kertas kerja pertandingan kawad kaki badan beruniform smkub 2011

15
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011 KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SMK ULU BALINGIAN KALI: 3/2012 UNIT BERUNIFORM 2011 1

Upload: dastannaga

Post on 30-Oct-2014

462 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

BADAN BERUNIFORMSMK ULU BALINGIAN

KALI: 3/2012

UNIT BERUNIFORM 20111

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

PENGENALAN

Pasukan Badan Beruniform yang ditubuhkan di sekolah-sekolah merupakan salah satu cara untuk menanamkan semangat kerja berpasukan dan menyemaikan displin yang tinggi dikalangan ahli-ahlinya. Aktiviti kawad kaki adalah merupakan satu kurikulum yang khusus bagi pasukan Badan Beruniform kerana latihan ini boleh mencetuskan nilai-nilai seperti patuh kepada arahan, memupuk semangat toleransi, membina displin diri, menghargai ketepatan tindakan dan menyemai semangat berpasukan. Pertandingan kawad kaki pula merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Beruniform di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Balingian.

OBJEKTIF

(i) Melahirkan generasi pewaris negara yang mantap fizikalnya dan mempunyai displin yang tinggi.

(ii) Melahirkan generasi yang bersikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran dan semangat keyakinan yang tinggi untuk berjaya.

(iii) Memupuk semangat dan displin berpasukan serta keyakinan diri berasaskan sikap-sikap toleran, tolong menolong dan tolak ansur.

SASARAN

(i) Penyertaan adalah terbuka kepada ahli Badan Beruniform SMK Ulu Balingian.(ii) Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (lelaki dan perempuan yang telah menunjukkan potensi

semasa latihan dalam kumpulan.

PELAKSANAAN

Setiap Badan Beruniform SMK Ulu Balingian (Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, Pandu Puteri dan persatuan Bulan Sabit Merah) wajib menghantar satu pasukan kawad kaki yang terdiri daripada 31 prang platun (termasuk ketua platun)

Penghakiman Pertandingan Kawad Kaki SMK Ulu Balingian 2011 akan merangkumi aspek Pakaian Kawad Asas (Kawad Statik dan Kawad Dinamik) Ketua Platun

CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

(i) Tarikh: 22 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)

(ii) Tempat: PADANG SEKOLAH SMK ULU BALINGIAN

(iii) Masa: 2.00 ptg hingga 5.00 ptg.

UNIT BERUNIFORM 20112

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

JAWATAN KUASA INDUK DAN PERLAKSANA

Penasihat : En. Wong Teck Ling Pengetua SMK Ulu Balingian

Pengerusi : En Alexander Ak Joseph Nam GPK Kokurikulum SMK Ulu Balingian

Penyelaras : En Mohd Hafiz Bin Zakiuddin

Setiausaha : Cik Nor Amira

Bendahari : Cik Monica Ak Diyu

Ketua Hakim : En Lawan Sigan

Hakim-hakim Kawad : En Jabu Changgie En Mohd Yusof En Abang Irwandy En Khairul Azri

Hakim Ketua Platun : En Mohd Rasul Bin Ismail

Hakim-hakim Pakaian : En Mohd Salfa Sarmizan Pn Madiah Ak Nyingat

Juruacara/Pendaftaran : En Lau Chik Kong

Penjaga Masa : Cik Jacythia Ak Sintan

Pengumpul Markah : Cik Noor Binti Adenan

Persiapan Litar : En Andrew Huang Dung Kui

Tentatif Program: : Cik Siti Noriszuwani Binti Safiai

P/A Sistem : En Robinson Brandah

Peralatan : Cik Rohaliza Binti Ramly(kanopi/kerusi/meja)

Minuman/makanan : Pn Wan Noryusniza Aisha Binti Wan Hassan

Penyelia Peserta : Cik Daisy Rinta Ak Ambin

Hadiah/Sijil : Cik Siti Aishah Binti Abdul Ghani

Jurugambar : Cik Kiew Siew Kiin

UNIT BERUNIFORM 20113

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS PER

UNIT

KUANTITI JUMLAH

(RM)

Padang Kawad

1 Cat Putih RM 80 1 RM 80

Sijil dan Hadiah

2 Sijil (AJK & Peserta) RM 1 175 RM 175

3 Canon Ink Cartridge

Black

Colour

RM 80

RM 80

1

1

RM 160

4 Hadiah

Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga

RM 3.50 31

31

31

RM 325.50

Minuman Dan Makanan

5 Minuman (semasa

pembentangan kertas

kerja)

RM 2 25 RM 50

Publisiti

6 Banner RM 100 1 RM 100

Jumlah 890.50

UNIT BERUNIFORM 20114

Page 5: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI6 September 2011(SELASA)

3.00PM PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI BERUNIFORM 2011

Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan Penetapan syarat pertandingan dan prosedur bantahan Taklimat Ketua Hakim Taklimat penyediaan gelanggang Penyediaan alatan dan logistic Penyediaan atucara dan buku program Penyediaan senarai jemputan Penyediaan skrip juruacara Penyediaan borang (pakaian, kawad asas dan ketua platun)

TAKLIMAT PENYERTAAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BERSAMA BADAN BERUNIFORMPERSIAPAN LITAR

21 September 2011(RABU)

3.00 PM RAPTAI

22 September 2011(KHAMIS)

2.00 PM PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM 2011 Pendaftaran Pasukan Kawad Kaki Pemeriksaan Pakaian Persembahan Pasukan 1 Persembahan Pasukan 2 Persembahan Pasukan 3 Persembahan Pasukan 4 Persembahan Pasukan 5 Ulasan Ketua Hakim Ucapan Perasmian dan Penyampaian Hadiah

23 September 2011

- PENYEDIAAN DOKUMENTASI DAN LAPORAN

POST-MORTEM PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN

UNIT BERUNIFORM 20115

Page 6: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMK Ulu Balingian kali ke-2 bagi tahun 2011 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang mantap fizikalnya dan mempunyai displin yang tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Pejabat Pelajaran Daerah Selangau. Semoga program ini akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak yang terlibat.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORMTAHUN 2011

Disediakan oleh,

....................................(Mohd Hafiz Bin Zakiuddin)Penyelaras Unit BeruniformSMK Ulu Balingian 2011

UNIT BERUNIFORM 20116

Page 7: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

1. PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di SMK Ulu Balingian. Setiap pasukan Badan Beruniform perlu menghantar satu pasukan.

Kadet Remaja Sekolah Persatuan Bulan Sabit Merah Kadet Polis Pandu Puteri Pengakap

2. PENDAFTARAN

Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Plantun dan anggota simpanan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggata pasukan dan Ketua Platun hendaklah berpakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontijen.

3.2 Setiap anggota dan ketua plantun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.

3.3 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad kaki di jalankan.

3.4 Penggantian anggota boleh di lakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.

3.5 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

3.6 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.5 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan)

4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun didalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A,B,C dan D hendaklah sama warna (selain daripada hijau)

4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garis putih atau kuning.

4.4 Pemeriksaan dilakukan di luar litar.

UNIT BERUNIFORM 20117

Page 8: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangkamasa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan dikhususkan kepada Kawad Asas)

5.3 Isyarat akan dibunyikan:a) pada minit ke 15 (sekali)b) masa tamat (dua kali)

6. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2 Bilangan anggota:a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua

Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

b) Jika anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan (5 markah bagi setiap anggota yang kurang)

c) Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3 Pemeriksaan pakaian:

Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk litar pertandingan kawad.

7. BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing.

7.1 Kawad Asasa) Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan

dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128 -135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.

UNIT BERUNIFORM 20118

Page 9: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

b) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap kehadapan kanan…pusing”.

c) Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka barisan….gerak”.d) Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ ke kanan….. lurus”.

“Pandang…..depan”.e) Melapor. Ketua Platun melapor kepada kepada Ketua Hakim. Semasa

Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah “ Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan (……………) siap untuk diuji, tuan ”.

f) Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:i) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri,

kiri…..pusing.ii) Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan,

belakang pusing.iii) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke

belakang, kanan……pusing”iv) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “ menghadap ke

hadapan, ke belakang pusing”.g) Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas kawad asas. Bahasa

hukumannya, “tutup barisan……….gerak”.h) Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan di beri.i) Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).

Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri…..pusing”.j) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan

apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”. (rujuk Pelan Litar Pertandingan 2)

k) Hukuman “kiri langkah perlahan…..perlahan jalan” diberikan setelah plantun melepasi kon D dan sebelum kon A.

l) Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan…pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.

m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.i) “buka barisan” (dalam perlahan jalan)ii) “pandang….kanan” (dalam perlahan jalan)iii) “pandang…depan” (dalam perlahan jalan)iv) “tutup barisan” (dalam perlahan jalan)

n) Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C, hukuman “ bergerak ke kiri, kiri….pusing” diberikan.

o) Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberi setelah skuad berada antara kon C dan kon D.

p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok” diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:i) Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan…

hormatii) Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke

hadapan….hormat”.

UNIT BERUNIFORM 20119

Page 10: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

iii) Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.

iv) Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan…..hormat”.

v) Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan…jalan”.

vi) Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang…….pusing”.

vii) Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.

viii) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang….. pusing”.

ix) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri……pusing”.

x) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang……pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)

xi) Hentak kaki. Bahasa hukuman: “Hentak kaki”.xii) Henti. Bahasa hukuman: “Skuad…..henti”.xiii) Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara

mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)

q) Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).

Peringatan :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja.(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

7.2 Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan. (………………..) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan”.

UNIT BERUNIFORM 201110

Page 11: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

8. PENALTI

Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan.

Semasa Kawad AsasBil Jenis Kesalahan Markah

PenaltiMaksimum

Ditolak1 Pergerakan cepat jalan tidak 128-135 seminit 10 Sekali2 Anggota jatuh (pengsan / pitam) 5 3 kali3 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali5 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali6 Terlanggar kun 3 5 kali7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali

Ketua Platun Bil Jenis Kesalahan Markah

PenaltiMaksimum

Ditolak1 Bergerak bersama pasukan 15 Sekali2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 Sekali3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam) 10 Sekali4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan luar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

9. PENGHAKIMAN

a. Bagi peringkat sekolah Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih oleh penganjur. Seramai 8 orang hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut:i. Seorang Ketua Hakimii. Seorang Hakim Ketua Platuniii. Dua orang hakim pakaianiv. Empat orang hakim kawad (1 orang setiap sisi litar)

Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima palaporan mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras permakahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.

b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad pasukan) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.

c. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah Ketua Platun akan diambil kira.

UNIT BERUNIFORM 201111

Page 12: Kertas Kerja Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Smkub 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK ULU BALINGIAN KALI KE-2/2011

d. Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), 1 markah akan ditolak untuk 1 item.

e. Keputusan hakim adalah muktamad.f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

i. Pakaian 20%ii. Kawad statik dan dinamik 70%iii. Ketua Platun 10%

Jumlah keseluruhan 100%

g. Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras permakahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun terbaik.

h. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad (bahasa hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah diambilkira.Nota : Markah Ketua Platun terdiri daripada markah kawad dan markah pakaian.

10. BANTAHAN

Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurusan pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.

Syarat-syarat pertandingan tamat

UNIT BERUNIFORM 201112