kertas kerja pengakap keahlian dan muda smk kuala kubu bharu 2010

19
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010 SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU DI PADANG SEKOLAH SMK KKB PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia. OBJEKTIF 1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. 2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. 3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. 4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan.

Upload: kitol

Post on 25-Jun-2015

419 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kertas kerja keahlian pengakap dan lencana usaha Pengakap Muda

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU

DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN

Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing.

Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia.

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul.

2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli.3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian.4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan

arahan.5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa.

TEMA

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

SASARAN

Semua 80 ahli baru pengakap Muda, Pengakap Remaja.

TARIKH

10 hingga 11 November 2010 (Rabu dan Khamis)

Page 2: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

SUMBANGAN

RM10 seorang

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj. Manap bin JarkasiNaib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Mohamed YussofNaib Pengerusi 2 : Pn. Zalita bt. OsmanNaib Pengerusi 3 : Pn. Maniza bt. YusofKetua Perkhemahan : Puan Roslah Makh HassanSetiausaha Program : En. Suhaini bin SamsudinKetua Jurulatih : Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL Bidang Tugas Pemimpin Catatan

1 Pendaftaran

Pn. Wan Shamsiah bt. Wan YusoffPn. Zarina bt. Zainal Abidin

- mencatat kehadiran ahli- memungut sumbangan

pendaftaran- bekerjasama dengan AJK

penempatan- mengumpul barang

makanan yang dibawa peserta.

2Penempatan Perkhemahan

Pn. Ruzita binti AbdullahEn. Mohd. Rafizi bin Rafie

- menguruskan penempatan khemah peserta.

- memastikan proses penempatan peserta dan guru/juru latih lancar.

3Keselamatan dan

disiplinPn. Azura bt. Draman

- menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik.

- Memastikan perkhemahan berjalan dengan suasana harmoni.

- Membuat rondaan malam - Melantik AJK berkaitan

4. Makanan Pn. Siti Roha bt. HarisEn. Zulkornain bin ZainuddinPn. Juraidah bt. JamhariPn. Salina bt. Mohd.

- memastikan pengagihan makanan berjalan lancer

- melantik dalam kalangan ahli Pengakap Kelana membantu menyediakan

Page 3: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

YatimPn. Roslah bt. Makh HassanPengakap Kelana PPU

makanan

5 Kebersihan Pn. Hjh. Shirine bt. Shafie

- memastikan kebersihan surau, tapak perkhemahan dan sekitarnya dalam keadaan baik di sepanjang perkhemahan.

6 SijilPn. Azma Shakirah bt. Mohd. Fauzi

- memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan.

- Menaip nama pelajar dengan betul.

- Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir perkhemahan.

7Buku program /

dokumentasiPn. Nurizan bt. Mohamed Anwar

- Memastikan dokumentasi disediakan di akhir perkhemahan.

- Menyediakan ‘pamplet’ mudah berkaitan perkhemahan.

8 Kain rentangPuan Roslah Makh Hassan

- Menyediakan kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya seminggu sebelum perkhemahan.

9 Aktiviti

En. Azizuddin bin ZainuddinTn. Hj. Rohaizad bin MokhtarAhli Pengakap Kelana dan Remaja/Muda yang terpilih.

- Melantik jurulatih- Memastikan setiap stesen

ada jurulatih atau pegawai bertugas

- Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

Page 4: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Sumber Kewangan

1. Pendaftaran Peserta RM10.00 x 80 = RM8002. Sumbangan sekolah RM200 = RM200

========JUMLAH RM1,000

Anggaran Kos

1. Makan malam/tgh RM3 x 90 x 2 kali = RM540Sarapan pagi RM2 x 90 x 1 kali = RM180Minum petang RM1 x 90 x 1 kali = RM90

2. Sijil dan hadiah RM1 x 90 = RM903. Perbelanjaan runcit RM100 = RM100

===========JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000

Page 5: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

TENTATIF PROGRAM

HARI/MASA AKTIVITI CATATAN

RABU

0730

Pendaftaran Taklimat perkhemahanMendirikan khemahPembahagian patrol

Pembahagian Patrol mengikut jantina. AJK Pendaftaran

0900

Perhimpunan PatrolUpacara Naik Bendera

- Negaraku- Lagu Negeri selangor- Doa- Taklimat Kem Komandan

Pn. Siti Safiah

1000

Sistem Stesen

Stesen APakaian seragam keahlian pengakap

Stesen BPrinsip Rukun Negara

Stesen CLambang Pengakap Malaysia dan lambing Pengakap Dunia

Stesen DPersetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap

Pn. Zarina Zainal Abidin

Pn. Siti Roha bt. Haris

Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

1230 Makan Tengah hari AJK Makanan

1300Solat Zohor berjemaah Tn. Hj. Rohaizad

bin Mokhtar1400 Sistem Stesen

Stesen AHormat Pengakap dan Cogan Kata pengakap

Stesen BSejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell

Stesen CSimpulan dan Ikatan

Pn. Hjh. Shirine bt. Shafie

Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

Pn. Azma Shakirah bt.

Page 6: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

- Buku Sila- Bunga Geti- Simpul Manuk- Tindih kasih- Lilit Dua Simpul- Lilit Pemati Biasa

Stesen DPermainan Pengakap

Mohd. Fauzi

Pn. Azura bt. Draman

1610Solat Asar Berjemaah Tn. Hj. Rohaizad

bin Mokhtar

1700 - 1800

Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

Stesen AAsas Perbarisan

Stesen BKawad Tongkat

Stesen CHalangan Komando

Stesen DMelipat dan mengibarkan bendera

En. Azizuddin bin Zainuddin

Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

En. Mohd. Rafizi bin Shafie

Pn. Ruzita binti Abdullah

1900 – 2100

Persiapan diriSolat Maghrib berjemaah / Kuliah MoralTazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa MurniSolat Isyak berjemaah

Kuliah bertajuk “Tanggungjawab Seorang Ahli pengakap” oleh Tn. Hj. Rohaizad bin Mokhtar.

2100 Persediaan Lencana Usaha

Cita-cita Pengakap 1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing 2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing 3. Menaikkan bendera 4. Nama orang-orang kenamaan 5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap 

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani 1. Asas perbarisan 

AJK Aktiviti

Semua peserta perkhemahan akan dikumpulkan di Bilik Mesyuarat dan diberi penerangan dan pertunjukan slaid berkaitan Persediaan Lencana Usaha.

Page 7: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

2. Kawat tongkat 3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap 4. Halangan komando 5. Melipat dan mengibarkan bendera 

C. Kemahiran Berpengakap 1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang 2. Simpula & ikatan : -     -  Simpul Himpit     -  Simpul Pulih     -  Bunga Geti Ganda     -  Lilit Balak     -  Lilit Taut-line     -  Ikat Seraya     -  Ikat Serong 3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya 4. Memilih tapak perkhemahan 5. Keperluan peribadi untuk berkhemah 6. Alatan pertolongan cemas peribadi 7. Menghidupkan api 8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam 9. Arah mata angin dan mengenali peta topo 10. Isyarat sulit Pengakap 11. Mengembara 6km 

D. Kecenderungan dan Minat 1. Kraftangan 2. Plaster cast 3. Rekod 12 orang sahabat pena 

E. Perkhidmatan 1. Balutan anduh 2. Tindakan kecemasan 3. Memandu orang 

Penceramah Jemputan daripada Pasukan latihan Daerah Husel.

2300Selamat Malam Bestari AJK

Keselamatan

KHAMIS

0500

Persiapan diriSolat Subuh berjemaah- Tazkirah

AJK Kebersihan

0700Selamat pagi Bestari

- kawad tongkat- lawatan ke tapak perkhemahan

AJK Aktiviti

0800 Sarapan pagi AJK Makanan

Page 8: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

- Istiadat Pengakap- Negaraku- Negeri Selangor- Doa

AJK Aktiviti

0930 – 1130

Mengembara 6km

- mendapatkan tandatangan dan cop sekitar pekan Kuala Kubu Bharu (pejabat pos, balai polis trafik, hospital, Baitul Hasanah dan Kedai Runcit)- Melukis Menara Jam (berhadapan Pejabat Trafik).

AJK Makanan sila sediakan minum dan makan tengah hari kepada petugas luar.

Pn. Siti Safiah bt. Sulaiman

1130Makan tengah hari AJK makanan

1200 - 1300

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil- Berkumpul di Astaka- Ucapan Pengerusi Majlis- Ucapan Pengetua Cemerlang- Penyampaian Sijil dan Lencana Usaha

AJK AktivitiPn. Nurizan bt. Mohamed Anwar

1300 – 1350

Melipat khemah- Gotong-royong amal bersih kawasan perkhemahan.

AJK PenginapanAJK Kebersihan

1350BERSURAI

Page 9: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan

1. Khemah (jika ada) 2. Sepasang uniform pengakap lengkap3. Pakaian Solat (muslim)4. Baju T5. Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan)6. Berus gigi7. Sabun mandi8. Tuala mandi9. Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik)10. Seluar sukan11. Stoking12. Buku log13. Alat tulis14. Pinggan15. Cawan16. Kain lap (untuk lap khemah)17. Telur ayam 4 biji18. Beras satu cawan19. Sardin Cap Ayam saiz besar20. Susu pekat manis – 1 tin21. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG sama sekali.

Page 10: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.

2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali

jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai

bertugas pada waktu tersebut.

3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan

sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas.

4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip

yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri

akan mengakibatkan kebakaran.

6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan

kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.

7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya

terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali

melakukan aktiviti kecuali senaman pagi.

9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama

seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang

tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

Page 11: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/10/02/03Ruj. Tuan :Tarikh : 25 Oktober 2010

Kepada :Semua ibu/bapa/penjaga,Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu

Tuan / Puan,

PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut :

2.1 Tarikh : 10 & 11 November 2010 (Rabu & Khamis)2.2 Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu2.3 Pendaftaran : 7.30 pagi 10 November 2010 (Rabu)2.4 Waktu balik : 1.50 petang 11 November 2010 (Khamis)2.5 Sumbangan : RM10 seorang (Sijil & Pengurusan)

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan atau Cikgu Suhaini bin Samsudin pada atau sebelum 8 November 2010.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MANAP BIN JARKASI)Pengetua Cemerlang,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

Page 12: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya bernama ___________________________________________________

beralamat

_______________________________________________________________________

memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________

dalam Tingkatan __________ untuk menyertai

____________________ bertarikh ____________________________

bertujuan _________________________________________________________ yang dianjurkan

oleh pihak

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan pergi dan balik dari aktiviti tersebut.Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan anak saya.

Pengakuan dibuat oleh: Saksi

........................................

........................................ .......................................

.

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________

(Nama Bapa / Penjaga)

(Alamat)

(Nama Anak .)

Perkhemahan Kepandaian Pengakap

(Nama tempat)

10 & 11 November 2010

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap

SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

(Tanda tangan)

(Nama)

(Tanda tangan)

(Nama)

Di SMK Kuala Kubu Bharu

Page 13: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/02Ruj. Tuan :Tarikh : 25 Oktober 2010

Kepada :Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan perkhemahan dan bermalam di kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon diadakan semburan ’fogging’ pada :

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu). Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu. Masa : Waktu yang sesuai. Peserta : 40 orang dan 10 orang guru/pembantu.

3. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MANAP BIN JARKASI)Pengetua Cemerlang,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

Page 14: Kertas Kerja Pengakap Keahlian dan Muda SMk Kuala Kubu Bharu 2010