kertas kerja mentor mentee 2014

11
KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SK BANGSAR 2014 1. Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. 2. Konsep Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang 3. Rasional 3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

Upload: helmi-husni

Post on 26-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

KERTAS KERJAPELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

PERINGKAT SK BANGSAR 2014

1. Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan

satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti

membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja

menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi

juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-

kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi

tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna

kepada masyarakat dan negara.

2. Konsep

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3. Rasional

3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan

pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan

remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan

perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis

dan menyeronokkan.

Page 2: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

4. Objektif

Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat

menghormati antara mentor dan mentee.

4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama

lain.

4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan

sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap

kebajikan mereka.

5. Pelaksanaan

5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid SK Bangsar

5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah

mengikut kesesuaian masa seperti :

a) Waktu perhimpunan rasmi

b) Waktu ko-kurikulum

c) Selepas waktu persekolahan

5.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa

perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

5.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan

Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:

a) Pembangunan Sahsiah Diri Murid

b) Peningkatan Disiplin Murid

c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan

d) Perkembangan Kerjaya

Page 3: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

6. Strategi Pelaksanaan

6.1 Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan

pelaksanaan kepada murid dan guru.

6.2 Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

6.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas.

6.4 Pelantikan Mentor

a) Semua guru dilantik menjadi mentor

b) Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)

c) Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai

mentee

6.5 Pengagihan Mentee

a) Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas

b) Setiap kelas mempunyai seorang mentor

6.6 Tugas Mentor

a) Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.

b) Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan

c) Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee

d) Membantu mentee yang memerlukan perhatian

e) Merekod kehadiran mentee

f) Mengisi borang pertemuan mentor mentee

Page 4: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

7. Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Che Norizam bt. Abdullah (Guru Besar )

Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Shafina bt. Yasak (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Ali b. Kasmun (GPK Tadbir &Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norsilah bt. Dali (GPK Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Tanma a/p Rajasegaran (Penyelia Petang)

Penyelaras : En. Adenan b. Mustapha

Setiausaha : Cik Suzana bt. Abdullah

AJK : En. Roslan b. Mokhtar (Ketua Aliran Tahun 6): Pn. Zalina bt. Mohamad (Ketua Aliran Tahun 5): Pn. Sarimah bt. Muhamad (Ketua Aliran Tahun 4): Pn. Noreliayani (Ketua Aliran Tahun 3): Pn. Wan Izyan (Ketua Aliran Tahun 2): Pn. Tengku Zahiah (Ketua Aliran Tahun 1): Semua Ketua Panitia : Semua Guru Kelas

Jawatankuasa Pelaksana

Bacaan DoaUstaz Mohd Sabri b. Che BedolahUstaz Amir Amzar b. Muhd Rahman

JuruacaraPn. Suzana bt. Md Nawawi (K)En. Mohd Norhazlesham b. Mad Pn. Nor A’ain bt. Hasanuddin (K) Cik Hazirah bt. Mohd Jamil

AJK Buku ProgramCik Norhazalina bt. Hashim (K)Pn. Nor Asiah bt. Bidin

AJK PA Sistem / SiarayaEn. Abdul Halim b. Abdullah (K)En. Mohd Shahrol b. IbrahimEn. Wan Rosdan b. Wan Mustapha (K)En. Ruzaini b. Ab Razak

AJK Backdrop/Hiasan PentasPn. Mariah bt. Abdullah (K)Pn. Nadiah bt. DaudPn. Nafisah bt. YaacobEn. Mastuki b. Mahari (K)Pn. Mazlizawatey bt. Mohd ZainPn. Wan Izyan bt. Wan Mahadi

AJK Sijil Pn. Khairatul Asmat bt. Seman (K)Pn. Noor Halira bt. Abd. Rahman Cik Khashi’atun bt. Ab RahamanCik Noor Fazriena bt. Yaakub (K)Pn. Juraidah Nadiah bt. Rahmat

AJK CenderamataPn. Suzana bt. Ismail (K)Cik Rosmaida bt. Arifin Cik Nur Hafizah bt. Azman (K)Cik Nurul Hayati bt. Bakar

Page 5: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

AJK Disiplin/ Kawalan Murid

En. Roslan b. Mokhtar (K)

En. Naharuddin b. Mahpot

Pn. Nur Laili bt. Abdul Aziz

Pn. Norulhaya bt. Samsudin

Pn.G.Haymalatha

En. Mohd Ridzwan b. Ibrahim (K)

En. Nik Anuwar b. Nik Yaacob

AJK Jurugambar

En. Izatul Akmal b. Ab.llah

Cik Ani Syaliza bt. Yunos

AJK Persembahan

En. Mohd Zulkarnain (K)

En. Mohd Nazir b. Majid

En. Afiq b. Nazaruddin (K)

En. Fakhri b. Mohd Nor

AJK Persiapan Tempat

En. Mohd Hafiz b. Saad (K)

En. Ikhwan Najib b. Badar

En. Azram b. Azhari

En. Ahmad Faisal b. Mohd Ramli

En. Shairol Rizal b. Mohd Saad

En. Mohd Haniff b. Anas (K)

En. Irwan Dani b. Sulaimi

En. Hafizuddin b. Subarni

AJK Dokumentasi

Pn. Roszaini bt. Sa’id (K)

Pn. Nor Hasnizam bt. Md Nor

Page 6: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

8. Anggaran Perbelanjaan

Perkara Jumlah (RM)

1. Kalkulator 100x RM 5.00 500.00

2. Sijil Penghargaan 100 pcs 80.00

Jumlah Keseluruhan RM 580.00

9. Aturcara Program

Sesi Pagi

8.00 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari

8.15 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

8.30 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sabri b. Che Bedolah

8.45 pagi : Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak

9.00 pagi : Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah

9.15 pagi : Gimik Pelancaran / Persembahan Murid

9.30 pagi : Majlis Watikah Pelantikan Mentor

10.00 pagi : Majlis Bersurai

Sesi Petang

1.10 ptg : Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari

1.20 ptg : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

1.30 ptg : Bacaan doa oleh Ustaz Amir Amzar b. Muhd Rahman

1.40 ptg : Ucapan Pengerusi Program oleh Pn. Nor Shafina bt. Yasak

2.00 ptg : Ucapan Perasmian oleh Pn. Che Norizam bt. Abdullah

2.20 ptg : Gimik Pelancaran / Persembahan Murid

2.30 ptg : Majlis Watikah Pelantikan Mentor

3.00 ptg : Majlis Bersurai

Page 7: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

9. Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan

secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, serta dapat

mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………….……… …………………………..(SUZANA BT. ABDULLAH K.B;P.A) Setiausaha,Program Mentor Mentee,Peringkat SK Bangsar,Sesi 2014.

Disahkan oleh :

………………………………..

Page 8: Kertas Kerja Mentor Mentee 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR JALAN PANTAI BARU

59200 KUALA LUMPUR

PROGRAM MENTOR MENTEEPERINGKAT SK BANGSAR

SESI 2014

TARIKH :27 JANUARI 2014 (ISNIN)

MASA :SESI PAGI ( 8.30 PAGI – 10.00 PAGI)SESI PETANG (1.10 PTG – 3.00 PTG)

TEMPAT :DEWAN BESTARI, SK BANGSAR

ANJURAN BERSAMA :UNIT HAL EWHWAL MURID

DANUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SK BANGSAR