kertas kerja pembelian pakaian dan alatan
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Kertas Kerja Pembelian Pakaian Dan Alatan
1/3
KERTAS KERJA PEMBELIAN PAKAIAN DAN ALATAN
KELAB ANGKLUNG WARISENI
Pendahuluan
Kelab Angklung Wariseni Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda Shah Alam
merupakan salah satu kelab yang berdaftar dalam unit ko kurikulum sekolah. Aktiviti yang
dijalankan dalam kelab adalah bertujuan mencungkil dan mengasah bakat ahli kelab. Selain itu,
kelab ini turut terlibat aktif dalam aktiviti rasmi sekolah seperti persembahan semasa mesyuarat
PIBG, pertandingan peringkat daerah dan lain-lain. Bagi menjayakan aktiviti kelab, kami
mengharapkan sokongan daripada unit ko kurikulum untuk membeli pakaian seragam ahli dan
juga alat muzik sampingan. Dengan adanya pakaian seragam dan alata muzik sampingan, dapat
menyokong penglibatan ahli sama ada dalam pertandingan atau persembahan rasmi baik di
dalam mahupun di luar sekolah.
Objektif
1. Merangsang penglibatan ahli dalam aktiviti rasmi sekolah dan pertandingan.
2. Melahirkan lebih ramai ahli dengan potensi yang pelbagai
3. Menjayakan program sekolah dengan ketrampilan yang menarik.
4. Menarik minat ahli untuk terlibat dengan aktif .
Sasaran
1. Sepuluh pasang pakaian kebangsaan lelaki melayu bersaiz M, L dan XL
2. Lima belas pasang pakaian kebangsaan perempuan bersaiz M, L dan XL lengkap dengan
hiasan.
3. Sebuah jidur
4. Hiasan sampingan ( contoh : songkok, sanggul, rantai, talipinggang, samping dan sebagainya)
-
7/30/2019 Kertas Kerja Pembelian Pakaian Dan Alatan
2/3
Pelaksanaan
Diguna pakai oleh murid yang terlibat dengan persembahan dan pertandingan.
Anggaran Perbelanjaan
10 pasang pakaian x RM 70 = RM 700
15 pasang pakaian x RM 70 = RM 1050
1 buah jidur x RM 650 = RM 650
10 kelengkapan pakaian lelaki = RM 500
15 Kelengkapan pakaian perempuan = RM 750
JUMLAH RM 3650
Penutup
Kelab Angklung Wariseni SMK Taman Sri Muda amat berharap permohonan ini mendapat
sokongan dan kelulusan daripada unit kokurikulum dalam menjayakan aktiviti kelab sama ada
dalam menyertai pertandingan atau persembahan rasmi sekolah. Seterusnya dapat meransang
potensi pelajar dan membina keyakinan diri dalam semua aktiviti.
Disediakan oleh, Disemak oleh
.. ..................................................
(NORAZLENA BINTI LAZIM) (SURI ARINI BINTI SAMSURI)
Guru Penasihat Kelab Angklung Wariseni Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Taman Sri Muda SMK Taman Sri Muda
-
7/30/2019 Kertas Kerja Pembelian Pakaian Dan Alatan
3/3
Disahkan oleh
........................................................
(HAJI ABDUL WAHID BIN TAKAT)
Pengetua
SMK Taman Sri Muda