kertas kerja - panitia mata pelajaran...

8
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR MPV- LANDSKAP & NURSERI SMK SELANDAR, 77500 MELAKA KE PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR PADA 23 JULAI 2008 1. PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar MPV- Landskap & Nurseri SMK Selandar, Melaka ke Putrajaya dan Kuala Lumpur terdiri daripada 80 orang pelajar dan 4 orang guru MPV-Landskap & Nurseri. Matlamat MPV- Landskap & Nurseri ini diperkenalkan di sekolah menengah akademik adalah untuk melahirkan pelajar- pelajar yang berkemahiran dalam bidang perlandskapan, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, MPV – Landskap & Nurseri mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang pelandskapan. Oleh yang demikian, Putrajaya dan Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam perlandskapan sepanjang tempoh lawatan ini. 2. OBJEKTIF LAWATAN 2.1 Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang pelandskapan . 2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam bidang ini 2.3 Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang landskap serta keusahawanan. 3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN

Upload: vanquynh

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PELAJAR-PELAJAR MPV- LANDSKAP & NURSERI SMK SELANDAR, 77500 MELAKA

KE PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR PADA 23 JULAI 2008

1. PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar MPV- Landskap & Nurseri SMK Selandar, Melaka ke

Putrajaya dan Kuala Lumpur terdiri daripada 80 orang pelajar dan 4 orang guru MPV-

Landskap & Nurseri. Matlamat MPV- Landskap & Nurseri ini diperkenalkan di sekolah

menengah akademik adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam

bidang perlandskapan, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan

dan mahir dalam alam pekerjaan.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, MPV – Landskap & Nurseri mengambil inisiatif untuk

mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan

bidang pelandskapan. Oleh yang demikian, Putrajaya dan Kuala Lumpur menjadi destinasi

pilihan kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan

pengetahuan serta pengalaman baru dalam perlandskapan sepanjang tempoh lawatan ini.

2. OBJEKTIF LAWATAN

2.1 Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang

pelandskapan .

2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan

pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam

bidang ini

2.3 Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang landskap serta

keusahawanan.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN

Tarikh : 23 Julai 2008

Masa : 7.30 pagi – 7.30 malam

Tempat : Kuala Lumpur dan Putrajaya

4. SASARAN

Page 2: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,

Pelajar-pelajar MPV- Landskap & Nurseri SMK Selandar ( tingkatan 4 dan 5 ).

Pelajar = 80 orang

Guru MPV- Landskap & Nurseri = 2 orang

Guru Pengawas = 2 orang

Pembantu MPV = 1 orang

Jumlah Peserta = 85 orang

5. KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN

5.1 Peluang kerjaya dan melanjutkan pelajaran

5.2 Menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.

6. AGENSI TERLIBAT

Sekolah, ibu bapa dan pelajar.

7. SUMBER KEWANGAN

7.1 Yuran pelajar RM 20.00 X 80 orang = RM 1,600.00

7.2 PCG RM 20.00 X 80 orang = RM 1,600.00

7.3 Derma PIBG = RM 300.00

Jumlah = RM 3,500.00

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Sewa bas RM 850.00 X 2 bas = RM 1,700.00

8.2 Makan dan minum RM 10.00 X 80 orang = RM 800.00

8.3 Anggaran tiket masuk RM 10.00 X 85 orang = RM 850.00

8.4 Lain-lain belanja = RM 150.00

Jumlah = RM 3,500.00

9. PENUTUP

Oleh itu, MPV- Landskap & Nurseri berharap agar segala usaha dan perancangan yang

dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat dan aktiviti-

aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya lawatan ini

dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di samping membuka ruang yang lebih luas

kepada pelajar dalam bidang landskap ini.

Page 3: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………… ……………………………………

( Sumartini Bte Mahadi )

Guru MPV- Landskap & Nurseri

SMK Selandar, Melaka

Bertarikh : 01 Julai 2008

Page 4: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PELAJAR-PELAJAR MPV- LANDSKAP & NURSERI SMK SELANDAR, 77500 MELAKA

KE PUTRAJAYA DAN KUALA LUMPUR

TARIKH: 23 JULAI 2008

ANJURAN

PANITIA MPV- LANDSKAP & NURSERI

SMK SELANDAR, MELAKA

Ruj: BTN:0/4/195/KK-7/7-2008 (264)

Tarikh: 01 Julai 2008

Ketua Pengarah,

Page 5: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,

Biro Tatanegara,

Jabatan Perdana Menteri,

Aras 1, Blok B3,

Kompleks Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya

Sumartini Bte Mahadi

No. Kad Pengenalan: 781227-04-5022

Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar,

77500 Selandar,

Melaka

Tuan/Puan,

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

SURAT TUNJUK SEBAB KEGAGALAN MENGHADIRI PTK1: KURSUS KENEGARAAN

Adalah saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. Saya tidak dapat menghadiri kursus tersebut kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat

dielakkan pada hari sabtu bersamaan 5 Julai 2008.

3. Diharap ketidakhadiran saya ini, mendapat pertimbangan daripada pihak tuan/puan dan

saya akan diberikan peluang menghadiri kursus ini pada masa hadapan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Yang Benar,

………………………………..

(SUMARTINI BTE MAHADI)

s.k Pengetua

SMK Selandar, 77500 Melaka

Page 6: KERTAS KERJA - PANITIA MATA PELAJARAN ...panitiampvsmkselandar.wikispaces.com/file/view/KERTAS... · Web viewTerima Kasih. Yang Benar, .. (SUMARTINI BTE MAHADI) s.k Pengetua SMK Selandar,