kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

7
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN) SK KUALA LINGGI KERTAS KERJA PROGRAM IMARAH RAMADHAN 2014M/1435H 1.0 PENGENALAN Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh hamba- Nya pahala yang berlipat ganda. Justeru, program ini dirancang dan dilaksanakan adalah dengan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan terutamanya kepada murid-murid istemewa Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Kuala Linggi. 2.0 OBJEKTIF Melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Membentuk murid-murid bekeperluan khas yang dapat menghayati

Upload: hadipronto

Post on 05-Jun-2015

556 views

Category:

Education


17 download

DESCRIPTION

Program Imarah Ramadhan PPKI SK Kuala Linggi bagi murid-murid pendidikan khas untuk tahun 2014.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PEMBELAJARAN)

SK KUALA LINGGI

KERTAS KERJA

PROGRAM IMARAH RAMADHAN 2014M/1435H

1.0 PENGENALAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh hamba-Nya

pahala yang berlipat ganda. Justeru, program ini dirancang dan dilaksanakan

adalah dengan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon

agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat

memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan

terutamanya kepada murid-murid istemewa Program Pendidikan Khas Integrasi

(Pembelajaran) SK Kuala Linggi.

2.0 OBJEKTIF

Melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan

murid-murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Membentuk murid-murid bekeperluan khas yang dapat menghayati

Bulan Ramadhan dengan baik.

Melatih murid-murid PPKI SKKL melaksanakan ibadah puasa dengan

sabar dan sempurna.

Mengisi kesenggangan masa yang ada sepanjang Bulan Ramadhan

Page 2: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

ini dengan aktiviti yang bermanfaat.

3.0 SASARAN

Semua murid guru dan Pembantu Pengurusan Murid Program

Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Kuala Linggi.

4.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG

Majlis Pelancaran Program Imarah Ramadhan peringkat PPKI SKKL.

Program “Mari Membaca Al Quran” (surah-surah Lazim yang terpilih).

Program “Mari Berzikir” pada waktu pagi sebelum memulakan sesi

Pengajaran dan Pembelajaran.

Program Sembang Ramadhan (Tazkirah dan interaksi selama 5 - 10

minit setiap pagi).

Program “Mari Menghafaz Al-Quran” (ayat-ayat Surah Lazim)

Pogram “Mari Mendengar Kisah Para Anbiya”

Program Semarak Khat Jawi

Program “Smart Solat”

Program Carta Ramadhan (Insentif kepada murid-murid yang berjaya

menjalani Ibadah puasa selama 30 hari)

Majlis Perasmian Penutupan Program Imarah Ramadhan

5.0 TARIKH & TEMPAT

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IMARAH RAMADHAN

Tarikh : 1 Julai 2014

Hari : Selasa

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Page 3: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “MARI MEMBACA AL QURAN”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap Hari Isnin

Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi

Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “MARI BERZIKIR”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap hari persekolahan

Masa : 7.20 pagi – 7.25 pagi

Tempat : Ruang rekreasi PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “SEMBANG RAMADHAN”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap hari

Masa : 7.25 pagi – 7.35 pagi

Tempat : Ruang rekreasi PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “MARI MENGHAFAZ AL-QURAN”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Selasa

Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi

Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “MARI MENDENGAR KISAH PARA ANBIYA”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Rabu

Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi

Page 4: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM SEMARAK KHAT JAWI

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Khamis

Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi

Tempat : Kelas PPKI SK Kuala Linggi.

PROGRAM “SMART SOLAT”

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Jumaat

Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi

Tempat : Surau SKKL

PROGRAM CARTA RAMADHAN

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan

Hari : Setiap hari

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Rujuk Lampiran 2

8.0 PENUTUP

Page 5: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

Diharap program ini akan dapat melahirkan murid-murid PPKI SK Kuala Linggi yang

cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa di samping

menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

Semoga dengan pemupukan ibadah berpuasa di kalangan anak-anak istimewa ini

akan dapat melatih mereka untuk lebih menghayati dan meneruskan

kesinambungan ibadah mereka bukan sahaja dalam Bulan Ramadan yang mulia ini,

tetapi berpanjangan sehingga ke akhir hayat mereka. AMIN.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

__________________________ _________________________

Disahkan Oleh,

_________________________

Page 6: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PROGRAM IMARAH RAMADHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(PEMBELAJARAN) SK KUALA LINGGI

2014M / 1435H

Pengerusi : Tuan Haji Hamdan Bin Adam

(Guru Besar SK Kuala Linggi)

Naib Pengerusi : Pn Hajah Noraidah Binti Ali

(GPK Pendidikan Khas SK Kuala Linggi)

Penyelaras Program : En. Mohd Hadi Bin Mohd Nor

(Penyelaras PPKI SK Kuala Linggi)

Setiausaha : Cik Aiman Sabaryni Binti Yahya

Bendahari : Pn. Murnizawati Binti Jahaya

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Program “Mari Membaca Al Quran” : En. Mohd Hadi Bin Mohd Nor

Program “Mari Berzikir” : Cik Aiman Sabaryni Binti Yahya

Program “Sembang Ramadhan” : Pn. Hjh. Noraidah Binti Ali

: Pn. Zabidah Binti Amat

Program “Mari Menghafaz Al-Quran” : Pn. Yazira Binti Yaakob

Program “Mari Mendengar Kisah Para Anbiya” : Pn. Murnizawati Binti Jahaya

: Pn. Normaizura Binti Ahmad

Program Semarak Khat Jawi : En. Khairil Fahmi Bin Idris

Program “Smart Solat” : En. Ismail Asib Bin Md Amin

Page 7: Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS SEUNIT KOS

1 Kain Rentang / Banner RM150.00 RM150.00

2 Hadiah pertandingan RM3 x 3 pemenang x 5 acara

RM 45.00

3 Runcit RM 50.00

JUMLAH RM 245.00

Sumber Kewangan: Wang LPBT dan PCG Pendidikan Khas SK Kuala Linggi