mereka melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran dengan tujuan mengejar

kemewahan walaupun pada masa yang sama tidak dinafikan sebahagian daripada mereka

dipaksa untuk melacur. Namun begitu apa yang jelas peruntukan undang-undang Kanun

Jenayah Syariah ini tidak memperuntukkan secara khusus bagi orang Muslim yang

melanggani pelacuran, malah ianya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang lain.

Memujuk Lari Orang Perempuan

Seksyen 179. Melarikan anak dara.

Sesiapa melarikan atau memujuk dengan tujuan untuk membawa lari mana-mana anak dara

dari dalam jagaan ibubapa atau penjaganya atau dari dalam jagaan sesiapa yang

memelihara bagi pihak ibubapa atau penjaganya adalah melakukan satu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau

penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 180. Anak dara lari dari dalam jagaan.

Mana-mana anak dara lari dari dalam jagaan ibubapa atau penjaganya dengan tiada sebab

yang manasabah pada Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit

bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak

lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 182. Melarikan isteri orang.

Sesiapa melarikan atau menyebabkan seseorang isteri itu lari meninggalkan suaminya

Page 23: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak

lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-

duanya dan Mahkamah bolehlah memerintahkan supaya isteri itu kembali atau dihantarkan

kepada suaminya.

Seksyen 179, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam

Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana orang yang memujuk

bertujuan untuk melarikan anak dara dari jagaan ibubapa adalah melakukan suatu kesalahan

dan apabila disabitkan boleh didenda atau tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Manakala Seksyen 180, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &

Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan mana-mana anak dara lari dari

dalam jagaan ibubapa atau penjaganya dengan tiada sebab yang manasabah pada Hukum

Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda

tidak lebih daripada lima setu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau

kedua-duanya.

Memandangkan kejadian orang perempuan lari dari rumah semakin kerap dilaporkan

oleh pihak media, maka adalah disarankan agar pihak berkuasa agama negeri supaya

memberatkan tahap hukuman bagi kesalahan ini supaya memberi satu kesedaran kepada

masyarakat untuk mengatasi masalah sosial seperti lari dari rumah dan sebagainya.

Manakala Seksyen 180, Kesalahan Jenayah Syariah Enakmen Pentadbiran Ugama

Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) menyatakan sesiapa melarikan

atau menyebabkan seseorang isteri itu lari meninggalkan suaminya adalah melakukan satu

kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada empat

ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan juga

mahkamah bolehlah memerintahkan supaya isteri itu kembali atau dihantarkan kepada

suaminya.

Page 24: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Kesalahan memujuk lari orang perempuan yang telah bersuami juga diperuntukkan di

mana kejadian orang memujuk lari perempuan yang telah berkahwin adalah sangat kerap

dilaporkan dewasa ini. Undang-undang mengenakan hukuman bagi mereka yang memujuk

tetapi akan timbul masalah jika yang memujuk perempuan ini bukan beragama Islam kerana

peruntukan ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

Seksyen 181. Menjual atau memberi anak.

(1) Sesiapa menjual atau memberikan anaknya kepada orang yang bukan berugama Islam

adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak

lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-

duanya.

(2) Jualan atau pemberian itu adalah tidak sah dan Mahkamah hendaklah memerintahkan

supaya anak itu diserahkan kepada mana-mana orang yang ditentukannya. Tidak ada

sebarang tuntutan dengan apa cara pun boleh mana-mana pihak boleh di buat berikutan dari

perintah serahan Mahkamah itu.

Seksyen 183. Mendedahkan tubuh.

Mana-mana perempuan Islam yang mendedahkan sebahagian besar daripada tubuh

badannya di khalayak ramai adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah

dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.

Seksyen 184. Menjatuhkan maruah.

Mana-mana orang Islam yang sudah akil baligh memeluk atau mencium seseorang bukan

mahramnya di khalayak ramai adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah

dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.

Seksyen 185. Menggunakan kenyataan untuk melepaskan tanggungjawab.

Mana-mana orang Islam menyatakan yang ia sudah keluar daripada Ugama Islam dengan

tujuan untuk melepaskan dirinya daripada tanggungjawabnya sebagai seorang Islam

Page 25: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

terhadap sesiapapun sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syara' adalah melakukan

satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada

lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 186. Makna bersubahat membuat kesalahan.

Sesiapa bersubahat melakukan mana-mana kesalahan dalam Enakmen ini hendaklah

dihukum dengan hukuman yang sama dengan hukuman bagi kesalahan itu seolah-olah ia

telah melakukan kesalahan itu. Seseorang yang bersubahat dalam melakukan sesuatu

kesalahan itu ialah seorang yang -

(a) menghasut mana-mana orang untuk melakukan kesalahan itu walaupun orang yang

dihasut itu akhirnya tidak melakukan kesalahan itu; atau

(b) mengambil bahagian dengan seorang atau beberapa orang yang lain dalam

sesuatu pakatan jahat untuk melakukan kesalahan itu jika kesalahan itu berlaku atau

tidaknya disebabkan pakatan jahat itu; atau

(c) dengan niat membantu dengan membuat sesuatu perbuatan untuk melakukan

kesalahan itu.

Seksyen 187. Kesalahan-kesalahan yang tidak dinyatakan hukumannya.

Mana-mana kesalahan sama ada dalam Enakmen ini atau dalam peraturan-peraturan yang

dibuat di bawah Enakmen ini yang tidak diperuntukkan baginya hukuman yang nyata boleh

dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit atau dipenjara tidak lebih

daripada satu bulan atau kedua-duanya.

Kesimpulan

Page 26: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Jenayah Syariah di Selangor dan Wilayah

Persekutuan walaupun belum sempurna tetapi sekurang-kurangnya boleh digunakan bagi

menghadapi permasalahan moral umat Islam masa kini. Walaupun kebanyakan Kanun

Jenayah Syariah di setiap negeri telah menambahkan hukuman kepada hukuman yang paling

maksimum seperti yang dibenarkan oleh undang-undang namun permasalahan jenayah

syariah kerap dilaporkan. Peruntukan-peruntukan tersebut walaupun kebanyakannya masih

tidak menepati konsep hukuman hudud tetapi ianya bolehlah dianggap sebagai satu alternatif

kepada pelaku-pelaku kesalahan ini. Peruntukan yang ada ini tidak seharusnya diperleeeh

atau sekurang-kurangnya ia satu usaha dalam menjaga kemaslahatan agama, bangsa dan

negara dan dalam menangani permasalahan sosial remaja terutamanya remaja Islam.

Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

   Seksyen

 Kesalahan  Hukuman

135 Tidak Sembahyang Jumaat RM 500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali

136 Minuman Yang Memabukkan RM 5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat

137 Makan dalam bulan Ramadhan RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali Kali ke 2 - RM 1,000 @ 6bulan penjara @ kedua sekali

139  Makan dalam bulan Ramadhan RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

144 Menghasut RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

145 Bercumbuan Atau Berkhalwat RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekaliKali ke 2 - RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

146  Zina RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat

147 Sumbang (Lelaki)  RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali &  6 kali sebat(Perempuan)  RM2,000 @ 1 tahun

Page 27: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

penjara @ kedua sekali149 Zina Dengan Orang Bukan Islam RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua

sekali & 6 kali sebat150 Hubungan Jenis Antara Perempuan RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua

sekali155 Tidak Memberi Kuasa Kepada Hakam RM300156 Tidak Melaporkan Keluar Islam Oleh

MuallafRM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali 

157 Memungut Wang Dengan Melanggar Sek. 124

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

158 Tidak Menjalankan Tugas-Tugas Di Bawah Enakmen Ini

RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

159 Memecahkan Rahsia RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

160 Mendirikan Masjid & Smbahyang Jumaat Tidak Mengikut Enakmen.

RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

161 Mengajar Ugama dengan Tidak Bertauliah 

RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

162 Ajaran Yang Salah RM5,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

163 Fatwa RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali @ 3 kali sebat atau ketiga sekali

164 Buku Ugama yang Salah RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

165 Buku-buku, majalah-majalah & lain-lain dalam kawalan & simpanan

RM2,000 @ 1 tahun @ kedua sekali

166 Mendakyah atau mengajar ugama lain kepada orang Islam

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

167 Menyalahgunakan ayat-ayat Quran & Hadis 

RM1,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

168 Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkaitan dengan agama Islam

RM1,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

169 Penghinaan terhadap pihak berkuasa Agama

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

170 Mencerca agama RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

171 Tidak Bayar Zakat & Fitrah RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

172 Enggan memberi tafsiran pendapatan RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

173 Membayar atau menerima zakat atau fitrah kepada atau oleh orang yang tidak berkuasa

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

Page 28: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

174 Amil tidak menyerahkan kutiapannya RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

175 i) Menghasut jangan membuat ibadat

ii) Menghasut daripada membayar zakat

RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

176 Melacurkan diri RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

 177 Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri

RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat

178 Isteri melacurkan dirinya RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

179 Melarikan anak dara RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

180 Anak dara lari dari dalam jagaan RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

181 Menjual atau memberi anak RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

182 Melarikan isteri orang RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

183 Mendedahkan tubuh RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

184 Menjatuhkan maruah RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

185 Menggunakan kenyataan untuk melepaskan tanggungjawab

RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali & 6 kali sebat

186 Makna bersubahat membuat kesalahan Sama dengan hukuman bagi kesalah tersebut

187 Kesalahan - kesalahan yang tidak dinyatakan

RM500 atau 3 bulan penjara @ kedua sekali

Contoh kes yang pernah dijalankan mengikut Enakmen Pentadbiran Ugama Islam &

Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

TIMBALAN PENDAKWA SYARIE

lwn

MOHD NASIR BIN MOHAMAD @ SULAIMAN

Page 29: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

 

[ Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang ( Di hadapan Y.A. Dato’ Haji Abd.

Rahman bin Md Yunus AlBirry, HMTS ) bertarikh 15 Muharam 1430 H bersamaan 12

Januari 2009 ]

 

KES JENAYAH BIL: 06100 – 139 – 0005 – 2008

 

PENTADBIRAN – Bidangkuasa Mahkamah Syariah - Seksyen 47 (1) dan (2) (a) & (b)

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 - Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah 2002

 

PENTADBIRAN – Meminum minuman yang memabukkan - Seksyen 136 Enakmen

Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan 1987 - Seksyen 4

Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1987

 

KETERANGAN – Iqrar - Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005

 

 

Fakta Kes

 

Okt Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-5091) telah pun ditangkap

kerana dituduh meminum minuman yang memabukkan di bawah seksyen 136 Enakmen

Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di

bawah Seksyen 4 pindaan 1987 oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam

Pahang (JAIP) pada 11 Julai 2008 pada jam 11.37 malam di Fun Pub, Holiday Villa

Cherating, Kuantan

 

Okt telah dihadapkan ke hadapan Mahkamah Tinggi Kuantan untuk dilepaskan dengan

jaminan dan Okt telah di lepaskan sementara dengan jaminan Pegawai Penguatkuasa Agama.

 

Page 30: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Dalam kes ini pertuduhan telah pun dibacakan oleh Pendakwa Syarie dan Okt telah pun

faham akan pertuduhan tersebut dan mengaku bersalah. Okt juga telah dimaklumkan

berkenaan akibat mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut tetapi Okt masih tetap mengaku

bersalah.

 

Diputuskan

 

1.             MAHKAMAH sabit Orang Kena Tuduh Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman

(NO. K/P: 710422-11-5091) bersalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama

Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 pindaan 1987 iaitu meminum minuman yang

memabukkan.

 

2.             MAHKAMAH perintah Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @

Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-5091) didenda sebanyak RM5000.00 dan dipenjarakan

selama 3 tahun sekiranya gagal membayar denda RM5000.00.

 

3.             MAHKAMAH perintah Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P:

710422-11-5091) dihukum sebat dengan 6 kali sebatan Syariah di mana-mana penjara di

Malaysia.

 

Pihak-Pihak

 

Pendakwa Syarie : En. Borhan Bin Husin

OKT : Tidak diwakili peguam

 

 

Surah Al-Quran Yang Dirujuk

 

1. Surah al-Maidah 5 : 90

Page 31: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

 

 

Hadith Yang Dirujuk

 

الصفحة       .1 ، عشر الحادى الجزء ، النووى بشرح مسلم سنة 305صحيح األولى الطبعة ،

1412. قرطبة مؤسسة ، ه

 

Kitab Yang Dirujuk

 

على .1 الحسن أبى لعالءالدين ، األحكام من الخصمين بين يتردد فيما الحكام معين

الصفحة ، الطرابلسى خليل سنة 125بن طبعة ،1300. األميرية بالمطبعة ، ه

 

الصفحة .2 ، القرطبي ، القرآن األحكام الطبعة 186الجامع ، الثالث المجلد ،

سنة لبنان . 1417الخامسة بيروت العلمية الكتب دار ، ه

 

Undang-Undang Yang Dirujuk

 

1.             Seksyen 47 (1) dan (2) (a) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991

2.             Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002

3.             Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

1982

4.             Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

1987.

5.             Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2005

 

Alasan Penghakiman Yang Arif Dato’ Hj. Abd Rahman Bin Md. Yunus Al-Birry

 

Dalam kes ini Okt telah ditahan dan ditangkap pada 11 Julai 2008 di Fun Pub Holiday Villa

Cherating Kuantan Pahang dalam satu operasi bersepadu Daerah Kuantan bagi mencegah

Page 32: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

umat Islam melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan yang turut disertai

oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang, Polis Diraja Malaysia, Majlis

Perbandaran Kuantan, Jabatan Kastam dan Pejabat Daerah Kuantan.

 

Berdasarkan siasatan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, Okt telah didapati meminum

minuman yang memabukkan iaitu arak dari jenama Tiger Beer.

 

Dalam kes ini Mahkamah telah mengenalpasti dua isu penting yang perlu diberi perhatian

iaitu:-

 

1. Adakah iqrar Okt mengaku bersalah diterima oleh Mahkamah

2. Adakah Pendakwa Syarie berjaya membuktikan dakwaan

 

Bidang Kuasa

 

Sebelum Mahkamah menjawab isu dalam kes ini, Mahkamah akan mengenalpasti adakah

Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Ini adalah kes

kesalahan orang Islam yang meminum minuman yang memabukkan dibawah Seksyen 136

Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan

1987 yang memperuntukkan:-

 

“ Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli atau

meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum denda

tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-

duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan ”.

 

Kes ini adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Pahang. Mahkamah merujuk

kepada Seksyen 47 (1) dan (2) (a) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991

Page 33: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

memperuntukkan:-

 

(1)           Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa diseluruh Negeri

pahang dan hendaklah diketuai oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

 

(2)           Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:-

(a)           dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh

orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Islam 1987 atau di bawah undang-

undang bertulis lain yang memberi kepada mahkamah Syariah bidangkuasa untuk

membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang

diperuntukkan di dalamnya: dan

(b)           …

 

Kesalahan ini adalah dilakukan di Negeri Pahang dan adalah juga dalam bidangkuasa

Mahkamah Syariah Negeri Pahang untuk membicarakannya. Mahkamah dengan ini merujuk

kepada Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002:-

 

“ Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang didalam

had bidangkuasa tempatannya kesalahan itu dilakukan ”.

 

Isu Pertama: Adakah iqrar Okt mengaku bersalah diterima oleh Mahkamah

 

Dalam menjawab isu ini Mahkamah ingin merujuk kepada keseluruhan prosiding perjalanan

kes tersebut. Pertuduhan telah pun dibacakan dengan jelas dan terang kepada Okt dan

Mahkamah telah bertanya samada Okt mengaku atas pertuduhan tersebut atau sebaliknya.

Okt dalam kes ini telah dengan rela hati menyatakan iqrar mengaku bersalah tanpa membuat

apa-apa pindaaan kepada pertuduhan tersebut.

 

Pada 1 Disember 2008 telah dibentangkan semula kepada Okt fakta kes dan pertuduhan dan

Okt telah menyatakan bahawa dia faham dan tetap mengaku bersalah.

Page 34: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

 

Pihak pendakwa juga telah menyatakan akibat mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Dalam kes ini Okt menyatakan bahawa dia faham akibat daripada mengaku bersalah ini tetapi

Okt masih mengaku bersalah. Mahkamah telah memberi ruang yang cukup kepada Okt untuk

sama ada Okt menarik balik pengakuan bersalah ini.

 

Dalam kes ini Mahkamah merujuk kepada tulisan At-Tarabulasi dalam bukunya Mu’inul

Hukam berkenaan iqrar

 

ال�ب�ي�ن�ة� م�ن� و�ى ق�أ� و� و�ه� ا د�ه� ش�

أ� و� ك�ام� ح�� األ� و�ى ق�

أ� م�ن� ار� ر� �ق� اإل� �نأ� اع�ل�م�

 

Maksudnya: Ketahuilah bahawasanya iqrar adalah pembuktian yang paling kukuh dan ianya

lebih kuat dari kesaksian

 

Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah

2005 memberi definasi iqrar iaitu:-

 

“ suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan dengan isyarat

menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang

lain berkenaan dengan sesuatu hak ”.

 

Berdasarkan alasan pengakuan bersalah atas iqrar ini, Mahkamah tidak ragu lagi untuk

mensabitkan Okt bersalah di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang

Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 Pindaan 1987.

 

 

 

 

Isu Kedua: Adakah Pendakwa Syarie berjaya membuktikan pendakwaan

 

Page 35: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Mahkamah dalam kes ini telah meneliti pertuduhan dakwaan yang telah dikemukakan

oleh Pendakwa Syarie. Mahkamah juga telah meneliti dan mengakui benar segala dokumen

yang telah dikemukakan oleh Pendakwa Syarie.

 

Dalam kes ini Pendakwa Syarie telah membuat pertuduhan seperti berikut:-

 

“ Bahawa kamu Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (No. K/P: 710422-11-5091) pada 11

Julai 2008 lebih kurang jam 11.37 malam di Fun Pub, Holiday Villa, Cherating, Kuantan

Pahang telah didaati meminum arak jenama Tiger Beer. Dengan itu kamu telah melakukan

kesalahan meminum arak di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan

Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen

Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987 ”.

 

Syeksen 136 Minuman Yang memabukkan menyatakan seperti berikut:-

 

“Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual, membeli,

atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum

denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun

atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan”.

 

Pendakwa juga dalam kes ini telah mengemukakan:-

1.             Salinan Report Polis No. Report KUANTAN 012686/08

2.             Rajah Kasar Tempat Kejadian

3.             Perakuan Penganalisis bagi Spesimen Air Kencing OKT dari Jabatan Kimia

Malaysia

 

Dalam laporan Spesimen Air Kencing Okt, Penganalisis telah mendapati 68 mg etil alcohol

dalam 100 mililiter air kencing (iaitu 0.068 % w/v) dikesan di dalam spesimen tersebut.

 

Mahkamah juga ingin mengambil perhatian bahawa Hukum mengenai haramnya arak telah

Page 36: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

pun diketahui oleh semua orang Islam hatta orang bukan Islam juga mengetahui bahawa

orang Islam adalah dilarang meminum arak. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah s.w..t di

dalam firmannya:

 

تعالى : الله قال

 

$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsø:$# çÅ£øyJø9$#ur Ü>$|

ÁRF{$#ur ã »N s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù

öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak (khamar),

berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji

termasuk dalam amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian

mendapat kemenangan.

 

(al-Maidah 5 : 90)

 

Menurut al-Qurtubi dalam buku tafsirnya al-jami’ al-Ahkam al-Quran beliau

menafsirkan kalimah nqç7Ï^tGô_$$sù adalah األمر yang menunjukkan arahan wajib فعل

menjauhi arak. Sekaligus kalimah ini juga membawa maksud kepada pengharaman arak

secara jelas. Para Ulama Islam juga telah secara ijma’ bersepakat bahawa ayat ini

menunjukkan pengharaman arak secara total.

Hukuman Islam sangat berat kepada peminum arak ini iaitu 40 kali sebatan dan boleh

mencapai sehingga 80 kali sebatan sepertimana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar al-

Khattab r.a.. Mahkamah merujuk kepada Buku Hadith Sahih Muslim yang disyarahkan oleh

Imam an-Nawawi

 

. ، بجريدتين فجلده الخمر شرب قد برجل أتى وسلم عليه الله صلى النى أن مالك بن أنس عن

Page 37: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

: . . . الحدود أخف الرحمن عبد فقال الناس استشار عمر كان فلما بكر أبو فعله أربعين نحو

عمر . . به فأمر ثمامين

 

Maksudnya: Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa telah dibawa seorang yang

telah meminum arak kepada Nabi s.a.w.: Nabi s.a.w. telah menyebatnya dengan dua cambuk

sebanyak empat puluh kali sebatan. Saidina Abu Bakar r.a. juga berbuat sedemikian. Tetapi

apabila Umar r.a. menjadi khalifah beliau berbincang dengan Sahabat dan Abd Rahman r.a.

berkata: Serendah-rendah hukuman hudud adalah sebanyak lapan puluh kali sebatan. Maka

Umar r.a. mengarahkan yang sedemikian.

 

Mahkamah tidaklah berhasrat untuk membincangkan secara mendalam tentang perselisihan

pendapat ulama’ berkenaan bilangan sebatan bagi peminum arak. Apa yang penting hadith ini

menunjukkan bahawa telah sabit hukuman sebat bagi orang yang disabitkan dengan

kesalahan meminum arak.

Mahkamah juga ingin menegaskan bahawa Hukum Islam ini melihat kepada akibat

meminum arak iaitu:-

 

1.             Membazirkan wang

2.             Merosakkan akal fikiran

3.             Kemalangan jalan raya

4.             Bahaya kepada orang lain

5.             Hilang maruah sebagai manusia

 

Orang yang mabuk akan melakukan apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan sifat

semula jadi manusia kerana telah hilang segala pertimbangan dan perasaan malu. Bahkan

orang mabuk ini akan menyebabkan berlakunya kes jenayah lain seperti merogol, zina dan

membunuh.

 

Menurut hukum Islam, kesalahan meminum arak ini hendaklah di hukum dengan sebatan.

Allah s.w.t. sebagai pencipta telah menentukan hukuman yang sesuai kepada makhluknya

Page 38: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

dan sudah tentu di sebalik hukuman itu ada hikmahnya tersendiri. Dengan hukuman ini ia

dapat mencegah orang lain yang mempunyai keinginan untuk meminum arak dari melakukan

kesalahan ini. Dengan hukuman ini juga dapat menginsafkan Okt agar benar-benar bertaubat

dan berazam tidak mahu meminum arak lagi.

 

Dalam kitab perubatan Islam ada menyatakan bahawa sebatan boleh menghilangkan

ketagihan kepada arak. Walaubagaimanapun sebatan tersebut mestilah bertepatan dengan

kaedah sebatan yang berlandaskan sebatan Syariah.

 

Mahkamah juga ingin menarik perhatian bahawa Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama

Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 telah pun diluluskan oleh Sidang Dewan

Undangan Negeri (DUN) Pahang sejak tahun 1982 lagi dan telah pun diwartakan. Seksyen ini

telah pun dipinda hukumannya pada tahun 1988 menjadikan denda RM5000.00 atau penjara

3 tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak melebihi 6 kali sebatan.

 

Berdasarkan peruntukan tersebut, maka dapat difahami bahawa hukuman bagi pesalah yang

disabitkan dengan kesalahan meminum minuman yang memabukkan di Negeri Pahang

diperuntukkan kepada tiga jenis bentuk hukuman iaitu denda, penjara dan sebat.

  

Rayuan Hukuman

Sebelum menjatuhkan hukuman ini Mahkamah telah menimbangkan rayuan Okt. Dalam kes

ini Okt tidak membuat sebarang rayuan kepada Mahkamah untuk diringankan hukuman yang

akan dikenakan tetapi hanya memaklumkan bahawa beliau bekerja di ‘work shop’.

 

Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan latar belakang Okt, Mahkamah berpendapat

bahawa Okt belum pernah di dakwa atas mana-mana kesalahan dalam Mahkamah Syariah.

Kesalahan meminum arak ini juga merupakan kesalahan pertama Okt yang di dakwa di

Mahkamah Syariah. Maka hukuman yang terbaik ialah denda dan sebat tanpa dikenakan

hukuman penjara.

 

Hukuman denda yang dikenakan ke atas Okt adalah bertujuan memberi pengajaran supaya

Page 39: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

menimbulkan rasa kepayahan dalam mencari wang dan lebih menghargai nilai wang tersebut.

Sepatutnya Okt harus bijak menggunakan wang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah

bukannya menghabiskan wang untuk membeli arak dan seterusnya terpaksa membayar denda

atas kesalahan meminum arak.

Mahkamah juga berpendapat hukuman sebat adalah sesuai bagi menghilangkan ketagihan

rasa ingin Okt kepada arak. Sebatan Syariah mampu memberi pengajaran yang berguna

kepada Okt dan masyarakat umum supaya menjauhkan diri daripada terlibat dengan

kesalahan meminum arak dan segala perkara yang memabukkan. Sebatan bagi kesalahan

meminum arak bukanlah bagi tujuan untuk menyiksa Okt bahkan ianya lebih kepada kepada

menghilangkan ketagihan kepada arak dan memberi pengajaran dan pemulihan kepada Okt.

 

Mahkamah juga berpendapat hukuman penjara adalah tidak diperlukan kerana Okt patut

diberi peluang selepas menjalani hukuman denda dan sebatan ini untuk insaf. Mahkamah

juga berpendapat jika dipenjarakan sudah tentu masa Okt tersebut hanya akan dihabiskan di

dalam penjara dan hukuman penjara juga akan memberikan kemudharatan kepada keluagra

Okt. Hukuman penjara juga akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan Okt

terutamanya berkenaan dengan peluang pekerjaan pada masa akan datang.

 

KEPUTUSAN

Setelah Mahkamah melihat kepada Pendakwaan serta Dokumen yang dilampirkan DAN Iqrar

yang dibuat oleh Orang Kena Tuduh atas kesalahan yang didakwa maka Mahkamah berpuas

hati dan tanpa ragu lagi mengeluarkan PERINTAH seperti berikut:-

 

1. MAHKAMAH sabit Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman

(NO. K/P: 710422-11-5091) bersalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran

Page 40: Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Dibawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam   & Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987)

Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 pindaan 1987 iaitu meminum

minuman yang memabukkan.

 

2. MAHKAMAH perintah Orang Kena Tuduh, Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman

(NO. K/P: 710422-11-5091) didenda sebanyak RM5000.00 dan dipenjarakan selama

3 tahun sekiranya gagal membayar denda RM5000.00.

 

MAHKAMAH perintah Mohd Nasir bin Mohamad @ Sulaiman (NO. K/P: 710422-11-

5091) dihukum sebat dengan 6 kali sebatan Syariah di mana-mana penjara di Malaysia.