kertas kerja panitia bahasa malaysia

5

Click here to load reader

Upload: jiannifen-luwee

Post on 02-Jul-2015

1.121 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA

KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA, PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEMPENA

MINGGU BAHASA SEKOLAH, 2011

1. Rasional

Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa. Oleh itu menjadi tanggung jawab panitia-panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena Minggu Bahasa di peringkat Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan, Pitas. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

2. Objektif a. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid umtuk menunjukkan bakat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. b. Menyemai semangat daya saing sesama murid-murid. c. Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan. d. Menyemai minat membaca di kalangan murid-murid.

3. Sasaran

Murid-murid tahap satu dan tahap dua SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

4. Pelaksanaan

Semasa Minggu Pusat Sumber

5. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan i. Pertandingan Tulisan Cantik (Semua murid) .

ii. Pertandingan Membaca Berita (kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris).

Page 2: KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA

iii. Sudut Akademik di setiap Kelas.iv. Pertandingan Membaca Cerita (kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris).v. Pertandingan Mengulas Buku yang telah Dibaca (Tahap 2)

6. Anggaran kos

7. Sumber kos

PCG dari Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah SK Pinggan-Pinggan, Pitas.

8. AJK Pelaksana

Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia,

Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris, dan

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.

Page 3: KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA

Penutup

Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ..........................................

(PUAN JENNIFER BTE LUIS DISIL) (PUAN FARIDAH BTE ALI)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Disahkan oleh ,

…………………………...............

(PN. KAMISA GUNTING)

Guru Besar Sek. Keb. Pinggan-Pinggan, Pitas.

Page 4: KERTAS KERJA PANITIA BAHASA MALAYSIA

Lampiran: JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH, SK PINGGAN-PINGGAN, PITAS.

ACARA TARIKH/HARI/MASA TEMPAT TINDAKANPertandingan Tulisan Cantik (Tahap 1)

Pusat Sumber SekolahNota: Tiada Had Penyertaan

Puan Ruzina Peter, Puan Asmah Limoi dan Guru-guru Pembimbing

Pertandingan Membaca Berita :Kategori Bahasa Malaysia

Kategori Bahasa InggerisPusat Sumber Sekolah/Dewan Sekolah

(BM) Puan Ruzina Peter, Puan Faridah Ali dan Guru-guru Pembimbing.

(BI) Encik Salleh Esmara, Encik Syed Azman dan Guru-guru Pembimbing.

Pertandingan Mengulas Buku yang telah Dibaca (Tahap 2)Kategori Bahasa Malaysia

Kategori Bahasa Inggeris

Sepanjang Minggu, berakhir pada hari terakhir minggu Bahasa.

Nota: Tiada Had Penyertaan. Puan Ruzina Peter(PSS), Puan

Jennifer Luis (BI), Puan Noor Yati (BM) dan Guru-guru Pembimbing.

Pertandingan Membaca Cerita

Kategori Bahasa Malaysia

Kategori Bahasa Inggeris

Pusat Sumber Sekolah/Dewan Sekolah

Guru-guru Pembimbing

Puan Ruzina Peter (PSS), Puan Sh. Asiah dan Puan Faridah Ali. (BM)

Cik Siti Norbari, Puan Rosewelly dan Encik Mohd Noor.(BI)

Sudut akademik Setiap masa Setiap Kelas Guru Kelas dan Guru Setiap Matapelajaran

Peringatan; Guru-guru pembimbing perlu memilih sekurang-kurangnya 3 orang peserta bagi pertandingan Membaca Berita dan Membaca Cerita dan mengingatkan mereka untuk menghadirkan diri ke pertandingan seperti yang telah dijadualkan.