kertas kerja program minggu uji minda

8
KERTAS KERJA ROMBONGAN SAMBIL BELAJAR KE JUSCO AEON ,SEBERANG PERAI CITY SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA LIN KHAY 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN ( PPKI KEMISTI) TARIKH : 14 JULAI 2011( K HAMIS )

Upload: eisya-aishah

Post on 27-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

ekrats

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA ROMBONGAN SAMBIL BELAJAR KE JUSCO AEON ,SEBERANG PERAI CITY

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA LIN KHAY 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN( PPKI KEMISTI)

TARIKH : 14 JULAI 2011( K HAMIS ) MASA : 8.30 2.30 TENGAH HARI

PROGRAM LAWATAN

1.0 LATAR BELAKANG

Menganjurkan program lawatan yang lebih tersusun dan terancang kearah meningkatkan keyakinan diri murid- murid dan mengembangkan semangat sosialisasi murid- murid terhadap persekitaran luar bilik darjah.Melalui program ini murid murid istimewa PPKI SJKC Lin Khay akan diberikan pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum.Dalam pada itu juga murid murid dapat mengenal alam sekitar dengan jelas lagi. Diharap dengan jayanya program ini , ia menjadi simbol bahawa warga pendidikan Khas dapat melakukan seperti murid lain. Program ini juga adalah untuk membantu dan memberi peluang kepada murid di peringkat awal untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta menggalakkan mereka berinteraksi melalui hubungan interpersonal.

2.0 OBJEKTIF

2. 1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak ( Jasmani,Emosi ,Rohani , Intelek , Sosial ) JERIS2.2 Memberi peluang kepada murid murid untuk membina sikap berani,bertanggungjawab dan berketerampilan.2.3 Memberi peluang kepada pelajar mengikuti rombongan sambil berhibur dengan memberi pengalaman menaiki bas.2.4 Mendidik murid- murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.2.5 Mengaplikasi apa yang elah dipelajari dalam kehidupan seharian.2.6 Menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan urusan jualbeli.

3.0 TARIKHProgram ini akan diadakan pada 14 Julai 2011 ( Khamis )

4.0 PENYERTAANProgram ini adalah program aktiviti di mana ia melibatkan gabungan murid-murid pendidikan khas dari tiga buah sekolah( SJKC Lin Khay, SK Teluk Wang dan SK Taman Ria) daerah Kuala Muda Yan seramai 26 orang murid beserta 6 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.

5.0 KONSEP PROGRAMProram yang dijalankan ini berkonsepkan rekreasi dan pendidikan.

6.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pengerusi : Pn Nai Leng Leng ( Guru Besar SJKC Lin Khay)Naib Pengerusi: Pn.Yee Lee Lian ( Pk.Pentadbiran )Penyelaras : Pn Maznee Bt OthmanSetiausaha : Pn Maznee Bt OthmanBendahari: En Mohd Fauzi B Asari

JAWATANKUASA PERLAKSANAANPengarah Program : En Mohd Fauzi B AsariSetiausaha : Pn Maznee Bt OthmanUrusetia : Pn Noor Biadura Bt Md IsaKebajikan /keselamatan:En Mohd Fauzi B Asari Pengurusan Murid: Pn Maznee Bt OthmanSijil : Pn. Noor Baidura Bt Md IsaAJK Alatan: En Mohd Fauzi B AsariDokumentasi/foto : Pn Maznee Bt Othman

7.0 TENTATIF PROGRAMPengisian program disusun dengan rapi , selaras dengan objektif program untuk memberi manfaat kepada murid murid pendidikan khas. Justeru itu , pengisian yang dimuatkan dalam program ini diselaraskan bersesuaian dan tidak begitu padat dimana program ini berkonsepkan rekreasi dan pendidikan maka ia tidak akan memberi tekanan kepada murid- murid.

TENTATIF PROGRAM 26 MEI 2011 ( KHAMIS )PROGRAM LAWATAN800 am 830 am: Murid berkumpul dan bersarapan di kantin8.30 am : Bertolak ke Jusco AEON , Seberang Perai .9.30am- 1.30pm : Tiba di Jusco dan mengikuti program yang dikendalikan oleh pihak Jusco.1.30 pm- 2.30pm : Bertolak pulang dan tiba di sekolah

8.0 PEMBIAYAAN PROGRAMDalam perancangan pembiayaan program ini adalah melalui sumber berikut:8.1 Tajaan : dibiayai oleh pihak sekolah melalui wang PCGSegala urusan pembiayaan program ini akan meliputi urusan seperti berikut: Makanan dan minuman Pengangkutan Perbelanjaan membeli belah

9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN9.1ANGGARAN PENDAPATAN9.1.1. PCG =RM 270.00 9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN 9.2.1Pengangkutan = RM200.009.2.3Makanan & minuman (RM2.00 x 10) =RM20.009.2.3 Perbelanjaan membeli belah ( RM5 x 10 ) = RM50.00 JUMLAH = RM270.00

9.0 PENUTUPSetinggi tinggi harapan daripada pihak tuan meluluskan kertas kerja ini.Semoga Program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif secara optimum.

Disediakan oleh,..(EN MOHD FAUZI B ASARI)Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar,Program Pendidikan Khas Intergrasi,SJKC Lin Khay, Bandar Seri Astana

Disemak oleh,.(PN MAZNEE BT OTHMAN)PenyelarasProgram Pendidikan Khas Intergrasi,SJKC Lin Khay, Bandar Seri Astana

Disahkan oleh,

.(PN NAI LENG LENG)Guru BesarProgram Pendidikan Khas Intergrasi,SJKC Lin Khay, Bandar Seri Astana