kertas kerja lawatan ke perak

13
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2 KEM TERENDAK , 76200 MELAKA No.Tel: 06-3572052 . FAX: 06-3572898 Email : mba0042 @ pd.jaring my PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN) SK KEM TERENDAK 2 MELAKA (blog : http://ppkiskkt2.blogspot.com/) KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK DARUL RIDZUAN

Upload: mahani-abdul-mutalib

Post on 04-Jul-2015

2.743 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2KEM TERENDAK , 76200 MELAKA

No.Tel: 06-3572052 . FAX: 06-3572898Email : mba0042 @ pd.jaring my

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BERMASALAH PEMBELAJARAN)

SK KEM TERENDAK 2MELAKA

(blog : http://ppkiskkt2.blogspot.com/)

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK DARUL RIDZUAN

PADA 9 – 13 MEI 2011

Page 2: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Pengenalan

Murid-murid Pendidikan Khas merangkumi kanak-kanak yang dikenalpasti oleh pakar profesional, separa perubatan dan guru-guru pendidikan khas. Mereka yang mengalami masalah pembelajaran boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan juga serius. Kategori ini adalah mengikut darjah ketidakupayaan kefungsian seperti berikut:-

a. Kebolehan kognitifb. Perkembangan tingkah laku sosialc. Penguasaan bacaand. Penguasaan lisane. Kemahiran metamatikf. Kemahiran kendiri/ berdirig. Keusahawananh. Kebolehan penglihatani. Kebolehan pendengaran

Lawatan merupakan program pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran melalui pendekatan pengalaman iaitu konsep melawat sambil belajar amat digalakkan kerana menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu dan deria rasa. Melalui lawatan, ia boleh membantu murid-murid meningkatkan naluri ingin tahu, membuat kajian, analisis dan meneroka tentang sesuatu perkara. Program lawatan ini juga mampu mempupuk sikap positif di kalangan murid-murid berkeperluan khas (insan istimewa) dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas dan was-was sehingga mereka berani mengatasi segala masalah dan kesulitan, akhirnya mereka boleh berdikari.

Menyedari bahawa aktiviti lawatan ini berupaya membentuk sahsiah murid-murid berkeperluan khas, maka diharapkan program yang dirancangkan ini akan mencapai hasrat dan objektif, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Rasional

Dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ilmu pengetahuan tidak lagi berkisar di kawasan sekolah sebaliknya menjangkau dunia luas tanpa sempadan. Oleh yang demikian Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan keupayaan melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bertepatan pula dengan prinsip Falsafah Pendidikan Khas yang menyebut semua kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang sama walau dalam apa cara sekalipun. Bagi merealisasikan impian tersebut, aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan sambil belajar ini dibuat bagi memenuhi sebahagian daripada sukatan pelajaran pendidikan khas selain keperluan penambahan ilmu pengetahuan kanak-kanak khas. Aktiviti ini

Page 3: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

juga dapat membina sikap positif dan yakin diri murid berhadapan dengan dunia. Semoga hasrat murni ini dapat menjadi landasan ke arah melahirkan masyarakat‘1 Malaysia’.

Matlamat

Tiada jalan mudah untuk mencari sesuatu ilmu, tetapi terdapat banyak cara untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. Adalah diharapkan lawatan sambil belajar ini dapat memberi kesan yang positif khususnya kepada murid-murid khas dan juga guru-guru yang terlibat kerana selain P&P di dalam bilik darjah, pendidikan luar adalah merupakan cara terbaik dalam menyampai dan menimba pengetahuan serta pengalaman.

Objektif

Adalah diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, komuniti PPKI (BP), SK Kem Terendak 2 akan dapat;

Mengetahui sejarah dan latar belakang negeri Perak. Mengetahui kehidupan sosio budaya tempat yang dilawati dan sekaligus

memperbaiki proses sosialisasi murid. Memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran; contohnya murid dapat

mengenalpasti kedudukan nombor tempat duduk di dalam bas. Merapatkan silaturrahim antara peserta-peserta lawatan. Mengenali dan melihat Pendidikan Khas di Perak.

Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (BP) SK Kem Terendak 2, guru-guru Pendidikan Khas serta Guru Besar SK Kem Terendak 2 sebagai Jawatankuasa Penasihat

Sasaran / Peserta

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (BP) SK Kem Terendak 2, Melaka yang terdiri dari pelbagai kategori iaitu :-

Sindrom Down Hyperaktif Slow Learner Pertuturan (Kerosakan Saraf, Artikulasi dan Komunikasi) Disleksia Autisme Mental Retardation (Sederhana) ADHD (Hyperaktif)

Page 4: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Pengiring

Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (BP) SK Kem Terendak 2, Melaka

Lokasi / Tempat

Perak Darul Ridzuan

Butiran Lawatan

Jangka masa lawatan : 5 hari 4 malamTarikh : 9 hingga 13 Mei 2011Hari : (Isnin hingga Jumaat)Anggaran Bilangan murid : 30 orangBilangan guru & pembantu : 14 orangJumlah : 44 orang

Tentatif program

Lihat lampiran 1

Jawatankuasa program

Lihat lampiran 2

Anggaran Belanjawan

Lihat lampiran 3

Lampiran 1

Page 5: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

TENTATIF PROGRAM

HARI /TARIKH MASA PERKARA

Isnin09 Mei 2011

8.30 pagi

10.45 pagi

1.00 tengahari

2.00 petang

7.00 petang

10.00 malam

Bertolak dari SK Kem Terendak 2 ke Dinos Alive Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Sampai di Pusat Sains Negara (Lawatan Sambil Belajar)

Makan tengahari & Solat Jamak Di Masjid Negara

Bertolak ke Night Safari Taiping

Sampai di Taiping. (Solat Jamak), Makan malam dan melawat Night Safari

Bertolak ke Kuala KangsarCheck in di Damai Homestay Kuala Kangsar / Pengurusan Diri/ Berehat.

Selasa10 Mei 2011

6.00 pagi

10.00 pagi

12.00 tghari

1.00 petang

6.00 malam

Pengurusan Diri / Solat Subuh / Sarapan Pagi

Lawatan Ke Perbadanan Kraftangan Perak

Lawatan ke tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar Bandar Di Raja

- Muzium Di Raja Perak- Istana Iskandariah- Istana Kuning

Makan Tengahari dan Solat Jamak di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Sambungan lawatan ke :- Galeri Sultan Azlan Shah- Memorial Keris- Dan setiktar Kuala Kangsar

Pengurusan Diri / Makan Malam / Solat Jamak/ Rehat

Rabu11 Mei 2011

6.00 pagi

7.00 pagi

8.30 pagi

11.00 pagi

12.00 tengahari

Pengurusan Diri / Solat / Sarapan

Bertolak ke Ipoh

Lawatan ke Sekolah Seri Mutiara di Ipoh

Bertolak ke Tambun

Melawat Lost World of Tambun/ Makan tengahari/ Solat Jamak

Page 6: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

4.00 petang

7.00 petang

Bertolak ke Homestay Taman Sentosa, Sitiawan

Sampai di Sitiawan/ Makan malam / Pengurusan Diri / Solat Jamak/ Rehat

Khamis12 Mei 2011

6.00 pagi

9.00 pagi

1.00 petang

2.15 petang

4.30 petang

5.00 petang

7.00 petang

Khidmat Diri / Solat / Sarapan

Lawatan ke TLDM Lumut

Solat Jamak/ Makan tengahari

Menaiki Feri ke Pulau Pangkor/ Melawat Pulau Pangkor

Pulang ke Lumut menaiki feri

Terapi Psikomotor di Marina Wing dan membeli-belah di Kg. Batu (ikan kering/ makanan laut)

Bertolak pulang ke homestay/ Urus Diri / Makan malam Solat Jamak berjemaah dan membaca Yaasin / Rehat

Jumaat13 Mei 2011

6.00 pagi

8.30 pagi

9.00 pagi

12.00 tengahari

4.00 petang

5.30 petang

6.30 petang

10.00 malam

Khidmat Diri / Solat / Sarapan

Bertolak ke Manjung Coconut Jelly

Lawatan Kekerjaya Manjung Coconut Jelly

Makan tengahari / Solat jamak / Bertolak pulang

Singgah di Teluk Intan – lawatan ke Menara Condong.

Bertolak ke Bidor- membeli-belah

Bertolak pulang ke Melaka.

Sampai di SK Kem Terendak 2

Page 7: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Lampiran 2

ORGANISASI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJARKE PERAK DARUL RIDZUAN

PENASIHATPn. Hjh. Fuziah bt. Hashim

(Guru Besar SK Kem Terendak 2)

PENGERUSIPn.Hjh Aziah bt Mohd Sa’ad

(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

NAIB PENGERUSIPn.Hjh.Haslena bt Mat Haris

(Penyelaras PPKI SK Kem Terendak 2)

SETIAUSAHAPn. Mahani bt. Abdul Mutalib

BENDAHARIEn. Abdul Rashid b. Mokhtar

JAWATANKUASA KERJA

Pengangkutan Dokumentasi Cik Johaidah bt. Othman Pn. Mahani bt. Abdul Mutalib Pn. Fatimah bt. Misuan

Makanan dan Minuman Hadiah Dan Cenderahati / Brosur Abd. Shukur b. Tazuli @ Mohd. Tazuli Cik Mashitoh bt. Hassan

Cik Nor Salawati bt. Ahmad Pn. Norhayati bt. Latif Pn. Zuraida bt. Ariffin

Page 8: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Disiplin, Kecemasan dan Keselamatan Penginapan En. Azman b. Yaakop Pn. Haslimaznah bt. Jibin Semua guru dan PPM Pn.Hjh.Haslena bt Mat Haris

Pn.Zuraiani bt. Yusof

Page 9: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Lampiran 3

KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN

Kutipan dari Murid RM 250 x 30 orang = RM 7 500

Kutipan dari Guru/PPM RM 250 x 14 orang = RM 3 500

Kerjaya = RM 370

JUMLAH = RM 11 370

ANGGARAN PERBELANJAAN

Penginapan (Kuala Kangsar & Lumut) = RM 1 500

Pengangkutan (bas) RM 800 x 5 hari = RM 4 000

Feri (Pulau Pangkor) 14 Dewasa x RM 10 = RM 140

30 Kanak-kanak x RM 5 = RM 150 = RM 290

Makanan / minuman RM 12 x 5 Hari x 44 Orang = RM 2 640

*Lain-lain

*Cenderahati RM 20 x 7 cenderahati = RM 170 Cenderahati murid sekolah = RM 100 Ubat-ubatan = RM 50

RM 250 = RM 320

Tambang masuk ke tempat-tempat lawatan RM 55 x 44 orang = RM 2 420

Cenderahati untuk Staff SKKT2 = RM 200

JUMLAH = RM 11 370

Page 10: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

PENUTUP

Besarlah harapan kami semoga projek lawatan ini dapat dijayakan. Mudah-mudahan ia memberi manafaat kepada murid-murid, para guru dan masyarakat amnya. Selaras dengan usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam menggalakkan pelajar melancong dalam negeri bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal mengenai adat dan kebudayaan pendudukan Malaysia khasnya. Disamping itu, juga murid-murid dapat memperkayakan diri mereka dengan pengalaman serta meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka. Usahasama dan perhatian yang positif pihak luar juga memberi kesan menggalakkan untuk kejayaan anak-anak istimewa ini. Bukanlah mengharapkan simpati atau belas kasihan, cukuplah sekadar menyedari kehadiran mereka di sisi kita. Ilmu pengetahuan tidak akan mendatang sebaliknya didatangi. Atas prinsip itulah kami berusaha memberikan sebanyak mungkin pendedahan tentang ilmu alam, agar dapat melahirkan insan yang seimbang. Akhir kata, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

~ SELAMAT MAJU JAYA ~

Disediakan oleh,

………………………………..(PN. MAHANI BINTI ABDUL MUTALIB)

Setiausaha ProgramLawatan Sambil Belajar ke Perak

Disemak oleh,

……………………………………(PN. HJH AZIAH BT. MOHD. SAAD)

Guru Penolong Kanan P.KhasSK Kem Terendak 2, Melaka

Disahkan oleh,

……………………………………(PN. HJH. FUZIAH BT. HASHIM)

Guru BesarSK Kem Terendak 2, Melaka

Page 11: Kertas Kerja Lawatan Ke Perak

Lampiran 4

BROSUR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SK KEM TERENDAK 2, MELAKA