kertas kerja lawatan 2012

11
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEK. KEB. PALONG 2 (F ), 73450, GEMAS, NEGERI SEMBILAN PENGENALAN: Program ’Lawatan Sambil Belajar’ ini adalah merupakan program tahunan SK. Palong 2 (F). Program ini adalah di bawah Program Lawatan Sekolah . Buat kali keduanya program ini dilaksanakan dengan menggabungkan bersama Pusat Sumber Sekolah. OBJEKTIF: Memberi pengalaman kepada kanak-kanak tentang persekitaran yang lebih menarik dan pelbagai. Memberi pengalaman serta memupuk minat kanak-kanak mendalami bidang penulisan. Menerapkan sikap suka membaca ke dalam diri murid- murid dan semangat cintakan buku ilmiah. Meningkatkan disiplin diri murid. Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid bersama dengan guru. MATLAMAT : Adalah diharapkan agar pelaksanaan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Upload: alinaabdullah

Post on 19-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contohpaperwork

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lawatan 2012

KERTAS KERJA CADANGANPROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SEK. KEB. PALONG 2 (F ),73450, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

PENGENALAN:

Program ’Lawatan Sambil Belajar’ ini adalah merupakan program tahunan SK. Palong 2

(F). Program ini adalah di bawah Program Lawatan Sekolah . Buat kali keduanya

program ini dilaksanakan dengan menggabungkan bersama Pusat Sumber Sekolah.

OBJEKTIF:

Memberi pengalaman kepada kanak-kanak tentang persekitaran yang lebih

menarik dan pelbagai.

Memberi pengalaman serta memupuk minat kanak-kanak mendalami bidang

penulisan.

Menerapkan sikap suka membaca ke dalam diri murid-murid dan semangat

cintakan buku ilmiah.

Meningkatkan disiplin diri murid.

Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid bersama dengan guru.

MATLAMAT :

Adalah diharapkan agar pelaksanaan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif

yang ditetapkan.

SASARAN :

Murid Tahun 4, 5 dan Tahun 6 serta pustakawan.

ANJURAN :

I. Lawatan Sekolah

II. Pusat Sumber Sekolah

Page 2: Kertas Kerja Lawatan 2012

BUTIRAN :

Tarikh : 03 Mei 2012

Hari : Khamis

Tempat : Pusat Sains Negara ,Putrajaya dan PWTC ( Pameran Buku

Antarabangsa)

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA ANGGARAN KOS

(RM)

JUMLAH

KOS

1 Sewa bas ( 2 buah) 1800.00 RM 1800.00

2 Tiket Masuk :Murid x (orang)

( RM 4.00 x 88 orang ) RM 352.00

3 Makanan ( RM 5.00 x 88 orang ) RM 440.00

4 Hadiah kuiz / cenderamata ( RM 10.00 x 20 orang ) RM 200.00

5 Jumlah RM 2792.00

6

SUMBER KOS :

Kutipan bayaran : RM 30.00 x 80 orang : RM 2400.00

Sumbangan Persatuan Sains : RM 100.00

Sumbangan Pusat Sumber Sekolah : RM 100.00

Page 3: Kertas Kerja Lawatan 2012

TENTATIF PROGRAM

Bil Waktu Acara/Aktiviti

1 6.30 pagi – 7.00 pagi Berkumpul di kantin sekolah dan bertolak.

2. 9.00 pagi - 12.30tgh Dijangka sampai di Pusat Sains Negara dan aktiviti

3. 12.30 tgh -2.30petang Solat, makan tengah hari di Putrajaya

4 3.00 petang-6.00petang Lawatan (Pameran Buku Antarabangsa ) di PWTC

serta bertolak pulang

PENUTUP

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan objektif tercapai.

Disediakan oleh,

……………………………………

(ZALINA BT ABDULLAH )

Guru Lawatan,

SK. Palong 2 (F)

Disemak dan disahkan oleh,

…………………………………..

(EN. KAMARUZAMAN B.MOHD DALI )

Guru Besar,

SK. Palong 2 (F),

73450, Gemas,

Negeri Sembilan

Sk. Fail

Page 4: Kertas Kerja Lawatan 2012

BORANG PERMOHONAN PELANCONGAN SEKOLAHUNDANG-UNDANG ( PELANCONGAN ) SEKOLAH-SEKOLAH 1957

Nama Sekolah :SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 2(F) Alamat : 73450Gemas ,N.Sembilan

Nama Guru Besar : EN.KAMARUZAMAN B. MOHD DALI Alamat : SK. Palong 2(F) 73450 Gemas,N. Sembilan

Nama guru-guru yang menyeliakan pelancongan dan nama 1.ZALINA BT ABDULLAH 2.

Tujuan Pelancongan : LAWATAN SAMBIL BELAJAR

NAMA TEMPAT/BANDAR/NEGERI TARIKHPusat Sains Negara PutrajayaPWTC

Dari Hingga03 MEI 2012 03 MEI 2012

Cara-cara mendapatkan wang :Daripada Murid : RM 30.00 (kutipan dari murid)Daripada sumber-sumber lain :RM 100.00 (sumbangan dari Panitia Sains) : RM 100.00 ( sumbangan dari Pusat Sumber Sekolah )Nama orang yang diamanahkan mengumpul wang :

NAMA NO. K/ PENGENALAN

UMUR DRJ/TKT ALAMAT

ZALINA BT ABDULLAH

760416-06-5556 36 TAHUN GURU SK.PALONG 2(F)73450 GEMAS

Tarikh :- 16 April 2012 Cop Sekolah …………………………… ( Tandatangan Guru Besar)

Arahan : 5 Salinan borang ini dikehendaki bagi lawatan sebuah negeri dan ditambah 2 salinan lagi

sekiranya melawat sebuah negeri lain. Permohonan hendaklah dibuat 3 minggu lebih awal dari tarikh pelancongan jika di dalam negeri-

negeri di Persekutuan Tanah Melayu dan 2 bulan lebih awal jika di luar Persekutuan Tanah Melayu.

Page 5: Kertas Kerja Lawatan 2012

Kod Sekolah : NBA 6010 Tel/Faks: 06-4631326“Cintailah Bahasa Kita”

Ruj.Tuan:Ruj.Kami:Bil.(02)dlm SKP2(F)Lawatan.2014

Tarikh : 09 April 2014

YBHG Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab,Setiausaha Majlis Keselamatan Negara,Aras LG Blok Barat ,Bangunan Perdana Putra,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502, Putrajaya,Wilayah Persekutuan.

YBHG Datuk ,

PERMOHONAN SUMBANGAN MAKAN MALAM

Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar pada ketetapan di bawah,

Tarikh : 12 MEI 2014Hari : ISNIN

Masa : 7.30 – 7.00petangTempat : Taman Buaya & Reptilia Melaka

Taman Rama-rama Melaka

Penyertaan : 134 orang ( Murid = dan Guru dan ) Kenderaan : 3 buah bas

2. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa pengelola lawatan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas yang bakal diberikan.Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pn. Zalina Binti Abdullah ( 012-7202740) atau emel ( [email protected]).

3. Segala jasa baik dan sumbangan pihak YBHG Datuk amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….(KAMARUZAMAN BIN MOHD DALI )Guru Besar,SK. Palong 2 ( F )73450, Gemas,Negeri Sembilan, Darul Khusus.

Page 6: Kertas Kerja Lawatan 2012

Kod Sekolah : NBA 6010 Tel/Faks: 06-4631326“Cintailah Bahasa Kita”

Ruj.Tuan: Ruj.Kami:Bil.(06)dlm SKP2(F)/Lawatan.2012 Tarikh : 16 April 2012

PUSAT SAINS NEGARA,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi,Pesiaran Bukit Kiara,Bukit Kiara,50662,Kuala Lumpur.

( U/P : MAZNAH BINTI SADINI )Tuan ,

PERMOHONAN KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program LAWATAN SAMBIL BELAJAR pada ketetapan berikut :

Tarikh : 03 MEI 2012Hari : KHAMIS

Masa : 7.00 PAGI – 1.00 PETANGTempat : 1)PUSAT SAINS NEGARA Penyertaan : Murid - 80 orang

Guru /Pentadbiran - 8 orang Jumlah - 88 orang

Kenderaan : 2 BUAH BAS

2. Oleh itu, diharap pihak tuan/puan dapat memberikan kebenaran dan kelulusan untuk kami menjayakan aktiviti ini. Kami juga mengharapkan agar aktiviti untuk pelajar kami dapat disediakan oleh pihak tuan/puan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan boleh berhubung terus kepada saya Zalina Binti Abdullah ( 012-720 2740 ) atau emel ( [email protected] ).

3. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.Terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….(KAMARUZAMAN BIN MOHD DALI )Guru Besar,SK. Palong 2 ( F )73450, Gemas,Negeri Sembilan, Darul Khusus.

Sk. Fail

Page 7: Kertas Kerja Lawatan 2012

Kod Sekolah : NBA 6010 Tel/Faks: 06-4631326 “Cintailah Bahasa Kita”

Ruj.Tuan:Ruj.Kami:Bil.(08)dlm SKP2(F)Lawatan.2012 Tarikh : 22 April 2012

YB. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd Yassin,Pengerusi,Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan,No: 16 , Tingkat 1 & 2 ,Lorong Medan Tuanku Satu,50300, KUALA LUMPUR,

YB. Tan Sri Dato’,

MAKLUM BALAS PERMOHONAN SUMBANGAN MAKAN MALAM

Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar pada ketetapan di bawah,dan telah mengemukakan permohonan untuk sumbangan makan malam:

Tarikh : 03 MEI 2012Hari : KHAMIS

Masa : 7.00 pagi – 7.00petangTempat : Pusat Sains Negara

Putrajaya PWTC ( LAWATAN PAMERAN BUKU ANTARABANGSA )

Penyertaan : 100 orang ( Murid dan Guru) Kenderaan : 2 buah bas

2. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa pengelola lawatan ingin mendapatkan jawapan balas status permohonan kami ini, agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan. Pihak kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas yang bakal diberikan.Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan Pn. Zalina Binti Abdullah ( 012-7202740) atau emel ( [email protected]).

3. Segala jasa baik dan sumbangan pihak YB. Tan Sri Dato’ amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….(KAMARUZAMAN BIN MOHD DALI )Guru Besar,SK. Palong 2 ( F )73450, Gemas,Negeri Sembilan, Darul Khusus.

Page 8: Kertas Kerja Lawatan 2012

Kod Sekolah : NBA 6010 Tel/Faks: 06-4631326 “Cintailah Bahasa Kita”

Ruj.Tuan:Ruj.Kami:Bil.(01)dlm SKP2(F)Panitia Sains.2012 Tarikh : 20 April 2012

Encik Kamaruzaman Bin Mohd Dali,Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Palong 2 ( F ),73450, GEMAS,

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA SAINS

Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar gabungan bersama Panitia Sains pada ketetapan di bawah,

Tarikh : 03 MEI 2012Hari : KHAMIS

Masa : 7.00 pagi – 7.00petangTempat : Pusat Sains Negara

Putrajaya PWTC ( LAWATAN PAMERAN BUKU ANTARABANGSA )

Penyertaan : 100 orang ( Murid dan Guru) Kenderaan : 2 buah bas

2. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik pihak tuan menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung bayaran cenderahati pemenang kuiz peserta rombongan berjumlah RM 15.00 x 10 orang bersamaan RM150.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh Sahaja ).

3. Segala jasa baik dan sumbangan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..( HASLINA BINTI ABU )Ketua Panitia Sains,SK. Palong 2 ( F )73450, Gemas,Negeri Sembilan, Darul Khusus.

Page 9: Kertas Kerja Lawatan 2012