kertas kerja minggu sains kemanusiaan

7
KERTAS KERJA KARNIVAL KEMANUSIAAN ANJURAN PANITIA SAINS SOSIAL SMK TMN UNIVERSITI 2 TAHUN 2016 Panitia Sejarah Panitia Geografi Panitia Pendidikan Moral Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ) Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ( PSK ) Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ) 1.0 Pengenalan: Tunjang kecemerlangan seseorang pelajar adalah terletak pada sahsiah diri yang unggul. Justeru, Karnival ini dirangka khusus untuk membentuk sahsiah diri pelajar yang berjiwa cemerlang. Karnival Minggu Sains Kemanusiaan ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Terdapat beberapa program yang telah disusun untuk pelajar. Karnival ini diharapkan mampu melahirkan pelajar yang cemerlangan dalam pelajar dan juga bersahsiah tinggi. Bidang Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur - unsur kemanusiaan seperti alam sejagat, sosial, perundangan, kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas, dan muzik.Unsur - unsur tersebut dikaji dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, analisis data dan lain-lain cara yang sesuai mengikut tema kajian dan penulisan. Aspek kemanusiaan yang lain termasuklah teologi, undang-undang,psikologi,filologi,retorik dan sebagainya.Aspek yang dikatakan sealiran dengan bidang ini juga adalah antropologi, kajian kawasan,komunikasi dan kajian budaya. Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan ada di mana-mana. Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bidang ini dikenali sebagai Sains Sosial, Di sekolah, Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ),Pendidikan Moral (PM), PendidikanJasmanidanPendidikanKesihatan ( PJPK ) adalah duta kepada Bidang Kemanusiaan & Kemasyarakatan & Sains Sosial ini.Membimbing pelajar untuk menerajui, menerokai, meneropong, menguasai, mewarisi dan menghayati Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan

Upload: izza-rahmat

Post on 11-Jul-2016

478 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

KERTAS KERJA KARNIVAL KEMANUSIAANANJURAN PANITIA SAINS SOSIAL SMK TMN UNIVERSITI 2

TAHUN 2016

Panitia SejarahPanitia GeografiPanitia Pendidikan MoralPanitia Pendidikan IslamPanitia Pendidikan Seni dan Visual ( PSV )Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ( PSK )Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK )

1.0 Pengenalan:

Tunjang kecemerlangan seseorang pelajar adalah terletak pada sahsiah diri yang

unggul. Justeru, Karnival ini dirangka khusus untuk membentuk sahsiah diri pelajar yang

berjiwa cemerlang. Karnival Minggu Sains Kemanusiaan ini adalah satu program yang

dianjurkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Terdapat beberapa program yang telah disusun untuk

pelajar. Karnival ini diharapkan mampu melahirkan pelajar yang cemerlangan dalam pelajar

dan juga bersahsiah tinggi. Bidang Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang mengkaji

unsur - unsur kemanusiaan seperti alam sejagat, sosial, perundangan, kesusasteraan, sejarah,

falsafah, agama, seni visual, seni pentas, dan muzik.Unsur - unsur tersebut dikaji dengan

menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, analisis data dan lain-lain cara yang sesuai

mengikut tema kajian dan penulisan. Aspek kemanusiaan yang lain termasuklah teologi,

undang-undang,psikologi,filologi,retorik dan sebagainya.Aspek yang dikatakan sealiran

dengan bidang ini juga adalah antropologi, kajian kawasan,komunikasi dan kajian

budaya. Bidang Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan ada di mana-mana. Di

peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bidang ini dikenali sebagai Sains Sosial, Di

sekolah, Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ( PSK ), Pendidikan Seni dan Visual ( PSV ),Pendidikan Moral (PM),

PendidikanJasmanidanPendidikanKesihatan ( PJPK ) adalah duta kepada Bidang

Kemanusiaan & Kemasyarakatan & Sains Sosial ini.Membimbing pelajar untuk menerajui,

menerokai, meneropong, menguasai, mewarisi dan menghayati  Bidang Kemanusiaan &

Sains Sosial & Kemasyarakatan untuk kejayaan dalam akademik, sahsiah dan masa depan  di

Malaysia  menjadi penyebab utama Minggu Bidang  Kemanusiaan ini di

adakan. Sehubungan  itu, semua panitia dibawah Bidang Kemanusiaan bergabung tenaga

untuk mengadakan karnival ini dengan tema “ Sahsiah Cemerlang, Sekolah Gemilang”.

Page 2: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

2.0 Objektif:

Berikut adalah objektif program yang ingin dicapai :

i- Menerapkan unsur – unsur kemanusiaan melalui aktiviti kepanitiaan dalam

kalangan pelajar dan warga sekolah.

ii- Memberi kesedaran kepada warga sekolah bahawa mata pelajaran yang dianggap

serpihan seperti PJPK, PSV dan PSK tetap penting untuk kecergasan, kekreatifan

dan pembentukan sahsiah pelajar.

iii- Menunjukan kepada pelajar bahawa peluang pengajian dan kerjaya dalam bidang

Kemanusiaan & Sains Sosial & Kemasyarakatan pada masa hadapan terbuka luas

untuk diwarisi oleh generasi hari ini.

iv- Melahirkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran Sejarah, untuk

melahirkan rasa kesedaran bertauhid kepada Allah SWT melalui Pendidikan

Agama Islam, memupuk jati diri menjaga alam sekitar melalui mata pelajaran

Geografi, menerapkan jati diri nilai dan moral melalui mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan ( PSK ), melahirkan fizikal dan mental yang cergas

dan sihat melalui Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ( PJPK ),

melahirkan pemikiran yang kreatif dan inovatif melalui mata pelajaran Pendidikan

Seni dan Visual ( PSV ) dan mengamalkan jati diri Kesyumulan Islam melalui

Tasawwur Islam.

v- Menunjukan bahawa Bidang Kemanusiaan merentasi sempadan negara, warna

kulit, teknologi dan budaya.

vi- Melahirkan warga negara yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan

negara

3.0 Matlamat:

Matlamat pogram ini adalah :

i- Memupuk jati diri para peserta untuk cemerlang dalam pelajaran.

ii- Memenuhi aktiviti ko-kurikulum sekolah

iii- Menanam minat untuk menimba ilmu secara berterusan.

iv- Melatih dan mendisiplinkan para peserta dengan pembentukan sahsiah diri

yang unggul.

v- Mengeratkan lagi ukhwah sesama pelajar dan guru-guru

Page 3: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

4.0 Tarikh & Hari

Majlis Pelancaran : 10 April 2016 ( Ahad )

Majlis Penutup : 14 April 2016 ( Khamis )

5.0 Tempat

Dataran Budi , SMK Taman Universiti 2 Pusat Sumber Sekolah

Bilik Makmal Komputer

Bilik Pendidikan Seni Visual

Kelas

6.0 Sasaran

Semua warga SMK Taman Universiti 2

7.0 Aktiviti yang akan dijalankan:

Pelancaran Karnival Sains Kemanusiaan Promosi Bidang Sains dan Kemanusiaan Persembahan dan Gimik Karnival Sains Kemanusiaan Kuiz pengetahuan am mengikut panitia Kuiz pameran bertema Pertandingan Melukis dan Mewarna Pertandingan Mail Box Penutupan Karnival Sains Kemanusiaan

8.0 Anggaran perbelanjaan:

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN

1. Perlancaran Karnival Sains Sosial:

a. Banting Minggu Sains Sosial RM 35.00

2.

Hadiah-hadiah pertandingan

a. Kuiz pengetahuan am – sesi pagi & petang 15x RM5 = RM 75

b. Pertandingan “MEMORY BOOSTER”10x RM5 = RM 50

RM 75.00

RM 50

JUMLAH RM 160

Page 4: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

9.0 Sumber kewangan:

PCG Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan RM 160.00

10.0 Tentatif Program

7.30 am – 8.00 am Kata alu-aluan Pengacara Majlis

Ucapan Perasmian oleh pengetuaPn Hjh Rusaini bt. Ahmad

Persembahan dan Gimik pelajar

Penutup

Page 5: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

AHLI JAWATANKUASA PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBERTAHUN 2016

Tarikh : 10 April 2016Hari : AhadMasa : 7.30 pagiTempat : Dataran BudiPengerusi : Pn. Hjh. Rusaini bt AhmadNaib Pengerusi : Pn. Chandra A/P RatnasingamPenyelaras : Pn.Pn Sumathy A/P KrishnamurtiSetiausaha : Pn. Guliah

Bil Tugas / Nama Guru Bidang tugas1. Pengacara Majlis

Pn Aimuni-Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir semasa Pelancaran Karnival Sains Sosial-Menyediakan teks yang bersesuaian.

2. Banner

Pn Rohayu-Menempah satu banner pelancaran Karnival Sains Sosial

3. Buku Program

Pn Guliah-Mengumpul maklumat yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam buku program.Menaip , merekabentuk cover dan mencetak.Menyerahkan kepada penyelaras Selewat-lewatnya pada 7 April 2016 (Hari Khamis)

4. Juru gambar dan Dokumentasi

En. Romzi dan Pn Siti hawa Mengambil gambar sepanjang majlis dan aktiviti – aktiviti sepanjang Minggu Karnival Sains Kemanusiaan

5. Persembahan Pelajar

Pn Zanariah Menyediakan persembahan pelajar.

6. Hadiah

Pn Yusmadiana bt. Muhd YusofPn Khairunizah b Rahmat

Menyediakan hadiah/ sijil untuk setiap pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan.Mengenalpasti bentuk hadiah.Membungkus hadiah.

7. Acara senam aerobik

Pn Fadhlina Mencari peserta di kalangan pelajar

Page 6: Kertas Kerja Minggu Sains Kemanusiaan

8. Pameran Bertema di Pusat Sumber Sekolah

Pn Khairunizah

Mengumpul maklumat yang berkaitan panitia –panitia Sains Kemanusiaan di atas papan kenyataan di Pusat Sumber Sekolah.

AGIHAN TUGAS SEPANJANG MINGGU KARNIVAL SAINS KEMANUSIAAN

2016BIL AKTIVITI / GURU YANG

BERTANGGUNGJAWABDESKRIPSI PERTANDINGAN

1. KUIZ PENGETAHUAN AM

PN AIMUNIPN GULIAHPN YUSMADIANAPN SITI HAWAPN MAZLINA

-membuat 3 soalan pengetahuan am berdasarkan pameran bertema di Pusat Sumber Sekolah.-dijalankan semasa perhimpunan harian.-tarikh pelaksanaan : 11.04.2016-14.04.16 (isnin-khamis)-hadiah diberi selepas aktiviti dijalankan.

2. PERTANDINGAN MENGHASILKAN “MEMORY BOOSTER”

-PN AIMUNI

-memaklumkan di perhimpunan tentang syarat-syarat pertandingan dan tampal satu salinan di kelas.-Tarikh pelaksanaan : sepanjang karnival Sains Sosial-Hadiah : 1 pemenang bagi setiap kelas Tingkatan 5

3. PERTANDINGAN MELUKIS

- PN ROHAYU

-memilih satu permainan dalaman yang sesuai.-mencari peserta-menyediakan borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan.-Tarikh pelaksanaan : 17/02/2016 (rabu)-hadiah : Johan, Naib Johan dan Tempat ketiga

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(KHAIRUNIZAH BT RAHMAT) ( HJH. RUSAINI BINTI AHMAD)Guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Pengetua,SMK Taman Universiti 2. SMK Taman Universiti 2