kertas kerja program "hidup ceria bermula dari anda" bersama kanak-kanak rohingya

4
KERTAS KERJA PROGRAM “HIDUP CERIA BERMULA DARI ANDA” BERSAMA KANAK-KANAK ROHINGYA TARIKH: 16 JANUARI 2015 TEMPAT: SRI KEMBANGAN, SERDANG, 43300 SELANGOR, MALAYSIA NAMA : NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ NO MATRIK: A 145735 SET : 26

Upload: farahinyaziz

Post on 05-Aug-2015

76 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja Program "Hidup Ceria Bermula Dari Anda" bersama kanak-kanak Rohingya

KERTAS KERJA PROGRAM

“HIDUP CERIA BERMULA DARI ANDA”

BERSAMA KANAK-KANAK ROHINGYA

TARIKH:

16 JANUARI 2015

TEMPAT:

SRI KEMBANGAN, SERDANG, 43300 SELANGOR, MALAYSIA

NAMA : NUR FARAHIN BINTI MOHAMED YAZIZ

NO MATRIK: A 145735

SET : 26

Page 2: Kertas kerja Program "Hidup Ceria Bermula Dari Anda" bersama kanak-kanak Rohingya

PENDAHULUAN:

Orang pelarian Rohingya (Myanmar) tidak mempunyai dokumen sah disisi undang-undang

Malaysia. Kebanyakan orang pelarian Rohingya sudah berdaftar dengan UNHCR dan

membolehkan mereka mendapatkan bantuan kewangan dan akses perubatan di hospital dan

pusat perubatan kerajaan dengan kadar separuh harga. Namun, masih terdapat sebahagian

yang masih belum berdaftar dan ini menjadikan mereka hidup dalam keadaan terumbang-

ambing.

Dari aspek pendidikan, khususnya kanak-kanak orang pelarian Rohingya masih berada dalam

keadaan daif. Kanak-kanak Rohingya tidak mempunyai akses pendidikan secara formal atau

di sekolah-sekolah kerajaan. Ibu-bapa Rohingya juga tidak mampu untuk menghantar anak-

anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa kerana kadar bayaran

yang tinggi. UNHCR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuka dan menawarkan

sekolah alternatif atau pusat pembelajatan, namun ia amat terhad. Tidak semua anak-anak

Rohingya dapat dimasukkan ke sekolah-sekolah tersebut akibat beberapa faktor seperti jarak

sekolah yang jauh dari kawasan penempatan mereka serta fasiliti yang terhad.   

Akibatnya, ramai anak-anak Rohingya yang tidak mempunyai akses pendidikan serta peluang

untuk menikmati suasana pembelajaran seperti yang dinikmati oleh kanak-kanak seusia

mereka. Malah, kebanyakan kanak-kanak ini masih tidak dapat menguasai pendidikan asas

3M (membaca, menulis dan mengira) dan ini sangat membimbangkan.

PENGENALAN PROGRAM

Pendidikan merupakan gerbang yang perlu dimanfaatkan oleh generasi muda orang pelarian

Rohingya agar dapat keluar daripada dilema dan kesengsaraan yang dihadapi etnik Rohingya

sejak berpuluh-puluh tahun. Dengan pendidikan, generasi muda Rohingya boleh

mengimpikan dan menikmati apa yang dipanggil ‘penyelesaian berpanjangan’ yang sebenar.

Menyedari hakikat ini, kami telah mengadakan program “Hidup Ceria Bermula Dari Anda”

bersama kanak-kanak Rohingya. Matlamat program ialah membantu guru-guru mereka

mengajar memandangkan mereka kekurangan tenaga pengajar. Pembelajaran berlandaskan

pengetahuan am diinovasikan dalam bentuk nyanyian, games dan beberapa aktiviti lain untuk

menarik kanak-kanak mencintai ilmu dan memudahkan mereka untuk mengingatinya.

Page 3: Kertas kerja Program "Hidup Ceria Bermula Dari Anda" bersama kanak-kanak Rohingya

OBJEKTIF:

Menerapkan rasa simpati, kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik

Mengajar ilmu yang bermanfaat dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan

Menggembirakan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang menceriakan

Mempraktikkan “Komunikasi Inter personal”

Mencipta hubungan sosial dan kemasyarakatan

KUMPULAN SASARAN:

Kanak-kanak Rohingya 1-12 tahun

PROSEDUR:

Kumpulan kami ditugaskan untuk mengajar nombor dan pengiraan.

Mendedahkan bentuk nombor-nombor asas dari 1 hingga 10 dalam bahasa melayu

dan inggeris

Mengajarkan beberapa nyanyian dan tarian berkaitan dengan angka dan matematik

untuk mempercepat daya ingatan mereka

Membuat mini kuiz untuk menguji daya kefahaman mereka

Memberi saguhati berbentuk pensel dan gula-gula kepada setiap pelajar.

MASA:

20-25 minit bagi setiap kumpulan/sesi

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Kertas

Pensil/marker

Muzik

BELANJAWAN:

RM40