kertas kerja ppda

10
KERTAS CADANGAN BAGI PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU BINTULU, SARAWAK. ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Upload: ctamalina-mazni

Post on 21-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

POGRAM PENCEGAHAN DADAH

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja PPDA

KERTAS CADANGAN BAGI PROGRAM

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU

BINTULU, SARAWAK.

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: kertas kerja PPDA

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran

Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah,

negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan

berkemahiran dalam menolak ancaman dadah dan gejala sosial.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah

melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti

motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk

menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai

strategi media.

Bagi tahun 2015, pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan

matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah

merealisasikan “Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015”.

2.0 RASIONAL

a) Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang

perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan Negara.

b) Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan

dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang

dinamik dan progresif.

c) Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang , ketabahan dan keyakinan

diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program

Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.

Page 3: kertas kerja PPDA

3.0 MATLAMAT

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan

Tanjung Batu ini, bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan

jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan

perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

4.0 OBJEKTIF

a) Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat

tentang bahaya dadah.

b) Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian mesej

pendidikan pencegahan dadah.

c) Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan

pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.

5.0 TEMA PROGRAM TAHUN 2015

‘1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH’

6.0 TARIKH

Sepanjang bulan April 2015

7.0 LOKASI

Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Bintulu, Sarawak.

Page 4: kertas kerja PPDA

8.0 AKTIVITI

a) Melukis mural

b) Melukis banner

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu

10.0 IMPAK PROGRAM

a) Kajian menunjukkan pelajar yang terlibat secara langsung dalam Program

Pendidikan Pencegahan Dadah didapati bebas daripada pengaruh dadah. Ini

membuktikan proses pembinaan sahsiah bebas dadah dalam kalangan peserta

pertandingan telah berjaya mencapai matlamatnya

b) Penilaian program yang dibuat oleh pelajar dan guru menunjukkan mereka

memberi perhatian yang tinggi terhadap aktiviti ini.

c) Sekolah kebangsaan mempunyai jentera pelaksana aktiviti pertandingan

pendidikan pencegahan dadah yang berpengalaman dan dilaksanakan secara

terancang dalam takwim tahunan. Keadaan ini dimantapkan lagi dengan bantuan

bimbingan guru-guru terlatih yang berpengalaman dan bantuan pihak swasta,

NGO dan Lembaga Kesihatan Malaysia yang semakin prihatin.

Page 5: kertas kerja PPDA

11.0 HARAPAN

Usaha membanteras ancaman dadah dan rokok melalui pendekatan

pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program

ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Kesihatan

Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awal kepada murid dan juga

masyarakat secara amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan sekiranya

ia dapat dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak sama ada dari

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, mahu pun

pihak swasta dan badan NGO. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program

ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan “Negara Bebas Dadah Menjelang

Tahun 2015” terutama sekali dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Page 6: kertas kerja PPDA

12.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Maziziana Anak David

Naib Pengerusi : Amirul Zakwan Bin Abu Bakar

Setiausaha : Agien Anak Misid

Bendahari : Siti Amalina Binti Mazni

AJK Peralatan : a) Hafizah Binti Abdullah

b) Matthew Wong Ling Kang

AJK Kawalan Murid : a) Nur Jannah Nabihah Binti Sabri

b) Maisara Binti Manas

AJK Dokumentasi : Tuan Muhd Norfirdaus Bin Tuan Zakaria

AJK Kebersihan : a) W. Halieza Binti W. Mohamad Hanapi

b) Wan Syazwani Binti Wan Md Sukri

c) Nur Syafiqah Binti Ruslan

Page 7: kertas kerja PPDA

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Gunaan Pendidikan Seni Visual

BIL. BARANG KUANTITI

ANGGARAN

HARGA

(RM)

JUMLAH

HARGA

(RM)

1.Penyembur cat (merah,

hitam, kelabu)

3 botol

(setiap warna)9.00 81.00

2.Cat mural (merah, kuning,

biru, hitam)

5 botol

(setiap warna)19.50 390.00

3.

Cat mural pelbagai warna

lain (hijau, jingga, coklat,

unggu, putih, pink)

2 botol

(setiap warna)19.50 234.00

4.Kain merah, hitam, putih 3 meter

(setiap warna)7.00 63.00

5. Kayu ukuran 1 inci 20 meter 20.00 400.00

6. Nylon brush no.12 10 batang 1.80 18.00

7.Nylon brush no. 1,2,3 10 batang

(setiap satu)0.70 21.00

8.Nylon brush no 4,5,6 10 batang

(setiap satu)0.90 27.00

9.Nylon brush 7,8,9 10 batang

(setiap satu)1.00 30.00

10. Water colour 5 unit 9.80 49.00

JUMLAH RM 1 313.00

Page 8: kertas kerja PPDA

Disediakan oleh,

……………………………………..

(NOR FADIDAH FADITAH BT MOHD NOR)

GURU BIMBINGAN KAUNSELING

Disemak oleh,

………………………………………………

(NORJANAH BT SEHIM)

GPK HAL EHWAL MURID

Disahkan oleh,

…………………………………………….

(LEO SEBLI ANAK BOYONG)

GURU BESAR TANJUNG BATU