kertas kerja terapi bowling 2012

9
1.0 PENDAHULUAN Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dibuka bagi mendidik kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran. Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah telah sedaya upaya menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain pendidikan dalan bilik darjah, kanak-kanak khas ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal yang membolehkan mereka dapat berfungsi pada tahap yang maksimum dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka. Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal Salah satu program terapi yang dapat menyokong ke arah peningkatan tahap fungsi fizikal mereka adalah Terapi Bowling. Atas keperluan ini jawatankuasa kokurikulum PPKI SK Seri Sitiawan merancang mengadakan ‘ Terapi Bowling’ untuk murid- murid pendidikan khas sekolah ini. 2.0 MATLAMAT Pemilihan Terapi Bowling bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Disamping dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran 1

Upload: salman-jamal

Post on 02-Jan-2016

386 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dibuka bagi mendidik kanak-kanak

berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran. Oleh yang demikian pihak

pengurusan sekolah telah sedaya upaya menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti

bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain pendidikan dalan bilik darjah, kanak-

kanak khas ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal yang membolehkan mereka dapat

berfungsi pada tahap yang maksimum dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka.

Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas.

Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor.

Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran

motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal Salah satu program terapi

yang dapat menyokong ke arah peningkatan tahap fungsi fizikal mereka adalah Terapi

Bowling.

Atas keperluan ini jawatankuasa kokurikulum PPKI SK Seri Sitiawan merancang

mengadakan ‘ Terapi Bowling’ untuk murid-murid pendidikan khas sekolah ini.

2.0 MATLAMAT

Pemilihan Terapi Bowling bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani

aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Disamping dapat

meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan

perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membolehkan murid-murid PPKI mendapat pendedahan tentang permainan

Bowling.

3.2 Membolehkan murid-murid PPKI memantapkan kemahiran motor mereka.

3.3 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk keyakinan diri dalam kehidupan

seharian mereka.

3.4 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk sikap kerjasama dengan rakan-

rakan mereka.

3.5 Memberi keseronokan kepada murid-murid PPKI.

1

Page 2: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Pendidikan Khas SK Seri Sitiawan - 32 orang

4.2 Guru Pendidikan Khas SK Seri Sitiawan - 12 orang

4.3 Pembantu Pengurusan Murid SK Seri Sitiawan - 05 orang

Jumlah - 49 orang

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Terapi bowling ini dijalankan sebulan sekali pada setiap hari Rabu.

5.2 Jadual Perlaksanaan

BIL TARIKH HARI MASA

1 18 Jan 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

2 22 Feb 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

3 28 Mac 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

4 25 April 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

5 23 Mei 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

6 27 Jun 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

7 29 Ogos 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

8 27 Sept 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

9 31 Okt 2012 Rabu 7.30pg – 12.20tgh

6.0 TEMPAT

6.1 ARL Power Bowl, Aras 4, Mutiara Armada, Pangkalan TLDM,Lumut.

2

Page 3: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

O7.30 - 08.00p Semua guru dan murid-murid berkumpul di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

08.00 – 08.15pg Pembahagian murid-murid kepada ibu/bapa angkat oleh AJK Pendaftaran Murid(PN.ZALEHA BT MOHAMED)

08.15 – 08.30pg Taklimat Keselamatan oleh AJK Keselamatan(PN MAYA MAZLINA BT MISBAH)

08.30 – 09.00pg Sarapan pagi dikantin sekolah

09.00 – 09.30pg Bertolak ke tempat latihan berkudaBacaan Doa oleh Ustaz Muhammad Salman bin Jamal (sebelum bertolak)

09.30 – 09.40pg Taklimat ringkas oleh pekerja ARL Power Bowl – Langkah-langkah keselamatan ketika bermain bowling

10.00–12.00tgh Murid-murid bermain bowling dengan pemantauan ibu/bapa angkat masing-masing.

12.00- 12.20tgh Bertolak balik dan dijangka sampai di sekolah pada pukul 12.20 tgh.

3

Page 4: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHATPN.HJH HAMIDAH BT ISA

GURU BESARSK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA

PENGERUSIPN.NURUL ASHIKIN BT MASDAN

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHASSK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA

SETIAUSAHAPN. NIK NOORAZIZAH BT HAMZAH

PENYELARAS PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHASSK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA

BENDAHARIPN.HJH SALIHA BT MOHD MYDIN

JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURIDPN.ZALEHA BT MOHAMED (KETUA)

PN.NORMAZUIN BT MOKHTAR

JAWATANKUASA DOKUMENTASIEN.MOHD SAFUAN FUADY B YUNUS(KETUA)

PN HASLINA BT SHAARI

JAWATANKUASA PENGANGKUTANPN.ZAINAB BT AHMAD(KETUA)

PN MAI HAFIZAH BT ABDUL HALIM

JAWATANKUASA BUKU PROGRAM

EN MUHAMMAD SALMAN B JAMAL(KETUA)PN.HERDA BT AHMAD SHUKRI

JAWATANKUASA KESELAMATAN & DISIPLINPN MAYA MAZLINA BT MISBAH(KETUA)CIK ZANIS HAIDAR BT ZAINAL ABIDIN

PN.SHAMSINA BT MAULODPN.ZALIHA BT IBRAHIM

JAWATANKUASA PERALATAN/MINUMANPN.KALSOM BT JASMIN(KETUA)

PN.NORAINI BT OTHMAN

4

Page 5: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN 1 kali 9kali

Bayaran setiap murid RM 5.00 X 32 orang - RM 160.00 - RM 1440.00

Peruntukan Sekolah - RM 150.00 - RM 1350.00

JUMLAH BESAR RM 310.00________RM 2790.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

Pengangkutan ( Sewa bas pergi dan balik ) - RM 150.00 - RM 1350.00

Bayaran bermain bowling (RM 3.00 X 32 org) - RM 96.00 - RM 864.00

Minuman (RM 2.00 X 32 org) - RM 64.00 - RM 576.00

JUMLAH BESAR RM 310.00________RM 2790.00

Terapi bowling yang akan diadakan adalah sebanyak 9 kali bagi tahun 2012.

5

Page 6: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

9.0 PENUTUP

Pihak kami menaruh harapan yang tinggi semoga program yang murni ini berjaya

dilangsungkan dan mencapai matlamat serta objektifnya dalam melahirkan individu khas

yang cemerlang dan mampu bersaing dan berdikari selaras dengan peralihan masa yang

penuh cabaran dan dugaan yang menanti. Harapan yang menggunung untuk melihat

projek ini menjadi kenyataan dan segala pengisian yang dirancang dapat berjalan dengan

lancar.

Disediakan oleh,

…………………………………………… PN.NIK NOORAZIZAH BT HAMZAH Penyelaras Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas SK Seri Sitiawan Manjung Raya

Disemak oleh,

……………………………………………………………..PN.NURUL ASHIKIN BT MASDANPenolong Kanan Pendidikan KhasSK Seri Sitiawan Manjung Raya

Kertas kerja ini diluluskan / tidak diluluskan oleh :

…………………………………………………PN.HJH HAMIDAH BT ISAGuru BesarSK Seri Sitiawan Manjung Raya

6

Page 7: Kertas Kerja Terapi Bowling 2012

7

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

( MASALAH PEMBELAJARAN )

SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA

32040 SERI MANJUNG

PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

( MASALAH PEMBELAJARAN )

SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA

32040 SERI MANJUNG

PERAK DARUL RIDZUAN