kesahan kebolehpercayaan

Upload: syuhada-mohd-tajuddin

Post on 21-Jul-2015

383 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY)

5/20/12

Prosedur Menganggar Kebolehpercayaan Skor Ujian Terdapat empat prosedur untuk mendapatkan data yang diperlukan dan menganggarkan kebolehpercayaan sesuatu ujian: a. Kaedah uji ulang-uji (test-retest). b. Kaedah ujian bentuk setara (equivalent or parallel form). c. Kaedah bahagi dua (split half). d. Kaedah Kuder Richardson.5/20/12

Kaedah

Jenis Prosedur Pengukuran Kebolehperca yaan Beri ujian yang sama dua kali kepada sekumpulan murid yang sama dengan selang masa antara ujian daripada beberapa minit ke beberapa tahun. Beri dua bentuk ujian kepada kumpulan murid yang sama secara berturut-turut. Beri ujian sekali. Skor dua bahagian ujian yang setara; baiki koefisien kebolehpercayaan supaya memenuhi keseluruhan ujian dengan formula Spearman-Brown. Beri ujian sekali. Skor seluruh ujian dan gunakan formula Kuder Richardson.

Uji ulang-uji Pengukuran kestabilan

Ujian bentuk Pengukuran setara keseteraan Ujian bahagi Pengukuran dua ketekalan internal

Kuder Richardson5/20/12

Pengukuran ketekalan internal

a.

Kaedah uji ulang-uji Ujian yang sama ditadbirkan dua kali kepada kumpulan murid yang sama dalam masa yang berlainan Keputusan skor kedua-dua ujian dikorelasikan untuk menentukan darjah pertaliannya. Koefisien korelasi ini memberikan pengukuran kestabilan.

.

.

.

5/20/12

Jika keputusannya mempunyai kestabilan yang tinggi, murid yang tinggi skornya dalam ujian kali pertama akan cenderung untuk mendapat skor yang tinggi juga dalam ujian yang ditadbir buat kali kedua. murid-murid lain juga tetap berada pada kedudukan yang sama dalam kedua-dua ujian tersebut. kestabilan seperti ini digambarkan oleh koefisien korelasi yang tinggi.

5/20/12

- selang masa ujian juga perlu diambil kira dalam interpretasi pengukuran kestabilan. - jika selang masa singkat, sehari atau dua hari maka ingatan murid tentu masih kuat. Masih ada jawapan yang diingat. - sebaliknya jika selang masa yang panjang akan memberi kesempatan kepada murid berlatih atau menambah pengetahuan mengenai bidang yang diuji. - demikian juga murid dapat manfaat daripada ujian kali pertama.5/20/12

mungkin dalam ujian semula mereka tidak perlu lagi membaca item-item dengan teliti untuk memahaminya. -mereka mempunyai masa untuk membuat apa yang tidak sempat dibuat dalam ujian pertama. -semua ini akan mengurangkan korelasi. -pemilihan jarak masa ini bergantung kepada tujuan dan kegunaan ke atas keputusan ujian. -jika ramalan dibuat daripada skor gred SPM atau STPM sama ada murid berjaya atau tidak di kolej, maka kestabilan ke atas 5/20/12 beberapa tahun jarak masa adalah penting.

- jika ramalan dibuat sama ada murid itu akan berjaya dalam kursus algebra tahun ini, maka kestabilan ke atas jangka masa terlalu lama iaitu melebihi beberapa bulan adalah tidak penting. - oleh itu untuk beberapa keputusan, koefisien kebolehpercayaan berdasarkan jarak masa yang panjang antara uji dan ulang-uji diperlukan manakala koefisien kebolehpercayaan berdasarkan jangka masa singkat adalah mencukupi. - perkara yang penting ialah mencari bukti kestabilan yang memenuhi interpretasi tertentu yang dibuat.5/20/12

- korelasi antara skor ujian dengan skor ulang uji dianggap sebagai satu anggaran kebolehpercayaan yang diukur. - ukuran yang boleh diulangi dengan keputusan yang sama adalah bermakna dan ukuran itu dianggap stabil. - kaedah ini sesuai untuk mengukur kemahiran mengarang, tatabahasa dan sebagainya. - kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan, misalnya jika selang masa singkat antara ujian kali pertama dengan ujian kedua, maka ingatan murid untuk berlatih atau menambah pengetahuan 5/20/12 mengenai bidang yang diuji.

- begitu juga murid dapat manfaat dari ujian kali pertama, mungkin mereka tidak perlu lagi membaca item-item dengan teliti dan terperinci untuk memahaminya. - mereka mempunyai masa untuk membuat apa yang tidak dapat dibuat dalam ujian pertama. - uji ulang-uji lebih sesuai untuk mengukur kemahiran motor.

5/20/12

-Kesimpulannya: kaedah ini menggunakan ujian yang sama diberi kepada pelajar dua kali dan jarak antara dua ujian itu bergantung kepada keadaan. -Sekiranya tujuan ujian itu ialah untuk memperbaiki kaedah pengajaran maka masa antara ujian hendaklah dipendekkan. -Jika tujuan ujian ialah untuk ramalan tentang kejayaan vokasional, maka masa antara ujian sudah tentulah panjang.

5/20/12

b. Kaedah Ujian Bentuk Setara -Penganggaran kebolehpercayaan daripada min kaedah ujian bentuk setara melibatkan dua atau lebih ujian yang berbeza tetapi bentuknya setara. -Ujian-ujian ini ditadbirkan secara berturutan kepada kumpulan murid yang sama dan skor keputusan ujian di kolrelasi. -Koefisien korelasi ini memberikan pengukuran kesetaraan. -Oleh itu, ia menunjukkan darjah pengukuran kedua-dua ujian terhadap aspek tingkah laku yang sama.5/20/12

-Ujian-ujian ini dibina mengikut spesifikasi yang sama dari segi isi, aras kesukaran, jenis-jenis item dan lain-lain. -Hanya sampel-sampelnya sahaja berbeza. Contoh: 4 x 8 dan 3 x 9 adalah dua contoh sampel yang berlainan dalam bidang sama. -Korelasi yang tinggi menunjukkan bahawa kedua-dua bentuk ujian mengukur isi yang sama dan dari itu sampel bagi bidang isi yang boleh dipercayai telah diukur.

5/20/12

-Kaedah ujian bentuk setara ini kadangkala digunakan dengan adanya jarak masa yang sesuai antara pentadbiran dua bentuk ujian ini. -Dalam keadaan ini, koefisien kebolehpercayaan yang dihasilkan memberikan pengukuran kestabilan dan kesetaraan, dan ini adalah ujian kebolehpercayaan yang amat sukar kerana merangkumi pelbagai dan semua sumber variasi yang mungkin dalam skor-skor ujian.5/20/12

-Kestabilan prosedur pengujian, ketepatan ciri murid yang diukur dan kebolehwakilan sampel dalam ujian, semuanya diambil kira. -Seperti juga kaedah uji dan uji semula, koefisien kebolehpercayaan diinterpretasikan berdasarkan jarak masa antara ujian-ujian. -Untuk jarak masa yang lebih panjang, koefisien menjadi lebih kecil.

5/20/12

-Item dari ujian ini mengandungi tahap yang sukar tetapi mengukur pembolehubah yang sama sebagai satu persampelan daripada populasi item yang sama. -Dua atau lebih ujian yang bentuknya setara ditadbirkan sama ada berturutan atau dalam jeda masa yang sesuai. -Dari korelasi antara dua bentuk setara ini kita akan dapat kebolehpercayaan. -Penggunaan kaedah ujian setara ini menjadi asas penganggaran ketepatan sesuatu ujian dalam pendidikan.5/20/12

-Bagaimanapun

dari segi praktikalnya ia menimbulkan beberapa masalah dan pelaksanaannya sukar. -Guru sukar membina atau mendapatkan dua atau lebih bentuk ujian yang betul-betul setara. -Tiga angka tunjuk digunakan untuk menguji sama ada dua tujuan itu setara atau tidak ialah min, varians dan korelasi. -Hasil yang sama daripada min, varians dan korelasi antara ujian sekiranya dua ujian dan korelasinya itu dikatakan setara.

5/20/12

-Ini jelas jika ujian setara dianggap sebagai ujian-ujian yang mempunyai item yang sama dan item-item itu dipilih secara rawak daripada satu populasi item. -Korelasi di antara dua keputusan daripada dua ujian setara digunakan sebagai anggaran kebolehpercayaan ujian itu. -Korelasi antara dua ujian yang setara juga kadang-kadang disebut sebagai koefisien samaan.

5/20/12

-Ujian

setara berpadan merupakan satu lagi ujian jenis setara. Ia mempunyai semua sifat di atas termasuk ciri, tiaptiap item dalam satu ujian berpadan yang dipadankan dengan yang sama isi dari ujian asal. -Kesimpulannya; dua ujian yang setara tetapi tidak sama diberi kepada kumpulan yang sama.

5/20/12

c. Kaedah Ujian Bahagi Dua -Cara ini dapat mengatasi masalah mentadbirkan ujian lebih dari sekali. -Satu ujian dibahagikan kepada dua bahagian yang setara. Untuk memudahkan, itemitem ujian hendaklah disusun mengikut aras kesukaran supaya menghasilkansatu bahagian ujian terdiri daripada item-item bernombor ganjil, satu bahagian lagi itemitem bernombor genap.5/20/12

-Tiap-tiap item dalam satu bahagian mestilah setara dengan item yang sepadan dalam bahagian yang lain, mestilah pula memenuhi spesifikasi ujian yang lengkap. -Oleh kerana ujian ini dipecahkan kepada dua ujian separa, maka semakin besar jumlah itemnya maka semakin tinggilah tahap kebolehpercayaannya. -Hanya satu sahaja yang ditadbirkan kepada murid. Kemudian separuh daripada ujian itu dipecahkan menjadi dua bahagian yang hampir sama dari segi jenis item dan bilangan itemnya.5/20/12

-Ujian ini adalah ujian ketekalan dalaman iaitu jenis ujian bahagi dua kerana ia dibahagikan kepada dua bahagian untuk memberi markah dengan sekali tadbir. -Satu ujian ditadbirkan sekali tetapi terdapat dua markah yang berasingan untuk satu kumpulan murid dengan mengambil markah item-item bernombor ganjil di satu bahagian dan markah item-item bernombor genap di bahagian satu lagi. -Kaitan di antara kedua bahagian markah ini ialah ianya menyediakan satu anggaran kekerapan ujian itu dapat mengukur keupayaan seseorang murid di dalam ujian 5/20/12

d. Kaedah Kuder Richardson -Masalah memberi ujian dua kali (ujian setara) dan masalah membahagi ujian kepada dua bahagian (ujian bahagi dua) untuk menganggarkan kebolehpercayaan ini dapat dielakkan jika formula Kuder Richadson digunakan. -Formula ini boleh digunakan jika ujian itu bukan ujian cepat dan ujian itu homogen, iaitu tiap-tiap item ujian mengukur faktorfaktor kebolehan am, atau personaliti yang sama.5/20/12

-Ia bergantung kepada ketekalan prestasi individu dari satu item ke satu item, berdasarkan sisihan lazim ujian itu. -Formula ini juga menyediakan pengukuran ketekalan dalaman tetapi tidak perlu membahagi dua ujian untuk tujuan pemberian skor.

5/20/12

-Andaian yang perlu ada ialah, indeks kesukaran bagi semua item tidak menjangkau 0.3 dan 0.7. Formula itu ialah r= k [1 M(k M)] k1[ ks2 ]

di mana k = jumlah item dalam ujian s = sisihan lazim skor ujian M = min skor ujian -Formula ini memberi anggaran yang rendah. Oleh itu formula yang telah diubahsuai bagi mengatasi terkurang anggaran yang digunakan. Formula itu ialah r = 1 [.8M(k M0] 5/20/12 [ ks2 ]

-Nyata sekali dua nilai yang perlu dihitung ialah min dan sisihan lazim skor ujian berkenaan. -Nilai koefisien kebolehpercayaan yang dianggap sesuai bagi guru ialah sekurangkurangnya + 0.75. -Walau bagaimanapun untuk ujian-ujian bentuk baru hendak dimaklumkan dan digunakan pula untuk mengukur sesuatu yang sukar diukur, nilai sekurang-kurangnya + 0.30 boleh diterima.5/20/12

-Penggunaan kaedah ujian bahagi dua dan kaedah Kuder Richardson yang mudah telah diperluaskan kegunaannya dalam menganggar kebolehpercayaan. -Walau bagaimanapun prosedur ketekalan dalaman seperti itu mempunyai had yang membatasi nilainya. -Pertamanya, ia tidak sesuai untuk ujian kepantasan(speed test), iaitu ujian dengan masa yang terhad yang menghalang murid mencuba setiap item.

5/20/12

-Item-item yang tidak dicuba ini boleh menyebabkan item yang ganjil dan genap, akan timbul masalah. -Mungkin seorang murid mendapat skor 50 daripada 100 sebab ia hanya dapat menjawab 25 item bernombor ganjil dan 25 item bernombor genap. Jadi skor yang diperolehi dalam dua bahagian ini sangat konsisten. -Tetapi jika dia dapat meneruskan ujian itu, biasanya skornya tidak begitu konsisten.5/20/12

-Demikian juga halnya dengan dua set skor yang diperolehi oleh semua murid. -Walau bagaimanapun tidak semestinya ujian itu dibahagi dua dengan cara genap-ganjil sahaja. Ada pelbagai cara lagi untuk memecahkan ujian kepada dua bahagian. -Ada kemungkinan cara yang lain akan menghasilkan koefisien kebolehpercayaan yang berbeza.

5/20/12

-Had kedua dalam prosedur ketekalan dalaman ialah ia tidak menunjukkan ketetapan jawapan murid dari hari ke hari. -Dalam keadaan ini ia adalah serupa dengan kaedah ujian bentuk setara yang ditadbirkan tanpa jarak masa. -Hanya prosedur uji ulang-uji yang menunjukkan keputusan ujian boleh digeneralisasikan ke atas jangka waktu yang berbeza.

5/20/12

-Kesimpulannya; kebolehpercayaan pada ujian adalah untuk memastikan yang ujian atau pun alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan kawapan yang mencerminkan keupayaan murid itu sendiri. -Kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang dilakukan. -Untuk mengelakkan kesalahan dan mengekalkan kebolehpercayaan, guru-guru perlu mengawal unsur seperti panjang ujian, waktu ujian, jenis ujian dan skema pemarkahan semampu yang boleh.5/20/12

-kebolehpercayaan ujian umumnya ditunjukkan melalui indeks statistik atau koefisien yang diperolehi melalui pengiraan korelasinya. -Kaedah ini adalah untuk mengelakkan penganggaran kebolehpercayaan akibat masalah ujian dua kali atau lebih(ujian setara) dan masalah membahagi ujian kepada dua bahagian(ujian bahagi dua).

5/20/12

-Namun begitu kaedah ini sesuai jika ujian adalah homogen. Ketekalan prestasi individu dari satu item ke satu item berdasarkan sisihan lazim ujian itu. -Kaedah Kuder Richardson mengandaikan; a. Formula KR-20 b. Formula KR-21

5/20/12

-Kesimpulannya, kebolehpercayaan adalah unsur penting untuk mengukur kualiti sesuatu ujian itu. Semakin boleh dipercayai sesuatu ujian itu, semakin tepat, tekal atau stabil ujian itu. -Kebolehpercayaan adalah dipengaruhi oleh panjang pendek ujian, ketekalan setiap item atau pun kejelasan item-item ujian. -Semakin objektif sistem pemarkahan ujian maka kita akan mendapati semakin boleh dipercayai markah- markah yang diberikan oleh pemeriksa.

5/20/12

-Selain itu, nilai kebolehpercayaan sesuatu ujian itu ditentukan dengan mengira koefisien ukuran- ukuran tertentu berdasarkan kaedah dan jenis kebolehpercayaan. -Bagi kaedah uji dan uji semula misalnya, dua set ukuran diperolehi bagi kumpulan murid yang sama. Koefisien yang dikira merujuk kepada kestabilan markah murid. Semakin tinggi nilainya maka ia dikatakan boleh dipercayai.

5/20/12

Faktor-faktor yang mempengaruhi pekali kebolehpercayaana.

Panjang ujian - ujian yang panjang akan meningkatkan kebolehpercayaan ujian. Keheterogenan kumpulan - apabila calon yang mengambil ujian itu lebih heterogenan, maka bertambahlah kebolehpercayaan ujian berkenaan.

b.

5/20/12

Kebolehan calon yang mengambil ujian - satu ujian mungkin boleh dipercayai pada satu-satu aras kebolehan tetapi kurang boleh dipercayai pada aras yang lain. - aras kesukaran ujian mempengaruhi kebolehpercayaan ujian, kerana item yang sukar akan membuat calon meneka jawapan. - kesukaran sesuatu ujian ditentukan oleh: i. jenis ujian ii. tujuan ujian iii.populasi yang mengambil ujianc.

5/20/12

d. Teknik menganggar kebolehpercayaan ujian - prosedur menganggar kebolehpercayaan ujian berbeza akan memberikan pekali kebolehkepercayaan yang berbeza. i. teknik bentuk setara memberi anggaran kebolehpercayaan lebih rendah dari uji dan uji lagi dan prosedur belah dua. ii.kebolehpercayaan teknik belah dua lebih tinggi daripada kebolehpercayaan menggunakan teknik alternatif.5/20/12

e. Keadaan pembolehubah yang diukur - pembolehubah yang digemari penyelidik memberikan pengukuran yang tekal dari lain-lain pembolehubah. - kebolehpercayaan ujian akademik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi manakala ujian pembolehubah sahsiah mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana.

5/20/12

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengukuran Kebolehpercayaan1.

Panjang ujian - semakin panjang ujian semakin tinggi darjah kebolehpercayaan. - panjang ujian dapat memberi persampelan lebih baik dari segi tingkah laku yang ingin diukur, malah markah kurang diganggu oleh tekaan.

5/20/12

2. Kepantasan - suatu ujian dianggap ujian kepantasan sempurna jika setiap calon yang mencuba satu item memperolehi jawapannya betul, tetapi sukar mendapat seorang pun calon memperolehi semua item betul. - berbeza dengan ujian keupayaan sempurna, setiap calon mempunyai masa secukupnya untuk mencuba keseluruhan item. - mungkin disebabkan tingginya aras kesukaran item, tiada seorang pun calon memperoleh markah penuh.5/20/12

3. Sebaran markah - pekali kebolehpercayaan dipengaruhi oleh sebaran markah kumpulan calon yang diuji. - dengan menganggap faktor lain adalah malar, maka semakin luas sebaran markah semakin tinggi anggaran kebolehpercayaan. - ini kerana pekali kebolehpercayaan yang tinggi wujud kalau individu cenderung untuk berada pada kedudukan yang sama secara relatif dengan rakannya di dalam satu ujian dengan ujian yang lain.5/20/12

- oleh itu, sebaran markah yang lebih luas akan mengurangkan kemungkinan kedudukan calon secara relatif daripada rakannya akan berubah dari satu ujian kepada ujian yang lain. - atau boleh juga disebut ralat pengukuran kurang mempunyai pengaruh ke atas kedudukan individu secara relatif daripada rakannya jika perbezaan markah bagi individu tersebut tersebar luas.5/20/12

- satu perkara lagi untuk melihat luas atau tidaknya markah tersebar ialah sama ada kumpulan calon berkenaan sama jenis atau tidak dari segi kebolehan. - andaikan faktor lain adalah malar, semakin beraneka jenis kumpulan calon, semakin tinggilah kebolehpercayaan sesuatu ujian itu.

5/20/12

4. Kesukaran ujian - ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar akan menyebabkan markah kebolehpercayaan rendah.

5/20/12

5. Keobjektifan - merujuk kepada sejauh mana penilai yang sama kecekapan akan dapat memberikan markah yang sama. - bagi meningkatkan kebolehpercayaan, penggubal soalan boleh memfrasakan item soalan secara teliti serta menggunakan satu set skema pemarkahan yang seragam. - peningkatan keobjektifan melalui cara ini bukan sahaja boleh meninggikan kebolehpercayaan malah mempertahankan kesahan ujian tersebut.5/20/12

Peraturan-peraturan Melaksanakan Ujian yang Boleh Dipercayai Secara umum, kebolehpercayaan yang tinggi dapat dicapai sekiranya guru berusaha mengurangkan kesilapan dan kecacatan semasa merancang, membina dan mentadbir ujian seterusnya memeriksa jawapan murid.q

Panduan berikut mungkin berguna bagi guruguru untuk mencapai matlamat di atas.q

5/20/12

1. Gunakan tingkat kesukaran sederhana - sesuatu ujian akan mencapai tingkat kebolehpercayaan yang memuaskan apabila tahap kesukaran item sederhana. - elakkan item-item yang terlalu sukar atau terlalu mudah. - item dianggap terlalu mudah jika lebih 90% murid dapat menjawab dengan betul.

5/20/12

- jawapan yang betul mungkin diperolehi dengan cara meneka, melalui cara soalan dikemukakan atau memang perkara yang diketahui umum tanpa perlu mengikuti kelas. - item terlalu mudah boleh menyebabkan kesan bumbung kebanyakan murid mendapat skor yang tinggi.

5/20/12

- sebaliknya item yang terlalu sukar, kurang daripada 40% murid dapat menjawab dengan betul. - terdapat banyak sebab : i. item soalan yang terlalu terbuka ii.item yang menyoal perkara remeh dan tidak penting iii.terlalu banyak menggunakan istilah asing atau frasa kata - item terlalu sukar akan menyebabkan kesan lantai murid mendapat skor yang rendah.

5/20/12

- ujian yang menghasilkan kesan bumbung dan kesan lantai berada pada tahap kebolehpercayaan yang rendah, guru gagal mengukur pencapaian murid secara konsisten. - sebagai kesimpulan, sesuatu ujian sepatutnya disediakan item-item sederhana di mana antara 50% 80 % murid dapat menjawab dengan betul

5/20/12

2. Guna item yang boleh membuat diskriminasi - ujian berkualiti dapat mendiskriminasi murid berpengetahuan murid tidak berpengetahuan. - murid berpengetahuan; -murid yang menguasai konsep dan kemahiran yang telah dipelajari, tidak semestinya mereka berkebolehan atau IQ mereka tinggi. -sentiasa berusaha dan memantau proses pembelajaran sendiri, tekun mengikuti kelas, membuat latihan, melengkapkan tugasan, membaca dan merujuk, 5/20/12 berbincang dan sentisa mengulangkaji

- item yang berkeupayaan mendiskriminasi yang positif membolehkan murid pandai menjawab dengan tepat. - keupayaan diskriminasi sesuatu item adalah tidak memuaskan jika; -lebih ramai murid lemah yang menjawabnya dengan betul, atau -tiada perbezaan antara dua kumpulam murid itu dari segi memberikan jawapan yang betul.5/20/12

3.

Soal sebanyak yang mungkin - menyoal sebanyak mungkin perlu diamalkan dalam pengujian di bilik darjah. - semakin banyak soalan dikemukakan untuk menguji penguasaan murid terhadap sesuatu kandungan topik tertentu, semakin tinggi jugalah darjah kebolehpercayaan ujian tersebut. - Tuckman(1992) mendapati bahawa ujian objektif yang kurang daripada 10 item menghasilkan keputusan yang tidak konsisten dengan tingkat pembelajaran.

5/20/12

4.

Tadbirkan ujian dalam suasana tanpa gangguan - ukuran yang konsisten dicapai jika ujian yang dijalankan berjaya menghasilkan skor sebenar setiap murid. - apa yang berlaku ialah skor yang diperolehi murid daripada sesuatu ujian kerap dicemari oleh perkaraperkara lain. - misalnya ujian yang diadakan dalam suasana yang tidak selesa, bising dan kelam kabut menyebabkan murid gagal menampilkan 5/20/12 kemampuan sebenar.

- wujudkan suasana yang selesa, teratur, tenang dan bebas dari gangguan. - elakkan gangguan-gangguan seperti arahan bertulis yang mengelirukan, pengumuman untuk membetulkan item dan layanan kepada pertanyaan murid.

5/20/12

5.

Seragamkan pemarkahan - bagi ujian esei, sumber ralat pengukuran paling utama berpunca daripada proses pemarkahan (Blok, 1985; Bratch & Hopkins, 1968; Chase, 1986; dan Fleming & Chambers,1984). - kita sering membuat kesilapan memberi markah dalam kes-kes seperti: - satu jawapan diberi markah, tetapi jawapan seakan-akan sama daripada murid lain tidak diberikan markah.5/20/12

- jawapan murid sama tetapi diperiksa pada dua masa berlainan, mungkin pemeriksa memberi markah yang berbeza. - paling membimbangkan (Chase, 1986) lebih banyak markah diberi pada unsur-unsur yang tiada kaitan dengan kandungan pelajaran.

5/20/12

- markah menjadi tidak konsisten apabila guru menghadapi kesuntukan masa, atau situasi-situasi keletihan, lupa, marah atau terlalu simpati dengan calon semasa memeriksa. - langkah terbaik ialah dengan menyediakan skema pemarkahan, mendapat pandangan guru lain tentang kesesuaiannya, menyeragamkan proses pemeriksaan dan menggunakan skema sepenuhnya semasa menanda.

5/20/12

6. Lakukan penilaian ke atas ciri-ciri kebolehpercayaan - kebolehpercayaan ujian boleh ditingkatkan jika guru berusaha menilai kualiti item-item yang digunakan. - langkah penilaian ini dapat membantu guru mengenal pasti item-item yang lemah. - item yang lemah perlu diperbaiki, manakala soalan yang teruji kualitinya boleh disimpan di bank item untuk digunakan semula.5/20/12