kertas kerja ppda 2015

6
KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI DADAH TAHUN 2015 ANJURAN BERSAMA: UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH UNIT HAL EHWAL MURID TEMA: 1 Malaysia Membanteras Dadah 1.0 PENDAHULUAN PPDa ialah singkatan bagi Pendidikan Pencegahan Dadah. PPDa di sekolah bermatlamat untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah dan rokok. Justeru itu, kami berhasrat mengadakan PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI ROKOK. 2.0 RASIONAL Dewasa ini, banyak pengaruh tidak baik yang menunggu murid-murid di luar sekolah, terutama murid-murid yang tinggal di bandaraya Kuala Lumpur. Ada juga murid- murid yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Maka, dengan pelancaran Minggu PPDa, diharap murid-murid mendapat kesedaran dan maklumat tentang dadah dan rokok. Mereka juga diharap dapat berkongsi maklumat tersebut dengan ibu bapa dan ahli keluarga. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. 3.2 Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi , mental dan rohani. 3.3 Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid. 3.4 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

Upload: begsaya

Post on 11-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas kerja PPDa

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja PPDa 2015

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN

ANTI DADAH

TAHUN 2015

ANJURAN BERSAMA: UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

UNIT HAL EHWAL MURID

TEMA:“1 Malaysia Membanteras Dadah”

1.0 PENDAHULUAN

PPDa ialah singkatan bagi Pendidikan Pencegahan Dadah. PPDa di sekolah bermatlamat untuk memberi

pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka

menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah dan rokok. Justeru itu, kami berhasrat mengadakan

PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI ROKOK.

2.0 RASIONAL

Dewasa ini, banyak pengaruh tidak baik yang menunggu murid-murid di luar sekolah, terutama murid-murid

yang tinggal di bandaraya Kuala Lumpur. Ada juga murid-murid yang kurang mendapat perhatian dan kasih

sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Maka, dengan pelancaran Minggu PPDa, diharap murid-murid

mendapat kesedaran dan maklumat tentang dadah dan rokok. Mereka juga diharap dapat berkongsi

maklumat tersebut dengan ibu bapa dan ahli keluarga.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa murid supaya dapat mengelakkan diri

daripada terjebak dengan dadah.

3.2 Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari

segi fizikal, emosi , mental dan rohani.

3.3 Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid.

3.4 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah

dalam usaha mencegah dadah.

3.5 Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan

dadah.

Page 2: Kertas Kerja PPDa 2015

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 1- 6 (Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1)

5.0 TARIKH

30 MAC 2015 (ISNIN )

6.0 TEMPAT

Dewan Terbuka,

Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1)

Jalan Rusa, 55100 Kuala Lumpur.

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

7.1 Pengerusi : Pn. Tay Mee Yong

7.2 Naib Pengerusi 1 : En Yahya bin Na’aman

7.3 Naib Pengerusi 2 : Pn. Walliah bt. Bahari

7.4 Setiausaha : En. Muhamad Aiman bin Zulkifli

7.5 AJK : En. Muhammad Faruqhi bin Azmi

Pn. Noor Haliza bt. Yunos

8.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Sila rujuk lampiran B

9.0 PERBELANJAAN PROGRAM

9.1 Sumber Perolehan : PIBG

9.2 Anggaran Perbelanjaan : RM 100 untuk hadiah pertandingan

10.0 ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran A

Page 3: Kertas Kerja PPDa 2015

11.0 PENUTUP

Kami berdoa semoga PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI

ROKOK ini dapat menyediakan pelapis masyarakat yang bersahsiah, berilmu, berwibawa, bersih dadah dan

tidak merokok serta dapat merealisasikan kehidupan mereka dalam arus kemodenan kini. Adalah diharapkan

agar program ini mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak demi mencapai objektif yang telah

digariskan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi sebarang sumbangan

ke arah menjayakan PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI

ROKOK TAHUN 2015 ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................................. .......................................................

MUHAMAD AIMAN BIN ZULKIFLISetiausaha Unit PPDa, Unit HEMSekolah Kebangsaan Jalan Pasar (1)55100 Kuala Lumpur

Disahkan oleh :

..............................................................................

Page 4: Kertas Kerja PPDa 2015

LAMPIRAN A

ATURCARA PROGRAM

30 Mac 2015 ( Isnin )

8.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

8.05 pagi : Ucapan Perasmian Minggu PPDa

8.15 pagi : Bersurai

1 April 2015 (Rabu)

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan SKJP 1

2.00 pagi : Pertandingan Mendeklamasi Sajak PPDa

2 April 2015 (Khamis)

7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan SKJP 1

7.40 pagi : Pertandingan Membaca Pantun PPDa

Pertandingan mewarna poster PPDa untuk Tahap 1 dan pertandingan melukis poster untuk Tahap 2 akan dilaksanakan dalam waktu PdP Pendidikan Seni Visual.

Page 5: Kertas Kerja PPDa 2015

LAMPIRAN B

JAWATANKUASA

PROGRAM MINGGU PENDIDKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI ROKOK

PENGERUSI Puan Tay Mee Yong

Guru Besar SKJP (1)

NAIB PENGERUSI 1

Encik Yahya bin Na’amanGPK Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 2

Puan Walliah bt BahariGPK Kokurikulum

SETIAUSAHAMuhamad Aiman bin Zulkifli

AHLI JAWATANKUASA KERJAEn. Hisham bin Ali - PA Sistem

Cik Nur Adibah bt. Roslin- Persiapan DewanEn. Ahmad Amin bin Soip - Disiplin

En. Muhammad Faruqhi bin Azmi - Pengacara MajlisPn. Nur Hilal bt. Abdullah - Juru foto

En. Muhamad Aiman bin Zulkifli – DokumentasiPn Noor Haliza bt. Yunos - Hadiah