kertas kerja mentor mentee

6
1 SMK TAWAU II PETI SURAT 1980 91044 TAWAU, SABAH. KERTAS CADANGAN PROGRAM MENTOR MENTEE “ KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA” 2014

Upload: azrini-adam

Post on 23-Jun-2015

434 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja mentor mentee

1

SMK TAWAU IIPETI SURAT 1980

91044 TAWAU,SABAH.

KERTAS CADANGAN PROGRAM MENTOR MENTEE

“ KECEMERLANGAN ASPIRASI BERSAMA”

2014

Page 2: Kertas kerja mentor mentee

Kertas CadanganProgram Mentor Mentee

SMK Tawau II

1.0 Pengenalan.

Mentor mentee merupakan satu program yang memberikan perkhidmatan secara berkelompok

yang berbentuk hubungan antara pelajar sebagai mentee manakala guru sebagai mentor.

Antara hubungan mentor dan mentee ialah :

1.1 Sebagai ibubapa angkat kepada anak-anak angkat

1.2 Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor

1.3 Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar

1.4 Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor, guru kelas dan matapelajaran.

2.0 Matlamat.

Meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran khususnya pelajar galus untuk

menjadi lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

3.0 Objektif.

Program ini mempunyai objektif yang tertentu, antaranya ialah :

3.1 Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan

cemerlang dalam peperiksaan seperti yang dijangkakan dari mereka.

3.2 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang

bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.

3.3 Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar.

3.4 Membina hubungan yang lebih baik antara guru dengan ibubapa pelajar.

3.5 Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk masalah

keluarga, peribadi dan pelajaran.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Semua pelajar sesi pagi

4.2 Semua pelajar sesi petang

2

Page 3: Kertas kerja mentor mentee

5.0 Tanggungjawab Mentor

5.1 Meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menimba ilmu pengetahuan di sekolah

untuk perkembangan kerjaya masa depan.

5.2 Memberikan input berkaitan kerjaya agar mereka sedar bahawa sekarang adalah waktu

sesuai untuk menentukan masa depan.

5.3 Meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan.

5.4 Membina dan mengukuhkan sahsiah diri pelajar untuk membentuk kendiri yang ideal.

6.0 Cadangan Masa Program

Sepanjang bulan Mac sehingga November 2014.

7.0 Sasaran

Seluruh warga SMK Tawau II

8.0 Perlaksanaan Program

Rujuk Lampiran 1

9.0 Anggaran Perbelanjaan

9.1 Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah1. Peruntukan Kaunseling 405.00

JUMLAH RM 405.00

9.2 Perbelanjaan

Bil Bahan/Peralatan Harga Seunit x Kuantiti Jumlah (RM) 1. Buku Latihan RM 0.50 X 750 pelajar 375.002. Fail Kertas RM 0.60 X 50 guru 30.00

JUMLAH : RM 405.00

3

Page 4: Kertas kerja mentor mentee

10.0 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Norliza Bt. Mustafa Pengetua SMK Tawau II

Pengerusi : En. Mohd Jupri B. MahasimPK HEM

Naib Pengerusi: En. Abd Wahid B. Abd RahmanPK Pentadbiran

: En.Wajuhus B. Juhin PK Ko-Kurikulum

: Pn. Rossilawati Bt. AliPenolong Kanan Petang

: Pn. Sarinah Bt. ZakariaPenolong Penolong Kanan Petang

Penyelaras : En. Kahar B. Huseng Kaunselor Pelajar ( Sesi Pagi )

: Pn. Azrini Bt. AdamKaunselor Pelajar ( Sesi Petang )

Mentor : Semua guru sesi pagi: Semua guru sesi petang

11.0 Pelaksanaan

11.1 Program ini dilaksanakan kepada semua pelajar SMK Tawau II11.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai satu aktiviti rasmi sekolah mengikut

ketetapan berikut :

Perjumpaan Tarikh Masa perjumpaan Tempat perjumpaan

Pertama 28 April

Semasa perhimpunanMengikut kelas yang ditetapkan ( Lampiran 1)

Ke-2 26 MayKe-3 23 JunKe-4 7 JulaiKe-5 25 OgosKe-6 22 SeptemberKe-7 27 Oktober

4

Page 5: Kertas kerja mentor mentee

11.3 Tarikh, masa dan tempat perjumpaan hanyalah cadangan sahaja. Mentor boleh mengubah tarikh, masa dan tempat pertemuan atau menambah jumlah pertemuan mengikut keadaan.

11.4 Perjumpaan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 5 kali. Mentor dan mentee yang paling kerap membuat perjumpaan akan diberikan ganjaran sebagai galakan.

12.0 Penutup

Sistem mentor mentee adalah satu ciri istimewa dalam sistem pendidikan. Segala usaha dan

kerjasama yang diberikan oleh mentor yang terdiri dari semua guru SMK Tawau II diharap

dapat mengukuhkan sisitem ini supaya matlamat dapat dicapai. Berasaskan psikologi

pendidikan, pelajar perlu diberi perhatian dan bimbingan mengenai arah tuju yang jelas serta

memupuk rasa yakin diri dan bersemangat dalam mencapai kecemerlangan dan menggunakan

potensi diri yang ada. Akhir sekali, Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengucapkan jutaan

terima kasih kepada semua guru diatas pengorbanan masa dan tenaga bagi menjayakan

program Mentor Mentee ini.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

……………………............. ………………………….........( AZRINI BT. ADAM ) ( NORLIZA BT. MUSTAFA)Kaunselor Pelajar PengetuaSMK Tawau II SMK Tawau II

5