kertas kerja lawatan sambil belajar ke pusat percetakan

7

Click here to load reader

Upload: nunia-inazi-lurun

Post on 05-Nov-2015

191 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja lawatan untuk guru-guru

TRANSCRIPT

PROGRAM LAWATAN ( LATIHAN INDUSTR) KPLI PENGAJIAN EKONOMI RUMAH TANGGA< MAKTAB PERGURUAN BATU PAHAT KE SHAH ALAM, SELANGOR DAN

1.0 PENDAHULUANKursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (SMPKV) terdiri daripada murid-murid bermasalah pendengaran dan pembelajaran dari seluruh Malaysia. Kursus Artis Desktop Publishing mula ditawarkan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam sejak tahun 2005. Bermula 2012, kursus Pereka Grafik tahap 2 telah dimulakan.Kebolehan pelajar memanipulasikan dan menggunakan komputer untuk menghasilkan tugasan mereka dalam bidang grafik telah menaikkan potensi pelajar setanding dengan pelajar normal menghasilkan karyanya. Justeru itu, kursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke Giga Wise Network (M) Sdn Bhd bagi menambah pengetahuan dan pendedahan kepada murid-murid kursus ini mengenai dunia kerjaya pereka grafik dan percetakan sebagai panduan dan motivasi. Di samping itu murid-murid juga akan didedahkan dengan proses menyiapkan sesuatu rekabentuk sehingga ke proses percetakan.Murid perlu diperluaskan dengan pengamatan proses reproduksi dari segi proses rekebentuk , penghasilan produk dan percetakan. Murid juga akan diberikan pendedahan dengan perisisan komputer dan alat percetakan terkini.2.0 RASIONAL

Program lawatan ini dapat memberi perluasan pengetahuan mengenai reproduksi grafik yng dihasilkan di syarikat percetakan seperti banner,t-shirt dan yang berkaitan dengannya. Di samping itu , murid dapat mengetahui sistem pengurusan kerja dalam bidang percetakan. 3.0 OBJEKTIFSelepas menamatkan lawatan diharapkan pelajar dapat:-

3.1 Memperluaskan pengetahuan dalam reproduksi grafik.3.2 Mengetahui proses-proses percetakan di kilang.3.3 Meningkatkan kreativiti dengan melihat sistem pengurusan rekabentuk di Giga Wise Network (M) Sdn Bhd3.4 Memupuk minat terhadap dunia rekagrafik dan percetakan.4.0 KUMPULAN SASARAN Murid tingkatan 4 Artis Desktop Publishing dan 5 Pereka Grafik .5.0 TARIKH PELAKSANAAN

5.1 Pelaksanaan

Tarikh : 23 April 2013

Hari : SelasaMasa : 2.30 petang 5.30 petang

5.2 Penyertaan

Jumlah murid : 21 orang

Jumlah Guru : 7 orang

5.3 Atucara ProgramSelasa, 23 April 2013MasaAktiviti

2.30 Petang3.45 Petang4.00 Petang4.15 petang

5.30 petang

Berkumpul di hadapan surau SMPKVSABertolak ke Giga Wise Network (M) Sdn Bhd, Shah Alam. Atur cara di Giga Wise Network (M) Sdn BhdAktiviti

Tayangan slide Eksplorasi ke unit rekabentuk dan percetakan. Melihat proses merekabentuk sehingga proses percetakan. Sesi fotografi PenilaianBertolak pulang ke sekolah

6.0 JAWATANKUASA6.1 Jawatankuasa IndukPengerusi : Puan Loo Huck Huang (Pengetua)

Naib Pengerusi : Dr.Hj. Hamdi bin Ishak

Penyelaras : Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz Setiausaha : Cik Nurdiyana binti Mat Nang

6.2 Jawatankuasa Pelaksana AJK Biro Lawatan : Cik Nurul Izani Ainun binti Zaini : En. Abu Talib bin Md Top

AJK Keselamatan dan disiplin : En. Cha Try a/l Bun Dit AJK Biro Dokumentasi : Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz

: Pn.Nor Suraida bt Awang

AJK Biro Penilaian : En. Sazali bin Mohd Karli7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan hasil daripada lawatan ini murid-murid dapat memperluaskan pengetahuan dalam reproduksi grafik. Program ini juga akan memberi pendedahan awal kepada pelajar kepada kerjaya pereka grafik selepas menamatkan pembelajaran di dalam kursus Artis Desktop Publishing di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Melalui program yang dijalankan ini juga, diharapkan murid-murid dapat mengetahui proses awal dalam merekabentuk penghasilan produk sehingga kepada proses mencetak. Seterusnya dapat memupuk minat pelajar agar menjadi seorang yang berfikiran kreatif, kritis dan menepati masa dalam menyiapkan tugasan.Disediakan oleh:

(NURUL IZANI AINUN BINTI AHMAD ZAINI)

AJK Biro Lawatan, Kursus Artis Desktop Publishing,

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam.

Disahkan oleh :

(LOO HUCK HUANG)

Pengetua,

Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional Shah Alam. 5