kertas kerja minggu aadk 2011

Upload: raja-firdaus

Post on 07-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN

Dadah merupakan musuh nombor satu negara. Pada dasarnya,penggunaan dadah di dalam kehidupan adalah untuk diaplikasikan di dalam bidang perubatan. Tetapi pada ketika ini pelbagai pihak telah menyalahgunakan dadah untuk kepuasan diri, sehingga membawa kepada pelbagai gejala buruk yang lain. Antaranya ialah si penagih dadah akan merompak dan meragut, bagi mendapatkan wang perbelanjaan membeli dadah. Untuk itu, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SK Seafield 3 telah mengambil kesempatan ini dengan melaksanakan arahan kerajaan untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan perlaksanaan pencegahan dadah di sekolahsekolah daerah Petaling. Maka, Minggu Anti Dadah adalah salah satu usaha yang diwujudkan untuk memberi maklumat kepada masyarakat, khususnya murid-murid sekolah tentang bahaya dadah,dan perlunya langkah-langkah awal diambil bagi menghindarkan diri dari terjebak ke dalam penyalahgunaan dadah. 2.0 OBJEKTIF

2.1 Membasmi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sama ada mengedar,menjual atau menggunakan dadah dikalangan murid sekolah. 2.2 Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada Diri,Keluarga,Masyarakat dan Negara. 2.3 Mengukuhkan kemahiran kendiri murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah. 2.4 Membina semangat murid supaya dapat menjauhkan diri dari dadah dengan penuh sedar dan bertanggungjawab.

3.0

MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang cemerlang, rajin, tekun dan bebas dari penyalahgunaan dadah sama ada di sekolah, mahupun di dalam kehidupan seharian untuk selama-lamanya.

4.0

PROGRAM Program Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

5.0

TEMA HIDUP BERSIH DAN SIHAT TANPA DADAH

6.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Minggu Anti Dadah Kebangsaan SK Seafield 3 (2011) Penaung Penasihat Penyelaras Sulaiman Setiausaha Tugas khas : : Puan Norhaniza Bt Hasin Puan Fatimah Bt Abdul Kadir Puan Norhafizam Bt Abdul Samad : : : Encik A. Rahim Mohd. Mislani Puan Hjh. Nor Hashimah Bt Hashim Encik Raja Firdaus Bin Raja

7.0

TARIKH 25 29 Julai 2011

8.0

LOKASI Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor

9.0

PENYERTAAN Semua murid Sekolah Kebangsaan Punan

10.0 JADUAL PROGRAM ( Rujuk Lampiran A ) 11.0 PENUTUP Diharapkan agar kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak sekolah. Sesungguhnya pihak jawatankuasa pelaksana menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat dijalankan dengan cemerlang dan seterusnya mencapai matlamat yang diharapkan.

LAMPIRAN A SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3 PERSIARAN KEWAJIPAN, USJ 8, 47610 SUBANG JAYA, SELANGOR Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Tarikh/ Hari 25 Julai 2011 (ISNIN) 29 Julai 2011 (JUMAAT) 25 29 Julai 2011 (ISNIN HINGGA JUMAAT) Butiran Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah (Perhimpuan Pagi) Ceramah dan Pameran Anti Dadah Pertandingan Mewarna Tahap 1 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Penyelaras / Guru Puan Norhaniza Bt Hassin/ Puan Nurul Azimah En Raja Firdaus Bin Raja Sulaiman Puan Fatimah Bt Abdul Kadir Puan Norhafizam Bt Abdul Samad Puan Norhaniza Bt Hassin Puan Nurul Azimah

HADIAH PERTANDINGAN Bagi setiap kategori,hadiah tempat pertama,kedua dan ketiga akan disediakan.