kertas kerja peruntukan caklempong

7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO ____________________________________________________________ ____________________________________ KERTAS KERJA ________________________________________ ________________________ PERMOHOHAN PENDAHULUAN BAGI PEMBELIAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG 0

Upload: fatini-diana

Post on 25-Jul-2015

521 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO

________________________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA ________________________________________________________________

PERMOHOHAN PENDAHULUAN BAGI PEMBELIAN ALAT MUZIK CAKLEMPONG

0

Page 2: Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan

sumbangan wang pendahuluan daripada pihak sekolah dengan tujuan

berikut:

i. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah bagi

mendapatkan wang pendahuluan bagi pembelian caklempong.

ii. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak PIBG bagi

mendapatkan wang pendahuluan daripada PIBG bagi

pembelian caklempong.

2.0 PENGENALAN

Persatuan Kelab Kebudayaan telah merancang untuk mengadakan kumpulan

persembahan caklempong sekolah. Kumpulan ini ditubuhkan bertujuan untuk

meningkatkan pengetahuan dan memberi peluang kepada murid untuk

mendapatkan pengalaman memainkan alat muzik tradisional yang baru iaitu

Caklempong. Kumpulan ini akan dilatih oleh guru muzik sekolah dan juga tenaga

pengajar profesional daripada luar. Selain daripada itu juga, kumpulan caklempong

ini akan menjadi sebuah jenama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko

yang mana mampu membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi sekolah

mahupun majlis di luar sekolah. Walau bagaimanapun matlamat persembahan ini

adalah untuk murid mempamerkan kebolehan dan kemahiran serta kemampuan

yang sewajarnya dalam aspek persembahan muzik melalui penglibatan mereka

dalam aktiviti sekolah.

1

Page 3: Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengaplikasikan kemahiran muzikal seperti yang telah dipelajari di luar

bilik darjah sepanjang tempoh pembelajaran murid di sekolah.

3.2 Mengukuhkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik yang dipelajari

melalui kebolehan bermain instrument serta meningkatkan keyakinan

dan ketrampilan melalui persembahan.

3.3 Mendedahkan kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko

dan masyarakat umum mengenai kewujudan alat muzik yang unik di

Malaysia serta menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya di

Malaysia.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memberi peluang kepada murid mengetahui dan memperkukuhkan

ilmu sedia dengan penambahbaikan apa yang telah dipelajari

sepanjang berada di SMK Jalan Reko.

4.2 Memberi peluang kepada murid untuk menambah teknik-teknik dan

kemahiran di dalam aktiviti yang lain seperti bermain di dalam

ensembel/berkumpulan, bermain secara medley dan solo.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN LATIHAN

Segera

2

Page 4: Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

6.0 KUMPULAN SASARAN

Ahli Kelab Kebudayaan dan murid yang berkebolehan.

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS (ABM)

Bil Perkara Anggaran (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Set Caklempong RM 16 200.00 2 RM 32 400.00

JUMLAH BESAR RM 32 400.00

RINGGIT MALAYSIA (RM) : TIGA PULUH DUA RIBU EMPAT RATUS SAHAJA

8.0 PENUTUP

Pihak Kelab Kebudayaan dengan hormatnya mengucapkan jutaan terima

kasih serta memohon pertimbangan dan kelulusan pihak sekolah agar ahli serta

pelajar SMK Jalan Reko ini mendapat peluang menambah ilmu pengetahuan,

mengaplikasikan teknik-teknik serta kemahiran. Ia juga bergerak untuk

mempromosikan SMK Jalan Reko sebagai sebuah Pusat Pendidikan yang mampu

melahirkan pelajar kreatif, inovatif, seimbang dan unggul. Ianya boleh

dimanfaatkan dalam perancangan pembangunan dan kecemerlangan dalam

usaha memartabatkan muzik tradisional ke arah pendidikan yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

3

Page 5: Kertas Kerja Peruntukan Caklempong

Disediakan oleh :

______________________________________

Puan Fatini Diana Binti Othman

Guru Penasihat Kelab Kebudayaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko

Disemak oleh :

______________________________________

Puan Noorlaili Binti Mahmud

GPK Kokurikulum, SMK Jalan Reko

Permohonan diluluskan oleh :

______________________________________

Puan Rosny Binti Osman

Pengetua SMK Jalan Reko

4