kertas kerja lawatan

Upload: uder-ahmad

Post on 07-Jul-2015

382 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA LAWATAN KE BUKIT MERAH LAKE TOWN ANJURAN JAWATANKUASA LAWATAN SKBS 1. PENDAHULUAN Jauh perjalanan, luas pandangan. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi melalui lawatan sambil belajar dapat memberi pengetahuan dan menambahkan ilmu sedia ada. Lawatan ini juga dapat memperkayakan pengalaman murid-murid mengenai sumber alam dan keindahan Malaysia. 2. MATLAMAT Program ini adalah salah satu usaha untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi emosi dan intelek. Justeru, diharapkan melalui program ini dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan lebih menyintai tanahair sendiri hasil daripada tinjauan dan pengalaman yang akan dilaluinya. 3. OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Memberi peluang kepada murid-murid menimba ilmu pengetahuan mengenai keindahan alam semulajadi Malaysia. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang lawatan sambil belajar. Meningkatkan motivasi diri bagi membantu murid-murid mengenali diri melalui program-program yang akan dianjurkan. Menjalinkan hubungan kekitaan iaitu kemesraan murid dengan murid dan murid dengan guru.

4. SASARAN UTAMA Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan. 5. BUTIRAN LAWATAN Tempat Tarikh/Hari Waktu bertolak Bayaran Pengangkutan Peserta Guru pengiring : : : : : : : Bukit Merah Lake Town 9 September 2006 (Sabtu) 7.00 pagi (dari sekolah) RM65 (bagi setiap orang murid) 2 buah bas sekolah (disewa) 80 orang murid tahun 6 yang berminat 11 orang

6. PROGRAM/AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN TARIKH 09.09.2006 MASA 7.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 11.45 pagi 1.00 petang 6.30 petang 10.00 malam AKTIVITI Bertolak dari S.K. Batu 9 Tiba di Bukit Merah Lake Town Resort Menaiki feri ke Pulau Orang Utan Menaiki kerusi kabel ke Ecopark Masuk ke Ecopark dan Boardwalk Masuk ke Waterpark. Bertolak balik dari Bukit Merah Lake Town Resort. Dijangka sampai di S.K. Batu 9

7. PENYATA KEWANGAN Pendapatan Bayaran setiap murid: RM65.00 x 80 = RM5,200.00 Perbelanjaan Pengangkutan: Bas : RM1,200.00 x 2 = RM2,400.00 Caj masuk Bukit Merah: Murid : RM28.00 x 80 = RM2,240.00 Makan/ Minuman: RM7 x 80 = RM 560.00

JUMLAH :

RM 5,200.00

RM 5,200.00

8. PENUTUP Diharapkan segala aktiviti dan program yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berjalan lancar.Segala harapan akan menjadi kenyataan sekiranya mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.

Terima kasih.

Disediakan oleh, (ZAINURIN MD. NAWI) Setiausaha Lawatan, S.K Batu 9.

Disahkan oleh, .