kertas kerja ziarah aidilfitri

Upload: norafeeza83

Post on 20-Feb-2018

331 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Ziarah Aidilfitri

    1/5

    TUJUAN

    Kertas kerja ini dikemukakan bagi melaksanakan aktiviti Living Skill Hari Raya

    untuk murid-murid berkeperluan khas Program Pendidikan Khas Integrasi SK

    Undang Rembau.

    2.0 PENGENALAN

    Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak sekolah terhadap perkara-

    perkara berikut :

    i. Masih ada murid-murid bekeperluan khas ini tidak dapat

    merasakan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama dari

    segi berziarah ke rumah saudara-mara atau rakan-rakan

    disebabkan kekangan dari sudut sosioekonomi keluarga.

    ii. Tanggungjawab guru-guru PPKI dalam mendidik murid-murid

    istimewa ini bagi mampu menyesuaikan diri dan menjaga adab

    sopan ketika bertandang ke rumah saudara-mara atau rakan.

    3.0 OBJEKTIF

    i. Mendedahkan komuniti murid-murid istimewa akan adab-adab

    berziarah.

    ii. Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan dan pendidik.

    4.0 JUSTIFIKASI

    Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan terbesar di Malaysia. Konsep Rumah

    terbuka juga sinonim dengan cara sambutan masyarakat Melayu beragama Islam kini.

    Namun tidak semua orang dapat merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri itu sendiri

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Ziarah Aidilfitri

    2/5

    disebabkan kekangan yang dihadapi. Bagi golongan istimewa, mereka mungkin tidak

    dapat memahami erti kata sebenar Hari Raya itu sendiri. Justeru, melalui program

    Ziarah Aidilfitri dapat memberikan suasana sambutan Hari Raya dan menerapkan

    adab-adab berziarah dalam diri anak-anak istimewa ini.

    5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

    Tarikh : 9 Oktober 2011

    Hari : Jumaat

    Tempat Program : 391, Jn DPP 1/3, Tman Desa Permai Pedas.

    6.0 KUMPULAN SASARAN

    Murid-murid bekeperluan khas PPKI SK Undang Rembau

    Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI

    Tn. Haji Ab Wahab Bin Usoh dan Pn. Hjh Jariah Bt. Muhammad Deli (tuan

    rumah)

    7.0 TENTATIF PROGRAM

    HARI : JUMAAT ( 9 Oktober 2011)

    8.00 pagi : - Berkumpul di dataran perhimpunan

    - Majlis Restu Ilmu

    9.30 pagi : - Bergerak ke Pedas.

    10.00 pagi : - Program Ziarah Aidilfitri bermula

    11.30 pagi : - Bersurai (pulang ke SK Undang Rembau)

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Ziarah Aidilfitri

    3/5

    9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

    Pengerusi : Pn. Hanifah Bt. Ali

    (Guru Besar SK Undang Rembau)

    Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Zunaizan Bt. Salip

    ( Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SKUR)

    Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh Noor Siah Bt. Noor Din

    (GPK PPKI SK Undang Rembau)

    Naib Pengerusi 3 : Pn. Hasliza Bt. Ahamad

    (Guru Penyelaras PPKI SK Undang Rembau)

    Setiausaha : Cik Noorafiza Bt Ab Wahab

    (Setiausaha Program Ziarah Aidlifitri)

    AJK : Pn. Fauziah Abu Mansor

    Pn. Norzaini Mahadi

    Cik Siti Hasmah Hishamuddin

    Pn. Juliana Saadon

    Cik Faradila Hafiz

    Cik Norliza Mahadzhir

    Cik Nor Zalina Zulkaply

    Cik Nurul Hidayat Muhammad

    Cik Farizah Zambri

    Cik Maryani Jamaludin

    Pn. Azizah Omar

    Pn. Nor FaizahSalleh

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Ziarah Aidilfitri

    4/5

    11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

    11.1 Anggaran Perbelanjaan RM 500.00

    11.2 Pendapatan

    Sumbangan Tn Hj Ab Wahab B. Usoh RM 500.00dan Warga PPKI SK Undang Rembau.

    12.0 PENUTUP

    Program Ziarah Aidilfitri ini merupakan program julung kali diadakan. Diharapkan

    ia dapat memberikan suasana sambutan yang berbeza pada aidilfitri murid-murid

    istimewa ini. Impak daripada program ini supaya murid-murid dapat diterapkan dengan

    budaya serta adab sopan yang baik disamping menjalinkan silaturrahim bersama-sama

    tuan rumah. Justeru pihak penganjur berharap agar program ini mendapat sokongan

    yang penuh dan pertimbangan yang sewajarnya.

    Disediakan oleh : Setiausaha ProgramZiarah AidilfitriPPKI SK Undang Rembau

    .............................................(Noorafiza Ab Wahab)

    Disemak oleh : PenasihatGPK PPKI SK Undang Rembau

    .............................................(Pn. Hjh Noor Siah Bt. Noor Din)

    Permohonan diluluskan oleh : Guru Besar SK Undang Rembau

    .............................................

    (Pn. Hanifah Bt. Ali )

    Ulasan Guru Besar .............................

    ..

  • 7/24/2019 Kertas Kerja Ziarah Aidilfitri

    5/5

    KERTAS KERJA

    PROGRAM

    ZIARAH AIDILFITRI

    SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA

    2011

    TARIKH :

    9 OKTOBER 2011

    TEMPAT :

    TAMAN DESA PERMAI PEDAS, NEGERI SEMBILAN

    ANJURAN :

    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK UNDANG REMBAU

    SERTA

    TN. HJ. AB WAHAB BIN USOH PN HJH JARIAH BT MUHAMMAD DELI