kertas kerja taman sains

5
SK KANTAN PERMAI 43000 KAJANG, SELANGOR Disediakan oleh : AJK PANITIA SAINS/ PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK KANTAN PERMAI KERTAS KERJA PROJEK PENAIKTARAFAN  TAMAN SUMBER SAINS 2010 (Taman Orkid, Taman Herba,  Taman Burung dan Kolam Ika n)

Upload: farid-fazamy

Post on 30-Oct-2015

2.593 views

Category:

Documents


282 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Taman Sains

7/16/2019 Kertas Kerja Taman Sains

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-taman-sains 1/5

SK KANTAN PERMAI

43000 KAJANG, SELANGOR

Disediakan oleh :

AJK PANITIA SAINS/ PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

SK KANTAN PERMAI

KERTAS KERJA

PROJEK PENAIKTARAFAN TAMAN SUMBER SAINS

2010(Taman Orkid, Taman Herba,

 Taman Burung dan Kolam Ikan)

Page 2: Kertas Kerja Taman Sains

7/16/2019 Kertas Kerja Taman Sains

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-taman-sains 2/5

43000 KAJANG, SELANGOR

PROJEK PENAIKTARAFAN TAMAN SUMBER SAINS

(TAMAN ORKID, TAMAN HERBA, TAMAN BURUNG DAN KOLAM IKAN)

1. PENGENALAN

Projek penaiktarafan Taman Sumber Sains di persekitaran sekolah merupakan suatu langkah

penting dan strategik, yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang

kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup.

Penaiktarafan ini juga amat diperlukan kerana sebahagian besar daripada komponen TamanSumber Sains yang ada telah usang, dan perlu diselenggara. Ianya juga berasaskan kepada

kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang

berlaku di dalam ruang kelas, tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya

merangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek,

sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah

sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

3. MISI

Menyediakan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang kecemerlangan

akademik dan sahsiah murid

4. OBJEKTIF

 Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid

2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada alam sains

3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid

4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran

5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas

Page 3: Kertas Kerja Taman Sains

7/16/2019 Kertas Kerja Taman Sains

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-taman-sains 3/5

5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.

- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur 

- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk

melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman, mendapatkan haiwan yang sesuai

- Menaiktaraf komponen taman sumber sains yang usang

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman ilmu tempat kegemaran setiap murid

- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar taman sumber sains

- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan

dan keceriaan Taman Sumber Sains secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.

- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasantaman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran projek ialah untuk para murid dan guru-guru SK Kantan Permai, serta para

ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:

- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.

- Pembentangan struktur projek

- Pemerhatian dan lawatan ke komponen Taman Sumber Sains

- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.

Page 4: Kertas Kerja Taman Sains

7/16/2019 Kertas Kerja Taman Sains

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-taman-sains 4/5

- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek

- Mendapatkan benih-benih, anak pokok dan haiwan untuk Taman Sumber Sains

- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan dan haiwan di Taman

Sumber Sains (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan nama saintifik)

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Sariah bt Said Guru Besar  

Naib Pengerusi 1 : En Zainudin b Samingan PK Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn Zalilah bt Othman PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : Pn Chen Yoon Kim PK Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi 4 : Pn Norleha bt Adam PK Petang

Setiausaha : En Rohaizad b Mohamed Akhir  

 AJK : 1. En Ayub b Jamaludin

2. Pn Muhaini bt Ahmad

3. En Razis b Razhuan

4. Semua ahli Panitia Sains

dan Kemahiran Hidup

9. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk

ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab

dan sasaran projek.

iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .

iv Keberkesanan akan dinilai.

10. SENARAI PROJEK

a) Menaiktaraf Taman Orkid

b) Menaiktaraf Taman Herba

b) Menaiktaraf Taman Burung

c) Menaiktaraf Kolam Ikan

Page 5: Kertas Kerja Taman Sains

7/16/2019 Kertas Kerja Taman Sains

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-kerja-taman-sains 5/5

11. KEWANGAN

i. SUMBER KEWANGAN :

BIL. SUMBER NILAI ( RM )

1. Sumbangan Program Pintar Bank Islam RM 2000.00JUMLAH RM 2000.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. BAHAN ANGGARAN

1 Bahan-bahan pembinaan (simen,bata, kayu,

cat dan lain-lain)RM 1000.00

2 Pasu RM 200.00

3 Batu Hiasan RM 200.00

4 Pokok RM 300.00

5 Haiwan (burung, ikan) RM 300.00JUMLAH RM 2000.00

12. PENUTUP

 Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping

mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman

Sumber Sains sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang

kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh Disahkan oleh

................................. .................................

(ROHAIZAD M. AKHIR) (SARIAH BT SAID)

Setiausaha Guru Besar  

Projek Penaiktarafan SK Kantan Permai

Taman Sumber Sains 43000 Kajang

SK Kantan Permai Selangor 

43000 Kajang

Selangor 

s.k. : Fail Sekolah/ Fail Panitia