kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

7
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS, SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN, 2014 KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. TAJUK PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. ANJURAN : Kelab Muzik & Kebudayaan Serta Persatuan Sains, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. TUJUAN PROGRAM : Program lawatan sambil belajar merupakan satu program yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang keadaan persekitaran sebenar sebagaimana yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Program lawatan ini dapat menarik minat murid bagi subjek yang dipelajari dan memberi manfaat untuk mereka serta menambah pemahaman mereka dalam proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa program telah dibentuk untuk merangka dan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid bagi memenuhi objektif lawatan. Program lawatan sambil belajar ke sekitar Kuala Kumpur dan Selangor ini dirangka untuk mendedahkan murid-murid dengan keindahan alam semulajadi, mengenali sains dan teknologi, budaya, adat setempat, proses pembuatan coklat, tinggalan sejarah, menunggang burung unta serta pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sekitar Kuala Kumpur dan Selangor. Lawatan ini amat menarik dan dapat memberi input yang berguna kepada murid-murid khususnya dan kepada guru amnya. MATLAMAT : Murid-murid dapat menimba ilmu dan idea untuk memantap dan memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam mata pelajaran yang berkaitan. Selain itu, murid dapat mengenali tempat menarik di negara sendiri, melihat dan berpeluang untuk turut serta melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain. OBJEKTIF : 1. Menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana dan aktiviti yang dijalankan. 2. Membolehkan murid-murid dan guru-guru mengadaptasi dan menggabungjalin kemudahan dan pengetahuan yang sedia ada bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran. 3. Memupuk semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain. 4. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara murid dan guru.

Upload: dora-aisya

Post on 11-Jul-2015

720 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID ANJURAN

KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS, SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN, 2014 KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

TAJUK PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

ANJURAN : Kelab Muzik & Kebudayaan Serta Persatuan Sains, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

TUJUAN PROGRAM :

Program lawatan sambil belajar merupakan satu program yang diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang keadaan persekitaran sebenar sebagaimana yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Program lawatan ini dapat menarik minat murid bagi subjek yang dipelajari dan memberi manfaat untuk mereka serta menambah pemahaman mereka dalam proses pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa program telah dibentuk untuk merangka dan merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid bagi memenuhi objektif lawatan. Program lawatan sambil belajar ke sekitar Kuala Kumpur dan Selangor ini dirangka untuk mendedahkan murid-murid dengan keindahan alam semulajadi, mengenali sains dan teknologi, budaya, adat setempat, proses pembuatan coklat, tinggalan sejarah, menunggang burung unta serta pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sekitar Kuala Kumpur dan Selangor. Lawatan ini amat menarik dan dapat memberi input yang berguna kepada murid-murid khususnya dan kepada guru amnya.

MATLAMAT :

Murid-murid dapat menimba ilmu dan idea untuk memantap dan memperkukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam mata pelajaran yang berkaitan. Selain itu, murid dapat mengenali tempat menarik di negara sendiri, melihat dan berpeluang untuk turut serta melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain.

OBJEKTIF :

1. Menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada dan memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana dan aktiviti yang dijalankan.

2. Membolehkan murid-murid dan guru-guru mengadaptasi dan menggabungjalin kemudahan dan pengetahuan yang sedia ada bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran.

3. Memupuk semangat setiakawan dan saling menghargai di antara satu sama lain. 4. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara murid dan guru.

Page 2: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

RASIONAL :

Murid-murid perlu melawat ke tempat menarik yang berkaitan dengan topik-topik yang telah dipelajari dalam kelas. Murid dapat mengeratkan hubungan serta dapat melihat tinggalan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat dahulu di samping dapat menimba ilmu pengetahuan. Selain itu murid-murid dapat mengetahui proses pembuatan coklat dan menikmati pengalaman menunggang burung unta.

SASARAN : 120 orang murid dan 12 orang guru

PELAKSANAAN PROGRAM:

TARIKH : 01 Oktober 2014HARI : RabuTEMPAT :Menara Kuala Lumpur, Planetarium, Taman Rusa, Memorial Tun

Abdul Razak, Midfield Square, Pusat Sains Negara, Kilang Coklat Beryl’s dan Ostrich Wonderland Farm.

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Khalilah bt YahayaPengerusi 1 : Pn. Noor Ainun bt Ikhsan (GPK Ko-Kurikulum)Pengerusi 2 : Pn. Rashidah Hanim Bt Abd Hamid (GPK HEM)Pengerusi 3 : Pn. Hjh Rahmah bt Idris (GPK Tadbir & Kurikulum)Penyelaras : Pn. Nor Hazianty bt Abu HassanSetiausaha : Pn. Rauhiyah bt Che MohammadBendahari : Pn. Rozlinda bt Azme AJK Disiplin : YM. Raja Mohd Sidqi b Raja Lope Ahmad AJK Kebajikan : Pn. Linha bt Ahmad dan Hasanah bt SaidAJK Makanan : Pn. Zabidah bt Sulieman dan Pn. Aisyah DoraJurukamera : Encik Zarfan bin Osman dan En. Tarmizi bin YaacobDokumentasi : En. Azman dan En. Humaizi

STRATEGI1. Mesyuarat Jawatankuasa Lawatan 2. Penubuhan Jawatankuasa Lawatan3. Agihan tugasan semasa lawatan4. Lawatan ke Sekitar Kuala Lumpur

KETERANGAN LAWATAN

1. Satu taklimat ringkas akan diadakan untuk membincangkan hal-hal berkaitan lawatan. Perbincangan melibatkan guru-guru yang terlibat dan murid-murid.

2. Tentatif program 01 Oktober 2014 (Rabu)

Page 3: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

PERBELANJAANLAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS, SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN, 2014

ANGGARAN PENDAPATAN

a) Peruntukan Kokurikulum = RM 1,560.00 b) Bayaran murid - 120 orang x RM 52 = RM 6,240.00c) Bayaran tambahan dari tabung persatuan = RM 360.00

JUMLAH = RM 8,160.00ANGGARAN PERBELANJAANa) Pakej (termasuk pengangkutan, tiket,

makan, perkhidmatan) - 120 orang x RM68 = RM 8,160.00

JUMLAH = RM 8,160.00

PENUTUP

Semoga lawatan ini berjaya menghasilkan dokumentasi dan laporan yang berinformasi, menarik dan bersesuaian sebagai bahan rujukan untuk murid-murid khasnya dan guru-guru amnya dalam melaksanakan pengajaran luar bilik darjah yang lebih efektif. Di samping itu, lawatan ini dapat meninggalkan kenangan manis kepada murid-murid sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Lawatan ini juga diharap dapat memberi pengalaman kepada murid-murid dan guru di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka.

Page 4: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

LEMBARAN KERJALAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID

ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINSSK DESA PANDAN KE SEKITAR KUALA LUMPUR

NAMA : ________________________________

TAHUN: ________________________________

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Di negeri manakah terletaknya Kilang Beryl’s?

__________________________________________________________________

2. Namakan pihak yang menguruskan pakej lawatan ke sekitar Kuala Lumpur?

__________________________________________________________________

3. Berapa lamakah perjalanan dari SK Desa Pandan ke Menara Kuala Lumpur?

4. Namakan menara yang dilawati.

__________________________________________________________________

5. Nyatakan 3 tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur?

i - ________________________________________________

ii- ________________________________________________

iii - ________________________________________________

6. Namakan kawasan terletaknya Midfield Square? _____________________________________________________

Page 5: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

7. Nyatakan 3 aktiviti yang boleh dilakukan semasa berada di Pusat Sains Negara:

i - ____________________________________________________

ii - ____________________________________________________

iii - ____________________________________________________

8. Nyatakan 2 kebaikan coklat?

i. __________________________________________________

ii. __________________________________________________

9. Di manakah terletaknya Memorial Tun Abdul Razak? ________________________________________________________________

10. Berikan 2 kebaikan kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

i - ________________________________________________________________

_________________________________________________________________

ii - _________________________________________________________________ __________________________________________________________________

( 20 markah)

Page 6: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDANJALAN 4/76, DESA PANDAN

55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJALAWATAN SAMBIL BELAJAR

ANJURAN KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN SERTA PERSATUAN SAINS

KE SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGORO1 OKTOBER 2014

“BERILMU BERAMAL BERJASA"

Page 7: Kertas kerja lawatan sambil belajar murid bsmm

JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7.20 PAGI : PENDAFTARAN DAN SARAPAN PAGI

7.50 PAGI : BERTOLAK KE PUSAT SAINS NEGARA

8.20 PAGI : TIBA DI PUSAT SAINS NEGARA

10.00 PAGI : BERTOLAK KE TAMAN RUSA / PLANETARIUM

DAN MEMORIAL TUN ABD RAZAK

10.30 PAGI : TIBA DI TAMAN RUSA / PLANETARIUM

DAN MEMORIAL TUN ABD RAZAK

11.30 PAGI : BERTOLAK KE MENARA KUALA LUMPUR

1.00 TENGAH HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT DI

MIDFIELD SQUARE JLN. SG. BESI

2.00 PETANG : BERTOLAK KE KILANG COKLAT BERYL’S

2.30 PETANG : TIBA DI KILANG COKLAT BERYL’S

4.00 PETANG : BERTOLAK KE OSTRICH FARM 5.00 PETANG : BERTOLAK BALIK KE SK DESA PANDAN

6.30 PETANG : TIBA DI SK DESA PANDAN