percubaan spm sains pertanian kertas 1

17
1. A, B, C dan D adalah isu pertanian di Malaysia. A Ketidakstabilan harga B Produktiviti C Kekurangan buruh D Pencemaran alam sekitar Padankan isu itu dengan cara mengatasinya dengan menulis A,B,C atau D dalam petak yang betul. Memproses hasil tanaman Menggunakan mekanisasi ladang Menggunakan baka tanaman yang berkualiti Mengawal perosak dengan menggunakan cara kawalan biologi [4 markah] 2. Jadual 1 menunjukkan institusi dan peranannya dalam pembangunan pertanian di Malaysia. Lengkapkan Jadual 1. Institusi Peranan Agrobank Memberi pinjaman wang (i) ………………. Menyediakan latihan berkaitan pengurusan ternakan FAMA (ii) …………………………………………………………………… (iii)……………….. 1

Upload: mohdfadzli791215

Post on 07-Sep-2015

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains pertanian

TRANSCRIPT

1. A, B, C dan D adalah isu pertanian di Malaysia.

A Ketidakstabilan hargaB Produktiviti

C Kekurangan buruhDPencemaran alam sekitar

Padankan isu itu dengan cara mengatasinya dengan menulis A,B,C atau D dalam petak yang betul.Memproses hasil tanaman

Menggunakan mekanisasi ladang

Menggunakan baka tanaman yang berkualiti

Mengawal perosak dengan menggunakan cara kawalan biologi

[4 markah]2. Jadual 1 menunjukkan institusi dan peranannya dalam pembangunan pertanian di Malaysia. Lengkapkan Jadual 1.Institusi Peranan

Agrobank

Memberi pinjaman wang

(i) .

Menyediakan latihan berkaitan pengurusan ternakan

FAMA

(ii)

(iii) ..Membekalkan benih tanaman baka baru

MARDI(iv) ..

JADUAL 1[4 markah]

RAJAH 1

3. Rajah 1 menunjukkan langkah awal dalam satu eksperimen di makmal.Susun langkah-langkah seterusnya mengikut urutan dengan menuliskan 1, 2, 3 dan 4 dalam petak yang betul.

Titiskan daun dengan larutan iodin.

Dedahkan daun kepada cahaya matahari selama 2-3 jam.

Rendam daun selama 5 minit dalam etil alkohol yang

dipanaskan dalam kukus air.

Petik daun dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih selama 5-10 minit.

[4 markah]

4. Berikut adalah pernyataan tentang pengaruh faktor iklim terhadap tanaman. Tandakan ( ) dalam petak bersebelahan dengan pernyataan yang benar dan tandakan ( X ) bagi pernyataan yang palsu.

Semakin tinggi sesuatu kawasan menyebabkan semakinmeningkat suhu kawasan itu.

Pengairan percikan dan pengairan titisan adalah kaedah

membekalkan air kepada tanaman

Penanaman dirancang pada musim panas manakala penuaian dirancang pada musim hujan.

Semakin meningkat suhu persekitaran menyebabkan semakin meningkat kadar transpirasi tanaman.

[4 markah]5. a) (i) Tanah ditakrifkan sebagai (ii) Tekstur tanah ditakrifkan sebagai .....b) Jadual 2 menunjukkan warna tanah dan ciri-cirinya. Lengkapkan jadual itu.Warna tanahCiri-ciri

MerahMengandungi oksida ferum yang tinggi

(i) .Mengandungi bahan organik yang tinggi

Putih(ii).

JADUAL 2

[4 markah]

6. Rajah 2 menunjukkan ketersediaan nutrien yang dipengaruhi oleh pH tanah.

pH 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

RAJAH 2

Berdasarkan Rajah 2 tandakan ( ) di sebelah pernyataan yang benar dan ( X ) bagi pernyataan yang palsu.

Nitrogen tersedia dalam tanah pada pH 5.5 hingga 9.0

Kalium kurang tersedia dalam tanah pada pH 5.0

Fosforus kurang tersedia dalam tanah pada pH 6.0

Zink banyak tersedia dalam tanah pada pH 8.0

[4 markah]7. Rajah 3 menunjukkan gejala kekurangan nutrien utama pada tanaman .

Nyatakan nama nutrien utama bagi setiap gelaja itu. Kecil dan kekuningan

Kekurangan nutrien :

(i)

Hijau tua Ungu

Kekurangan nutrien :

(ii)

Kering(mati)

Kekurangan nutrien :

(iii)

Bantut

Kekurangan nutrien :

(iv)

RAJAH 3 [4 markah]8. (a) (i) Baja lurus ditakrifkan sebagai (ii) Baja sebatian ditakrifkan sebagai . (b) Namakan cara membaja pada Rajah 5 di bawah.

i...ii

Rajah 5 [4 markah]

9. A dan B adalah kelas bagi alat pemugaran tanah. AAlat pemugaran primerBAlat pemugaran sekunder

Padankan kelas itu dengan contoh-contoh alat pemugaran dalam Rajah 6 dengan menuliskan A atau B dalam petak yang betul.

RAJAH 6 [4 markah]10. (a) Lengkapkan Jadual 3 untuk menunjukkan takrifan berkaitan organisma tanaman.IstilahTakrifan

PatogenOrganisma yang menyebabkan penyakit

Vektor( i) ..

(ii) Organisma yang hidup menumpang pada tumbuhan yang masih hidup.

JADUAL 3[2 markah] (b) Nyatakan satu kebaikan bagi setiap organisma yang ditunjukkan dalam Rajah 7.OrganismaKebaikan

i.

.

ii..

RAJAH 7

[2 markah]

11. Rajah 8 menunjukkan maklumat yang terdapat pada label racun kimia.

RAJAH 8Padankan maklumat itu dengan penjelasan berikut dengan menuliskan A, B, C atau D dalam petak yang betul.Maklumat

Penjelasan

Racun yang membunuh apabila dimakan oleh perosak

Tahap keracunan kepada haiwan dan manusia

Nama bahan aktif/nama dagangan

Perosak sasaran

[4 markah]

12. Nyatakan tiga ciri tumbuhan yang dikehendaki untuk melakukan pembiakbakaan. (i)

(ii) ...

(iii)

[3 markah]

RAJAH 913. Rajah 9 menunjukkan satu kaedah pembiakan tanaman. Nyatakan lima langkah mengikut

urutan yang terlibat semasa melakukan kaedah itu. i.

ii. ....

iii. . iv. . v. .

[5 markah]14. A, B, C dan D adalah jenis-jenis pengawalatur pertumbuhan.AAuksinBSitokinin

CEtilenaDPerencat pertumbuhan

Padankan pengawalatur pertumbuhan itu dengan kesan berikut dengan menuliskan

A, B, C atau D dalam petak yang betul.

Mengawal proses tua

Agen pemasakan tisu buah

Mempengaruhi kedominanan apeks

Mengurangkan pertumbuhan tampang

[4 markah] 15.(a) Nyatakan dua kepentingan pemakanan terhadap ternakan.(i) (ii) (b) Nyatakan fungsi nutrien berikut terhadap ternakan.

(i) Protein : ..

(ii) Vitamin: ..

[4 markah]

16. Rajah 10 menunjukkan sistem pencernaan haiwan ruminan. Labelkan organ P, Q, R

dan S pada rajah itu.

RAJAH 10[4 markah]

17. Nyatakan empat ciri rumput baikpilih untuk ternakan.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

[4 markah]

18. Rajah 11 menunjukkan dua jenis pembiakbakaan ternakan.AB

Jantan Boer X Betina Katjang

Jantan Katjang X Betina Katjang

RAJAH 11(a) Namakan kaedah pembiakbakaan :

(A) ..............................................................................................................

(B) ...............................................................................................................(b) Berdasarkan jawapan 18 (a) , nyatakan kelebihan pembiakbakaan bagi :(A) .........................................................................................................................(B) ..........................................................................................................................[ 4 markah ]

19. Nyatakan dua kelebihan bagi setiap kaedah pengawanan berikut:

.

(a) Pengawanan semulajadi:

(i)

(ii) ...

(b) Permanian beradas:

(i) ...

(ii) ...

[ 4 markah ]

20. Lengkapkan carta alir berikut untuk menunjukkan langkah-langkah dalam prinsip pengurusan ladang mengikut urutan

[ 3 markah ]21. A, B, C dan D adalah struktur kemudahan dalam ladang. ARumah ternakanBPondok kawalan

CPejabat ladangDTapak semaian

ERumah pekerja

Padankan struktur kemudahan itu dengan kedudukan dalam pelan pada Rajah 12 dengan menuliskan A, B, C, D atau E dalam petak yang betul.

RAJAH 12 [ 5 markah ]22. Nyatakan tujuan utama bagi setiap aktiviti pemasaran hasil pertanian berikut; (i) Memproses: (ii) Membungkus: .

(iii) Mengiklan: ..

(iv) Menjual

: ..

[ 4 markah ]23. A, B, C dan D adalah kegunaan alatan mekanisasi dalam pertanian. AMenuai padiBMemecah tanah keras

CMenabur baja DMenyembur racun

Padankan nama alatan itu dengan Rajah 13 dengan menulis A, B, C atau D

dalam petak yang betul.

RAJAH 13 [ 4 markah ]24. Nyatakan empat faedah penggunaan mekanisasi ladang.

(i) .........

(ii) .........

(iii) .........

(iv) .........

[ 4 markah]25. Rajah 14 menunjukkan struktur binaan pertanian persekitaran terkawal.

Rajah 14a) Nyatakan satu ciri yang perlu bagi struktur:

A :

B :

b) Rajah 15 menunjukkan satu sistem pertanian tanpa tanah.

Rajah 15i. Namakan sistem itu: .

ii. Nyatakan satu komponen utama yang digunakan dalam sistem itu..

...

[4 markah]

SOALAN TAMAT

Zink KuKuprum

Kalsium &Magnesium

Fosforus

Nitrogen

Kalium

Kalium

A: Kelas III

B: Malathion

C: Racun perut

D: Kutu daun

R: .

S: .

Q: .

P: .

Perancangan

U

Jalan ladang

Kolam

Pintu utama

Jalan raya

A

B

13