kertas konsep pertandingan nyanyian solo...

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2017 1.0 PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama pada masa kini memandangkan gejala sosial berleluasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Muzik dapat memberikan penekanan ke arah pembentukan kualiti dan jati diri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu, muzik juga berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain itu, minat dan bakat murid dapat dicungkil serta diketengahkan melalui muzik sekali gus dapat membina dan menerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang. 2.0 LATAR BELAKANG Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kini nyanyian telah dikemaskini menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik. 3.0 MATLAMAT 3.1 Membentuk disiplin pelajar dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 3.2 Menampilkan bakat dan minat pelajar dalam seni nyanyian. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar. 4.2 Memperkembangkan bakat pelajar. 4.3 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah. 5.0 JENIS PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Rendah. 5.2 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Menengah. 6.0 PENYERTAAN

Upload: buidieu

Post on 28-Jul-2018

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KKjpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments/article/3464... · 6.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada pelajar-pelajar sekolah

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR

2017

1.0 PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama pada masa kini memandangkan gejala sosial berleluasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Muzik dapat memberikan penekanan ke arah pembentukan kualiti dan jati diri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu, muzik juga berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk berfikir secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain itu, minat dan bakat murid dapat dicungkil serta diketengahkan melalui muzik sekali gus dapat membina dan menerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.

2.0 LATAR BELAKANG Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kini nyanyian telah dikemaskini menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.

3.0 MATLAMAT

3.1 Membentuk disiplin pelajar dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke

arah pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 3.2 Menampilkan bakat dan minat pelajar dalam seni nyanyian.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar. 4.2 Memperkembangkan bakat pelajar. 4.3 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah.

5.0 JENIS PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Rendah. 5.2 Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Sekolah Menengah.

6.0 PENYERTAAN

Page 2: KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KKjpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments/article/3464... · 6.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada pelajar-pelajar sekolah

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada pelajar-pelajar sekolah rendah (Tahun 3 – Tahun 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 – Tingatan 5) di daerah Kuala Kangsar.

6.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja. 6.3 Setiap peserta perlu menyanyi sebuah lagu pilihan masing-masing sahaja (bebas).

7.0 JENIS LAGU

7.1 Lagu bebas.

8.0 PERSEMBAHAN

8.1 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. 8.2 Lagu mestilah disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara ‘Minus One’. 8.3 Pilihan lagu mestilah yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat/kaum. 8.4 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak mencolok mata. 8.5 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat persembahan

ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD atau pemain CD. 8.6 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran. 8.7 Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari atau bantuan prop.

9.0 MASA

9.1 Setiap persembahan nyanyian tidak boleh melebihi 5 minit.

10.0 PEMARKAHAN

10.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah. 10.2 Ton (mutu suara) – 30 markah. 10.3 Dinamik (ansur kuat / perlahan) – 10 markah. 10.4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) – 10 markah. 10.5 Attack / Release (mula dan akhir rangkai lagu) – 10 markah. 10.6 Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah. 10.7 Keterampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan pentas) – 5 markah.

11.0 PEMENANG

11.1 Akan ditentukan dalam mesyuarat.