kertas kerja program kecemerlangan

7
KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN UNIT KURIKULUM (SEMARAK GEMILANG SPM & PMR 2011) 1. PENDAHULUAN Program Semarak Gemilang merupakan program tahunan Unit Kurikulum yang dijalankan khusus bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2011. Program ini adalah antara usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar bagi mencapai target PMR dan SPM yang menjadi misi unit kurikulum. 2. RASIONAL Program Semarak Gemilang dilaksanakan agar pelajar-pelajar dapat diberi latihan secara intensif oleh guru-guru berkenaan mengikut kumpulan potensi setiap subjek.Program ini dilaksanakan bagi menangani masalah kehadiran pelajar sekiranya program dilaksanakan selepas sesi persekolahan biasa. Sehubungan itu, program ini dilaksanakan dalam tiga sesi pada satu hari iaitu sesi 1(7.40-10.20 pagi), sesi 2 (11.00-1.00 tengahari) dan sesi 3 (2.00-4.30 petang). Dengan memulakan sesi ketiga pada pukul 2.00 petang (masih dalam sesi persekolahan), masalah kedatangan pelajar dapat ditangani. Tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk setiap matapelajaran juga bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga bertindak menyediakan makan tengahari pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang berjalan lancar. 3. MATLAMAT Keputusan PMR dan SPM 2011 dapat mencapai target gred purata 2.5 (PMR) dan 4.5 (SPM) 4. OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-3101251 Fax :

Upload: tina-latiff

Post on 27-Sep-2015

181 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

SEMARAK GEMILANG

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPROGRAM KECEMERLANGAN UNIT KURIKULUM

(SEMARAK GEMILANG SPM & PMR 2011)1. PENDAHULUAN

Program Semarak Gemilang merupakan program tahunan Unit Kurikulum yang dijalankan khusus bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2011. Program ini adalah antara usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar bagi mencapai target PMR dan SPM yang menjadi misi unit kurikulum.

2. RASIONAL

Program Semarak Gemilang dilaksanakan agar pelajar-pelajar dapat diberi latihan secara intensif oleh guru-guru berkenaan mengikut kumpulan potensi setiap subjek.Program ini dilaksanakan bagi menangani masalah kehadiran pelajar sekiranya program dilaksanakan selepas sesi persekolahan biasa. Sehubungan itu, program ini dilaksanakan dalam tiga sesi pada satu hari iaitu sesi 1(7.40-10.20 pagi), sesi 2 (11.00-1.00 tengahari) dan sesi 3 (2.00-4.30 petang). Dengan memulakan sesi ketiga pada pukul 2.00 petang (masih dalam sesi persekolahan), masalah kedatangan pelajar dapat ditangani. Tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk setiap matapelajaran juga bertambah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga bertindak menyediakan makan tengahari pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran pada sesi petang berjalan lancar.3. MATLAMAT

Keputusan PMR dan SPM 2011 dapat mencapai target gred purata 2.5 (PMR) dan 4.5 (SPM)4. OBJEKTIF

2.1 Mencapai keputusan 100% lulus dan 30% cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM

2.2 Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & Tingkatan 52.3 Membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dalam SPM & PMR

2.4 Mencapai target sekolah iaitu GPM 2.5 bagi PMR dan 4.5 bagi SPM 20115. KUMPULAN SASAR

Semua calon SPM dan PMR 20116. TEMPOH PELAKSANAAN

Fasa 1: 09 Mei hingga 26 Mei 2011 ( 3minggu)

Fasa 2: 13 Jun hingga 25 Ogos 2011 ( 11minggu)

Fasa 3: 5 September hingga 11 Oktober 2011 (5 minggu)

5 September hingga 17 November 2011 ( 11 minggu)7. KAEDAH PELAKSANAAN

Sesi 1: 7.40 pagi 10.20 pagi

10.20 10.40 (Rehat)

Sesi 2: 10.40 pagi 1.20 petang

1.20 2.00 petang (makan & solat zohor)

Sesi 3: 2.00 petang 4.30 petang

8. SUMBER KEWANGAN

Kutipan RM 2.50 sehari daripada pelajar untuk makan tengahari pelajar.

(Rujuk lampiran)9. JADUAL KELAS BIMBINGAN

Rujuk Lampiran

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya program kelas bimbingan ini, diharapkan agar segala matlamat dan target sekolah dapat dicapai demi kecemerlangan pelajar-pelajar khususnya dalam bidang akademik.Disediakan oleh

Disemak oleh

NORIZAN MUSTAFFA

ROZIAH ABDUL LATIFPen Setiausaha Kurikulum

GPK Kurikulum & Pentadbiran

SMK Kerambit, Kuala Lipis

SMK Kerambit, Kuala Lipis

KAEDAH PELAKSANAAN KELAS BIMBINGAN INTENSIF PMR & SPM 2010.1) Pada jam 2.50 petang, semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 akan terus ke dewan makan bersama guru bertugas dan dikecualikan daripada perhimpunan.2) Pelajar-pelajar makan tengahari di dewan makan dan kemudian solat zohor di surau3) Selepas solat, pelajar-pelajar akan terus ke kelas bimbingan mengikut jadual yang telah ditentukan, iaitu 3.15 hingga 4.30 petang

4) Selepas selesai kelas bimbingan, pelajar-pelajar yang terlibat dengan latihan bola atau lain-lain permainan solat asar di surau, manakala pelajar yang tinggal di luar pulang ke rumah masing-masing.CATATAN :

1. Pada Hari Isnin, pelajar Tingkatan 5 akan terus ke kelas bimbingan selepas makan. ( Solat zohor semasa amali: jam 1.30 2.10 ptg)2. Pada Hari Khamis, pelajar Tingkatan 3 akan terus ke kelas bimbingan selepas makan. ( Solat zohor semasa amali: jam 1.30 2.10 ptg)

JADUAL GURU BERTUGAS KELAS BIMBINGAN INTENSIF PMR & SPM 2010

HARIGURU BERTUGASBIDANG TUGAS

ISNINPn Norizan Mustaffa (Ting. 5)

En Nik Ahmad Syahman M. Juhan (Ting 3)

1) Memastikan pelajar-

pelajar ke dewan makan

untuk makan tengahari

serta makan bersama

pelajar

2) Memastikan pelajar

solat Zohor selepas

makan Tengahari

SELASAPn Azlinda Mohamad (Ting 5)

En Muadzam Mokhtar (Ting 3)

RABUUs Dahalan Muhamad (Ting 5)

Pn Fuziah Ali (Ting 3)

KHAMISPn Nur Izyani Borhan (Ting 5)

Pn Somthawin Nilrat (Ting 3)

Catatan :1) Guru subjek bagi kelas bimbingan juga dijemput makan tengahari di dewan

makan pada hari-hari yang terlibat.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT

27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

Tel : 09-3101251Fax : 09-3101252

Disahkan oleh

SYED MOHAMED BIN SYED AGIL

Pengetua

SMK Kerambit, Kuala Lipis