kertas krja terapi salak denai

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR 08400 MERBOK KEDAH DARULAMAN TEL & FAK : 04-4474168/04- 4474169 SALAK DENAI RESORT TARIKH: 12 OGOS 2014 HARI: Selasa MASA: 9.00 Pagi

Upload: siti-intan-farahana

Post on 08-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Krja Terapi Salak Denai

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR

08400 MERBOK KEDAH DARULAMAN

TEL & FAK : 04-4474168/04-4474169

SALAK DENAI RESORT

TARIKH: 12 OGOS 2014

HARI: Selasa

MASA: 9.00 Pagi

Page 2: Kertas Krja Terapi Salak Denai

                Renang merupakan salah satu terapi hidro. Terapi hidro di lihat

sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor

kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.

Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani

oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang

walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk

masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke

kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara

tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid

"water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan

perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya

melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-

otot rangka.

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program

Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada

murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang

sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang

biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.

Page 3: Kertas Krja Terapi Salak Denai

Matlamat program ini dianjurkan ialah untuk meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan apabila mereka berada di dalam air.

Program ini diharapkan agar murid dapat:

1. Membantu menggerakkan pembangungan psikomotor kasar dan halus

2. Membantu melatih dan mengawal pernafasan semasa melakukan

aktiviti renang dengan cara yang betul dan selamat.

3. Mewujudkan persekitaran interaksi sosial antara murid dengan guru-

guru dan masyarakat

4. Meningkatkan keyakinan murid-murid pendidikan khas.

5. Memberi kecerdasan fizikal murid-murid pendidikan khas.

SASARAN: Murid-murid pendidikan khas SKKP

TARIKH: 26.08.2014

HARI: Selasa

MASA: 9:00 pg hingga 12:30 tgh

Page 4: Kertas Krja Terapi Salak Denai

TEMPAT: Hotel Seri Malaysia

Semoga program terapi air ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dari segi pergerakan psikomotor kasar dan halus, mengawal pernafasan dan mewujudkan interaksi persekitaran sosial antara mereka dengan masyarakat luar serta dapat memberi peluang yang sama rata kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat mereka di dalam sukan air. Diharap agar program  ini dapat dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya agar lebih ramai lagi murid-murid yang berpotensi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di masa akan datang sejajar dengan hasrat dan objektif Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia