kertas penerangan 4 - · pdf file4.2 functions of operating system ... oleh syarikat apple...

Download KERTAS PENERANGAN 4 - · PDF file4.2 Functions of Operating System ... oleh syarikat Apple Computer pada tahun 1984. Pada masa itu , teknologi Mac OS dianggap paling canggih dan maju

If you can't read please download the document

Upload: trankiet

Post on 06-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • TAJUK/TITLE : DEFINITION OF COMPUTER SOFTWARE

    TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini bertujuan supaya para pelatih dapat

    mengenalpasti jenis-jenis sistem operasi, menyatakan fungsi sistem operasi,

    menerangkan tentang multiprogramming dan pembangunan windows.

    .

    KERTAS PENERANGAN 4

    KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAMS CODE & NAME

    KSK 5013 COMPUTER SYSTEM AND NETWORKING

    TAHAP / LEVEL L3

    NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI /

    COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE

    K04 : DEFINITION OF COMPUTER SOFTWARE

    NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

    4.1 Operating system

    4.2 Functions of Operating System

    4.3 Multiprogramming

    4.4 Growth of Windows

    NO. KOD / CODE NO. KSK5013/ K4 Muka Surat / Page : 1 Drpd / of : 9

  • NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4

    Muka Surat / Page : 2 Drpd / of : 9

    .

    PENERANGAN/INFORMATION :

    1. PENGENALAN SISTEM OPERASI

    Sistem operasi komputer atau operating system (OS) merupakan sistem

    yang menghubungkan antara user (pengguna komputer) dengan hardware (perangkat

    keras) komputer. OS berisikan suatu program yang mengendalikan program sehingga

    lebih berkesan dan menghindari kesalahan penggunaan program yang tidak sesuai.

    1.1 PENGERTIAN SISTEM OPERASI

    Sistem operasi atau operating system (OS) ialah sekumpulan beberapa

    program pengendalian komputer yang telah dibuat oleh komputer dengan

    memperhatikan bentuk dan cara kerja dari hardware (perangkat keras) yang mereka

    miliki. OS ini digunakan untuk mengatur semua program yang ada didalam komputer

    dan berfungsi untuk mengawal dan menyimpan data & menyusun seluruh program kerja

    dari hardware. Tanpa adanya sistem operasi ini, maka komputer tidak boleh digunakan

    kerana OS ini merupakan tempat untuk menyimpan program aplikasi.

    1.2 PERKEMBANGAN SISTEM OPERASI

    a) Generasi Awal (1945-1955)

    Generasi pertama merupakan awal perkembangan sistem komputer

    elektronik sebagai pengganti sistem komputer mekanikal, hal itu

    disebabkan kecepatan manusia untuk menghitung terbatas dan

    manusia sangat mudah untuk membuat pencerobohan, kekeliruan

    bahkan kesalahan. Pada generasi ini belum ada sistem operasi,

    maka sistem komputer diberi arahan yang harus dijalankan secara

    langsung oleh pengguna.

  • NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4

    Muka Surat / Page : 3 Drpd / of : 9

    b) Generasi Kedua (1955-1965)

    Generasi kedua memperkenalkan Batch Processing System, iaitu Job

    yang dijalankan dalam satu rangkaian, lalu dilaksanakan secara

    berurutan. Generasi ini sistem komputer belum dilengkapi sistem

    operasi, tetapi beberapa fungsi sistem operasi telah ada, contohnya

    fungsi sistem operasi ialah FMS dan IBSYS.

    c) Generasi Ketiga (1965-1980)

    Sistem operasi pada generasi ini dikembangkan untuk melayani

    banyak pelayan, dimana para pelayan berkomunikasi melalui terminal

    secara on-line ke komputer. Sistem operasi menjadi multi-user

    (digunakan oleh banyak pengguna sekaligus), multi-programming

    (melayani banyak program sekaligus) dan multi tasking (melayani

    banyak tugas dan pekerjaan / Batch Processing System)

    d) Generasi Keempat (1980 2000-an)

    Pada masa ini sistem operasi telah menggunakan Graphical User

    Interface(GUI) iaitu antar-muka komputer yang berbasic grafik yang

    sangat selasa dan mudah digunakan. Pada masa ini juga bermula era

    komputer tersebar (distributed computer) dimana komputeri-komputer

    tidak lagi berpusat di satu titik, tetapi dipecah dibanyak komputer

    sehingga tercapai prestasi yang lebih baik.

    e) Generasi Seterusnya

    Pada generasi ini diperkenalkan Sistem Operasi yang berada dalam

    sebuah Sistem Operasi dan Sistem Operasi bergerak (Mobile) pada

    perangkat bergerak seperti: PDA, Poket PC, Laptop, Notebook dan

    NetBook. Sistem Operasi jaringan virtual juga berkembang, sehingga

    dalam satu jaringan hanya dipasang satu Sistem Operasi pada

    perangkat Server.

  • NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4

    Muka Surat / Page : 4 Drpd / of : 9

    1.3 CIRI-CIRI SISTEM OPERASI KOMPUTER

    Setiap sistem pengoperasian mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Malah

    kemampuan setiap sistem juga berbeza. Antara ciri-ciri utama untuk sistem

    pengoperasian seperti multi tugasan(Multitasking), multi pengguna(Multiuser), multi

    pemprosesan (Multiprocessing),pelbagai tema (Multithereading) dan pemprosesan

    masa nyata (Real Time Processing).

    i. Multi Tugasan (Multitasking)

    Keupayaan sesuatu sistem komputer untuk mengendalikan lebih dari

    satu tugasan pada satu masa secara serentak. Ia dikenali sebagai multi

    tugasan. Sekiranya satu sistem pengoperasian hanya membenarkan satu

    tugasan dilakukan pada satu masa, sistem tersebut dikenali sebagai sistem

    pengoperasian tugasan tunggal.

    Multi tugasan membolehkan seorang pengguna melaksaanakan satu

    tugasan baru tanpa perlu keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan dan

    menggunakan hasil dari tugasan kedua dalam tugasan pertama. Contohnya,

    pengguna boleh menghasilkan carta dalam perisian semasa menggunakan

    perisian memproses perkataan dan memasukkan carta tersebut dalam

    dokumen yang sedang ditulis.

    ii. Multi pengguna (Multiuser)

    Sekiranya sistem pengoperasian berkebolehan untuk membolehkan

    lebih dari satu pengguna mencapai komputer pada satu masa, ia dikatakan

    mempunyai kemampuan multipengguna. Ia membolehkan lebih daripada

    seorang pengguna menggunakan sesebuah sistem komputer dalam satu

    masa. Terdapat operating system yang membenarkan lebih daripada 1000

    pengguna secara serentak. Kebanyakkan komputer jenis kerangka utama dan

    juga komputer mini mempunyai ciri-ciri tersebut. Contohnya sistem operasi

    berkemampuan multi pengguna adalah Unix,Windows 2000 dan Linux.

  • NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4

    Muka Surat / Page : 5 Drpd / of : 9

    iii. Multi pemproses (Multiprocessing)

    Multi pemproses merujuk kepada sistem pengoperasian yang boleh

    mengendalikan lebih daripada satu pemproses secara serentak. Penggunaan

    lebih dari satu pemproses sesuai untuk komputer saintifik kerana komputer

    jenis ini melakukan pengiraan dan pemprosesan yang banyak. Oleh itu,

    komputer saintifik memerlukan sistem pengoperasian yang boleh

    menguruskan lebih dari satu pemproses. Contoh sistem pengoperasian

    multipemproses adalah Unix(solaris), Linux dan Windows 2000.

    iv. Pelbagai tema (Multithereading)

    Ciri pelbagai tema atau multithereading membolehkan bahagian yang

    berbeza dalam sesebuah program atau perisian dilancarkan secara serentak.

    Contohnya, semasa operasi mencari maklumat menggunakan perisian

    Microsoft Internet Explorer dilakukan, dalam masa yang sama pengguna

    boleh melakukan operasi mencetak,operasi mendapatkan bantuan, operasi

    menukar spesifikasi perisian dan sebagainya.

    v. Pemprosesan Masa Nyata ( Read Time Processing)

    Pemprosesan masa nyata merupakan ciri yang membolehkan

    sesebuah sistem bertindak balas atau berinteraksi kepada respon pengguna

    secara masa nyata atau serta merta. Kebanyakan OS yang ada sekarang

    tidak beroperasi secara masa nyata dalam makna yang sebenar kerana ia

    biasanya memerlukan beberapa saat ataupun minit untuk mula bertindak

    balas.

    1.4 JENIS-JENIS SISTEM OPERASI KOMPUTER

    a) Sistem Operasi Microsoft Windows

    Sistem operasi Microsoft Windows ini sangat popular dan hampir

    serluruh komputer mempunyai program dari aplikasi ini . Sistem

    operasi jenis ini mempunyai sifat multitasking & multiuser . Sehingga

    banyak digunakan oleh para pengguna komputer .

  • NO. KOD / CODE NO. ISK5013/ K4

    Muka Surat / Page : 6 Drpd / of : 9

    b) Sistem Operasi MS-DOS

    Sistem operasi ini dibangunkan pada tahun 1981 oleh Bill Gates &

    Paul Allen . Sistem operasi ini memang kurang dikenali & kurang

    popular , namun masih boleh kita dapati di dalam sistem operasi

    Microsoft Windows . MS - DOS ini bersifat single tasking . Untuk

    Microsoft Windows XP , MS - DOS menggunakan versi 5.1.2600

    c) Sistem Operasi UNIX

    Sistem operasi UNIX yang pertama kali dibangunkan oleh syarikat AT

    dan T Bell Laboratories . Sistem operasi UNIX ini digunakan untuk

    menjalankan rangkaian pada komputer . Pada awalnya UNIX

    merupakan sistem operasi jenis Command line interface . UNIX juga

    menyediakan versi Graphical User Interface .

    d) Sistem Operasi LINUX

    Sistem operasi LINUX ini merupakan pengembangan dari UNIX .

    Pada awalny , sistem operasi ini dibuat oleh Linus Torvalds , iaitu

    seorang mahasiswa di Finland . LINUX dibuat pada tahun 1991 yang

    kemudian dikembangkan lagi oleh programmer - programmer yang

    ada di dunia .

    e) Sistem Operasi Mac OS

    Mac OS merupakan sistem operasi berasaskan GUI yang dikeluarkan

    oleh syarikat Apple Computer pada tahun 1984. Pada masa itu ,

    teknologi Mac OS dianggap paling canggih dan maju . Namun tidak

    dapat dipertahankan hingga saat ini.

    2 FUNGSI-FUNGSI SISTEM OPERASI KOMPUTER.

    a) Resource manager , merupakan pengeolahan sumber daya dan

    peruntukkannya , Contoh : memori , CPU , Disk Drive dan peranti lain .

    b) Interface atau yang biasa disebut dengan tetapan muka , iaitu