kes buang bayi

6
http://admya.blogspot.com/2011/06/kasihani-kami-wahai-ibu.html Kes buang bayi,statistik semakin meningkat Semalam,kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang masih bertali pusat dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri.Bayi yang tidak berdosa tersebut,mati selepas dilahirkan akibat perbuatan kejam individu yang tak bertanggungjawab. Manusia sanggup menjadi kejam sematamata untuk menutup perasaan malu akibat perbuatan mereka sendiri.Pergaulan bebas tanpa nilai-nilai agama akan mengakibatkan kemusnahan bukan kepada diri sendiri malah ia memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Bukankah masih ada alternatif lain sekalipun anda tidak mahu bayi tersebut.Kita masih ada rumah kanak-kanak perlindungan. Statistik menunjukkan untuk bulan jan 2011 sudah 34 kes dilaporkan dan Selangor mendahului statistik tersebut dalam tempoh 5 tahun lalu. Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat

Upload: heartoger

Post on 30-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bayi

TRANSCRIPT

http://admya.blogspot.com/2011/06/kasihani-kami-wahai-ibu.htmlKes buang bayi,statistik semakin meningkatSemalam,kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang masih bertali pusat dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri.Bayi yang tidak berdosa tersebut,mati selepas dilahirkan akibat perbuatan kejam individu yang tak bertanggungjawab.

Manusia sanggup menjadi kejam sematamata untuk menutup perasaan malu akibat perbuatan mereka sendiri.Pergaulan bebas tanpa nilai-nilai agama akan mengakibatkan kemusnahan bukan kepada diri sendiri malah ia memberi kesan kepada masyarakat dan negara.Bukankah masih ada alternatif lain sekalipun anda tidak mahu bayi tersebut.Kita masih ada rumah kanak-kanak perlindungan.Statistik menunjukkan untuk bulan jan 2011 sudah 34 kes dilaporkan dan Selangor mendahului statistik tersebut dalam tempoh 5 tahun lalu.Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.Walaupun kini Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kes buang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.

Ini belum termasuk kes penguguran bayi. Ada remaja yang pernah melakukan penguguran melebihi 3 kali hinggakan rahimnya hampir terkoyak dan pecah.Kini ketagihan sex (sex addiction di kalangan remaja semakin meningkat.Pengaruh-pengaruh sekeliling dan benteng iman yang rapuh menjadi punca mengapa kes sebegini semakin meningkat.

Kepada remaja perempuan,hargailah mahkota anda,letakkan di tempat yang tinggi dan berilah ia hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.Kepada remaja lelaki,bentengkan diri dengan iman yang kukuh agar menjadi lelaki yang tidak rapuh dek godaan nafsu.

RINGKASAN DARIDAPA ARTIKEL

tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus)Kawasan rumah membabitkan 99 bayiKES BUANGAN BAYI