kertas konsep pertandingan permainan pendidikan lalu lintas 2013

11
Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pendidikan Lalulintas Shell yang diasaskan oleh Shell Malaysia semenjak Malaysia merdeka, ialah untuk mengajar murid-murid sekolah rendah dan menengah tentang undang- undang, peraturan-peraturan lalulintas serta tabiat dan sikap keselamatan dijalan raya. Pendidikan ini bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka mengamalkan undang-undang jalan raya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga mereka dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. 2.0 OBJEKTIF KESELAMATAN LALULINTAS Tujuan utama adalah untuk melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka lebih peka terhadap undang-undang jalanraya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Selain itu juga antara obkjektif : 2.1 TANGGUNGJAWAB BERSAMA AGENSI KORPORAT 2.2 MENJADIKAN JALANRAYA KITA SELAMAT UNTUK SEMUA MELALUI PROGRAM KESELAMATAN JALANRAYA KOMUNITI: 2.3 MENGAMALKAN BUDAYA SELAMAT MELALUI PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN JALANRAYA 2.4 MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA MELALUI PENGGUNAAN DAN AMALI 2.5 MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG AWAM TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA MELALUI KEMPEN, PAMERAN 2.6 MEMPROMOSIKAN PEMANDUAN SELAMAT KEPADA KUMPULAN SASARAN 3.0 TUJUAN DAN MATLAMAT Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 1

Upload: edna-lim

Post on 24-Apr-2015

655 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas

1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Pendidikan Lalulintas Shell yang diasaskan oleh Shell Malaysia semenjak Malaysia

merdeka, ialah untuk mengajar murid-murid sekolah rendah dan menengah tentang undang-undang, peraturan-peraturan lalulintas serta tabiat dan sikap keselamatan dijalan raya. Pendidikan ini bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka mengamalkan undang-undang jalan raya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga mereka dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

2.0 OBJEKTIF KESELAMATAN LALULINTAS

Tujuan utama adalah untuk melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan dan panduan supaya mereka lebih peka terhadap undang-undang jalanraya demi keselamatan dan kepentingan diri sendiri, keluarga dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.Selain itu juga antara obkjektif :

2.1 TANGGUNGJAWAB BERSAMA AGENSI KORPORAT2.2 MENJADIKAN JALANRAYA KITA SELAMAT UNTUK SEMUA MELALUI PROGRAM

KESELAMATAN JALANRAYA KOMUNITI:2.3 MENGAMALKAN BUDAYA SELAMAT MELALUI PROGRAM KESEDARAN

KESELAMATAN JALANRAYA2.4 MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN TENTANG KESELAMATAN JALANRAYA

MELALUI PENGGUNAAN DAN AMALI2.5 MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG AWAM TENTANG KESELAMATAN

JALANRAYA MELALUI KEMPEN, PAMERAN2.6 MEMPROMOSIKAN PEMANDUAN SELAMAT KEPADA KUMPULAN SASARAN

3.0 TUJUAN DAN MATLAMAT3.1 Menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya keselamatan jalan raya di kalangan

murid-murid. 3.2 Mengekalkan tabiat yang baik tentang penggunaan jalan raya kepada murid-murid3.3 Menggalakkan perhubungan muhibah di antara murid-murid berbilang kaum.3.4 Menjadikan satu aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah-sekolah

4.0 PELAKSANAAN

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 1

Page 2: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

Pertandingan ini dinamakan Program Pendidikan Lalulintas Shell dan ianya dipertandingkan terus ke peringkat negeri setiap tahun.

4.1 Tarikh : 4.2 Tempat : Taman Lalu Lintas Rajang

5.0 GELANGGANG PERMAINAN5.1 Program Pendidikan Lalulintas Shell selalunya dijalankan disebuah gelanggang tetap yang

diperbuat khas untuknya. Gelanggang lalulintas ini dilengkapi dengan jalan-jalan kecil, simpang-simpang, bulatan, selekoh, lampu isyarat, tanda lalulintas dan lintasan belang. Ada sembilan tempat lawatan seperti Sekolah, kedai, balai bomba, hospital, perhentian bas, telefon, pejabat pos, tempat letak kereta, stesen minyak

6.0 PESERTA6.1 Tiap-tiap pasukan mestilah terdiri dari 17 orang peserta ( 3 orang pemandu kereta,

6 orang penunggang basikal , 6 orang pejalan kaki dan 2 orang simpanan, yang terdiri dari murid-murid Tingkatan 2 ( Sekolah Menengah ) dan Tahun 5 ( Sekolah Rendah ).

7.0 PIHAK-PIHAK TERLIBAT7.1 Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri ( MKJR )7.2 Pejabat Residen Bahagian Sibu7.3 Majlis Perbandaran Sibu7.4 Majlis Daerah Luar Bandar Sibu 7.5 Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri 7.6 Perbadanan Putrajaya (Kebangsaan)7.7 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/PPD Sibu 7.8 Polis Diraja Malaysia(Cawangan Trafik)7.9 Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )7.10 Jabatan Kerja Raya ( JKR )7.11 Jabatan Penerangan 7.12 Jabatan Kesihatan 7.13 Shell Malaysia7.14 Sekolah-Sekolah Rendah / Menengah

8.0 PENYERTAAN

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 2

Page 3: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

8.1 Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori :-i. Pertandingan untuk murid-murid sekolah rendah ii. Pertandingan untuk murid-murid sekolah menengah

8.2 Jumlah anggaran peserta adalah 425 orang murid (14 SR & 11 SM). Murid-murid yang mengambil bahagian mestilah berumur 10 tahun hingga ke 15 tahun pada 1 Januari.

8.3 Terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan bagi sekolah menengah dan rendah

8.4 Setiap pasukan mestilah mempunyai seorang pengurus pasukan dan seorang guru bertugas.

8.5 Tiap-tiap sekolah dibenarkan menghantarkan satu pasukan sahaja yang terdiri daripada 17 orang peserta, termasuk 2 simpanan

9.0 KATEGORI AMALI9.1 Pedal Kart : 3 orang peserta - no.jaket 1-3.9.2 Penunggang Basikal- 6 orang peserta - no.jaket 4-9 9.3 Pejalan Kaki: 6 orang peserta - no.jaket 10-15

Pedal Kart Berbasikal Pejalan Kaki Pidato

10.0 UJIAN BERTULIS10.1 Ujian bertulis (objektif ) akan diadakan kepada peserta yang berdaftar sahaja.10.2 Penetapan tempat ujian akan dimaklumkan dalam perjumpaan semua

Pengurus Pasukan.10.3 Petugas ujian adalah terdiri dari petugas yang dilantik oleh urusetia

pertandingan.10.4 Soalan- soalan ujian adalah mengikut kategori ( Menengah / Rendah ). Kertas

soalan mesti dikembalikan kepada petugas apabila selesai ujian.10.5 Keputusan panel pemeriksa kertas ujian adalah muktamad.

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 3

Page 4: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

11.0 PANDUAN PERJALANAN11.1 KAD PERJALANAN

11.1.1 Kad perjalanan untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan mestilah disimpan dalam saku jaket masing-masing.

11.1.2 Kad akan dicop (tanda pengesahan lawatan) berdasarkan urutan di dalam KAD

11.1.3 Kad tidak akan dicop walaupun peserta telah sampai ke stesen tertera sekiranya stesen terdahulu belum dicop.

11.2 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART –Perkara 1 11.2.1 Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kad perjalanan anda dimasukkan ke

dalam saku jaket serta pastikan juga nombor jaket dan kad mestilah sama. 11.2.2 Tiap-tiap pemandu dikehendaki menggunakan isyarat tangan perlahan apabila

sampai di lintasan belang, persimpangan jalan, bulatan dan bila membelok.11.2.3 Isyarat tangan berhenti juga hendaklah dilakukan dengan betul. 11.2.4 Apabila meletakkan pedalkart untuk lawatan ke tempat-tempat yang telah

ditentukan mengikut kad masing-masing, anda hendaklah meletakkan pedalkart rapat dengan bahu jalan supaya tidak menghalang kenderaan lain yang menggunakan jalan raya.

11.3 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART – Perkara 2 11.3.1 Apabila hendak memulakan perjalanan, pandang ke belakang dan hulurkan

tangan untuk keluar, jika didapati selamat barulah terus berjalan.11.3.2 Satu garisan kuning menandakan tidak boleh meletakkan pedalkart 11.3.3 Tali pinggang keledar hendaklah dipakai apabila memandu.11.3.4 Keutamaan hendaklah diberi kepada kenderaan yang datang dari arah sebelah

kanan anda semasa di bulatan dan persimpangan jalan.11.3.5 Mengambil pedalkart peserta lain adalah suatu kesalahan dan boleh

dibatalkan permainan individu.11.3.6 Pedalkart yang rosak semasa pertandingan berjalan, boleh ditukar dengan

memberitahu pegawai yang bertugas ( masa tidak ditambah)11.3.7 Tempat-tempat yang dilarang dari meletakkan pedalkart adalah seperti

berikut :-11.3.7.1 Di garis kuning 11.3.7.2 Garisan dua lapis11.3.7.3 Di lampu isyarat 11.3.7.4 Persimpangan jalan 11.3.7.5 Di bulatan 11.3.7.6 Di tanda isyarat yang melarang letak kenderaan

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 4

Page 5: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

11.4 PANDUAN UNTUK PEMANDU PEDALKART -Perkara 3 11.4.1 Meletakkan pedalkart di tempat letak kereta mestilah teratur mengikut

garisan panduan yang ditetapkan.11.4.2 Anda mesti patuh kepada semua isyarat jalan dan memandu di sebelah kiri

jalan raya.11.4.3 Jika sekiranya anda keluar dari pedalkart untuk membuat lawatan mengikut

kad perjalanan anda mestilah menggunakan lintasan belang untuk menyeberang jalan.

11.4.4 Di jalan sehala pedalkart boleh diletakkan di kedua-dua belah jalanraya kecuali jka ada garisan kuning atau tanda yang dilarang meletak kereta.

11.4.5 Anda mesti menggunakan tangan kanan sahaja ketika memberi sebarang isyarat di jalan raya.

11.4.6 Jika terdapat tanda garisan dua lapis di dalam gelanggang pertandingan, elakkan dari meletakkan pedalkart, memotong

11.4.7 Jarak meletakkan pedalkart dari tempat-tempat yang berikut adalah 30 kaki atau 10 meter.11.4.7.1 Perhentian bas11.4.7.2 Persimpangan jalan 11.4.7.3 Di bulatan 11.4.7.4 Di lampu isyarat

11.5 PANDUAN UNTUK PENUNGGANG BASIKAL – Perkara Am11.5.1 Kad-kad perjalanan hendaklah disimpan dalam saku jaket apabila

menunggang basikal, pastikan nombor jaket dan kad adalah sama.11.5.2 Anda boleh menggunakan kedua belah tangan untuk memberi isyarat. Tangan

kanan anda untuk isyarat perlahan, berhenti dan membelok. Tangan kiri hanya boleh digunakan untuk memberi isyarat belok ke kiri sahaja.

11.5.3 Semasa meletakkan basikal atau meninggalkan di mana-mana tempat di jalanraya, mestilah diletakkan rapat dengan bahu jalan

11.5.4 Apabila berhenti dari menunggang, anda dikehendaki turun dari basikal untuk menjaga keselamatan diri. Tanda isyarat tangan perlahan mestilah diamalkan apabila sampai di :11.5.4.1 Lintasan belang 11.5.4.2 Bulatan 11.5.4.3 Persimpangan 11.5.4.4 Lampu isyarat

11.5.5 Anda boleh meletakkan basikal di tempat letak kereta dengan syarat basikal anda tidak mengganggu ruang tempat letak kereta. Ini bermakna anda mestilah meletakkan basikal anda di tepi petak letak kereta.

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 5

Page 6: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

11.5.6 Semasa menunggang basikal di jalanraya anda dikehendaki menunggang di sebelah tepi kiri jalanraya

11.5.7 Menunggang basikal bersaingan adalah melanggar undang-undang jalan raya.11.5.8 Merentas dari kiri ke kanan jalan tidak dibenarkan, juga dilarang membuat

pusingan `U` di mana sahaja di dalam gelanggang.11.5.9 Semua peserta yang menunggang basikal juga pemandu kereta hendaklah

menggunakan lintasan belang apabila hendak melintas.11.5.10 Mengambil basikal peserta lain adalah suatu kesalahan dan boleh dibatalkan

permainan individu itu.11.5.11 Jika terdapat kerosakan kenderaan semasa pertandingan boleh ditukar

kenderaan ( masa tidak akan ditambah )

11.6 PANDUAN UNTUK PEJALAN KAKI11.6.1 Kad perjalanan untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan

mestilah disimpan dalam saku jaket masing-masing.11.6.2 Anda hendaklah berjalan di luar ruang jalan raya.11.6.3 Merentas di tengah-tengah padang di antara satu sudut ke satu sudut tidak

dibenarkan.11.6.4 Apabila hendak melintas di lintasan belang, anda terlebih dahulu mesti

memandang ke kanan, kiri dan kanan sekali lagi sebelum menyeberang.11.6.5 Anda tidak boleh menyeberang jalan raya melainkan ada lintasan belang,

atau jejambat atau lampu isyarat melintas.11.6.6 Anda tidak digalakkan berlari semasa membuat lawatan.

12.0 JAWATANKUASA12.1 JAWATANKUASA INDUK (Rujuk Jawatankuasa Induk – MPS)12.2 JAWATANKUASA KECIL PERMAINAN LALU LINTAS

12.2.1 Pengerusi En Wong Chong Kung(Pegawai Pelajaran Daerah Sibu)

12.2.2 Naib PengerusiEn Ahli Bin Chikba Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu

12.2.3 Penyelaras En Lim Chun LenKetua Unit Pembangunan Kemanusiaan (PPD SIBU)

12.2.4 Naib Penyelaras (STEP) IEn Oscar Gandik Stanie Penolong Penyelia Kokurikulum (PPD SIBU)

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 6

Page 7: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

12.2.5 Naib Penyelaras IISMK Methodist / SJK Taman Rajang

12.2.6 Setiausaha SMK Methodist / SJK Taman Rajang

12.2.7 Master PadangSMK Methodist / SJK Taman Rajang

12.3 JAWATANJUASA KERJA KECIL12.3.1 Penasihat

Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Sibu 12.3.2 Pengerusi

SMK Methodist / SJK Taman Rajang12.3.3 Naib Pengerusi 12.3.4 Penyelaras /Setiausaha 12.3.5 AJK PIDATO

Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu (Kertas Konsep)Pejabat Residen Bahagian Sibu (penghakiman)

12.3.6 AJK STG

12.4 CADANGAN AJK13.0 KRONOLOGI DAN PERANCANGAN14.0 PERKARA-PERKARA LAIN

14.1 Sebelum sesuatu pertandingan diadakan semua pengurus-pengurus pasukan dan lain-lain ahli jawatankuasa yang berkaitan akan diberi taklimat pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. Taklimat ini akan disampaikan oleh pihak Jab.Pelajaran ,Shell, Polis dan JPJ.

14.2 Tujuannya ialah untuk memberi gambaran yang jelas mengenai perjalanan pertandingan. Pihak yang berkaitan akan diberi peluang bersoal jawab dalam sesi dialog.

14.3 Sesi cabutan akan diadakan untuk menentukan nombor giliran ( game number ) –

15.0 TINDAKAN PENGURUS-PENGURUS PASUKAN15.1 Pengurus pasukan hendaklah memastikan pasukannya berada satu jam

sebelum acara bermula di tapak pertandingan. Pendaftaran pasukan boleh dibuat pada masa ini.

15.2 Borang penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia. Sebarang

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 7

Page 8: Kertas Konsep Pertandingan Permainan Pendidikan Lalu Lintas 2013

perubahan peserta boleh dilakukan ketika ini (Mengikut Keperluan atas sebab sebab berasas)

15.3 Sebagai bukti umur peserta, pengurus pasukan juga dikehendaki menunjuk kad pengenalan peserta-peserta kepada pihak Urusetia

15.4 Undian bagi mendapatkan warna jaket akan dibuat pada masa mesyuarat pengurus pasukan Tugas undian akan dilakukan oleh pengelola

peserta15.5 Semua pengurus pasukan, guru-guru pengawas dan murid-murid sekolah tidak

dibenarkan masuk ke tapak pertandingan semasa pertandingan sedang berjalan.

16.0 PENUTUPSebagai aktiviti kependidikan, maka kejayaan program Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas SHELL Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi tahun 2013 ini amat bergantung kepada kesediaan dan kesanggupan semua pihak, khususnya Ahli Jawatankuasa Pengelola berusaha dan bekerja dengan bersunggug-sungguh, tekun dan teliti melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan juga adalah bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan sekolah-sekolah yang mempunyai pasukan pancaragam untuk bertanding dan mempersaingkan kebolehan pasukan masing-masing. Dalam pada itu sokongan, kerjasama dan bantuan daripada ibu bapa, para dermawan, syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan amatlah diharap-harapkan.

Disediakan Oleh

En Oscar Gandik Stanie

Penyelia Kokurikulum

Pejabat Pelajaran Daerah Sibu

Oscargandik/PPDSIBU Pendidikan Lalu Lintas Shell 2013 8