kertas kerja melukis mural

5
SJK (C) TAI TONG PETI SURAT 403 90704, SANDAKAN, SABAH, MALAYSIA KERTAS CADANGAN MELUKIS MURAL 01 OKTOBER 2015 – 20 OKTOBER 2015 PROGRAM ANJURAN: INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

Upload: leong-chunhung

Post on 13-Apr-2016

54 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

intern 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Melukis Mural

SJK (C) TAI TONGPETI SURAT 403

90704, SANDAKAN,SABAH, MALAYSIA

KERTAS CADANGAN MELUKIS MURAL

01 OKTOBER 2015 – 20 OKTOBER 2015

PROGRAM ANJURAN:

INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

Page 2: Kertas Kerja Melukis Mural

1.0 PENGENALAN

Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh

guru pelatih dari IPG Kampus Gaya bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8

ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan

mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-

guru SJK (C) Tai Tong.

Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk

dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan

lagi persekitaran sekolah.

2.0 RASIONALKebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting

dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat

menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran

pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan

memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik

secara tidak langsung di sekolah.

3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

4.0 OBJEKTIF4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan

indah.

4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas.

4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

Page 3: Kertas Kerja Melukis Mural

4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan

secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAMProjek Melukis Mural

6.0 ANJURANGuru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru-guru SJK

(C) Tai Tong.

7.0 TARIKH01 Oktober 2015 hingga 20 Oktober 2015

8.0 TEMPATSJK (C) Tai Tong, Peti Surat 403, 90704, Sandakan, Sabah, Malaysia.

9.0 ORGANISASIPenasihat : PN. Tan Chew Keng

(Guru Besar SJK (C) Tai Tong)

Mentor : Cik. Chin Jin Siew

10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah Aktiviti

1

Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis

mural melalui internet.

Mengukur saiz perkataan.

Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita

ukur dan kapur.

2 Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat

Page 4: Kertas Kerja Melukis Mural

pelaka dan berus.

Mencetak perkataan yang diperluakan untuk mural.

3 Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.

4 Memperbaiki perkataan yang dilukis.

5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

11.0 SUMBER KEWANGANPeruntukan dari SJK (C) Tai Tong

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. PERKARA UNIT HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)

1. Cat 4 14.50 58.00

2. Berus 2 4.20 8.40

JUMLAH KESELURUHAN 66.40

13.0 PENUTUPAdalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan

seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua

pihak.

Disediakan oleh:

........................................

( LEONG CHUN HUNG )

Guru Pelatih,

IPG Kampus Gaya

Disemak dan Disahkan oleh:

........................................

( TAN CHEW KENG)

Guru Besar,

SJK (C) Tai Tong