kertas peperiksaan akhir tahun 2015 - bm tahun 5 bahagian a (pemahaman)

8
1 SULIT 011 [Lihat halaman sebelah 011 SULIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 2015 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011 November 1¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan 10 halaman bercetak di Bahagian B.

Upload: solidvanz

Post on 02-Feb-2016

105 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Mengikut format UPSR 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

1

SULIT 011

[Lihat halaman sebelah 011 SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 2015

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 November

1¼ jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu

A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan

jawapan kamu pada kertas objektif yang disediakan. Jika kamu hendak

menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan

jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan

10 halaman bercetak di Bahagian B.

Page 2: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

2 SULIT 011

011 SULIT

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 16

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari,” kata Salmiah kepada

gadis itu.

A saya

B aku

C patik

D hamba

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

2. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.

A menenun

B menganyam

C memilin

D menyulam

3. Wahida rajin mengemas rumah._______, dia merupakan anak sulung dalam

keluarganya.

A Lantaran itu

B Namun demikian

C Tambahan pula

D Selain itu

Page 3: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

3

SULIT 011

[Lihat halaman sebelah 011 SULIT

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.

A tongkol

B biji

C papan

D buah

5. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.

A mundar-mandir

B lintang-pukang

C hiruk-pikuk

D simpang-siur

6. _________ majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga

sekolah kami.

A Tatasusila

B Tatatertib

C Tatacara

D Tatahias

7. Ceramah ______“Keburukan Permainan Video” itu disampaikan oleh pegawai

kesihatanHospital Kuala Lumpur.

A dengan

B seperti

C terhadap

D tentang

Page 4: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

4 SULIT 011

011 SULIT

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

8. Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.

A mengetam

B memahat

C memaku

D menggergaji

Soalan 9

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah

ini.

9. Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.

A bagai pinang dibelah dua

B bagai bulan dipagari bintang

C bagai cincin dengan permata

D bagai bertih digoreng

Soalan 10

Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

10. Orang kaya itu mengusir pengemis yang meminta sedekah di rumahnya.

A menolak

B mengugut

C menghalau

D memanggil

Page 5: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

5

SULIT 011

[Lihat halaman sebelah 011 SULIT

Soalan 11

Pilih lawan kata yang sesuai bagi kata yang bergaris.

11. Walaupun berbadan kurus, budak itu kuat makan.

A gemuk

B lebar

C besar

D pendek

Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

12. . Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan

penat.

A atas

B tepi

C bawah

D luar

Page 6: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

6 SULIT 011

011 SULIT

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

13. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.

A bebola

B bebawang

C bebuli

D bebendul

Soalan 14

Pilih ayat yang betul.

14. A Fazli lebih bijak dari abangnya.

B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.

C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah.

D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

15. Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.

A Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu.

B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.

C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.

D Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.

Page 7: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

7

SULIT 011

[Lihat halaman sebelah 011 SULIT

Soalan 16

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang

bergaris dengan betul.

16. I Rumah saya agak jauh dari sekolah.

II Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar

raya lain.

III “Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu,” kata

Khairil kepada rakan baiknya.

IV Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.

A II saja

B I dan II saja

C III dan IV saja

D I, II, dan III saja

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang

diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.

Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di

kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini

disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.

Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan

orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-

jarang ditemukan di tempat lain.

Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang

ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa

membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang

betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.

Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini

setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India,

Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.

Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,

pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau

di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.

Page 8: Kertas Peperiksaan Akhir Tahun 2015 - BM Tahun 5 Bahagian A (Pemahaman)

8 SULIT 011

011 SULIT

17. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid

Antarabangsa Serendah, kecuali…

A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.

B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.

C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.

D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

18. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka

masa empat tahun itu?

A 500 orang

B 25 000 orang

C 50 000 orang

D 100 000 orang

19. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa

mendapat perhatian orang ramai?

A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu

B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan

C bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk

setempat

D pengunjung sering menaiki menara tinjau

20. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?

A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru

B untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur

C untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita

D untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid