ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/012011/garispanduanps2011.doc · web viewtuntutan bayaran...

6
GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM TAHUN 2011-2012 1.0 TUJUAN Tujuan kertas ini adalah untuk memaklumkan kepada Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan mengenai garis panduan pembekalan pakaian seragam untuk kakitangan UKM bagi tahun 2011-2012. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pembekalan pakaian seragam kepada kakitangan dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/1990 (Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2002 (Peraturan Mengenai Pembekalan Pakaian Seragam Pejabat) dan juga Surat JPA 112/3/3 Klt. 7(73); 2.2 Mesyuarat Semakan Semula Garis Panduan Pembekalan Pakaian Seragam yang telah diadakan diadakan pada 8 Disember 2010 bersetuju untuk menyemak semula kaedah perlaksanaan pembekalan pakaian seragam kepada kakitangan yang dilakukan sebelum ini. 3.0 KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM KAKITANGAN UKM Kemudahan bekalan pakaian seragam bagi kakitangan UKM yang layak adalah seperti berikut: 3.1 Bekalan oleh Stor Pusat adalah seperti berikut : 3.1.1 Pakaian Seragam (baju dan seluar) – pembekalan kain akan di buat oleh pihak Stor Pusat. Kakitangan akan membuat ukuran baju 1

Upload: others

Post on 16-Feb-2020

84 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM TAHUN 2011-2012

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas ini adalah untuk memaklumkan kepada Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan mengenai garis panduan pembekalan pakaian seragam untuk kakitangan UKM bagi tahun 2011-2012.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pembekalan pakaian seragam kepada kakitangan dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/1990 (Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6/2002 (Peraturan Mengenai Pembekalan Pakaian Seragam Pejabat) dan juga Surat JPA 112/3/3 Klt. 7(73);

2.2 Mesyuarat Semakan Semula Garis Panduan Pembekalan Pakaian Seragam yang telah diadakan diadakan pada 8 Disember 2010 bersetuju untuk menyemak semula kaedah perlaksanaan pembekalan pakaian seragam kepada kakitangan yang dilakukan sebelum ini.

3.0 KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM KAKITANGAN UKM

Kemudahan bekalan pakaian seragam bagi kakitangan UKM yang layak adalah seperti berikut:

3.1 Bekalan oleh Stor Pusat adalah seperti berikut :

3.1.1 Pakaian Seragam (baju dan seluar) – pembekalan kain akan di buat oleh pihak Stor Pusat. Kakitangan akan membuat ukuran baju dan seluar di Tukang Jahit Panel yang dilantik oleh pihak Universiti (Lampiran A);

3.1.2 Kot Makmal; dan

3.1.3 Kasut Keselamatan

3.2 Kakitangan dikehendaki membeli sendiri senarai kelengkapan pakaian seragam mengikut kelayakan dan spesifikasi yang telah ditetapkan seperti berikut :

3.2.1 Kasut Kulit;

1

3.2.2 Sarung Kaki;3.2.3 Cap/tudung;3.2.4 Songkok;3.2.5 Jubah Gamis; 3.2.6 But getah

3.3 Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan yang berkaitan hendaklah menyediakan kemudahan pakaian seragam kakitangan seperti berikut :

3.3.1 Blazer (untuk kakitangan Bilik Sejuk dan Pegawai Khidmat Pelanggan);3.3.2 Apron (Pegawai Pergigian U41);3.3.3 Jubah Hitam (Pusat Islam)

3.4 Kakitangan yang tidak termasuk di dalam polisi tetapi mempunyai keperluan menggunakan pakaian seragam diminta untuk mengemukakan justifikasi keperluan dan mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan tuntutan bayaran balik.

4.0 TUNTUTAN BAYARAN BALIK

4.1 Tiada had maksimum bagi kuantiti pakaian yang dibeli sendiri seperti pada para 3.2 tetapi ianya tertakluk kepada tidak melebihi kadar keseluruhan yang telah ditetapkan;

4.2 Kos tuntutan bayaran balik kelengkapan pakaian seragam adalah seperti berikut:

4.2.1 Upah jahit bagi pakaian seragam adalah sebanyak RM 300.00 (tuntutan di buat oleh Tukang Jahit Panel);

4.2.2 Bayaran balik bagi kelengkapan pakaian seragam yang dibeli sendiri oleh kakitangan adalah seperti berikut :

4.2.2.1 kasut - RM 180.00;(kakitangan yang layak untuk mendapat sepasang kasut keselamatan/but getah, kadar bayaran balik kasut adalah sebanyak RM 120.00 sahaja)

4.2.2.2 sarung kaki - RM 15.00;

4.2.2.3 songkok/tudung/kap - RM 45.00;

4.2.2.4 Jubah Gamis – RM 200.00

4.3 Tuntutan bayaran balik hendaklah di buat dengan mengemukakan resit asal pembayaran dan melengkapkan borang Tuntutan Bayaran Balik Pakaian Seragam yang boleh di muaturun daripada www.ukm.my/pendaftar.

2

5.0 SYARAT DAN PERATURAN UMUM

5.1 TEMPOH PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM

5.1.1 Kain – tempoh pembekalan pakaian seragam oleh Stor Pusat akan di buat bermula 1 Jun 2011 sehingga 31 Oktober 2011 tertakluk kepada sebarang perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. Jadual pengambilan kain akan dikeluarkan oleh Unit Stor Pusat Jabatan Bendahari;

5.1.2 Tempahan kain di Tukang Jahit Panel – tarikh akhir tempahan kain boleh di buat adalah pada 31 November 2011. Tempahan yang dibenarkan adalah untuk bekalan kain bagi tahun semasa sahaja;

5.1.3 Tuntutan bayaran balik kelengkapan pakaian seragam – tuntutan bayaran balik pembelian kelengkapan pakaian seragam bermula daripada 1 Januari 2011 sehingga 31 November 2011. Tuntutan adalah untuk tahun semasa dan tuntutan selepas tempoh yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan

5.2 KELAYAKAN UMUM KAKITANGAN

5.2.1 Senarai gred jawatan yang layak dibekalkan kemudahan bekalan pakaian seragam adalah seperti di Lampiran B.

5.2.2 Bagi kakitangan baru dilantik :

5.2.2.1 Perlantikan pada 1 Januari – 31 Ogos : layak menerima kemudahan pada tahun semasa;

5.2.2.2 Perlantikan pada 1 September – 31 Disember : layak menerima kemudahan pada tahun berikutnya;

5.2.2.3 pembekalan pakaian seragam bagi kakitangan baru dari kumpulan Pegawai Perubatan, Jururawat, Anggota Keselamatan dan Pemandu di buat sebaik sahaja kakitangan tersebut melapor diri tertakluk kepada bekalan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.

5.2.3 Bagi kakitangan yang akan bersara/tamat perkhidmatan :

5.2.3.1 Bersara/tamat perkhidmatan pada 1 Januari – 30 Jun tahun berikutnya : tidak layak dibekalkan pakaian seragam (kain) pada tahun semasa;

5.2.3.2 Bersara/tamat perkhidmatan pada 1 Julai – 31 Disember tahun berikutnya : layak dibekalkan pakaian seragam (kain) pada tahun semasa;

3

5.2.3.3 tuntutan bayaran balik hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tempoh persaraan/tamat perkhidmatan

5.3 PROSES PEROLEHAN SEBUT HARGA SELAIN DARIPADA STOR PUSAT

Bagi kelengkapan pakaian seragam yang tidak dibekalkan oleh stor pusat, Pusat Tanggungjawab hendaklah melalui proses sebutharga selaras dengan Tatacara Perolehan dan Sebutharga yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bendahari. Walau bagaimanapun, kelulusan pembelian hendaklah diperoleh daripada Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar terlebih dahulu.

6.0 PEMATUHAN GARIS PANDUAN

6.1 Semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan pakaian seragam dan semua kelengkapan yang lain mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan memastikan kakitangan yang mendapat pakaian seragam memakai pakaian seragam sepanjang masa bertugas seperti yang dinyatakan didalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002;

6.2 Semua kakitangan yang layak menerima pakaian seragam wajib mematuhi Polisi/Garis Panduan Bekalan Pakaian Seragam ini selagi ianya diguna pakai di UKM.

7.0 TARIKH BERKUATKUASA

Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

fmi/PS2011

4