kertas kerja program 10 minit learn easy science

Upload: panglimamanuk

Post on 08-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

program sains

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM 10 MINIT LEARN EASY SCIENCE (KPS)

1. PengenalanIdea ini wujud apabila dapatan analisis pepeperiksaan awam (UPSR) dan peperiksaan dalaman sekolah matapelajaran sains yang lepas masih berada dalam tahap penguasaan yang rendah di kalangan murid. Dapatan analisis mendapati murid kurang memahami dan mudah lupa dengan tips menjawab soalan kemahiran proses sains walaupun sudah diajar dalam pembelajaran kelas. Jesteru itu guru sains telah bersetuju sebulat suara untuk membuat satu program khas tentang cara untuk mengingat tips menjawab soalan kemahiran proses sains ini supaya ia menjadi kekal dalam ingatan melalui kaedah menyanyi lagu yang berlirikan tips menjawab soalan KPS dalam Program 10 minit learn easy science.2. Objektif (Selepas program ini murid dapat :)Menambahkan minat murid belajar sains dengan pelbagai kaedah pengajaran yang menyeronokkan.Meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan murid dalam mempelajari kemahiran proses sains.Mengingat tips menjawab soalan kemahiran proses sains secara kekal melalui kaedah nyanyian.Mengaplikasikan tips menjawab soalan kemahiran proses sains semasa belajar sains dan peperiksaan secara berterusan.3. MatlamatMenguasai 100% tips menjawab soalan kemahiran proses sains secara kekal dan berterusan.4. Tema Learning Science is EASY5. Tarikh, Masa dan Tempat Perlaksanaan3-6 MAC 2015 / 6.50-7.00pagi / Dewan Mini SK. Apin-Apin6. Kumpulan SasaranSemua murid Tahun 1 hingga 67. AJK PelaksanaanPengerusi : En. John@Haris Ibrahim (GB)Timb. Pengerusi : En halim Mahadi (PK1)Ketua panitia : En Paul Breitner Ak CharleySetiausaha : Cik Noritah MujamahAJK : Semua Guru Sains.8. Sumber Tenaga PengajarSemua Guru Sains9. Aktiviti Program (10 minit)Menyanyi lagu Easy Science (KPS)Ada apa dalam lagu. (Penerangan lirik lagu berkaitan formula menjawab soalan KPS)10. PenutupDengan adanya program ini, harapan dari kami semua guru sains agar murid di sekolah ini dapat menguasai tips menjawab soalan kemahiran sains dan seterusnya dapat semakin meningkat peratus pencapaian sains dalam peperiksaan. Pihak kami juga berharap agar pihak sekolah memberi sokongan padu dalam program ini supaya program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Disediakan Oleh :_________________________________En. Paul Breitner Ak Charley Ketua Panitia SainsDisahkan oleh :_________________________________En. John@Haris IbrahimGuru Besar SK. Apin-Apin