kertas kerja minggu antidadah

6
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN MINGGU DADAH KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2015 1. PENDAHULUAN Minggu anti dadah merupakan salah satu program anjuran Hal Ehwal Murid dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya. Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media. 2. RASIONAL 2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara 2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif. 1

Upload: azizah-asar

Post on 02-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN MINGGU DADAH

KERTAS KERJAMINGGU ANTI DADAH 2015

1. PENDAHULUAN

Minggu anti dadah merupakan salah satu program anjuran Hal Ehwal Murid dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial yang lainnya.Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai strategi media.2. Rasional2.1 Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara2.2 Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.2.3 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang , ketabahan dan keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.3. MATLAMAT

Matlamat Minggu Anti Dadah ini untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

4. OBJEKTIF

4.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua

peringkat tentang bahaya dadah.4.2 Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian

mesej pendidikan pencegahan dadah.

4.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam

kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan

membina.

5. TEMA MINGGU ANTI DADAH 2015"Gaya Hidup Sihat Amalan Hidup Kita6. TARIKH

8 Februari hingga 15 Februari 20157. AKTIVITI: BILTARIKH /HARIMASAAKTIVITIPENYELARASCATATAN

18 .2.2015

Ahad7.25 pagiPelancaran Minggu Anti Dadah

29.2.2015

Isnin7.30 pagi

9.00 pagiMenulis Sajak

310.2.2015

Selasa7.30 pagi

9.30 pagiMewarna poster

411.2.2015

Rabu10.30 pagiCeramah Anti Dadah oleh ADDK Kota Tinggi

512.2.2015

Khamis10.30 pagiKuiz Anti Dadah

615.2.2015

Ahad7.25 pagiPenyampaian Hadiah

8. KUMPULAN SASARAN9. AHLI JAWATANKUASA

10. ANGGARAN PERBELANJAANJamuan Penceramah3 x RM 5.50RM 18.50

Jamuan ibu bapa25 x RM3.70RM 92.50

Jamuan murid46 x RM1.50RM 69.00

Hadiah46 x RM 5RM 150

JUMLAH BESARRM 378

PERUNTUKKAN

Sumbangan / derma hadiah

=RM 150Peruntukkan Sekolah

=RM 180JUMLAH BESAR

=RM 33011. IMPAK PROGRAM11.1 Proses pembinaan sahsiah bebas dadah dalam kalangan peserta dapat diterapkan dan diikuti. 11.2 Program ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dan sekolah dalam pertandingan yang dijalankan. Konsep pertandingan yang melahirkan pemenang yang akan dan aktiviti yang sihat untuk mengukuhkan pekembangan kendiri pelajar dan mencabar mereka supaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.12. HARAPAN

Usaha membanteras ancaman dadah melalui pendekatan pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awalan kepada murid dan juga masyarakat amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan sekiranya ia dapat dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015 terutama sekali dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.Disediakan oleh

Disemakan oleh

..................................................

.....................................................

Disahkan oleh

.......................................................

PAGE 5